assalamualaikum....
terinspirasi dari mr. malique maka aku coretkan kisahku
kisah yang tak mahu aku lupakan
moga Dia sentiasa tajamkan pemikiranku
kisah yang terlahir spontan dari fikiran tembus ke ibu jariku
baik! aku mulakan!
pengembaraan keluar dari tanah jelapang padi, negeri kebanggaanku
bermula diusia 17tahun
ya! 17 tahun ketika spmku
pencapaian paling membanggakan buatku
walau hanya 2A15A22B31B4
alhamdulillah.. yang penting add mathku A2(two)
ya! 17 tahun bukan umur matangku
pilihanku berdasarkan kehendak nafsuku
mahu tunjuk hebat, mahu tunjuk lagak
kataku engineering yang paling sesuai untukku
ke UIA mengikut jejak idolaku
dan engineering menjadi hidupku
tak penah kesal dan tak akan kesal
walau aku tak akan sekali-kali menjadi 'ir'
jauh dari keluarga ku dihadiahkan handfon nokia 33 sekupang
walau cikai... Alhamdulillah aku punya handfon
satu bilik 4 orang.. teman sepejuangan teman sepermainan
lain negeri lain longat
namun aku tetap dengan gerek dan cekelat
dari pj berpindah ke gombak
lebih senior lebih riaknya
tahun petama dapat ptptn ku guna beli laptop
habis duitku hari-hari ku makan nasik lemak cafe hafsa
satu kali sehari.. rm 2 sehari
semata-mata kerana 'atas riba'
bila keluar dari kotak, aku lebih nampak
sesungguhnya aku jauh dari puncak
ilmu kutimba.. semoga ia berguna
walau aku tak akan jadi engineer
tahun ketiga semuanya porak peranda
gagal tiga subjek... aku hanya mampu redho
habis cgpa ku... menjunam jatuh
saat itu aku di situ cuma ingin semuanya habis
kerana itu, ptptnku disekat
jadi aku hanya mampu makan meggi dan roti setiap hari
alhamdulillah.. sebab itu aku kurus dan sihat
bertemu tokmoh... arghh bertambah jenuh
namun tetap subjeknya yang terbagozz
tak dapat habis tahun keempat ku lanjut ke tahun ke lima
aku merantau seorang diri
ikut kepalaku... nobody can disturb me!!
hilang motivasi
EITku lebur FYPku hancur
like i said... ikut kepalaku
nobody can disturb me
bulan febuari berakhir semuanya
akhirnya selesai
FYP dan final year
tapi tetiba.. kena reseat composite derr
selesai composite, aku balik dan bergembira di kampung halaman
namun tak akan aku lupa
saat makan meggi atas katil
saat download criminal minds di student longe
saat jalan seorang diri dari pudu ke central market pukul 5/6 pagi
saat tidur di student longe tanpa lampu nasib baik ada aircon
saat study di masjid UIA
saat tarawikh di masjid UIA dan multipurpose hall
saat berjalan di tasik UIA
saat lepak di library UIA
terutama saat bersama kawan-kawan sehidup-semati
dan mungkin banyak lagi yang tak tertulis disini
takkan pernah kesal
semua itu membina diri aku yang hari ini
Tuesday, December 2, 2014
Thursday, July 17, 2014
mati
assalamualaikum...
mati...
terasa sangat jauh
tapi ia amat dekat sekali
bagaimana mahu menghadapi mati
sedang kita masih cinta akan dosa-dosa kita
susah sekali kita mahu meninggalkan dosa kita
walhal mati itu sentiasa mengejar kita
beranikah kita untuk mati ketika penuh dengan dosa?
beranikah kita hidup dalam neraka buat selama-lamanya?
tapi mengapa hati tidak penah terdetik rasa takut?
adakah kita seorang jaguhan yang mampu menahan panas api neraka?
tanamkanlah rasa takut dalam hati-hati kami ya Allah
ingatkan kami tentang mati selalu ya Allah
suntikkan iman dalam jiwa kami ya Allah
########################
seorang anak murid aku telah meninggal pada malam nisfu syaban.. mohd ilyas othman. tak lama jadi gurunya namun senyum dia masih aku ingat.. dia memang pelajar yang suka senyum

Friday, March 28, 2014
keguruan
assalamualaikum...
satu hari aku masuk kelas tingkatan 4 abu bakar untuk jaga mereka waktu exam. waktu tu exam subjek tauhid. seorang budak tanyakan maksud satu perkataan arab, aku jawab 'cikgu tak tau la, cikgu tak belajaq arab dulu'. kemuadian seorang lagi budak tanya, 'cikgu ambik course apa dulu?'. aku jawab 'kejuruteraan', budak di depan aku kata 'amik kejuruteraan tapi jadi keguruan. hehehe'
satu hari seorang rakan yang juga se warden asrama kata, 'kenapa dulu tak ambik maktab. sebab keputusan spm bagus jugak tu?', aku jawab 'dulu tak mau jadi cikgu'.
