assalamualaikum...
tabiat aku yang tak ubah-ubah tiap kali nak exam..
surf intenet dan bukak u-tube..isk3
pastu kalut lah bila study tak habeh..isk3
sambil study dengar lagu then timbullah idea nak tengok video klip lagu tu... isk3
kebelakangan ni dengar lagu Mirwana.. then trus cari video klip diorang..
ditambah dengan minat dengan hujan.. meluap-luaplah semangat... sangat best la lagu ni...
tapi nak tergelak bila tengok geng Hujan yang pakai baju putih siap pakai jubah lagi tuh.. tapi geng Mirwana pakai baju hitam.. apakah maksud disebaliknya??
tak berapa faham sangatlah video klip nih... tapi still sangat best... lebih-lebih part Naim tu..
adik aku musti teruja tengok fiq nih
tapi still... dalam banyak-banyak lagu baru diorang lagu lama tetap dihati..haha!.. ditambah dengan adanya faisal tahir
sangat suka bila dengar suara Faisal Tahir.. tapi geng Mirwana yang baru ni pun best gak... suara Ikram tu lantang lebeh kurang faisal tahir jugak bila dengar.. just pendapat aku.. tak taw lah korang kan
Naim tu dulu bukankah dalam kumpulan FarEast??... aku senaqnya tak berapa sure ahli-ahli kumpulan FarEast.. yang aku ingat just yang ada taik lalat kat telinga tu saja..heee
apa-apa pun... 2 thumbs up tuk Mirwana.. best.. yang baru dan yang lama..semua pun best..hehe
p/s percubaan pertama aku masukkan video dalam blog tak berjaya.. then percubaan kedua BERJAYA!!..bukan susah sangat pun.. terexcited terlebih pulak.... sebab tu semangat nak letak video lagi..kehkeh!
p/s midterm hari rabu... sambung study!!
Monday, August 30, 2010
Saturday, August 28, 2010
dugaan teraweh
assalamualaikum...
Alhamdulillah, selepas malam pertama solat teraweh di masjid, malam semalam sekali lagi berpeluang berteraweh di masjid uia... masuk-masuk masjid dapat tengok masjid dah jadi macam pusat asuhan kanak-kanak pulak...
malam pertama solat di masjid jumpa seorang kakak dengan baby... sempat lagi main-main dengan baby tu sementara tunggu solat teraweh... dalam hati aku tertanya-tanya macam mana lah gamaknya kakak tu nak solat dengan baby tu... tabahnya lah kakak tu, walaupun kena jaga baby tapi still tak mahu lepaskan peluang berteraweh..
malam semalam pulak.. aku solat sebelah seorang foreigner dan dia ada anak perempuan dan lelaki... anak lelaki umur dalam 2-3 tahun... tengah-tengah solat anak lelaki di tu selalu saja nak peluk-peluk mak dia tu.. aku yang solat kat sebelah pun terganggu.. sekali aku rukuk, kepala aku betul-betul kat sebelah budak tu dan budak tu boleh pulak tengok aku... nak tergelak pun ada... time tengah solat boleh pulak budak-budak tu bersembang kt depan aku... aduhaaai...
memang dugaan lah...
itulah dugaannya... aku bukan lah nak salahkan golongan ibu-ibu itu bawak anak-anak ke masjid... aku pun bercadang nak bawak anak kemasjid jugak.. ya la... meluntur buluh biarlah dari rebungnya kan... even budak-budak tu tak solat pun tapi sekurang-kurangnya diorang dapat lihat kita bersolat dan dengan itu diorang akan nampak pentingnya solat...
tapi tu la tu!... dugaan besar skit lah... bagi aku yang mudah tergangu ni... kadang-kadang nak tergelak saja tengok gelagat diorang...
ada sekali tu... budak lelaki tu ambil meja kecik yang tempat mengaji quran tu.. dan dia letak depan mak dia.. lepas tu dia duduk atas meja tu... lepas tu ada budak lain pulak datang nak duduk sekali.. betul-betul depan mak dia... time tu memang ku nak tergelak sangat tengok diorang... bersusah-payah aku cuba tumpukan perhatian dekat bacaan imam... tertanya jugak macam mana mak dia nak sujud nanti... nasib baik imam baca surah lama... sempatlah budak-budak tu berasa bosan dan pi tempt lain...
