Pages

Saturday, June 26, 2010

cinta sempurna...

assalamualaikum...

kebelakangan ni malam2 aku tengok cerita cinta sempurna kt astro oasis... dlu pernah baca pasal cerita ni kt blog ustaz hasrizal  sbb cerita tu kisah benar pengalaman beliau kalau tak silap. tapi time tu kat uia so tak ada peluang nak tengok dan sekarang ada kat rumah, so dapat la tengok..

cerita tu ok.. tak dak apa sangat yang tak puas hati.. sebab kadang-kadang orang filem buat cerita pasal agama tapi tak dalami agama tu sendiri... walaupun ada jugak part2 yang macam tak kena tapi ok la... tapi masalahnya kejap sangat cerita tu 30min satu episod.. syok2 tengok tiba2 dah habis...

tapi yang paling best lagu tema cerita ni.. kak aku tengok semata-mata nak dengar lagu saja.. mak aku pulak tanya aku lagu tu guna bahasa apa?.. haha! cara sebutan yuna tak berapa jelas sangat kot.. adik aku yang kurang deria pendengaran tu pun tak taw yuna nyanyi apa..hehe

cinta sempurna-yuna

Aku Manusia Lemah
Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada
Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba
Aku Hilang Dari Kewujudan

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung
Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu

Darimuuu...Oahh...

Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu
Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku
Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua
Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...

pagi tadi adik telah berangkat ke uitm bukit mertajam.. mak, kak pah n abg ipar baru dia hantaq..hehe..  dah besaq dah dia.. masuk uni dah... tak penah dok jauh dari rumah dan skrang dah masuk uni.. semua orang risau kat dia.. =)
ingat dulu2 tak suka kat dia sebab dia anak manja abah.. macam2 abah beli kt dia.. bila dia besaq baru boleh rapat ngan dia..

dia slalu cakap aku poyo sbb slalu buat expression yang poyo dan slalu marah dia.. haha!.. bukan marah pun tapi slalu aku akan cakap agak kasar ngan dia dan selalu berleter kat dia.. haha.. just nak bagi dia takut kt aku..=)

selalu kalau dia liat nak buat apa yang aku suruh aku akan terus buat2 merajuk dan dia akan rasa bersalah.. haha.. pernah sekali aku nak suruh dia buat satu kerja dan aku taw dia musti tak mo buat jadi aku terus buat ayat sedih.. terus air mata dia nak jatuh.. tapi last2 aku nak tergelak dan dia pun tak jadi nangis..haha!.. pernah jugak sekali tu aku suruh dia tolong aku tapi dia tak buat.. jadi aku pun buat muka merajuk n buat kerja tu.. lepas 15 minit dia datang dan dia cakap dia insaf dan nak buat kerja tu.. kahkahakah
menjadi jugak lakonan aku.. aku bukan merajuk betol pun.. ^____^

aku tak taw la dia baca tak belog ni.. dulu dia penah baca tapi haritu dia cakap dia lupa alamat belong ni.. cis! 
apa2 pun kalau adik baca.. ada pesanan untuk adik:

1)  belanja duit baik2  (dia slalu beli benda bukan2)
2)  pandai-pandai cari kawan
3)  jangan main2.. blajaq elok2
4)  jangan dok sibuk bercinta saja..( tak sangka adik aku ni dah pandai bab2 ni.. bila orang nasihat dia slalu   cakap..'adik taw la'.. tak yah la bercinta sangat2.. tak dak paedah pon)
5)  jaga diri.. jaga peribadi
6)  semoga berjaya

p/s  kecewa bila apa yang kita buat tak mendatangkan hasil.. tapi harus balik kepada niat dan berserah
p/s  hopeless... that will not going to happen, I guess... aku seorang yang tak suka berebut-rebut dgn orang lain
p/s  kepada kawan2 yang tengah buat report eit, berusaha!!

ooops.. satu lagi pesanan untuk adik.. kak dah baca msg dalam handset adik even adik slalu tak mo bagi kak baca.. ha! ha! ha!

