Pages

Saturday, December 25, 2010

Islam tidak memaksa....

assalamualaikum...


tiada paksaan dalam Agama, sesungguhnya telah nyata petunjuk dari kesesatan, maka barangsiapa mengkufuri thaghut, dan beriman akan Allah, maka sesungguhnya ia berpegang dengan tali yang kukuh yang tidak akan putus, dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
(Al-Baqarah : 256)

rasanya ramai yang tahu akan ayat ini. dan ramai jugak yang menjadikan ayat ini lesen untuk meringan-ringankan tuntutan Allah.

disuruh solat, disuruh tutup aurat katanya: tiada paksaan dalam Islam, kalau aku buat pun tapi tak iklas kan sia-sia namanya

tinggal solat dan tak tutup aurat, dosa besar yang tidak ada akta hukumannya dalam negara kita ini.dan perkara-perkara inilah yang selau dipandang remah oleh masyarakat. sebabnya kita tahu yang kita tak akan dipenjarakan walaupun tak solat dan tak tutup aurat.

dan ramai orang menggunakan ayat 'tiada paksaan dalam Islam' untuk terus-menerus melakukan dosa-dosa ini.

betul tiada paksaan dalam Islam,  tetapi kita perlulah menetapkan tekad dan usaha untuk meninggalkan perkara-perkara mungkar itu, kerana sememangnya kita sedar bahawa itu adalah dosa besar. bukan susah pun nak buat semua tu, sekurang-kurangnya kita buat sedikit demi sedikit, tetapi pastikan yang sedikit itu semakin bertambah dan bukan semakin berkurang. yang penting adalah usaha untuk menunaikan perintah Allah.

dan kadang-kadang kita perlu untuk memaksa diri sendiri untuk menunaikan perintah Allah agar nanti kita akan terbiasa.

bersungguh-sungguh kita memaksa diri sendiri berkerja siang malam untuk mencapai hasrat kita walaupun kita tidak iklas, walaupun kita mengutuk bos sendiri di belakang. tapi tetap buat kerja bersungguh-sungguh.

sampai bila mahu berterus-terusan melakukan dosa?

tak perlulah nak tunggu tanda-tanda kiamat, mencari-cari Dajjal, Imam Mahdi.... sesungguhnya adanya MATI iaitu kiamat kecil. walaupun kiamat lambat lagi, yakinkah kita yang kita akan hidup sampai kiamat?

tidakkah pelik apabila kita ungkapkan Alhamdulillah apabila kita telah berjaya hasil penipuan, hasil membuka aurat, hasil mengingkari amanah?

Iklaskah ungkapan Alhamdulillah apabila kita terus-terusan melakukan dosa?


biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah kami berikan kepada mereka; bersenang-senanglah kamu. kelak kamu akan mengetahui (akibatnya)
(An-Nahl : 55)

Islam tidak memaksa, tapi diri kita sendiri kadang perlu dipaksa untuk menerbitkan iklas

Wednesday, December 15, 2010

bimbang.... minta dibimbing

ya Allah...



lama sudah aku tunggu untuk menatap wajah mereka
rindu yang teramat



tak terkira bimbang aku akan mereka
bimbang mereka jauh


berat hati waktu melepaskan tangan mereka
dan kini yang aku bimbangkan jadi kenyataan


dengan titisan air mata aku mohon...
ditunjukan jalan untuk aku menarik tangan-tangan mereka
agar tidak jauh dari aku

dan aku mengharapkan...
kami tidak akan jauh dari-Mu
mohon petunjuk dan hidayahMu
agar kami sentiasa di atas jalan redhoMu


berikan kami hidayahMu

bersama aku...
doakan mereka... doakan kita semua
aku mohon dengan sangat


pinjam bait-bait lirik hidayah nyanyian Desy Ratnasari

malam merangkak...
menembus fajar...
batas air slalu ada...
hidup yg fana..
menuju ringkap
kiamatlah batas akhir nya...

