Pages

Monday, September 27, 2010

tak dak apa aih!

assalamualaikum....

(khamis malam)
meluangkan masa mengemaskini dompet..... setelah berhempas pulas study valvetrain design  padahal jumpa Dr TM tak sampai 15 min pun...Dr TM!!!!!!

dah berkurun pakai dompet ni...since sekolah menengah..tak silap form 3 @ 4 hasil pertukaran dengan kakakku
still tak dak niat nak beli baru walaupun dah koyak rabak
banyak kenangan dia dengan aku

seperti biasa... resit becambah dalam dompet tu...
resit bulan ogos pulak tu!

voucer McD dapat kat low yat tahun lepas kot
bila tah nak guna... since tak makan McD tak dak hati pun nak guna
expired hujung tahun ni


bukan setakat sampul...ada duit dalam tu ha
boleh la menampung hidup sampai hujung sem ni


tak banyak mana pun kad yang aku ada...
matrik kad kak pah pun still simpan...tah dia ingat ka tak kad matrik dia kat aku
dulu semangat nak masuk uia sebab tu simpan kad matrik kak pah


(bahagian depan)

(bahagian belakang)
tak mau buang sebab budak tu cute sangat..hehe

Intan, best friend time form 3 lukis
kat belakang dia tulis bf pah...haha!

hasil dari athirah...time Ivec
-sharifa bahiya-
katanya orang jepun tak sebut 'h' kat belakang
ek?

kahkahkah!
ini pembungkus singgam( chewing gum)
simpan sebab ada gambar digimon
hehe
dulu sangat minat dengan digimon dan pokemon
sekarang pun bila Luqman bukak 611 dan ada pokemon, aku yang pulun tengok, bukan luqman
luqman minat ultramen saja

resit dari Alaf 21, beli ungu Karmila
pun tak sanggup nak buang
kenangan tuuuu

tiket grand dinner last sem kat matric

tiket wayang Qabil Khushry Qabil Igam kat MFH AMF(confius sebentar)  kat matric
semangat pi tengok padahal tak la best mana pun senaqnya
tapi since pi tengok ngan kawan-kawan tu yang menjadikan ia best

oooop!  ini ialah resit  wang pos time beli ungu Karmila

hehee... rombongan level 4 mahallah Khadijah... time matric
*mana nak cari gambaq kita time tuu???

ingat tak dulu-dulu kalau beli test pad ada kad ni...
dalam banyak-banyak yang ni satu aku simpan
"anda tidak boleh mencipta pengalaman. anda mesti menghadapinya"

gambaq kawan-kawan

p/s banyak benda yang aku simpan... tak sedar la pulak ngupanya aku ni seorang yang suka menyimpan
ingatkan nak buang dah benda-benda yang tak penting.. tapi last-last tak sampai hati la pulak...hoho

p/s dompet ini pernah jatuh bersama-sama aku ke dalam kolam sewaktu aktiviti merentas halangan kat PLKN....antara barang yang terlibat, IC of cosh, kalender yang ada budak cute tu, pembalut chewing gum digimon, gambar bf aku dan kad kata-kata hikmat
(kalau setakat basah ok lagi... ni siap ada bau lagi kot!...tapi sekarang dah wangi)

*************************************************************************

(sabtu)
beraya di rumah pak cik
(ambik dari fb eizz)

tahukah anda kitorang sesat ke kepong selepas selesai berhari raya kerumah kawan-kawan 
alang-alang sudah sesat kitorang berehat sebentar menonton MAGIKA...hehe
(pernyataan yang kurang boleh dipercayai)

kat jusco kepong..kalau tak silap since kitorang sesat so tak taw nama tempat tu yang sebenar

siapa yang paling nampak matang dalam gambar diatas?
( tak puas hati bila ayah seorang kawan cakap wani yang paling matang, padahal aku yang paling tua kot!)

sementara menungu MAGIKA... singgah sebentar di kedai haiwan peliharaan
(kenapakah arnab sangat cute?)

guinea pig

lagi guinea pig

**************************************************
p/s setakat itu sahaja entri "tak dak apa aih".... memang tak dak apa pun..saja suka-suka hati

p/s senaqnya nak bagitaw yang group aku telah layak masuk 2nd stage pertandingan autodesk design...kahkahkah....Alhamdulillah..asalnya aku group lain kot....(dah stat berangan menang dah ni..)

p/s ok la.. aku mengalah... memang wani lagi matang daripada aku..huuuuuu

Saturday, September 25, 2010

more to life : Stacie Orrico



I've got it all, but I feel so deprived
I go up, I come down and I'm emptier inside
Tell me what is this thing that I feel like I'm missing
And why can't I let it go

CHORUS:
There's gotta be more to life...
Than chasing down every temporary high to satisfy me
Cause the more that I'm...
Trippin' out thinkin' there must be more to life
Well it's life, but I'm sure... There's gotta be more

(Than wanting more)

I've got the time and I'm wasting it slowly
Here in this moment I'm half-way out the door
Onto the next thing, I'm searching for something that's missing

CHORUS

I'm wanting more

I'm always waiting on something other than this
Why am I feelin' like there's something I missed....
Always... Always...

