Pages

Wednesday, March 30, 2011

alahai intan alahai payung



update: safiyya dah pandai meniarap... tapi belum pandai mengesot
 go girl!! chaiyok!! 


teringat gelagat dia yang seronok tergelak-gelak time aku dan luqman baca alif ba ta depan dia

luqman penah tanya: adik, laki ka pompuan?
nape rambut dia laki??

katanya nak bawak mak tam naik gajah
ingatkan kat zoo, rupanya haiwan tiruan..ciss

tiap kali ke shoping complex... 

lihat dari jauh


spoil la gambaq kak aku tetiba ada kat dlm ni jugak..haishh! (harap dia xbaca... but, credit to her, dia yg edit)

mode: nak balik!!!..... ok, esok exam  =(

p/s kedah nak kena bah lagi kah???

Monday, March 28, 2011

berapa harga diri kita?

assalamulaikum...

kalau cakap pasal  harga diri, semua orang pun akan cakap 'diriku begitu berharga'

sapa nak letak harga diri murah-murah kan... even mas kahwin pun kena beribu-ribu (seribu tuh dah cukup mahal dah bagi aku)

pada aku:
orang yang dok ambik gambaq muncung2 mulut, buat gaya gedik-gedik lepas tu tayang gambaq tu merata-rata.... itu adalah MURAH!

perempuan yang tiba-tiba bertukar jadi manja-manja dan sweet-sweet dan juga cute-cute bila ada lelaki kat keliling padahal kalau sesama perempuan tak pulak dia jadi macam tuh... itu namanya MURAH!

perempuan yang sanggup lakukan apa saja untuk lelaki yang bukan muhrim semata-mata nak disayangi oleh lelaki itu... itu sememangnya sangat MURAH!

 sorry lah kalau  macam kasar sangat dan konon macam aku perempuan Islam terakhir.... senaqnya aku sangat-sangat berharap aku tak jadi macam tu

tak taw la ubat apa yang dipakai lelaki,sampaikan even perempuan yang baik-baik pun mudah jadi MURAH bila dengan lelaki

setiap kali aku lihat kejadian-kejadian seperti itu.. aku harap sangat aku tak lemah macam tu

ok sekarang pasal AURAT pulak

pasai apa la haih nak ikut gaya orang barat.. terdedah sana-sini... orang kafir tu memang letak harga diri wanita paling bawah sekali... dan kita orang Islam ni dok ikut la pulak... tapi dalam masa sama nak diri dihargai..

semua fesyen yang didesignkan oleh orang kafir adalah untuk menjatuhkan martabat wanita... tak sedaq ka??

semua pun tau batas aurat... tapi pasai apa tak ikut???

sekali lagi sorry kalau kedengaran kononnya aku perempuan Islam terakhir... aurat aku pun tak lah sesempurna mana walaupun dah bertutup semua, sebab aurat tu bukan setakat tutup

tapi tolong lah tutup at least... Allah dah bagi muka come-come, badan tak ada cacat cela... tapi tak jaga AMANAH Allah itu... perasan sangat yang diri kita ini adalah hak milik kita padahal Allah boleh tarik bila-bila saja

harus di ingat, aurat bukan takat pakai tudung, tapi ia meliputi: pakai tudung yang tutup dada, pakai baju yang longgar dan tidak jarang, tutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan

kalau ada yang cakap, kalau tutup aurat, tak dapat berfesyen, well... KAMU NAK BERFESYEN ATAU KAMU NAK REDHO ALLAH??

aku penat dan sedih tengok saudara,adik beradik, kawan-kawan yang dengan suka hatinya menjadi MURAH tanpa dia sendiri sedar

tak tau nak buat apa untuk ajak depa sama-sama dengan aku berusaha untuk menjadi baik

kita tak sempurna mana sebab itu perlu berusaha untuk itu

(peringatan untuk diri sendiri)

p/s sabtu lepas first time try nasik lemak sg pusu then ziarah kubur uia... banyak benda perlu diexplore di sekitar uia... next: trip to ayaq terjun belakang uia.. Insya Allah.... (baca)

p/s aku tak pandai buat ayat lembut-lembut dan sedap-sedap

Thursday, March 24, 2011

aku yang sangat teruk dalam memberi tajuk

assalamulaikum...