Allah ya Rabbi...
pandu kan hati...
berikan lah aku hidayahMu...
dalam pasrahMu aku bersimpuh...
berikan lah aku hidayahMu...

saat hati ku dirinduku..
mencari tangga ampunanMu....
Maha Pengasih, tunjukkan aku..
jalan yg amalan dan hidayah Mu...

p/s terima kasih buat Farah kerana upload gambar-gambar yang menebus rindu mak tam

Wednesday, December 8, 2010

hati yang rapuh

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentukan arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...

lagu: hati yang rapuh
nyayian: Rahimah Rahim

********************************************************************************
baru lepas tengok drama kat tv3, lagu di atas di keudaraan dalam drama tu. faveret aku kot lagu ni. manaikkan semangat apatah lagi disaat-saat baru dapat result

result Alhamdulillah, setelah bersem-sem mendapat cond. pass, kali ni dapat pass walaupun cgpa still low

kalau kita yakin kita dah berusaha bersungguh-sungguh tapi masih tak dapat seperti yang diharapkan, redho lah, sesungguhnya Allah tahu yang terbaik untuk kita

kalau kita rasa kita tak cukup berusaha dan oleh sebab itu kita tidak dapat seperti yang dihajatkan, sedarlah, sesungguhnya Allah akan membantu orang yang mahu berusaha. tingkatkan usaha jangan pernah mengalah dengan janji Allah kerana Allah sentiasa adil

kalau kita rasa kita tidak cukup berusaha namun Allah berikan apa yang kita inginkan, ingatlah, nikmat itu juga adalah ujian Allah, jangan pernah alpa dengan kesenangan kerana ia racun jika tidak didasari dengan iman dan takwa

p/s senaqnya sangat tak sangka lulus semua subject walaupun tak menberangsangkan sangat, tapi sedaq diri jugak, tak berusaha tara mana pun jadi tak leh mintak lebey-lebey. sangat terkejut sekali dengan project, ingatkan paling hebat pun boleh dapat C tapi sekali B daaaa... B tu dah cukup baik dah, mengenangkan kata-kata dr A dan dr TM macam tak layak pass pun ada

*********************************************************************************

mengulas drama tv3 tadi.. tentang seorang ibu

seorang ibu akan sentiasa menjadi ibu sampai ajal menjemput. walaupun anak-anak sudah ada keluarga tetapi seorang ibu tetap akan sentiasa menunaikan perana seorang ibu

sepanjang minggu aku tolong mak menguruskan kak pah yang dalam pantang, walaupun mak tak larat tapi sentiasa mahu menyediakan yang terbaik untuk anaknya.pernah jugak aku mengeluh tak larat, tapi tengok mak tetap buat kerja-kerja aku buang semua ketidak laratan

mak pernah cakap, bersalin bukan senang, macam-macam kena jaga, kena pantang.bayangkan seorang ibu menanggung beban mengandungkan bayinya 9 bulan (tentu saja bagi seorang ibu ia bukan beban) kemudian menanggug sakit ketika bersalin dimana ia ialah kesakitan yang paling teruk selepas mati. kemudian seorang ibu itu kena menjalani proses pantang 2-3 bulan.

tak kesahlah kita seorang engineer, doktor, usahawan, ulamak. pakar perubatan islam, tapi kalau dah menderhaka kepada ibu kita tak akan dapat cium bau syurga

tak kesahlah ibu kita itu petani, tukang cuci, tukang kebun, nyayuk, miskin meski dia seorang yang jahil agamanya, akhirat kita sentiasa akan ditentukan dengan redho ibu

p/s mak terus masuk tidur lepas habis drama, mungkin menangis. mengenagkan anak. mak aku memang hebat

Monday, November 29, 2010

kedatangan ahli baru yang mengejutkan!!

assalamualaikum...

situasi yang hampir sama tapi natijahnya berbeza

- hari tu, ami Bahrin jatuh kat masjid dan meninggal dunia, kali ini kak pah jatuh di masjid dan akhirnya melahirkan anak yang tak cukup bulan.

Alhamdulillah, kak pah dan anak dia selamat


-hari itu angah, anak menakan aku, datang rumah dan bergitaw pasal berita kematian  ami Bahrin, kali ini, angah datang rumah dan bawa telefon bimbit amin, adik aku, melalui talefon itu, abang ipar aku call dan bagitaw pasal kak pak yang sudah selamat melahirkan anak


dapat ahli keluarga baru, kalau hari raya haji hari tu dapat cucu menakan, kali ini dapat anak menakan pulak. dua-dua perempuan

baru beberapa hari lepas aku mengeluh sebab nampaknya tak dapat peluang melihat anak kak pah yang dijangka lahir bulan febuari sebab waktu itu aku akan berada di uia. tiba-tiba Allah tunaikan hajat aku melihat anak kak pah ketika baru lahir ini. tak sangka langsung. sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik.

