Pages

Tuesday, May 31, 2011

penyeri

".... merantaulah, kau akan mendapat pengganti kerabat dan kawan."
(Imam Syafie)

assalamualaikum....

Laila
pertama kali dia approach aku dia tanya.... "ketat tak seluar Laila? jawab jujur!"..... jadi dengan jujurnya aku jawablah... katanya dia niat nak pergi Mekah... niat nak jadi baik... dulu-dulu dia sangat jahat...
banyak yang dia ngadu kat aku... aku kadang-kadang tak taw nak bagi nasihat, setakat dengar saja... katanya sangat susah nak jadi baik... dia selalu terlepas cakap... jadi dia harap dapat jadi pendiam
mungkin dia tengok perwatakan aku lain skit dari kawan-kawan dia sebab tu dia banyak ngadu kat aku... aku sangat bangga dengan dia.... walaupun dia sekolah tak habis.. pernah buat jahat... tapi  dia iklas nak berubah...
bila tengok dia, rasanya aku ni tak ada apa-apa... mungkin dia nampak aku baik, tapi aku sendiri pun tak nampak aku seorang yang baik
Laila akan tetap dalam doa aku... aku sentiasa harap aku tak akan lupa dia
mula-mula aku panggil dia kakak... rupanya dia sebaya... betapa Laila kaut lebih banyak pengalaman

Letchumi
aku janji dengan dia aku akan tulis nama dia dalam diari aku since aku lupa nama kawan india aku yang dulu, dia risau aku akan lupa nama dia jugak..haha!
tua satu tahun... pernah tanya aku "apa pasal ha saya tengok diorang pakai tudung kecil2 tapi u pakai tudung besar?"...... soalan maut...aku tak dapat jawab...nasib baik kak Kanmani tegur dia.. aku tak paham lah apa dia tegur sebab diorang cakap india, tapi maybe dia tegur sebab letchumi tanya soalan pelik-pelik.
tiap kali dia tengok aku tak ada buat apa-apa musti dia akan mintak aku tolong dia... walaupun dah ditegur supervisor supaya tak buat kerja-kerja operator tapi... lantak ahhh... daripada tak buat apa-apa baik tolong diorang kan? kan? kan?
Letchumi.... mesra... tapi kadang-kadang aku tak paham apa dia cakap... sampaikan dia selalu tanya "U paham ka apa saya cakap" bila dia tengok muka aku blur

Amirul
budak lepas spm..haha... budak lagi budak ni... sangat budak... tengok pun taw dia anak bongsu... berkawan dengan Yusri... tapi perwatakan sangat berbeza... Amirul bercakap tak berhenti, Yusri diam... tapi kata Amirul... "Yusri bila kawan dengan Amirul dia pun ikut gempak macam Amirul"...haha!!... gempak.. tu la yang dia selalu puji diri dia.... 
seronok bila dengan Amirul ni... tak berhenti gelak aku... tapi kadang-kadang tah hapa-hapa dia cakap
bila ada india bercakap dia selalu akan translate... aku yang risau takut india tu akan marah dia... tapi slumber saja budak tu... orang marah pun dia boleh gelak-gelak... sampaikan orang yang marah pun tak jadi marah
pernah satu pagi dia datang lewat... time tu orang dah tengah meeting ramai-ramai sekali operator... sampai-sampai saja dia pegang kepala aku!!.. aduhai budak ni... terkejut jugak aku.... lepas dari tu kena tegur dengan umi... kata umi tak elok buat macam tu dengan kakak... dia balas "ala..Amirul dah terbiasa la.. selalu buat macam tu dengan kakak Amirul"...... dalam hati aku---->"taw la akak ni pendek!!!"
Amirul dan Yusri aku anggap macam anak menakan aku dah...harap diorang akan jadi orang yang berguna