beberapa hari ni asyik dengar orang mengadu pasal group member... hari ni dah dengar dua cerita dah

seorang member tuh tadi bagitaw dia tengah gerammmm!!! aku pun layan lah tanya pasai apa? then dia ngadu pasal group member dia..

ya la semua pun busy time2 macam ni...

tapi masalahnya pandai pulak lah aku dok bagi nasihat kat dia... aku cakap " ko kna marah sikit orang macam tuh, biar dia tahu yang kita ni marahkan dia... jangan pulak senang2 nak dapat markah free"

bukanlah nak menggalakkan dia berperasaan marah... tapi daripada dia dok pendam seorang2 baik dia terus terang, plus, group projek adalah group projek ok! kalau kita diam macam tuh jugak lah perangai dia, dan akhirnya kita jugak yang stress

tapi!

yang menjadi masalahnya...

aku ni pandai cakap saja... kalau aku sendiri.. tak daknya nak confront dengan orang yang macam tu
selalunya aku just diam dan sabar... iklaskan hati dan terima sajalah

tapi tak leh gak macam tu senaqnya... aku rasa since aku dok buat macam tu la orang tu tak berubah-rubah

aku dah penah kena dengan seorang ni... dan aku tak nasihatkan dia... dan sekarang aku dah tak nak involve dengan dia. tapi masalahnya, perangai dia still macam tu dan sekarang orang lain pulak yang terima nasib macam aku dulu... rasa macam aku pulak yang salah sebab tak nasihatkan dia dulu.

haila!!! susah la bekerja dengan orang-orang yang susah untuk dibawa membuat kerja

harap-harap jangan lah aku tergolong dalam golongan macam tuh...

JANGAN MENGHARAPKAN HIDUP YANG SENANG ATAS KESUSAHAN ORANG LAIN

senang cakap: JANGAN SUKA SUSAHKAN ORANG!!

p/s ok aku tak taw nak letak tajuk apa dan aku harus ke klas sekarang! tak ada masa nak pikiaq dah!!

Tuesday, March 22, 2011

daya geseran

assalamulaikum...

daya geseren atau dalam bahasa antarabangsa, friction

kalau tak ada daya geseran kita tak akan boleh berdiri...

daya geseran boleh di samakan dengan rintangan

kalau tak ada rintangan dalam hidup jadi lebih baik kita tidur kat dalam liang lahat..

so, rintangan of course kena ada dalam hidup untuk menjadikan diri kita mahu berusaha dan berjaya


sesuatu benda yang sedang dalam keadaan static boleh kekal static sebab adanya geseran..

dan kalau kita nak mengerakkan benda yang static, pada mulanya kita akan rasa susah, tapi bila benda tu dah mula bergerak sikit, kita akan rasa lebih senang untuk mengerakkannya...

satu perkara yang kita baru nak mula buat dalam hidup akan rasa susah pada awalnya.. tapi bila dah mula buat kita akan rasa senang

dan kalau kita berhenti buat perkara itu, kita akan berasa sedikit susah untuk memulakannya balik

jadi disini perlunya ISTIQOMAH

kalau rasa susah  nak buat sesuatu perkara baik... beri daya yang lebih kepada diri kita sampai daya itu melebihi daya geseran... dan teruskan beri daya tu dan jangan pernah berhenti

p/s fizik itu sangat menarik

Sunday, March 13, 2011

kalau lah boleh....

assalamulaikum....

ambil masa sikit sebelum sambung balik tulis research paper...

kalau lah boleh...

