Pages

Saturday, February 26, 2011

kepadaMu Kekasih


KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri


Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya

Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini




Kembara
Kepadamu Kekasih
Pencipta: M. Nasir (lagu), Eunosasah (lirik)
Album: Perjuangan

********************************************************************

misi:
penyerahan total kepada tuhan semesta alam
buatlah sesuka Mu keatas aku
berusaha menjadi hamba yang redho
kerana redhoMu terhadap aku adalah lebih penting 

sabda Rasulullah:
"asal engkau tidak murka terhadap diriki, maka aku tidak akan peduli apa pun yang terjadi"


"siapa yang mengadukan musibah yang menimpa dirinya kepada selain Allah, maka ia tidak akan dapat mengecap kemanisan ketaatan." 
(Asy-Syeikh Syaqiq Al-Balkhi - Siyar A'lamin Nubala'-IX/315)


"wahai jiwa yang tenang dan tenteram kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redho dan diredhoi. iaitu masuklah ke dalam golongan hambaKu (yang soleh). Dan masuklah ke dalam syurgaKu."
(Al-Fajr 89: 27-30)


sumber: Amaluddin Mohd Napiah , Tuhan Itu Dekat


p/s timbul satu idea untuk menulis semua kata-kata yang menarik hasil pembacaan,  selepas tengok satu movie....plus  memandangkan keupayaan mengingat sangat limit..
dalam movie tu dia tulis dalam sebuah buku....tapi  mengenangkan diri ini yang tak pandai simpan barang, eloklah tulis dalam blog, tak hilang

Wednesday, February 23, 2011

happy day (^___^)

assalamualaikum...

0345pm  23/02/11
hari ini terima bungkusan...



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
TARA!!!


YESS!!! IGAUAN MAUT TELAH MENJADI KEPUNYAAN AKU!!!

sekarang just tinggal satu lagi buku Ramlee Awang Murshid yang belum dibaca : 'ANUGERAH PERTAMA'
(igauan maut pun belum baca tapi dah ada dalam tangan)

buku ni diterbitkan tahun 1995 iaitu buku pertama tulisan Ramlee Awang Murshid (kalau tak silap... antara igauan maut n anugerah pertama aku tak brapa nak sure yang mana first)

sudah lama idamkan buku ni... siap tanya face to face dengan ramlee awang murshid... kot2 dia ada stok untuk peminat setia dia ni... tapi tak ada... tapi Alhamdulillah tertunai jugak hajat untuk baca buku ni... bukan senang nak dapat... kat kedai buku dah tak dak juai dah... lucky me =)

lepas keluar dari mahallah ofice bersama-sama bungkusan ni, tahan diri daripada senyum sorang-sorang, takut orang kata aku gila

masuk bilik.... HAHAHAHA! tidak dapat lagi menahan kegembiraan aku.... nasib baik rumate semua p klas

p/s menantikan 'sutera bidadari' - kesinambungan cerita laksamana sunan- bakal diterbitkan bulan april di pesta buku- InsyaAllah

p/s ada seorang sahabat itu masih panggil aku dengan gelaran 'hensem boy'..... hehehehe!!


UPDATE:
1254am  24/02/11

selesai khatam buku igauan maut.... BEST WOOO!!!.....i know your way of writing mr Ramlee... i know lipin is the one..=)... anyways, good story!   (bajet Ramlee Awang Murshid baca blog tah hapa hapa ni)

Saturday, February 12, 2011

sebut biar betul

assalamualaikum..

cerita dari adik bongsu aku:

adik aku baru masuk uitm, ada seorang roomate dia ni ada masalah sikit.. dia ada gangguan syaitonirajimmm... satu hari tu mak roomate dia ni bagitaw kat adik aku dan roomate dia yang lain, mintak diorang tengok-tengokkan anak dia tu  malam tu sebab diorang nak buat bacaan yassin kat anak dia ni malam tu... dan selalunya kalau diorang buat proses perubatan ni anak dia tu akan meracau-racau lah...