Umi aka kak Ina
kadang-kadang aku panggil Umi kadang-kadang panggil akak... 
banyak cerita Umi.... dari cerita Umi aku teringat kan mak
dari cerita Umi.. aku boleh nampak sudut pandangan seorang ibu... susah payah seorang ibu... 
banyak nasihat dari Umi....
tapi kebelakangan ni Umi selalu tak sihat... tambah lagi Umi mengandung... dah 40 lebih pun... tapi tu la rezeki
nasihat Umi----> walaupun kita ni perempuan, tapi bila dah kawin tu jangan lah lupa langsung dengan mak ayah...... walaupun kita sendiri tak ada duit, tanya-tanya lah mak ayah, ada duit tak...setakat tanya pun dah cukup...kurang-kurang nampak yang kita ambil berat.----> tiap kali aku balik musti mak tanya ada duit ka tak... kak aku pun tanya.... jadi, reminder untuk aku----> selalu-selalu lah tanya diorang pulak nanti

******************************************
hari ni kena tegur dengan Laila sebab aku dah buat baju aku kotor...katanya..."orang bagi keja suruh tulis-tulis saja..macam mana boleh kotor baju ni??? macam budak-budak laa"
haha!!.. aku memang kadang-kadang cemerkap skit (aku tak berapa paham sangat penggunaan perkataan 'cemerkap'...bantai saja)

p/s jika seorang dewasa selalu fikir yang dia seperti kanak-kanak, itu adalah normal dan ok sebab seorang kanak-kanak selalu berfikir yang mereka sudah dewasa

mode: frust sebab Ahmad Fedtri Yahya dah kawen..huhu.... tak lah, seronok tengok dia dah kawen ^__^ (yup! aku suka dia)

Thursday, May 26, 2011

aku dan arnab


assalamualaikum....

kenapa aku suka arnab???

sebab aku nampak arnab seperti aku...

cute
diam
suka menyendiri

pernah nampak ada seorang kanak-kanak bawa arnab kat female sport complex dan arnab tu duduk diam kat tengah-tengah...tak lari kemana-mana

arnab pun mana ada banyak bunyi.... macam mana bunyi arnab???

itu aku la tu...
menurut analisis daripada dr Fadhilah Kamsah...untuk orang yang lahir bulan januari

bercita-cita tinggi dan orangnya serius

suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
sensitif, berfikiran mendalam
pandai mengambil hati orang lain

pendiam kecuali setelah dirangsang
agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badan sehat (heeee) tetapi mudah diserang selesema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
cukup sayang kepada kanak-kanak (sapa tak sayang????)
suka duduk di rumah
setia pada segalanya
perlu belajar kemahiran sosial
sikap cemburu yang sangat tinggi

yang bold tu rasanya sangat betul... tapi yang lain-lain tu.... tak tau lah nak cakap

tapi jadi diam pun timbul masalah....hemmmmmmmmmmmm
tapi tu la tuh... perlu belajar kemahiran sosial!!!

serius tapi kadang-kadang tak ambil serius... 
peka dengan perkara yang menampakkan keuntungan SAHAJA...
tak ambil endah perkara yang tak menampakkan keuntungan....ufffftt!!!

p/s masalah dengan diri sendiri

I'll make an effort to like someone who like me
I'll make no effort to be liked by someone who doesn't like me
but I hate nobody
(kecuali seorang perempuan yang meninggikan suara dengan abah aku suatu ketika dahulu...aku tak kenal dia...aku tak penah jumpa dia lagi...tapi sangat susah untuk maafkan dia... my bad)

p/s  ok. aku membebel lagi

mode: nak balik jaga budak niiiii!!!

jeles baca cerita adik

Monday, May 9, 2011

kenapa saya suka rumah saya???



rumahku syurgaku
home sweet home

kenapa kita suka rumah kita? walaupun rumah kita panas...banyak nyamuk...dan kelemahan-kelemahan lain

pada aku....rumah... tempat kita menjadi diri kita yang sebenarnya...melepaskan segala penat lelah...dan berada di dunia yang sangat kita kenali

diluar kita kena berdepan dengan pelbagai ragam orang...

kadang-kadang kita kena berdepan dengan orang yang tak tahu bertoleransi....
kadang-kadang kita jumpa dengan orang yang tak bertanggungjawab...
kadang-kadang kita jumpa dengan orang yang sangat berlainan dengan kita...