bila dah lapan rakaat dan ramai yang balik, Alhamdulillah ada tempat kat depan... jadi legalah sikit dapat beralih ketempat yang lebih aman...
itu belum dengan anak sendiri... dah dugaan hebat... kalau aku bawak anak sendiri nanti macam mana lah pulak dugaannya... dengan nak kusyuk dan nak pedo(kawal) anak lagi...mintak dipermudahkan lah..
sebab itu lah kita kena berusaha lebih untuk buat banyak amalan selagi ada masa, nanti kalau dah bertambah tangungjwab dugaannya pun lebih besar..
p/s kalau solat teraweh kat mahallah selalu ada tazkirah lepas lapan rakaat... tapi masalahnya.. orang yang nak bagi tazkirah semuanya pemalu belaka... maka tak sampilah tazkirah tu ke aku yang selalu duduk belakang... even duduk depan pun susah nak sampai...... tapi tak pa la... even tazkirah tak sampai kat aku, maybe sampai kat orang lain
p/s lepas habis teraweh semalam, aku ke belakang untuk ambil beg, tengah jalan, nampak budak lelaki yang menjadi dugaan aku tu tengah nyenyak tidur.. (^____^)
p/s golongan ibu-ibu itu tidak mahu melepaskan peluang berteraweh berjemaah walaupun dalam masa yang sama kena jaga anak-anak...jadi sepatutnya tak ada alasan untuk golongan anak dara untuk taknak ambil peluang berteraweh berjemaah..
p/s situasi seperti ini terdapat di uia saja kah?... situasi ini berlaku di bahagian wanita saja kah?
p/s situasi ini tak menjadikan aku serik solat teraweh di masjid... insyaAllah
p/s ya Allah.. aku pohon hati sekukuh Siti Khadijah yang sentiasa menjadi penguat semangat suami tercinta... aku mohon hati sekental Fatimah yang kuat menempuh susah dan senang bersama ayahnya tersayang... aku mohon hati setabah Maryam yang kuat menerima fitnah dan tohmahan... aku mohon hati selembut Asiah yang mampu menundukkan si firaun yang zalim...sucikan lah hatiku... ameen..(tujuan menulis supaya yang membaca mengaminkan..tolong aminkan, tq...hee)
misi: buat deeerk sambil senyum....(-___-)

Wednesday, August 25, 2010
janji ramadhan
Janji Ramadhan- Irwanshah & acha
singkat nian ramadhan hadir
terasa lama lagikan bertemu
dapatkah ku lalui hari esok
dengan tetap bersih sesuci ramadhan
memanjat syukur
meluruskan niat
membasuh dosa membujur doa
akankah Tuhan kan temukan kita
merasakan kedamaianmu ramadhan
sesalku menyesak dada
saatku hitung sudahkah ku penuhi janji-janji padaMu
sesalku menyesak dada
saatku hitung sudahkah ku penuhi janji-janjiku
janji padaMu
*******************************************************************
assalamualaikum..
tinggal separuh Ramadhan untuk kita lalui..
terasakah keindahannya
terasakah kedamaiannya
apa khabar amalan kita
mampukah menebus semua dosa-dosa kita?
mampukah ia bertapak kukuh dalam hati kita?
mampukah ia sampai kepada Allah swt..?
tinggal separuh Ramadhan untuk kita lalui..
ayuh! tingkatkan amalan
tingkatkan usaha
kerana belum pasti kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan...
p/s sekarang lah masa untuk kita sibuk dengan kuih-muih.. mengemas rumah.. shopping raya.... tapi ingat!.. sekarang juga lah masa untuk kita mengabdikan diri dengn Allah... bersederhana dalam menyambut aidil fitri.. dan banyakkan amalan dalam mengakhiri Ramadhan
peringatan untuk diri
berhenti dari terlebih fikir
assalamualaikum...
belum masuk ke hutan tapi bermacam-macam dah kita fikir... jumpa ular!.. jumpa harimau!..jumpa katak!!..jumpa hantu!!!..
tapi bila dah masuk hutan... jumpa pokok... jumpa burung... jumpa ikan.. jumpa batu.. jumpa air terjun!!
sangat perlu untuk kita bersiap-sedia dengan apa saja kemungkinan tapi jangan sampai terlebih bersedia..sampaikan nak bawak parang, tombak, kapak, lembing, pedang,pistol dan lain-lain masuk hutan yang tak tebal mana pun..