dulu2 masa darjah2 memang cita-cita cikgu tapi masuk sek menengah dah tak mau jadi cikgu, masuk uni berangan-angan nak dapat 'ir'--'ir bahiyah'. tapi study main-main sudahnya grad dengan cgpa yang tak memberangsangkan. masa praktikal aku sudah mula tak menyukai bidang engineering. akhirnya bidang keguruan juga yang rasanya paling sesuai walaupun dikomen suara aku pelahan. sakit tekak menjerit-jerit di dalam kelas.
sungguh aku tak tahu bidang apa yang terbaik untuk aku, tapi setakat ini aku rasakan perancangan Allah itu adalah yang terbaik.
marking kertas exam pelajar-pelajar, aku sedar, mereka bukanlah dari golongan yang cerdik-cerdik tapi aku rasa sayang sekali dengan mereka.mereka golongan terpinggir, mereka perlukan guru untuk membimbing mereka, mereka berhak untuk mendapatkan ilmu.
aku bukanlah bagus mana, nak menyampaikan ilmu pun tak tahu caranya, tidak pernah mengikuti kursus keguruan, cuma mahu menyampaikan secebis ilmu yang aku ada.
satu cerita lagi sudah selesai. pengakhiran yang sudah dijangka-jangka walaupun ada rasa terkejut sikit. cerita yang tak berapa suspen dan berleret-leret. ditunggu-tunggu untuk selesai seperti sinetron indonesia. yay!!! sudah selesai walaupun endingnya tak seronok mana pun.
satu hari aku masuk kelas tingkatan 4 abu bakar untuk jaga mereka waktu exam. waktu tu exam subjek tauhid. seorang budak tanyakan maksud satu perkataan arab, aku jawab 'cikgu tak tau la, cikgu tak belajaq arab dulu'. kemuadian seorang lagi budak tanya, 'cikgu ambik course apa dulu?'. aku jawab 'kejuruteraan', budak di depan aku kata 'amik kejuruteraan tapi jadi keguruan. hehehe'
satu hari seorang rakan yang juga se warden asrama kata, 'kenapa dulu tak ambik maktab. sebab keputusan spm bagus jugak tu?', aku jawab 'dulu tak mau jadi cikgu'.
dulu2 masa darjah2 memang cita-cita cikgu tapi masuk sek menengah dah tak mau jadi cikgu, masuk uni berangan-angan nak dapat 'ir'--'ir bahiyah'. tapi study main-main sudahnya grad dengan cgpa yang tak memberangsangkan. masa praktikal aku sudah mula tak menyukai bidang engineering. akhirnya bidang keguruan juga yang rasanya paling sesuai walaupun dikomen suara aku pelahan. sakit tekak menjerit-jerit di dalam kelas.
sungguh aku tak tahu bidang apa yang terbaik untuk aku, tapi setakat ini aku rasakan perancangan Allah itu adalah yang terbaik.
marking kertas exam pelajar-pelajar, aku sedar, mereka bukanlah dari golongan yang cerdik-cerdik tapi aku rasa sayang sekali dengan mereka.mereka golongan terpinggir, mereka perlukan guru untuk membimbing mereka, mereka berhak untuk mendapatkan ilmu.
aku bukanlah bagus mana, nak menyampaikan ilmu pun tak tahu caranya, tidak pernah mengikuti kursus keguruan, cuma mahu menyampaikan secebis ilmu yang aku ada.
##################################################
Monday, February 17, 2014
cinta suci zahrana
sudah lama baca ceritanya...
baru sudah tonton filemnya...
ost cinta suci zahrana (lirik)
Zahrana lukisan cinta suci
Nelangsanya hatimu sepi
Senyummu tetap dalam ikhlas
Biar lama menanti tetap hati berpegang
Cintamu suci Zahrana risalah cinta suci
Cintamu hanya karena Allah
Walau dingin hati membeku
Menggunungnya hinaan
Sebutan perawan tua
Cintamu tetap suci
Sebut nama-Nya, dekat dengan-Nya, pinta pada-Nya
Segala perkara hidup dan cintamu indah pada waktunya
Takdirkan cinta atas restu-Nya, atas pilihan-Nya
Serahkan seluruh urusan cinta dan hidup hanya pada Allah,

Saturday, February 15, 2014
siapa aku?
hamba..
itulah aku di dunia ini
sekadar hamba
aku punya Tuan
Tuan aku maha hebat
aku tahu itu
tapi sering kali aku lupa akan kehebatanNya
sering kali aku mengikut hasutan musuhNya
aku tak mahu menjadikan musuh Tuan aku itu sebagai kawanku
tapi mengapa senang sekali aku mengikutnya?
Tuanku Maha Pengasih, Maha Pengampun
ampunkan aku
aku takut dengan perasaan 'okey' selepas melakukan sesuatu yang salah
aku takut aku berterusan hidup dengan berbuat salah
aku takut aku mati ketika aku berbuat salah
tapi takut itu tak sentiasa ada dalam hati aku
sering kali aku mengabaikan takutku
bagaimana mahu jadi hambaMu yang sempurna?
bagaimana mahu jadi hambaMu yang Engkau redhoi?
"TINGGALKAN YANG MUNGKAR"
senang diungkap
senang didengar
tapi mengapa susah untuk dibuat?
hamba yang memerlukan pertolongan
hamba yang perlu sentiasa diingatkan
tolong aku ya Tuhanku
ingatkan aku ya Tuhanku
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)