CHORUS - repeat twice

More to life
There's gotta be more to life (more to life)
There's gotta be more to life (more)
More to my life 

*********************************************
semestinya ada lebih lagi dalam hidup ini..
bukan setakat mengejar sesuatu yang hanya dapat memuaskan hati kita hanya untuk sementara waktu..

sedar akan matlamat hidup
Insya Allah tiada rasa kosong dalam hidup kita

kejar lah akhirat 
hidup kita yang sementara ini akan lebih bermakna

p/s always love this song and this video... 

p/s entri yang dihasilkan tak sampai 30min

p/s apsal aku asyik letak lagu saja seja kebelakangan ni??

Saturday, September 18, 2010

Is Allah satisfied?- Maher Zain

Maher Zain - 7. Is Allah Satisfied With us? .mp3
Found at bee mp3 search engine


we were given so many prizes
we changed the desert into oasis
we built buildings of different lengths and sizes
and we felt so very satisfied
we bought and bought
we couldn't stop buying
we gave charity to the poor cause
we couldn't stand their crying
we thought we paid our dues
but in fact
to ourselves we're just lying

i'm walking with my head lowered in shame from my place
i'm walking with my head lowered from my race
yes it's easy to blame everything on the west
when in fact all focus should be on ourselves

we were told what to buy and we'd bought
we went to London, Paris and Costa del sol
we made show we were seen in the most exclusive shops
yes we felt so very satisfied

we felt our money gave us infinite power
we forgot to teach our children about history and honor
we didn't have any time to lose
when we were
so busy feeling so satisfied

i'm walking with my head lowered in shame from my place
i'm walking with my head lowered from my race
yes it's easy to blame everything on the west
when in fact all focus should be on ourselves

we became the visuals without a soul
despite the heat our homes felt so empty and cold
to fill the emptiness we bought and bought
maybe all the fancy car
and bling will make us feel satisfied

my dear brother and sister
it's time to change inside
open your eyes don't throw away
what's right aside
before the day comes
when there's nowhere to run and hide
now ask yourself cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?

************************************************************
manusia kadang terlupa mengungkap Alhamdulillah dengan hati
manusia kadang sentiasa berasa tidak cukup, tidak puas
manusia kadang terlupa penderitaan saudara sendiri yang serba kekurangan
manusia kadang tidak menyedari betapa banyak pembaziran yang telah dilakukan
manusia kadang inginkan dirinya sentiasa dipuji, hanya pujian

ambillah masa sejenak untuk scan diri kita sendiri
bagaimana tanggapan Allah kepada kita?

p/s lirik lagu yang cukup membuatkan diri terasa

p/s ramai lagi yang masih membantu menghancurkan agama sendiri

sila boikot.. perkara kecil yang mampu kita lakukan

Thursday, September 16, 2010

kelainan raya tahun ni...

assalamualaikum...

1)  first time balik naek bas kat bukit jalil... tak puas hati bila pudu tutup tapi sure lah org KL lagi suka kalau pudu tutup, tak jem.. thanks to safi sebab hantaq hari tu...(^___^)

bukan bas ni yang aku naek
 
2) bila sampai, aku dijemput oleh abang ipar baru... apa-apa lah...kelainan sampingan: melihat perut kak pah yang sudah menampakkan bentuk..haha!.. semoga sihat-sihat selalu.. insyaAllah bulan 2 atau bulan 3 tahun depan dapat lah anak menakan baru

bukan lemang yang aku beli...aku tak buat lemang

3) sampai rumah, Muhaimin, anak menakan aku ada kat rumah... malam tu pulak adik-adik dia yang lain pulak mai, Qowy dan Sarah.. kalau dulu depa akan mengambil masa beberapa hari baru dapat mesra dengan aku tapi kali ni tak... malam tu dah dapat bergaul mesra... dah boleh nampak warna sebenar depa.. tak diam macam dulu... banyak tanya soalan... yang bestnya satu malam tu depa keliling satu rumah cari mak tam sebab nak main bunga api, aku pulak tengah solat... aku biaq depa cari sampai jumpa... kenai pun dengan mak tam, kalau tak sebelum ni  kenai pak jang dengan pak ndak yang sebelah kak ipar aku saja.