***************************************
sebelum masuk hutan merancang bukan main.. sampai-sampai, nak pasang khemah, cari kayu api, masak
bila dah masuk hutan.. jumpa air terjun terus buang semua barang dan beg dan terjun dalam sungai
merancang lain, buatnya lain... penat otak merancang tapi last-last kena ubah rancangan...
merancang itu bagus tapi melaksanakannya labih bagus
*****************************************
nak jumpa Dr TM semalam memang manakutkan since dia tegur time lab lepas..macam-macam situasi muncul dalam otak aku... sampai depan bilik rasa tak sanggup nak ketuk pintu... risau melampau-lampau tapi atas kesedaran bahawa aku kena jugak berdepan dengan dia walau apa pun berlaku aku pasrah dan membiarkan tangan aku mengetuk pintu bilik dia..
dengan harapan Allah akan tolong aku aku pun masuk... bila dah masuk... baik saja Dr TM cakap dengan aku siap bagi kata-kata peransang lagi...hoho..Alhamdulillah..
ingatkan dia still marah dengan aku
kalau aku bagitaw orang yang aku ambil fyp dengan Dr TM musti semua orang akan 'woooo'...'xde orang lain dah ke??'
aku pun tak sure apsal ambil dengan Dr TM.. maybe sebab tajuk dia saja yang diperuntukkan untuk seorang pelajar.. tajuk dia pun ok what?.. cuma orang takut dengan dia saja
***************************************
kadang-kadang kita patut membiarkan sesuatu itu berlaku tanpa perlu fikir terlalu banyak tentangnya

Tuesday, August 17, 2010
great mother Hatijah (GMH)
assalamualaikum....
sekarang jam 12.32pg.. ok budjet nak tulis 1/2 jam saja sbb nak buat assignment pulok... tadi baru lepas discussion project cad/cam..
dari semalam selsema dan oleh sbb itu asyik teringat kt mak..huhu... dulu kalau aku sakit musti mak yang akan paksa maan ubat sebab aku memang malas nak makan ubat.. bukan tak lalu tapi malas..hehe.. dan bila aku sakit tekak mak buat campuran kicap dengan air limau purut.. aku pun tak sure berkesan atau tak tapi yang penting ia sedap!... pernah sekali mak suruh aku buat sendiri tapi bila aku buat ia jadi tak sedap macam yang mak buat
ingat-ingat balik memang mak memang the great lah... mak-mak orang lain pun hebat gak... jangan risau.. tapi nak kata mak aku ni hebat sebab sangat sabar dengan aku dari sewaktu mengandungkan aku sampai lah sekarang ni hah
dari awal lagi.. sewaktu nak melahirkan aku.. dalam ramai-ramai anak mak aku lah yanh paling susah sekali... pendarahan banyak gila sampai ma kena diusung ke hospital..
bila aku dah besar banyaklah pulok kerenahnya... nak kejut pi sekoloh nak kena pakai rotan... nak suruh pi mandi kena pakai rotan... nak mintak tolong buat kerja kena suruh berkali-kali... main sampai tak ingat nak balik rumah sampaikan siap bawak telekung tinggal kt surau... yang bagusnya dapatlah solat jemaah.. (baru aku sedar betapa tak senonohnya aku dulu)... aku memang keras kepala sampaikan mak kena bacakan doa dan hembuskan kat kepala aku time aku tidoq..(aku tak 100% tidoq sebab tu aku taw..hehe)
pernah satu hari tu... aku ada majlis baca Yassin kt sekolah time form 3.. so au balik lambat skit... sebelum tu dah bagitaw mak dah tapi tah mak lupa kot... dalam kul 3 lebih baru balik.. time tu hujan renyai-renyai.. aku balik ikut jalan belakang... bila sampai selekoh yang memisahkan jalan belakang dengan jalan depan aku pun toleh tengok jalan depan tu...nampak lah satu kelibat... amcam mak... pakai baju kedah, kain batik . berjalan sambil pengang payung... tapi dalam hati dok ingat tak mungkin tu mak... bila sampai rumah, adik aku dah tercongok kat pintu dan dia tanya jumpak ma ta tadi?... then baru sedar yang orang tadi tu memang mak aku...so apalagi... terus kayuh basikal patah balik cari mak... bila dah jumpa aku dengan mak pun berjalan sama-sama balik... mak tak mau bonceng basikal dengan au sebab takut jatuh kot.. hehe... jadi kitorang pun berjalan dalam hujan renyai... huhu...