aku nak bela anjing... ^__^


ramai orang melayu Islam yang takut sangat dengan anjing ni... padahal anjing ni macam binatang-binatang lain jugak....  ia akan serang kita kalau kita yang kacau dia dulu

tapi tengok jenis anjing gak la... ada jugak anjing yang makan orang... ha! yang tu jangan dok nak p dekat2

 aku pun takut gak la ngan anjing, bukan berani pun... tapi just teringin gak nak bela anjing

abah penah cakap:  anjing lah binatang yang paling bagus untuk dijadikan teman kita... dia boleh jadi penjaga kita

walaubagaimana pun... musti ada sebab apasal kita tak boleh pengang anjing kn...

kisah aku dan anjing:

satu petang aku jalan seorang-seorang dekat belakang e5 menuju ke terowong hafsa... time tu bulan posa kalau tak silap.... jalan punya jalan... sekali nampak seekor anjing datang dari arah terowong menuju ke aku... aku stay cool.. relek.. xleh lari nnt dia kejar.... then anjing tu kona ke tepi (apa ek kona dalam bahasa standard??)... lega sat... lepas tu ada dua lagi anjing menyusul di belakang anjing tadi... kali ni anjing yang dua ni tak ikut kona... anjing2 ni terus menuju kearah aku.... aku dengan cuaknya terus rapat ke dinding... ingatkan anjing2 tu just lalu... sekali yang seekor tu mai dekat2 aku n hidu2 aku... tapi kulit anjing tu tak kena kulit aku... naseb baek..fuhhh.... dah hidu2.. anjing tu konfem yang aku tak ada bawak makanan so anjing tu pun meneruskan perjalanan.... see.. anjing bukannya jahat pun... dia just nak kawan dengan kita kot... ^___^

aku rasa anjing-anjing tu lapar... memandangkan tengah bulan posa kan... sejak kejadian tu.. aku berani skit kalau anjing ada depan aku... sebab aku rasa dia tak kan kacau kita selagi kita tak kacau dia... tapi tak dak la berani sampai tak kesah langsung... still kena berjaga-jaga jugak.

dulu-dulu time lepas patah kaki... lepas dah boleh jalan... aku sangat tak berani pakai skirt... tah apa kaitan dengan patah kaki... tapi memang lepas patah kaki aku tak pakai skirt pendek... time tu baru 6 tahun... bukan sbb dah dapat hidayah nak tutup aurat tapi  sbb takut anjing gigit kaki... tak taw la mcm mana boleh pikiaq mcam tu.... maybe senaqnya aku malu sebab baru patah kaki tapi bagi alasan takut anjing gigit....hemmm... tah hapa-hapa

teringin nak bela german shepherd macam dalam ' i am legend'  sgt terharu time sam(si anjing) memprotect tuannya..



atau macam dong ja 



kalau lah boleh.....

conclusionnya:  TAK SEMUA YANG KITA NAK BAIK UNTUK KITA, OLEH ITU REDHO LAH KALAU TAK DAPAT APA YANG KITA NAK

p/s tapi still akan usahakan untuk bela arnab dan tupai  ; )

p/s kalau tulis blog laju saja taip... tapi kalau research paper??... satu ayat pun amik masa berjam-jam.

Friday, March 11, 2011

mau jadi apa??? yang terbaik atau sedang-sedang??

dengan nama Allah...

assalamulaikum...

ketika Sahal bin Abdullah ditanya kaumnya:

"bagaimanakah sebenarnya watak manusia yang ibadah solatnya benar-benar mampu menegakkan sendi-sendi keimanan dan keislamannya?"