kata kak pah nak letakkan nama wan sayyidah safiyya al-qudri (tak sure ejaan).. tapi dilema samaada nak letak al-qudri kat belakang dan buang wan atau letak wan buang al-qudri.

seelok-eloknya patut letak wan kat depan, semua adik beradik pun buat macam tu, al-qudri tu tak yah pun tak pa senaqnya

* seorang sharifah yang berkahwin dengan seorang lelaki yang bukan syed harus letak wan didepan nama anak mereka.

bukanlah nak menunjuk atau menbangga diri tapi sekadar rasa syukur dilahirkan dalam keturunan syed/sharifah yang susur galur sampai ke nabi Muhammad.

Allah dah beri satu kelebihan patutkah kita mengatakan kita tak mahu kelebihan itu semata-mata tidak mahu bangga diri.

bangga diri itu dapat dilihat dari perbuatan tidak melibatkan nama, kalau seseorang itu mencanang-canangkan namanya dan keturunannya hingga menjelekkan, itu bangga diri

tetapi kalau sekadar mahu meletakkan nama keturunan itu dan menunjukkan rasa terima kasih kepada Allah atas kurniaan itu, salah kah??

beza manuasia itu terletak pada imannya bukan nama dan keturunannya... banyak golongan syed/sharifah harini tidak langsung mengikut ajaran nabi meski dia berketurunan nabi.  (sama dengan diri ini yang banyak kekurangan)

harus diingatkan, kelebihan keturunan ini tidak bermakna jika tidak mengamalkan perintah Allah dan RasulNya


p/s maaflah, nak cerita pasal anak menakan tapi tersangkut dengan kes keturunan pulak. cuma mengingatkan diri sendiri

" waktu kita lahir, kita menangis orang lain ketawa. waktu kita mati, jadilah orang yang ketawa dan orang lain pula yang menangis"


"setiap yang hidup itu pasti akan merasai mati"


Sunday, November 28, 2010

talqin untuk diri

assalamualaikum...

Bismillahhirrahmannirrahim.
Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala
Wahai _________ Binti ____________, 3x
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah
Ingatlah wahai _________ Binti ____________,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut
Ketahuilah wahai _______ Binti __________
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai _________ Binti _________ tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar
Insaflah wahai _________ Binti _________,
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW
.
****************************


isi tempat kosong dengan nama sendiri
sematkan dalam hati dan fikiran, semoga hati kita akan sentiasa mengingatkan mati
*********************************************************
khamis lepas dikejutkan dengan berita pemergian ami Bahrin (Syed Mahamood), sungguh aku terkejut walaupun memang aku tahu ami mengidap lemah jantung.
sedih, ami Bahrin, seorang yang aku rasakan sangat dekat dengan abah, melihatkan ami, seperti melihatkan abah. wajah, suara, mirip abah. imam masjid dan guru takmir, sama seperti abah.
tak banyak masa aku luangkan bersama ami, tapi syukur aku berpeluang bersembang, mendengar ceritanya, mendengar tentang kesihatannya beberapa bulan lepas. itulah satu-satu masa yang diluangkan lebih dengan ami, terasa dekat.
teringatkan bacaan talqin untuk abah yang dibacakan ami, sedih dia waktu itu, menghantar abangnya pergi sampaikan tersekat-sekat bacaannya. dan sekarang ami pun dah mengikut abah. 
ami Bahrin dikebumikan di perlis pada pagi jumaat, tercengang-cengang aku apabila tiada talqin dibacakan. kemudian baru teringat yang negeri Perlis tidak membaca talqin. sungguh aku tak setuju. pengebumian terasa kosong tanpa talqin.
" tuntutlah ilmu dari dalam buaian sampai ke liang lahat"
sesungguhnya walaupun kita telah dimasukkan ke liang-lahat. ilmu itu masih perlu dituntut
sesungguhnya bacaan talqin itu bukan semata-mata kepada jenazah tetapi ia juga dapat mengetarkan hati-hati yang mendengar. itulah salah-satu kelebihan menyaksikan pengebumian.
bacaan tambahan: sini dan sini
p/s sungguh aku tak pandai tentang bidaah, betulkan aku jika aku salah, semoga kita terhindar dari kemurkaan Allah dan Rasullulah
" mati itu pasti, hidup InsyaAllah"   (Ramlee Awang Murshid)
* ami = pak menakan = bapa saudara