since peristiwa tu memang tak ada apa yang boleh buat aku nak berkecil hati dengan mak bila mak marah aku.. sebab aku taw mak memang sayang aku... wahh ayat anak solehah sungguh..haha!
dulu mak guru kafa.. tapi sekarang dah pencen... dulu sebelum mengajar kat sekolah mak mengajar kat surau saja... mak aku pernah dapat no 3 dalam tilawah al-quran peringkat kebangsaan... sekarang bila tengok akademi al-quran musti dia akan komen sikit-sikit... tapi aku tak lah pulak nak belajar tarannum dari mak... dulu liat sungguh aku nak pi mengaji... ya la.. yang mengajar tu mak sendiri, jadi buat otai la!..bukan mak tak ajaq tapi sendiri yang liat nak mampus... bila dah besaq sendiri malu sebab merangkak-rangkak baca al-quran...baru taw!
mak beruntung punya suami yang hebat jugk.. kalau suami hebat isteri pun musti lah hebat jugak kan... suami pertama tok guru yang agak terkenal berpangkat Wan... siap ada jalan sempena nama dia lagi tuh.. suami kedua seorang to imam berpangkat Syed... wah..
tapi dalam keberuntungan ada jugak ujiannya... mak pernah jadi ibu tunggal lebih 5 tahun kot... ingat senag jadi ibu tunggal??... ramai kot orang yang selalu buat tak baik dengan mak... tapi mak layan diorang dengan baik... aku sendiri pelik tengok mak boleh layan diorang dengan baik even diorang selalu buat benda tak baik dekat mak sedangkan aku sangat tak suka dengan diorang..
ujian yang paling besaq bila wujudnya seorang lelaki keparat itu!!!...sorry lah... tak leh nak ingat pasal lelaki keparat itu sebab musti aku akan naik angin... mak aku layan dia dengan baik.. walaupun kitorang memang tak suka dia.. walaupun memang tak ada orang yang suka dia... tapi still dia macam-macam dengan mak aku!!
sabaq saja la... sebab dialah aku tak percaya lelaki.. tak leh harap.. perasan bagus.. ok2 stop.
sorry lah kalau ada yang rasa pulunnya lah aku dok cerita pasal mak aku ni kan... tapi nak cerita jugak.. cuti lepas ada satu hari mak nak ikut rombongan.. disebabkan mak tak leh makan makanan sebarangan aku pun cadangkan mak bawak bekal sandwich... pagi-pagi lagi aku bangun tuk buatkan sandwich tuk mak... best oooo... sebelum ni mak yang dok buat bekal kat aku tiba masa pulak aku buat bekal untuk mak..
bila ada kawan-kawan mak datang rumah aku akan berusaha untuk layan diorang dengan baik supaya diorang akan cakap mak aku pandai ajar anak..hehe.. bukan nak tunjuk baik.. tapi nak beri expression yang baik... dulu time exam pendidikan Islam, kalau ada soalan adab dengan ibu bapa musti ada jawapan berbuat baik dengan kawan-kawan diorang... dulu aku tak tahu betapa pentingnya hal tu tapi sekarang aku sedar... baru sedaq!!
tiap kali nak berpisah musti nak nangis jugak walaupun dah dekat 6 tahun kat sini...aku memang tak pandai lah nak kata aku sayang dekat depan mak tapi apa yang boleh aku buat, buat perangai elok-elok bagi mak bangga...
dah pukul 1.24... terlebih bujet sudah... ok stop...
yang penting.. rebut pelung selagi ada... buat lah apa yang patut untuk membanggakan ibu bapa.. kerana walau sebanyak mana pun keburukan diorang kita kena sedar yang kita still anak diorang dan sebagai anak sangat tidak patut untuk kita membelakangkan ibu bapa
p/s banyak kesalahan ejaan sebab taip kalut-kalut
p/s ahad lepas aku naik koc ktm untuk perempuan saja... awal-awal lagi dah bagi penguguman bahawa koc tengah untuk perempuan saja... tapi ada saja beberapa lelaki yang masuk.. apakah?? dan yang lawaknya ada seorang lelaki bersama seorang perempuan nak masuk dan kebetulan ada seorang lelaki lagi nak masuk dan lelaki yang bersama perempuan itu cakap kepada lelaki itu..'for women only'.. then lelaki yang bersama perempuan itu pun masuk bersama-sama perempuan itu dan lelaki seorang lagi itu beralih ke koc sebelah..apakah??.. sebab dia bersama dengan seorang perempuan jadi dia layak masuk lah??

