Pages

Sunday, May 10, 2015

jangan harap lebih...

assalamualaikum.....

aku bukan mudarris
bukan muallim
bukan murobbi
bukan muaddib
apatah lagi mursyid
malah aku bukanlah seorang yang layak dbandingkan dengan lilin yang sanggup membakar diri untuk kepentingan orang lain

aku cuma manusia..
yang mencari rezeki...
yang berjalan mengikut aturan..
yang punya perasaan lelah..
perasaan marah..
perasaan pentingkan diri sendiri...

aku punya banyak kesilapan
banyak kekurangan
jangan terpedaya dengan kata-kata
jangan terpedaya dengan gaya
itu semua kulit yang aku guna untuk tutup aibku..

jangan harap lebih..
sebab kadang aku jatuh... tak mahu bangun
kadang aku tutup telinga, tutup mata, tak mahu kesah
aku tak mampu bangun, inikan pula nk membangun
aku tak mampu kuat, inikan pula menjadi penguat

kadang aku cuma mahu layan hati aku..
tak peduli hati orang..
kadang aku mahu buat apa yang mahu aku buat..
bukan yang perlu aku buat..

jangan harap lebih..
sebab aku bukan seperti yang terlihat