Saturday, November 20, 2010

bekorban apa saja

assalamualaikum....

bak kata mak cik dalam berita bila di temuramah oleh wartawan

wartawan: sedih tak beraya dalam suasana baru lepas banjir?
mak cik: sedih ngannnn...

ada la jugak rasa tak semangat nak sambut raya dalam keadaan rumah tak habis kemas lagi, dengan berlongok barang kat depan rumah dan di dalam rumah

sehari sebelum raya, tak sedar langsung yang esok dah nak raya, tak ada langsung suasana nak sambut raya

tapi bila dah sampai pagi raya, kelam kabut jugak cari baju, iron baju, siapkan makanan
sapa tak mau raya kan...

ditambah dengan kunjungan ally iskandar ke kampung..


tidak lah aku beraya semata-mata kerana ally iskandar harap maklum

siaran kunjungan ally iskandar ke kampung aku boleh  ditonton di rancangan wanita hari ini bertarikh 17/11/2010

pakat berkumpul depan tv tepat pukul 12pm... dan setiap kali keluar muka-muka yang dikenali, pakat menjerit masing-masing...seronok..hehe

geng-geng yang tak sealiran dengan media prima pulak berkumpul kat rumah aku time kunjungan ally iskandar

tapi yang sedihnya sedikit kekeliruan oleh pihak tv3 telah berlaku... kg aku bukan bertempat di kelubi... harap maklum

kesimpulannya, walaupun raya haji tahun ini dengan serba kekurangan, tetapi tetap meriah apabila dapat berkumpul bersama-sama ahli keluarga.

hari raya kedua, rumah aku buat kenduri akikah akbar luqman hakim.. sembelih kambing

masa nak sembelih kambing aku dah berbelah bahagi nak tengok ka dak.. mak dah hilang time tu, katanya nak maklumkan kat orang kampung pasai kenduri, tapi jauh disudut hati senaqnya tak berani nak tengok.

aku gagahkan diri jugak tengok, kalau tak tengok nanti menyesal pulak



abang aku yang sembelih kambing tu, memang sayu dengar kambing tu mintak tolong
untuk sedapkan hati, sentiasa ingat yang kambing itu dah buat perkara yang baik, perkara yang dituntut, jadi tak payah sedih-sedih

Rasulullah SAW pernah memerintahkan Fatimah supaya melihat binatang korbannya ketika disembelih. Sabda Baginda yang bermaksud: “Pergilah engkau melihat binatang korbanmu, sesungguhnya titis darahnya yang pertama itu Allah akan ampunkan dosa-dosamu yang terdahulu. Lalu Fatimah bertanya: Ini untuk kita Ahlul Bait saja atau juga untuk semua orang Islam? Rasulullah SAW menjawab: Bahkan untuk kita dan semua orang Islam.” - (Hadis riwayat al-Hakim) 



waktu tengok kambing tu disembelih, bayangkan jugak macam mana pulak agaknya waktu ajal akan ditarik nanti


bayangkan keadaan waktu nabi Allah Ibrahim a.s nak meyembelih anaknya nabi Allah Ismail a.s


bayangkan pejuang-pejuang Islam yang menerima bermacam-macam seksaan waktu memperjuangkan Islam


bayangkan kalau aku yang bakal disembelih


ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami


p/s sangat tak suka bila ada pihak yang mengambil kesempatan atas keadaan banjir yang berlaku untuk bermain politik, memburuk-buruk kan orang lain.


p/s  idea tak dak untuk tajuk... hantam saja lah


pengunguman: baru dapat cucu menakan hari raya haji haru tu... cucu pompuan... nampaknya tarikh lahir sama dengan akbar luqman hakim, hari raya haji. 