Saturday, August 14, 2010
klik dan padam!!
assalamualaikum...
alangkah senangnya lah kalau memory dalam otak kita boleh senang-senang padam macam memory komputer... kita boleh padam perkara yang kita tak mau ingat macam perkara yang memalukan kita, perkara yang menyakitkan hati, kesilapan tak cerdik yang kita pernah buat, semua perkara yang kita nak ubah tapi tak boleh dan ia menghantui kita sepanjang masa, atau mungkin seseorang yang kita tak mau lagi ingat...
manusia memang nak semuanya senang-senang belaka... dan tak sedar bahawa perkara yang susah itulah yang baik untuk kita...
otak kita yang special ni diciptakan tak seperti memory komputer... tak boleh senang-senang nak padam sebab apa??
supaya kita sentiasa belajar dari kesilapan kita... sentiasa ingat kesilapan kita agar ita tak ulang kesilapan yang sama... setiap pengalaman buruk yang kita tempuhi membawa kita kepada pengalaman indah yang bakal kita tempuhi insyaAllah
setiap kali kita berusaha untuk melupakan setiap kali tu jugak kita akan semakin ingat jadi apa yang perlu kita buat.. tak payah berusaha untuk melupakan... buat deeerk saja... dan kita tak akan sedar yang kita dah lupa perkara tu... dan kalau suatu hari kita teringat pun kita just gelak.. means that kita dah lupa perkara tu totally!
ada jugak perkara yang kita nak ingat tapi kita tak ingat... nak buat macam mana???... tak perlu risau-risau...yang penting kita ingat asal-usul kita... segala apa yang kita tak ingat kita mintak dari Allah.... insyaAllah kita akan ingat dan kalau tak ingat pun itu bermaksud tak ada rezeki lah...
................................................................
dulu-dulu kalau aku nak ingat satu perkara aku akan tulis dekat bahagian tepi mata (tempat yang kita letak jari kita sebagai isyarat yang kita sedang berfikir)..tulis pakai jari bukan pen.. dan Alhamdulillah aku ingat sebab tiap kali aku tak ada buat apa-apa aku akan cuba ingat apa yang dah aku tulis... entah dari mana dapat idea tu dan entah sejak bila aku dah tak buat perkara tu..
..............................................................
p/s trying to forget is difficult as trying to remember, but it will become easy if we know how
.............................................................
kerjakan perintahNya
jauhi laranganNya
itulah orang yg diingat Allah
.......................................................................
p/s dengan ingat pada Allah kita akan lupa perkara yang kita nak lupakan dan ingat perkara yang kita nak ingat...insyaAllah

New Sakha – Ingatlah Allah
di waktu kaya ingatlah pada Allah
di waktu miskin ingatlah pada Allah
di waktu sehat ingatlah pada Allah
di waktu sakit ingatlah pada Allah
di waktu miskin ingatlah pada Allah
di waktu sehat ingatlah pada Allah
di waktu sakit ingatlah pada Allah
kerjakan perintahNya
jauhi laranganNya
itulah orang yg diingat Allah
banyak yg kaya lupa pada Allah
banyak yg miskin jauh dari Allah
banyak yg sehat lari dari Allah
banyak yg sakit meninggalkan Allah
banyak yg miskin jauh dari Allah
banyak yg sehat lari dari Allah
banyak yg sakit meninggalkan Allah
itulah orang yg sombong kepada Tuhannya
tidak kenal kepada Allah
tidak kenal kepada Allah
ingatlah wahai manusia
semua kan kembali pada Allah
ingatlah wahai manusia
hidup matimu di tangan Allah
semua kan kembali pada Allah
ingatlah wahai manusia
hidup matimu di tangan Allah
p/s dengan ingat pada Allah kita akan lupa perkara yang kita nak lupakan dan ingat perkara yang kita nak ingat...insyaAllah
Tuesday, August 10, 2010
jom! rebut hadiah!!!