jadi dengan itu kita kena pandai untuk bergaul dengan mereka

bukan bermaksud kita hipokrit bila kat luar
tapi kadang-kadang....
kalau kita seorang yang baran...kita kena tahan baran kita
jila kita seorang yang lemah...kita kena tunjukkan yang kita kuat

tapi,bila balik rumah... kita berada di kawasan kita... kita kenal orang-orang disekeliling kita... dan mereka kenal dengan kita

jadi kita lebih bebas dan rasa selamat

rumah tempat kita lepaskan segala keluh kesah dan penat lelah
rumah tempat kita mencari balik diri kita
rumah tempat kita mengadu segala susah payah

pada aku rumah tak sekadar membawa maksud tempat tinggal...sebuah banggunan
tapi ia juga merangkumi... family...kawan-kawan....dan persekitaran yang aku kenal dan kenal aku
jadi dengan itu aku jadi diri aku 100 peratus

p/s pernah tonton criminal mind season 1 dimana elle kena tembak dalam rumah dia sendiri... sejak tu dia rasa tak selamat dirumah.... case macam ni, rumah dah jadi bukan lagi rumah...

p/s harap dapat jumpa seseorang yang boleh buat aku rasa seperti di rumah...bebas dan selamat...heheeee!

Saturday, May 7, 2011

peluang... perlu wang

assalamualaikum...

rabu minggu lepas, kenal dengan A... baru nak masuk 20 tahun tapi dah bekerja... lepas spm lagi dia dah start kerja. tanya dia kenapa tak sambung study... kata dia tak ada duit... mak suruh cari duit dulu.. bukan untuk diri sendiri tapi  untuk family jugak.

rabu minggu ni kenal dengan Y... baru 18 tahun... lepas spm dah cari kerja.. mulanya kerja kat restoran tapi berenti sebab restoran tu tak halal walaupun memang telah disahkan halal. tanya dia tak nak sambung study ka?..katanya tak ada duit.. mak suruh cari duit. mak ayah dah bercerai... dia seorang anak lelaki..jadi dia yang banyak tolong mak dia dan adik beradik yang lain. lepas rehat aku tanya dia, makan kat mana?..katanya makan meggi cup saja tadi. pagi tadi aku tanya dia, apsal lambat masuk?..katanya dia jalan kaki dari rumah. kelmarin dia ambil gaji kat tempat kerja lama...dan semalam dia dah keluarkan duit dan bagi kat mak dia sebab mak dia perlukan banyak duit.

huh!! duit.....

abang D ada cakap.... "abang dulu mak suruh study tak nak study...merokok.. kacau anak dara orang... sekarang ni terpaksa la hidup asyik kena maki, jadi kuli"

aku nasihatkan Y... sambung study walau apa pun... sebab nanti menyesal macam abang D. lagipun result spm dia ok...4A.. math pun A...hebat la tuu

tapi aku percaya, walaupun tak masuk university, kita still boleh cari ilmu
walaupun tak nak sambung study... jangan terus jadi kuli... usahakan untuk jadi bos (biar robot saja jadi kuli...sebab dia tak ada perasaan)

adik aku Amin... pernah apply poly untuk sambung diploma...tapi kena reject.. lepas dari tu aku tanya.. tak nak try apply lagi ka?? dia cakap tak mau... ok..tak pa... lagipun dia dah bukak bengkel dia sendiri... tovave motor... walaupun kecik.. walaupun belakang rumah saja... boleh lah dia tampung hidup dia.. harap perniagaan dia boleh diperbesarkan... aku pun kalau ada rezeki boleh jadi business partner dia..hehe

kak ipar aku.... berenti study sebab nak kawen dengan abang aku...mulanya aku macam...what???... tapi aku tiba-tiba TERbaca diari abang aku..(hehe abg aku tulis diari).. dalam tu dia tulis dia start kenal kak ipar aku dari adik kak ipar aku ni yg study dengan abang aku... katanya dia tertarik dengan kak ipar aku ni sebab kak ipar aku sungguh-sungguh nak masuk sekolah pondok.. dari situ aku tahu aku dah silap buat judgement... kak ipar aku lebih berwawasan...aku respect dia... sekarang dia buat bisnes sendiri... jahit baju dan tudung...harap satu hari nanti dia dapat bukak butik...ameen ... p/s kalau abang aku terbaca ni... sori sangat2 sebab TERbaca diari.... terkulat-kulat jugak baca sebab dia tulis dalam jawi woooo, tapi tu pun gigih lagi dok baca