Tuesday, November 9, 2010

bah

assalamualaikum...


banjir oo banjir oo banjir
rumah kita aku naik air yee yoo
aa air yee yooo
(lagu Harun Salim Bachik)

sudah tiga kali rumah ku dilanda banjir... dan ketiga-tiga kali tu lah aku tak penah merasai banjir

p/s van tu memang dah jahanam jadi tak kesah lah dia tenggelam pun

p/s gambar ihsan dari bang dan yang tinggal kat depan rumah.. since penghuni rumah aku semua dah berangkat awal lagi


aku yang bercadang nak balik ikut kak ti pada 3 november terpaksa menanggguhkan perjalanan sebab lebuhraya tutup, even lapangan terbang pun tutup

4 november, lepas mendapat berita air dah surut kitorang mengambil risiko untuk bergerak ke kedah walaupun lebuhraya ke jitra still tutup

lepas ambil adik kat uitm dan faroqi kat tol alor setar selatan kitorang bergerak ke alor setar, tak guna lebuh raya

sampai satu tempat, kitorang terpaksa meredah banjir 


sangat tabah kereta wira ini mengangkut kitorang meredah air
kak ti dah siap baca doa takut kereta mati tengah jalan



luqman pun terkedu bila baru faham erti sebenar banjir
dia yang bising-bising sebelum tu terus diam dan siap suruh semua orang diam, tak leh cakap sikit pun
dia juga ikut baca doa seperti mama dia, tapi  tiba-tiba boleh terselit ultraman dalam doa
katanya ultraman boleh tembak air bah tu

perjalanan yang sepatutnya sampai petang tu terlajak sampai ke malam

empat kali kereta wira tu kena redah banjir, nasib baik abang ipar aku pandai kawal
dah la siap jam dalam banjir lagi tuh

waktu tu kitorang seperti merentasi sungai yang luas dengan kereta

sekali tu kitorang dapat bau hangit-hangit... takut gila.. ditambah dengan melihat ada kereta kat belakang yang dah berasap-asap

sampai jitra terus ke rumah kakak tiri aku, kak doh... sebab rumah masih tidak dapat diduduki
ramai kot yang berkumpul kat rumah kak doh
dari yang tua sampai ke dewasa, sampai ke remaja sampai ke kanak-kanak sampai ke yang masih dalam perut!

seronok bila berkumpul ramai-ramai, bercerita, bergelak ketawa
tak ingat langsung pasal rumah yang kena kemas esok
makan nasik dengan ikan pekasam saja pun boleh tambah berkali-kali


sawah pun sudah bertukar menjadi laut


ikan dari peti bukan dari laut

esoknya 5 november kitorang bergerak kerumah dengan misi mengemas
banjir sebelum ni perabot-perabot yang masih boleh digunakan sikit-sikit tu kitorang masih pertahankan tapi kali li dah teruk sangat dah.. jadi banyak yang dibuang
lepas ni tak dak perabot la kat rumah aku
nak beli perabot jati baru pun tak dak duit




anak ular yang aku jumpa semasa kemas rumah.. perkara biasa selepas banjir,
masa tu aku tengan nak ambil pakaian yang terkena lumpur kat lantai... sekali ada benda bergerak, terus tarik balik tangan

lepas daripada tu dah tak berani nak ambil barang-barang guna tangan, cari kayu dan duduk di kedudukan setengah meter dari tempat yang merbahaya


lani kat uia dah, ikutkan hati tak mau balik mai sini tapi nak buat macam mana kena ambil exam
rumah belum siap kemas 
nanti aku sambung tolong kemas 14 haribulan insyaAllah

p/s seronok bila bersama-sama keluarga yang faham aku... bila aku marah, bila aku tak marah, bila aku gembira, bila aku sedih

Sunday, October 24, 2010

mentera beradu

mentera beradu- Malique & M. Nasir

Masih belum sempurna..

Gerakkan Hati... Hati gerakkan...
Pandanglah aku.. aku lah dia..

kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..  (ya! aku kebal!)
hanya berbual makan angin kembung perut mual... ( setakat cakap xcukup loh!)
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang.. ( hidup yang senang adalah hidup yang kosong)
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

pecah tembelang... peta dah hilang...
bangau dah pulang... suara sumbang..

lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung (suka menilai salah orang lain tanpa menerima teguran orang lain)
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum
(antara baik dan salah, dosa dan pahala, syaitan dan Allah... apa yang kita pilih?)

ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang
(hoho... cakap besar saja... apa barang?)

kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat (apakah?? sapa taw?)
baik berpada biar jahat asal selamat

ramai saudaraku yang baik telah dipijak

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

(selalu saja aku kalah dengan janji sendiri)

yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi (benci harus disusuli dengan positive)

peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan (ouch! stick to the plan pleaseeee)

kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju (yup!.. setakat kena marah.. takan trus nak quit)
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

puisi hati mu... hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

akhirnya sempurna....
******************************************************************************
assalamualaikum...
p/s susah jugak nak paham lagu ni.. tapi suka... pantun nasihat versi moden

p/s dalam bracket itu kata-kata aku yang teringin nak menyampuk... entah betul entah tak pahaman aku..

jom layan ni...haha!


p/s lawak time zizan terkejut bila brader tu jerkah

p/s dah kena marah pun still nak sambung...haha!


p/s 2.43 am... belum mahu beradu... banyak benda nak kena siapkan...huuuuu

Monday, October 18, 2010

ubat penenang jiwa...(^__^)









***********************************************************************************




**********************************************************************************

akibat ketensyenan yang nak kata melampau tak sangat la, tapi dekat-dekat dengan melampau jugak la
 (gila!)

beralih arah cari ubat

p/s anyone familiar with GT-Vtrain software??? ~~~ inilah akibat bila memandang ringan sesuatu pekerjaan, sekarang baru kelam kelibut!! ~ sila jangan dijadikan contoh

p/s mucho gracias google images

p/s the best "ubat" :

Saturday, October 16, 2010

pengembaraan belum berakhir

assalamualaikum...

beberapa hari sebelum ini

dia berada di atas rakit, ditengah-tengah lautan luas, tak nampak daratan
penat untuk mendayung
masih kabur hala tujuan, setiap jalan tak menampakkan daratan
terasa mahu berhenti mendayung
tapi dalam masa yang sama takut akan tenggelam
memandangkan rakit yang dibuat tidak begitu kemas...
semua kawan-kawan yang lain sudah jauh, mereka berlepas bersama-sama speedboat, kapal layar termasuk  sampan
pastinya mereka sudah hampir sampai ke daratan
tapi dia masih berusaha mencari jalan dan sekali-sekala ombak menghempas rakit yang hampir terburai ini
membuatkan dia mahu berputus asa

ketika ini

dia yakin harapan itu sentiasa ada
tanpa berpengang kepada harapan, maka tiada guna untuk hidup
buang segala perasaan, buang segala sesalan
tiada guna untuk meratapi segala kesilapan yang sudah dilakukan
bertindak sebaik mungkin mengatur perjalanan
walau jalan yang diambil itu salah, namun ia adalah lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa

********************************************


awak adalah apa yang awak sendiri tentukan
Allah akan membantu selagi awak sendiri membantu diri sendiri
tetap dengan perancangan
bertindak atas apa yang berada di depan mata

p/s dengan harapan atas diri sendiri melaksanakan apa yang dirancang.... bersandarkan harapan kepada Allah swt

p/s no full stop in life, if there are full stop then there are no life

p/s no full stop in this entri...(^______^)

Saturday, October 9, 2010

Nasyid dan dakwah

assalamualaikum

Semalam diberitakan tentang Amer Munawer yang telah menerbitkan album nasyid.Dia ialah bekas ahli kumpulan Ruffedge.

carik punya carik... jumpa jugak

bagus la tu kan...

lebeh kurang meher zain la yang dulu pernah terlibat dengan lagu-lagu yang bukan nasyid dan sekarang popular dengan lagu-lagu dakwah

lirik yang bagus dan lagu yang sedap
satu cara yang bagus untuk berdakwah kepada remaja
tapi tu la tu... orang minat penyanyi  lebeh bukannya lagu...

susah jugak nak dakwah melalui nasyid ni....
kalau orang yang nyanyi tu tua dan tak hensem, kurang lah minat

padahal sepatutnya kita lebih menghayati lirik daripada penyanyi

p/s semoga dakwah Amer Munawer ini sampai kepada semua yang mendengar lagu dia nanti. Harap semua boleh menyokong dengan iklas atas nama Islam

p/s teringat kat pak Munawer dalam Zombi kampung pisang

sila klik:

owh!... saya tahu itu

assalamualaikum...

kamu tahu tinggal solat itu salah
kamu tahu mengumpat itu salah
kamu  tahu membuka aurat itu salah
kamu tahu bermegah-megah itu salah
kamu tahu menipu itu salah
kamu tahu ingkar cakap ibu-bapa itu salah selagi tak bertentang dengan ajaran agama
kamu tahu bersentuhan dengan bukan muhrim itu salah