assalamualaikum...
siapa yang tak mau hadiah kan?? tapi malangnya bukan aku yang nak bagi hadiah tapi kita terpaksa bersaing merebut hadiah tu!!
ini lah hadiah yang dimaksudkan... sekadar masuk ke bulan Ramadhan tak tentu lagi kita akan dapat hadiah tu tapi InsyaAllah dengan usaha bersungguh-sungguh kita akan berjaya dapat hadiah tu..
Ramadhan adalah bulan keberkatan dimana di awalnya rahmat di tengah-tengahnya magfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.
Peringatan dari Rasulullah setiap datangnya Ramadhan:
“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”
(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)
jadi mahukah kita terlepas dari semua itu???
buatlah segala apa yang kita mampu untuk mendapatkan hadiah Ramadhan yang terbaik dan berusaha lah untuk istiqomah dengan amalan-amalan baik itu di bulan-bulan yang lain... jangan pulak menunggu Ramadhan kerana semata-mata mahu berbuat baik
............................................................................
" sesiapa yang kenyang sepanjang masa keika hayatnya akan kelaparan sepanjang masa di akhirat kelak"
jadi marilah kita meluangkan sedikit masa untuk merasa lapar dan menahan nafsu... kerana dengan itu InsyaAllah kita akan melihat betapa besarnya nikmat Allah
.......................................................................
(pesanan dari keluarga di Sabah..)
selamat bersiap menuju Ramadan moga dikurniakan keafiatan menyempurnakan ibadah yang penuh keutamaan..amin.. dari ayahanda Awang Samat & bonda Suzlyna
salam utk anak mama, Ramadhan datang lagi, Alhamdulillah semoga kita terus dapat sama-sama beribadat padaNya.. sayang dari mama dan bapa
..........................................................................
p/s semoga kita sama-sama mendapat hadiah Ramadhan

(dengar dari ceramah di radio)

Tuesday, August 3, 2010
owh!... that was a mistake
assalamualaikum....
lately aku tengok series 'how I met your mother'.. baru masuk season two..boleh tahan lawak cerita tu.. dalam season one episod 21, aku tertarik dengan kata-kata ni:
there are certain things in life where you know it's a mistake but you don't really know it's a mistake because the only way to really know it's a mistake is to make the mistake and look back and say " yep, that was a mistake" , so really, the bigger mistake would be to not make the mistake, because then you go your whole life not really knowing if something is a mistake or not.
fuhhh!!
yup.. kadang-kadang kita tahu itu adalah 'mistake' tapi nak jugak buat, sebab apa?..
(aku perlu tulis ni... aku tengah dengar bola....kedah lawan selangor.. badrul baru masukkan GOL!.. 2-0..wakakaka!)
sebab kita tak yakin 100% bahawa itu adalah kesalahan...dan kita yakin yang kita dapat mengubah kesalahan tu menjadi tak salah.. dan kita mahu membuktikan bahawa perkara itu tidak salah..walaupun semua orang cakap yang perkara itu adalah salah.. contoh: lari dari rumah.. walaupun kita tahu perkara itu salah tapi dengan penuh harapan dan mengikut perasaan ditambah dengan fikiran yang tidak matang kita lari jugak.. dengan yakinnya kita rasa itu langkah terbaik... tapi last.. ternyata itu adalah langkah yang salah sebab keluarga adalah segala-galanya.
belajar dari kesilapan... semua orang melakukan kesilapan... tapi yang pentingnya kita belajar dari kesilapan itu... jangan takut untuk ambil risiko kerana itulah yang akan memajukan kita nanti...kalau kita takut untuk ambil risiko hidup kita tak akan kemana...
ada parents yang jaga anak-anak begitu ketat sekali kerana takut anak-anak mereka akan melakukan kesalahan.. tapi sebenarnya apa yang mereka lakukan itulah satu kesalahan... kerana kita perlu untuk melakukan kesalahan untuk menyedarkan diri kita bahawa itu adalah satu kesalahan... dan ibu bapa harus yakin dengan anak-anak, selagi mereka yakin bahawa mereka telah memberi pendidikan yang baik kepada anak-anak mereka selagi itulah mereka tidak perlu risau...
