Pages

Friday, September 16, 2011

buat aku senyum




"beat your emotion and settle things up"


aku suka:

"masa tu aku memang bengong gila, otak aku pun pening aku tak tau nak buat apa"

-aku pun rasa macam tu-

thanks to him and Him

p/s siapkan report...tak mo jadi macam Matluthfi..hehe

Thursday, September 15, 2011

kecelaruan

saat ini....
jalan aku terbantut
aku tak tahu...
yang aku buat betul atau salah
aku tak tahu..
yang aku buat baik untuk aku atau tak
aku tak tahu
adakah aku benar-benar mahu ini
atau aku sekadar ikutkan sangat dengan hati
aku tak tahu...
apa yang patut aku buat
sama ada aku teruskan..
atau aku berhenti...

aku tahu
apa yang aku buat sangat berisiko
aku tahu 
jalan itu sangat susah
aku tahu
aku mungkin akhirnya akan menyesal sendiri

tapi aku tak pernah berusaha sekeras ini
dalam aku menangis kenangkan halangan yang bertimpa-timpa
aku senyum mengenangkan betapa aku telah berusaha
sampaikan sesuatu yang aku rasa tak mungkin aku lakukan 
aku lakukan dengan tidak berkira-kira

perlukah aku berhenti??

aku akan tetap berusaha 
sampai tiba satu saat dimana semuanya bukan dalam kawalan aku
walaupun aku tahu ia berisiko
tapi aku tak tahu apa yang ditetapkan untuk aku
mungkin Allah mahu aku lebihkan sedikit lagi usaha

tapi jika itu bukan untuk aku...
ikhlas dan redho
setelah dicurahkan sepenuh usaha 

harapan aku menggunung tinggi
dosa aku seluas lautan
aku yang tak ada kuasa
aku yang selalu lupa

p/s jangan tanya aku kenapa.... tak perlu tahu, tak perlu faham... aku cuma mohon doa

kita patut berhenti menangis kerana satu kesukaran sebab kita tahu Allah sentiasa tetapkan yang terbaik untuk kita

Wednesday, September 14, 2011

cerita berdasarkan gambar

saffiyya dan baju rayanya.... beberapa hari balik lepas praktikal, dia baru boleh merangkak... bukan main lagi... tak mo orang pengang dah.. nak merangkak saja dia


pak cik min (adik aku) dan saffiyya 

pak cik min bermain dengan anak menakan dia

amin yang poket penuh... hari raya.. dia datang salam aku dan bagi duit raya...  ^__^.... aku tak dak bagi dia apa-apa pun... sebelum tu dia siap bagi sampul duit raya yang berisi duit raya kat mak suruh mak bagi kat budak-budak yang datang beraya....mungkin dia dah dapat mesej yang dia kena ganti abah...bangga

sekarang tak yah susah-susah... mak suruh dia beli apa-apa tak yah kirim duit... dia ada duit sendiri

dia aku jadikan garis panduan... dia dah besar.. dah boleh berdikari... dah boleh diharap... jadi aku sebagai kakak sepatutnya jadi lebih baik sebagai seorang kakak

ini adalah muka saffiyya bila dia geram dengan sesuatu.... mana dia blajaq aku pun tak taw
masa ni dia tengah geram dengan kasut dia.... dipicit-picit dan  masukkan dalam mulut



berehat sebentar lepas penat merangkak
kat rumah tok su..kenduri kawen
jumpa cikgu salmah merangkap mak long merangkap insan yang membuatkan aku minat math
dari selalu dapat C terus naik dapat A



hari raya ke-2 ikut kak ti jalan-jalan penang... first time naik feri
(ok.. penang tak la jauh mana tapi memang ni first time naik feri)

*poyo kah muka aku dan adik aku?...haha!! abaikan*

kat padang kota lama... abaikan adik aku... focus kepada luqman
lihat betapa luqman berusaha buat peace dan muka cute... ^__^... mana dia belajaq aku tak taw lah... mak-mak menakan dia mana ada buat perangai macam tu pun

raya ke-3.. jalan-jalan ke wang kelian... 
jalan pi sana, mak aiiiii....kona kiri, kona kanan, naik bukit lagi... tobat tak pi dah... mak dengan kak ti siap baca doa tak berenti-renti...luqman pulak marah mama dia baca doa sebab buatkan dia takut...

pi sana semata-mata nak beli teddy bear untuk luqman
+
mak teringin nak pi sana... tengok periuk belanga

hello kitty untuk saffiyya



kawan baru luqman untuk main lawan-lawan
lega... sebab tak payah main lawan-lawan dengan dia dah..haha!!


....lastly...


ni la muka saffiyyah bila dia dok diam tengok 'indahnya iman' kat astro oasis
satu-satu cara nak bagi dia dok diam.. buka 'indahnya iman'

p/s hajat di hati nak beli kamera bila dapat gaji... tak kesampaian...

aku patut beralih arah dan berusaha siapkan report eit yang tak nampak jalan lagi ni....contoh report pulak terlekat kat laptop kak aku kat jitra nun!! adoi!!!