('kamu' merujuk semua yang membaca termasuk aku)

dan kamu tahu benda yang salah itu sememangnya adalah salah
siapa kata mencuri itu betul?
siapa kata berjudi itu betul?

orang yang mencuri itu sendiri tahu perbuatan itu salah dan begitu juga orang yang berjudi
tapi kenapa mereka masih melakukan

sebab syaitan yang menghasut?
sebab diri sendiri yang sangat mudah termakan hasutan syaitan?

kenapa kita mudah termakan hasutan syaitan?
sedangkan kita tahu syaitan itu adalah musuh agama

sebab melakukan dosa itu enak?
kerana mengingkari suruhan Allah itu hebat?

adakah tujuan hidup kita semata-mata demi keseronokan kita sahaja?

sekadar tahu tidak cukup...kamu perlu berusaha untuk mengamalkan

bagaimana nak berubah?

sememangnya sukar untuk meninggalkan sesuatu yang biasa kita lakukan
buat perubahan secara bertingkat-tingkat
mulakan dengan pengakuan
kemuadian solat
kerana solat yang mantap itu boleh mencegah dari perbuatan mungkar
sempurnakan solat insyaAllah yang lain  akan mengiringi

tetapi pengakuan didahului dengan kesedaran... hidayah dari Allah

semoga kita semua akan beroleh hidayah
ditunjukkan jalan yang betul
semoga kita beroleh keampunan dan keberkatan hidup
ameen

**************************************************
pengakuan aku: aku meniru dalam midterm exam cad/cam... ramai lagi yang meniru.. tapi aku harap aku tak tergolong dalam golongan itu.... jika dah tak study tu layaklah untuk aku fail
(dengan penuh kesalan)

Sunday, October 3, 2010

bergelut dengan software

assalamualaikum

mungkin bagi orang lain kacang saja software-software ini...

tapi bagi aku yang tak berapa nak gemar CAD ni memang lembab jugak lah..

CATIA:  awal-awal best jugak main-main dengan dia ni... tapi bila sampai assignment simulation tu, adeh! tengok soalan pun tak paham.... dah la sir tak masuk-masuk kelas....huuuu...sory la sir hari tu saya terbalik awal...ingatkan sir tak kesah..huuuuu... masuk la kelas balik sir...saya memerlukan bimbingan....(bajet macam sir baca... ).... maybe sir terlalu sibuk menguruskan hal konvo phd dia  tu, sebab tu tak masuk klas... lepas ni kna panggil Dr la ea?

GTsuite : perlu mengdesign valvetrain menggunakan software ini.... baru belajar tutorial... tu pun ada masalah nak run simulation....adehai... valvetrain aku ni pulak bila tah nak dapat ni??

AutoDesk: tak dak apa-apa komen... sebab tak try lagi... sebab apa tak try lagi?... sebab tak dapat instal lagi... pasai apa tak instal??...sebab aku telah tesilap langkah menginstal dan sekarang dah tak dapat instal... adehai laaaaaa.....awal tu dah boleh instal tapi bila sekali dia suruh register aku tak register sebab dah penat menunggu dia nak instal...last-last entah jadi apa tah... aku pun dah jadi pening... sama-sama kitorang pening.. then dia dah tak mau masuk dalam laptop aku dan tak mau kawan dengan aku lagi!...

p/s betapa pening aku memikirkan... berusaha untuk tidak mengeluh... tapi bila dah pening, rasa macam nak baling saja laptop ni...

p/s aku sememangnya seorang yang tak arif bab-bab berkait dengan komputer ni....

p/s software office pun tak instal..haha!... sebab tu dok pinjam laptop orang ataupun buat kerja kat GPCL... tak mau membebankan laptop dengan banyak-banyak software...biarlah dia aman untuk sementara waktu..haha!

*********************************************

mengakui diri sukar menerima teguran... sentiasa mahu mempertahankan diri sendiri...sentiasa mahu diri ini menang

perlu belajar menerima teguran... menilai diri sendiri

belajar untuk menyenangkan orang lain....



Monday, September 27, 2010

tak dak apa aih!

assalamualaikum....