bunga api yang aku main tak cantek macam ni punnn
 
4) amin... lain aku tengok dia.. memandangkan kakak-kakak dah tak dak kat rumah, dia lah yang dok tolong mak aku... baguih2.. dah pandai basuh pinggan sendiri dan pinggan orang lain... dah pandai tolong panaskan lauk... dan paling best dialah tukang kejut orang2 dalam rumah tu...haha!... rajin pi solat kat surau... lepas subuh mengaji Quran depan mak... baguih2..(puji adik sendiri)

aku tak main meriam 
 
5) aku seorang... kali ni tak ada orang nak katok aku suruh buat itu ini.. tak ada orang nak memulakan gerak gempur kemas rumah... aku seorang yang buat itu ini... aku seorang yang kena pikiaq apa nak kena buat... aku seorang kemas rumah...huuuuu... bab kemas rumah ni aku rasa aku dapat B- kot

serupa aku tapi bukan aku
 
6) setelah sekian lama tak menjait kali ni aku jahit baju raya aku dan baju raya adik aku... sebelum ni kak aku yang jahit atau beli yang siap dah saja... Alhamdulillah ingatan aku kuat lagi.. agak puas hati dengan jahitan aku.. boleh la dapat A-..hehe
bukan mesin jahit aku

7) sunyi... raya kali ni tak ada anak-anak menakan aku, yang ada pun still dalam perut tapi tu pun sekerat hari... Muhaimin,Qowy, Sarah balik pahang... Luqman pulak balik melaka, raya yang keempat baru balik kedah... Ikram,Farah, Irfan kt sg petani...huhuuuu
rumah kami tak pasang pelita cuma pasang lampu lip lap

8) ketupat palas...mak malas dah nak buat...huuu... kalau aku buat boleh bukan tak boleh tapi nanti nak masak pulut nak kena kacau mak...nak balut kena kacau mak(sebab selalu lupa cara nak balut)... nak rebus pun kena kacau mak... jadi kesimpulannya tak payah buat lah..lagipun tak dak orang yang mengidam pun... selain aku... pagi raya Alhamdulillah ada orang bagi ketupat palas dengan serunding daging dapat lah aku melantak
bukan ketupat yang aku melantak
 
9) pertama kali jumpa cucu menakan aku yang sorang tu,maklumlah aku jarang balik.. tak silap aku Balqis nama dia(maap la tok tam tak ingat sangat nama cucu-cucu tok tam ni.. nama hampa berbelit sangat)... Balqis ni senang sangat dengan orang, tak daknya nak berkepit dengan mak dan ayah dia...comel la sangat macam tok tam dia jugak..hehe.. tetiba dia mai sua patung kucing dia kat muka aku... tengah aku makan bihun goreng dia mai, aku tanya dia nak tak, dia cakap nak..ingatkan tak mau, tok tam ajak-ajak ayam saja.. pastu mintak acik.. aku pun tertanya 'siapa achik?'.. rupa-rupanya nak nasik...hehe... cute-cute
bukan Balqis
 
10) tok... beraya tanpa tok... balik megat dewa just beraya rumah mak teh... rumah tok senyap sepi
bukan rumah tok aku
 
11) balik awai... sekarang dah kat uia... kalau ikut hati nak saja aku balik hari ahad, sampai uia pagi isnin seperti biasa... tapi mengenangkan duit yang menghilang, aku ikut lah kak aku balik.. dia nak balik hari ni, jadi aku pun balik la hari ni jugak
tak pernah-pernah ada dalam album... cari kat google saja
 
p/s aku suka raya tahun  ni tak taw sebab apa... maybe sebab raya tahun ni lebih terasa kat hati walaupun aku tak pi ke bazar raya, walaupun ramai yang tak dak tahun ni... tapi masih best

p/s satu perkara yang sama... assignment yang lecturer bagi tak pernah buat time cuti... seperti tahun-tahun sebelum ni, semangat bawak balik buku dan laptop sebab nak siapkan assignmen tapi tagak punya tagak, last-last tak buat pun... nasib baek balik awai

p/s kalau dah bagi markah kat diri sendiri tu paham-paham la... yang A- tu senaqnya mungkin B-...heheh


credit: google images

Friday, September 3, 2010

pertemuan sementara

assalamualaikum...





mana boleh lupa...