tapi... sekiranya kita yakin bahawa itu adalah satu kesalahan.. perlukah kita untuk merasa kesalahan itu.... itu namanya tidak cerdik... tak semestinya kita perlu merasa sendiri kesalahan itu... kita boleh jugak melihat kesalahan yang dilakukan orang lain untuk sedar bahawa itu adalah satu kesalahan... contoh: kita sendiri lihat si X merana sebab lari dari rumah... perlukah kita untuk ikut lari dari rumah sedangkan kita tahu kita akan merana... lainlah kalau kita nak meyakinkan orang lain bahawa itu bukan satu kesalahan seperti yang aku tulis di atas..
(aku perlu tulis ni... kedah menang!! wakaka.. tapi selangor still tempat teratas... well, malam ni selangor tak menurunkan tonggak utama diorang.. apa-apa pun... kedah tetap dihati..hehe.. aku penyokong setia kedah ketika menang dan ketika kalah...yeah!)
sudah hilang idea ku setelah excited dengan kemenangan kedah...owh
yang penting disini ialah...kedah menang!!... tak2... yang penting disini ialah kita belajar dari kesilapan, berani untuk ambil risiko, fikir guna akal bukan otak..dan jangan ulang kesalahan yang sama.. walau berjuta kali kita menyesal, ia tak berguna selagi kita ulang kesalahan yang sama.
p/s dalam bola sepak aku just sokong kedah.. adakah itu satu perkara yang bersifat kenegerian?.. aku rasa tak.. itu cuma semangat kenegerian.. tapi tak bermaksud aku tak suka negeri-negeri yang lain.. contoh: dalam ESC(engineeing sport carnival).. of coz aku sokong mecsa tapi still aku berkawan baik dengan budak-budak course lain.. =)
p/s Asyraf menang imam muda... aku rasa Asyraf dan Hizbur sama-sama hebat .. Asyraf agak lantang dan Hizbur lembut.. dua-dua pun layak menang...tapi Asyraf lagi hensem... dont blame me.. mak aku cakap ciri-ciri imam adalah 1) ilmu agama yang luas merangkumi semua ilmu agama, 2) sempurna tubuh badan dan berakal of coz, 3) cantik perwatakan dan peribadi, 4) hensem juga perlu... dan kak aku cakap malam tu anak menakan aku yang umur 6tahun (klu tak salah), sangat minat cerita tu..harap2 dia akan jadi imam muda jugak satu hari nanti.. pewaris tok wan.. ameen ya Rabb!
p/s teringat masa melawat ami Bahrin cuti lepas... melihatkan ami..dan dengar cerita dia.. teringat kat abah.. huhuhu... suka bila melihatkan seseorang yang boleh mengingatkan aku tentang abah.
p/s kadang-kadang cerita yang merapu pun boleh bagi pengajaran kat kita selagi kita melihat dengan guna akal... contoh: gossip girl.. seriously ada part2 yang buat aku sebak dalam cerita tu.. seriously!.. part dimana blair dan serena berbaik lepas diorang bergaduh dan meluahkan apa sebenanya yang diorang rasa.. part ayah chuck meninggal... dan sikap diorang yang selalu backup kawan diorang..
p/s walaupun kadang-kadang aku kasar tapi dalam hati ada taman (stresskan kadang-kadang..)....hehe
p/s mencari idea untuk project Cad/Cam....idea sila datang....pleaseeeee

Monday, August 2, 2010
me..me..and just me.. but not mee
assalamualaikum..
the future me said:
1) you have to struggle very hard this sem bahiyah.. if else i will have to struggle to death
2) dont be lazy.. keep working!!
3) dont repeat the same mistake you had done..please3X
4) wok hard..work harder..work hardest!!!
the present me said:
ok2.. i try my best.. you have to wake me up everytime i play2
the past me said:
serve you right...hahaha... i told you not to play2 last time..hahahaha!!!
p/s at gpcl, waiting Dr K to sain my form.. unfortunately he has visitors.. need to wait.. Dr M already mad at me beacause i'm too slow..huhuhu
the present me said again:
i will not let you down, the future me!.. watchout!

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)