Sahal menjawab:

" bajunya berupa khusyuk,perhiasannya berupa rendah hati, kalungnya berupa rasa gerun kepada Allah. bicaranya pula berupa zikrullah atau amar ma'ruf nahi munkar. diamnya untuk berfikir tanda kekuasaan Allah dan nikmatNya. tidak bosan memberi nasihat kepada sesama insan untuk teguh berada di jalan Allah. selalu merahsiakan ibadah dan ubudiyahnya. istiqomah menjaga jarak hati dari kemaruk cintakan dunia. matlamat hidupnya hanya terarah kepada akhirat dan selalu berusaha untuk pelaburan akhirat.semua yang dikerjakan diniatkan semata-mata kerana Allah."


pada kesempatan lain Sahal bin Abdullah berkata kepada kaumnya,
" wahai sekalian manusia, mahukah kalian aku khabarkan manusia yang terbaik di antara kalian?"
mereka menjawab:
"tentulah kami mahu."


Sahal berkata:
"mereka ialah manusia yang:

  • apabila tidak tidur, banyak berzikir kepada Allah.
  • jika berbicara, dia menyuarakan ketinggian dan kemuliaan Islam. 
  • jika memberi nasihat, dia memotivasikan orang di sekelilingnya menajamkan mata hati dan fikir. 
  • mereka selalu berkata jujur dan benar, bersikap santun, tidak mengotori tindakan untuk kepentingan dunia. 
  • dia berkerja bukan untuk kekuasaan mahupun populariti. 
  • dia rajin mengisi diri dengan ilmu, mengikuti jejak kebaikan para salafussoleh terdahulu. 
  • dia teguh memegang ajaran al-Quran dan sunnah nabiNya. 
  • khusyuk adalah pakaiannya, wirid adalah perhiasannya, rasa takut kepada Allah adalah kalungnya. 
  • bicaranya kaya dengan zikir dan diamnya untuk berfikir
  • tidak jemu memberi pandangan kebaikan kepada orang. 
  • dia membuang jauh-jauh sifat buruknya. aib dan kelemahan manusia dikuburkan dalam-dalam. 
  • dia gemar berkumpul dengan orang-orang yang zuhud. dia mendambakan keuntungan akhirat jauh lebih banyak daripada laba dunia."

"perkara pertama yang hilang daripada sikap beragama kita adalah khusyuk. dan sesuatu yang paling akhir akan hilang dalam agama kita adalah solat. dalam dunia ini banyak orang yang solat, tetapi tidak mendapatkan kebaikan dari solatnya. dan kelak di akhir zaman banyak orang yang solat berjemaah di masjid, tetapi tidak nampak dalam diri mereka tanda-tanda kekhusyukan."
                                         (hadis riwayat Tarmizi dan Musannaf Ibni Abi Syaibah: 11)

menyukat solat diri, Misbah Em Majidy

p/s pada aku solat yang tidak khusyuk itu adalah lebih baik dari tidak solat langsung namun perlu sentiasa ada penambahbaikan, kalau sentiasa di takuk lama, tak ada guna juga.

p/s orang yang mengaku Islam tapi tidak mengamalkan Islam semakin bertambah. semoga kita tak tergolong dalam golongan itu.

p/s semalam join forum the miracles of number... walaupun terlambat sbb terlupa tapi still pi jugak, tambah2 ada dr waleed, so tak kesah lah walaupun kena duduk kat tangga.

graf bil ayat dalam surah vs no surah menghasilkan image diatas (mengikut sequence) 
katanya perkara ni ada dalam buku mestika, aku dah lama tak baca mestika
*aku baru taw*

the conclusion of the forum: see mathematics as one of the knowledge that can increase our iman, not just numbers and formula. and don't ever hate this kind of knowledge!
*numbers will remain mystery...wuuuuwuuuu*

p/s esok sepupu kawen.. dua pasangan serentak... as always aku tak dapat join kenduri... kak ti balik petang ni dan balik sini balik hari selasa... separuh hati nak ikut balik n ponteng klas hari isnin dan selasa... haha! itu sudah melampau!.. plus ada research paper yang perlu disiapkan dan sejarah membuktikan bahawa kerja takkan berjalan klu balik rumah.... frust!