(khamis malam)
meluangkan masa mengemaskini dompet..... setelah berhempas pulas study valvetrain design  padahal jumpa Dr TM tak sampai 15 min pun...Dr TM!!!!!!

dah berkurun pakai dompet ni...since sekolah menengah..tak silap form 3 @ 4 hasil pertukaran dengan kakakku
still tak dak niat nak beli baru walaupun dah koyak rabak
banyak kenangan dia dengan aku

seperti biasa... resit becambah dalam dompet tu...
resit bulan ogos pulak tu!

voucer McD dapat kat low yat tahun lepas kot
bila tah nak guna... since tak makan McD tak dak hati pun nak guna
expired hujung tahun ni


bukan setakat sampul...ada duit dalam tu ha
boleh la menampung hidup sampai hujung sem ni


tak banyak mana pun kad yang aku ada...
matrik kad kak pah pun still simpan...tah dia ingat ka tak kad matrik dia kat aku
dulu semangat nak masuk uia sebab tu simpan kad matrik kak pah


(bahagian depan)

(bahagian belakang)
tak mau buang sebab budak tu cute sangat..hehe

Intan, best friend time form 3 lukis
kat belakang dia tulis bf pah...haha!

hasil dari athirah...time Ivec
-sharifa bahiya-
katanya orang jepun tak sebut 'h' kat belakang
ek?

kahkahkah!
ini pembungkus singgam( chewing gum)
simpan sebab ada gambar digimon
hehe
dulu sangat minat dengan digimon dan pokemon
sekarang pun bila Luqman bukak 611 dan ada pokemon, aku yang pulun tengok, bukan luqman
luqman minat ultramen saja

resit dari Alaf 21, beli ungu Karmila
pun tak sanggup nak buang
kenangan tuuuu

tiket grand dinner last sem kat matric

tiket wayang Qabil Khushry Qabil Igam kat MFH AMF(confius sebentar)  kat matric
semangat pi tengok padahal tak la best mana pun senaqnya
tapi since pi tengok ngan kawan-kawan tu yang menjadikan ia best

oooop!  ini ialah resit  wang pos time beli ungu Karmila

hehee... rombongan level 4 mahallah Khadijah... time matric
*mana nak cari gambaq kita time tuu???

ingat tak dulu-dulu kalau beli test pad ada kad ni...
dalam banyak-banyak yang ni satu aku simpan
"anda tidak boleh mencipta pengalaman. anda mesti menghadapinya"

gambaq kawan-kawan

p/s banyak benda yang aku simpan... tak sedar la pulak ngupanya aku ni seorang yang suka menyimpan
ingatkan nak buang dah benda-benda yang tak penting.. tapi last-last tak sampai hati la pulak...hoho

p/s dompet ini pernah jatuh bersama-sama aku ke dalam kolam sewaktu aktiviti merentas halangan kat PLKN....antara barang yang terlibat, IC of cosh, kalender yang ada budak cute tu, pembalut chewing gum digimon, gambar bf aku dan kad kata-kata hikmat
(kalau setakat basah ok lagi... ni siap ada bau lagi kot!...tapi sekarang dah wangi)

*************************************************************************

(sabtu)
beraya di rumah pak cik
(ambik dari fb eizz)

tahukah anda kitorang sesat ke kepong selepas selesai berhari raya kerumah kawan-kawan 
alang-alang sudah sesat kitorang berehat sebentar menonton MAGIKA...hehe
(pernyataan yang kurang boleh dipercayai)

kat jusco kepong..kalau tak silap since kitorang sesat so tak taw nama tempat tu yang sebenar

siapa yang paling nampak matang dalam gambar diatas?
( tak puas hati bila ayah seorang kawan cakap wani yang paling matang, padahal aku yang paling tua kot!)

sementara menungu MAGIKA... singgah sebentar di kedai haiwan peliharaan
(kenapakah arnab sangat cute?)

guinea pig

lagi guinea pig

**************************************************
p/s setakat itu sahaja entri "tak dak apa aih".... memang tak dak apa pun..saja suka-suka hati

p/s senaqnya nak bagitaw yang group aku telah layak masuk 2nd stage pertandingan autodesk design...kahkahkah....Alhamdulillah..asalnya aku group lain kot....(dah stat berangan menang dah ni..)

p/s ok la.. aku mengalah... memang wani lagi matang daripada aku..huuuuuu