bukan semua orang ada peluang untuk study tinggi-tinggi
orang kaya yang tak pandai bila-bila boleh dan kat mana-mana pun boleh study tinggi-tinggi
orang miskin yang pandai belum tentu boleh study tinggi-tinggi
bukan semua orang yang study tinggi-tinggi berjaya dalam hidup dunia akhirat
bukan semua orang yang tak dapat peluang study hidup melarat
kita yang tentukan nasib diri kita sebab kita tak tahu apa yang Allah dah tetapkan untuk kita
yang dapat peluang study... jangan sia-siakan
walaupun dah keluar university atau sekolah... teruskan cari ilmu


p/s aku tak penah rasa susah sebab ramai yang sentiasa tolong aku... tapi aku pernah rasa sedih sebab tak dapat peluang macam orang lain... tapi sekarang aku sedar kita tak perlu pun untuk rasa sedih sebab Allah dah tetapkan yang terbaik

p/s aku lebih respect orang-orang yang berjuang untuk hidup dan cari peluang daripada orang-orang yang just tunggu peluang itu datang(aku salah seorang yang suka menunggu)

p/s duit... benda yang terakhir penting dalam hidup aku.... tapi still kena usahakan untuk cari duit

tak... PELUANG TAK PERLUKAN WANG, walaupun sebutan dia nak dekat


what a words: chris medina




Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
Anytime you whisper my name, you'll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud, those words
They never go away
They live on, even when we're gone

And I know an angel was sent
Just from me and I know I'm meant
To be where I am and I'm gonna be
Standing right beside her tonight And I'm gonna be by your side


p/s
what a words if you really don't mean them when you write them 

Tuesday, May 3, 2011

aku tak suka orang _________, jadi aku __________

assalamualaikum...

1) aku tak suka orang yang suka komplen:
kalau sekali ok lagi, tapi kalau banyak kali..........
kalau setakat nak meluahkan ok lagi, tapi kalau lebih-lebih ...........

2) aku tak suka orang yang cerewet:
cerewet dan perfectionist adalah benda yang berlainan. aku respect orang yang perfectionist sebab dia sentiasa inginkan yang terbaik. tapi cerewet lebih menjurus kepada yang inginkan semuanya seperti apa yang diorang nak. tak terima pendapat orang lain.

3) aku tak suka orang yang tak respect orang lain
terutama sekali guru.contoh: bersembang dalam kelas atau dalam forum. aku pernah duduk depan budak lelaki yang asyik bersembang dari awal kelas sampai habis. bukan takat bersembang, malah ada ayat-ayat yang memperli lecturer. habis kelas aku terus jeling belakang tengok siapakah gerangan lelaki tersebut. dan aku terus reject dia!! (mcm la dia nak kt aku kan).

walaupun aku tak suka orang-orang yang seperti diatas, tak bermaksud aku benci diorang... mesti ada yang baik tentang diorang. bukanlah bermaksud nak manyatakan yang orang-orang seperti diatas adalah seburuk-buruk orang di mata aku. cuma tak suka perangai yang macam tuh. sedar diri jugak aku pun banyak perangai buruk

list diatas sebetolnya bukan list ciri-ciri orang yang aku tak suka... tapi lebih kepada list perkara-perkara yang aku tak patut buat.

memandangkan aku tak suka perangai-perangai diatas... jadi aku patut pastikan aku sendiri tak buat perangai-perangai seperti diatas

jadi ini sebetulnya lebih kepada peringatan untuk aku

lengkapkan tajuk diatas:
aku tak suka orang yang seperti list diatas, jadi aku patut make sure yang aku sendiri tak buat perangai seperti list diatas




I don't want to be anybody else but me
even I look stupid and ugly 
I want people around me to accept the real me

p/s 
apart of me want the explanation
but the other, thought that i should let it be the way it should be