malam-malam terjaga bila dia menangis

riba dia setiap kali dia menangis walaupun waktu tu aku tengah buat kerja

sedih tengok dia yang cuba berjalan walaupun terhuyung-hayang hanya kerana nak mencari ibunya

kena paksa dia minum susu walaupun susu tu tak sedap

tidur satu katil

mungkin memang ini yang terbaik

60% dari otak aku memang menjangkakan itu berlaku

macam mana dia nak hidup kalau tak jumpa ibu dia

tak mungkinlah aku boleh jadi ibu dia sedangkan dia masih perlukan ibu

kalau dah besaq sikit boleh la

sorry sebab tak jeguk waktu kau menangis..  bilama kucing jantan itu sewenang-wenangnya mengambil kau

benci kucing jantan!... walaupun hakikatnya kau pun jantan.. dan binatang mana ada akal


p/s tengok kucing terbiar pun tak sanggup apatah lagi bayi terbiar... seperti anak kucing tu yang mencari-cari ibunya macam tu jugaklah bayi yang dibuang... kalau buang kat tempat elok ok lagi tapi ni tak buang kat tong sampah... memang sah-sah niat nak menghapuskan nyawa bayi tu... suka hati saja... *dah mula marah dah*

p/s bila tak ada kerja mula lah membebel... tapi membebel dalam blog saja... itu lah gunanya blog untuk aku..hee

p/s belajar tentang kebetulan... betul-betul kebetulan... ada sebab untuk kebetulan

aku seorang yang diam??

assalamualaikum...

patut buang saja tanda soal tu..

semalam berbincang/ bersembang dengan rakan-rakan yang sebelum ni tak rapat pun tapi sem ni menjadi rapat.. dan mulalah berbincang pasal 'sebelum aku kenal kau'...

salah seorang cakap aku ni diam sangat!!..sangat!!...

(tak yah la letak sangat...)

seorang lagi cakap...'susah benau nak dengar suara dia... bila dah dengar bising jugak ngupenye' (mix perak dan melaka..haha!)


heh..heh..heh..

aku mengaku lah.. ku memang diam.. konsep aku senang saja... kalau ada idea nak cakap, cakap lah... kalau tak dak idea nak cakap, diam saja lorrr

aku diam bila dikalangan orang yang aku tak familiar.. tapi bila dah selesa.. tak diam dah loh

dan aku bukan seorang yang akan start berbual..melainkan kalau orang lain dah tak mau bercakap dan lebih kurang sifat macam aku, aku akan cuba start jugak lah....  dan aku bukan seorang yang akan buat bising di semua tempat yang aku pergi... just doing my business...

sebab aku suka jadi invisible women..


dan aku bukan seorang yang suka mempamerkan ke'cute'tan aku... apakah yang aku tulis ni??...cute la sangat..

ok.. contoh... bila jumpa kucing... orang akan cakap..mosly pompuan la.."cutenyerrr"... 'comelnyerr.. alolo"..."kawaiii"   .... sorry!  aku akan just cakap.."comel!".. sambil senyum...cukup!

kadang-kadang bila orang cerita sesuatu.. aku tak bagi respond... sorry sebab aku kadang-kadang tak taw nak bagi respond yang macam mana...

tapi kan.... kadang-kadang aku ada buat perangai macam tu... tapi just depan kawan yang rapat dan dalam situasi yang sangat mengujakan... seperti masa jumpa imam muda kt klcc... gilorrr sungguh... musti orang cakap aku ni mengelak... (sebut 'e' bukan ae.. tapi e...bunyi 'g' dekat halqum seperi ngain)..haha! tak taw hampa paham dak tapi 'mengelak' maksudnya tu bukan avoid tapi mengada-ada..hehe  

aku memang tak suka buat bising... makan kena senyap-senyap.. jalan kena senyap-senyap... kalau boleh tak mau ada bunyi pun terhasil dari aku except aku just suka nyanyi dalam bilik... sorry rumate ku yang menyampah dengar aku nyanyi.. tak leh dimansuhkan

kesimpulnya... yup! aku seorang yang diam... tapi ikut mood dan situasi dan persekitaran... tapi yang pasti ku cool.. perasan!

p/s aku dengan hidup aku... aku gembira dengan hidup aku... dan aku tak mau terjebak dalam perkara yang bukan hidup aku..(p/s asal telah didelete... mcam tak patut disiarkan sebab time tulis tu tengah tak betol... tapi still NO WAY MAN!... tak dak maknanya nak bagi no phone kt orang yang aku tak kenal!)

p/s nyampah tak tengok emoticon banyak-banyak?