Tuesday, June 22, 2010

kahwin ketika belajar (in my humble opinion)

assalamualaikum...

kebelakangan ni memang banyak benda nak tulis tapi last2 tak jadi tulis... entri kalini pun dah lama nak tulis lebih2 lagi bila baru2 ni kak pah kawin dan seorang lagi kawan merangkap kakak merangkap roomate, kak diana pun dah kawin... ramai gak kawan2 yang dah kawin dan ada jugak yang bertunang.. rasa happy bila tengok diorang.. tapi bukanlah bermaksud yang aku dah teringin sgt nak kawin.. insyaAllah tak lagi lah..

ada sekali tu aku tengok berita pasal kes palestine tu.. then ternampak lah pulak suami nihlah.. aku pun terus lah cakap.." eh! tu suami kawan cik tu"... mak aku pun tanya.."apa? suami kawan?"..
" ha! betoi la tu.. suami kawan cik"..... mak aku tanya lagi.." dah kawin dah? dh habis belajar ka?? suami dia tu keja apa?"...

haaa itu la yang nak dibincangkan ni.... kalau kita bagitaw yang ada seorang kawan yang kawin dan still belajar itu la respond kebanyakan orang..

'boleh ka nak study nanti'

'anak orang kaya kot'

'musti nanti kena extand study..ingat senang'

'awat nak kawin cepat sangat.. blajaq la bagi habeh dlu..'

memang la susah kalau kawin sambil belajar... banyak tangungjawab dan kena pandai uruskan dua-dua sekali, takut nanti yang 'dikejar tak dapat yang dikendong berciciran'

tapi aku pernah dengar cerita sorang lelaki ni yang masih menganggur tapi nak kawin... dia percaya dengan niat yang baik, iklas dan bersungguh-sungguh pasti Allah akan tolong kita.. dan dia berniat untuk kawin dengan nama Allah dan dengan niat dia itu dia akhirnya kawin dan seterusnya berjaya dapat kerja tetap yang gaji pun agak lumayan..

sememangnya tak salah klu nak kawin sambil belajar..walaupun parent musti susah nak benarkan anak diorang kawin sambil belajar... tapi kalau ada niat yang betul dan iklas... insyaAllah semua akan ok...

tujuan aku tulis semua ni pun bukan sbb nak galakkan kawan2 aku kawin sambil belajar, jauh sekali nak pasang niat untuk kawin sambil belajar.. just nak cakap yang hidup kita ini sentiasa ada cabarannya tak kira la kita kawin sambil belajar atau tak, tapi yang pasti kalau kita sentiasa mengharapkan redho Allah dan yakin dengan apa yang kita buat insyaAllah kejayaan akan meyebelahi kita.

Saturday, June 5, 2010

sistem perundangan dunia

assalamualaikum...

kebelakangan ini dunia seterang-terangnya menunjukkan bahawa tidak ada sistem perundangan di dunia ini.. perbuatan yang terang-terang salah tidah diendahkan langsung.. walaupun seluruh masyarakat dunia memprotes tapi apa hasilnya?? golongan itu terus melakukan kezaliman kerana tiada tindakan langsung diambil keatas mereka.



31 mei kapal mavi marmara diserang dan hari ini kapal rachel corri pula di kepung... golongan itu minta kerjasama sukarelawan tapi golongan itu sendiri tidak pandai bekerjasama. patutkah??

tiada apa yang nak di komen kerana semua sudah sedia maklum kezaliman golongan itu.

apa yang aku harapan misi bantuan berjaya.. segala bekalan bantuan sampai ke tangan yang memerlukan.

mungkin golongan itu merasakan mereka yang paling berkuasa tanpa menyedari ada yang lebih berkuasa.

p/s macam mana nak patuh kepada undang-undang manusia jika manusia yang mencipta undang-undang itu sendiri memungkirinya.

p/s andai saja aku mampu meraih keberanian Salahuddin al-Ayubi, atau sultan Muhammad al-Fateh..