Pages

Monday, November 29, 2010

kedatangan ahli baru yang mengejutkan!!

assalamualaikum...

situasi yang hampir sama tapi natijahnya berbeza

- hari tu, ami Bahrin jatuh kat masjid dan meninggal dunia, kali ini kak pah jatuh di masjid dan akhirnya melahirkan anak yang tak cukup bulan.

Alhamdulillah, kak pah dan anak dia selamat


-hari itu angah, anak menakan aku, datang rumah dan bergitaw pasal berita kematian  ami Bahrin, kali ini, angah datang rumah dan bawa telefon bimbit amin, adik aku, melalui talefon itu, abang ipar aku call dan bagitaw pasal kak pak yang sudah selamat melahirkan anak


dapat ahli keluarga baru, kalau hari raya haji hari tu dapat cucu menakan, kali ini dapat anak menakan pulak. dua-dua perempuan

baru beberapa hari lepas aku mengeluh sebab nampaknya tak dapat peluang melihat anak kak pah yang dijangka lahir bulan febuari sebab waktu itu aku akan berada di uia. tiba-tiba Allah tunaikan hajat aku melihat anak kak pah ketika baru lahir ini. tak sangka langsung. sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik.

kata kak pah nak letakkan nama wan sayyidah safiyya al-qudri (tak sure ejaan).. tapi dilema samaada nak letak al-qudri kat belakang dan buang wan atau letak wan buang al-qudri.

seelok-eloknya patut letak wan kat depan, semua adik beradik pun buat macam tu, al-qudri tu tak yah pun tak pa senaqnya

* seorang sharifah yang berkahwin dengan seorang lelaki yang bukan syed harus letak wan didepan nama anak mereka.

bukanlah nak menunjuk atau menbangga diri tapi sekadar rasa syukur dilahirkan dalam keturunan syed/sharifah yang susur galur sampai ke nabi Muhammad.

Allah dah beri satu kelebihan patutkah kita mengatakan kita tak mahu kelebihan itu semata-mata tidak mahu bangga diri.

bangga diri itu dapat dilihat dari perbuatan tidak melibatkan nama, kalau seseorang itu mencanang-canangkan namanya dan keturunannya hingga menjelekkan, itu bangga diri

tetapi kalau sekadar mahu meletakkan nama keturunan itu dan menunjukkan rasa terima kasih kepada Allah atas kurniaan itu, salah kah??

beza manuasia itu terletak pada imannya bukan nama dan keturunannya... banyak golongan syed/sharifah harini tidak langsung mengikut ajaran nabi meski dia berketurunan nabi.  (sama dengan diri ini yang banyak kekurangan)

harus diingatkan, kelebihan keturunan ini tidak bermakna jika tidak mengamalkan perintah Allah dan RasulNya


p/s maaflah, nak cerita pasal anak menakan tapi tersangkut dengan kes keturunan pulak. cuma mengingatkan diri sendiri

" waktu kita lahir, kita menangis orang lain ketawa. waktu kita mati, jadilah orang yang ketawa dan orang lain pula yang menangis"


"setiap yang hidup itu pasti akan merasai mati"


2 comments :

Safi ArRahman said...

comei nya kak pah!!!
eh, bawa dia p uia.
nak tgk, peluk, cium!!!

bahiyah al-qudri said...

mati aku kena ligan kalau bawak p sana

mai la sini...hehehe

*ligan= kejar