proses perubatan tu diorang buat kat rumah dan anak dia ni pulak kat kampus.. so, mak dia mintak adik aku dan roomates dia yang lain untuk tengok-tengok kan... kalau ada masalah mak dia suruh bagi air yasin...

malam pun menjelma.....

mula-mula tak ada apa-apa... adik aku menanti dengan suspen...

kalau tak silap.. roomate dia yang lain tak ada kat bilik time tu...

setelah beberapa ketika... adik aku yang khusyuk study (adik study???... kurang kepercayaan sikit kat situ)...

tiba-tiba dia dengar bunyi seperti harimau berderam.... dia kalih tengok roomate dia tu dah bertukar harimau... not physically  laa... tapi seolah-olah harimau laa... dia berderam seperti harimau ... (betulkah penggunaan perkataan berderam ni?? mcam cucur meneram pulak)

dengan berhati-hati adik aku keluar dari bilik dan report kat AJK kolej.... seterusnya beramai-ramai la diorang mengintai-intai budak tu.. tapi tak berani masuk...

roomate adik aku ni seperti separuh-separuh taw... separuh dari diri dia yang bukan harimau mintak diorang amikkan air yasin dan bagi dia minum..... nasib baik ada yang berani bagi dia minum air yasin tu... selepas tu dia pun pulih...

senaqnya aku kagum gak la dengan adik aku ni... berani jugak la dia... semoga dia dapat lagi pengalaman2 yang seumpama itu..=)

*************************************************************

ok itu cerita sampingan...

kawan adik aku ni ada cerita kat dia... jin dalam badan dia tu tak takut kat orang yang sebarangan

kalau ada yang baca ayat kursi kat dia tapi bacaan tak berapa nak betul dia just gelak-gelak saja.... tapi kalau adik dia bacakan dia jadi marah... adik dia ni sekolah tahfiz, so pandai la baca

kesimpulannya kat sini ialah.... jaga-jaga dengan bacaan kita.... sebut kena betul, tajwid pun kena betul... kalau dah syaitonirojimm pun boleh perlekehkan bacaan kita, macam mana pulak Allah nak terima bacaan kita tu kan...

*****************************************************************
kadang-kadang sebut salam pun tak betul... sebab dah selalu dok bagi salam jadi kita terdorong untuk mengshortformkan salam tu... jadi la semekom, saikum... kum 

Rasulullah saw bersabda:

" kamu tidak akan dapat masuk syurga sehinggalah kamu beriman, dan kamu tidak dianggap beriman selagi tidak menjalinkan kasih sayang sesama kamu. mahukah kamu aku ajarkan satu perkara yang sekiranya kamu lakukan , akan dapat menjalinkan kasih sayang sesama kamu? sebarkanlah ucapan salam antara kamu"

riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi

jadi jaga-jaga lah dalam sebutan salam

p/s one more thing... adalah SALAH untuk MENULIS dan MEMBACA ayat aAL-QURAN yang ditulis dalam RUMI..... kalau perasan ada saja buku-buku yang tulis ayat al-quran dalam rumi, jadi seelok-eloknya takyah la baca yang rumi tu.....  bacaan tambahan 

p/s ada seorang penceramah ckap " orang utara sebut betul pun tak betul"......betoi3!

Thursday, February 10, 2011

trouble is a friend

assalamualaikum

sapa yang tak dak masalah dan sapa yang tak buzy???

kalau dok struggle sorang-sorang siapkan group projek nak marah kat sapa??? kalau dah diorang semua buzy



Lenka - Trouble Is A Friend
Found at Trouble Is A Friend on KOhit.net

Trouble he will find you, no matter where you go, oh oh

No matter if you're fast, no matter if you're slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the morn, oh oh
You're fine for a while but you start to lose control...
He's there in the dark
He's there in my heart
He waits in the wings
He's gotta play a part
Trouble is a friend yeah trouble is a friend of mine
Ah ooh...
Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don't forget as you ease on down the road...
He's there in the dark
He's there in my heart
He waits in the wings
He's gotta play a part
Trouble is a friend yeah trouble is a friend of mine
oh oh
So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend yeah trouble is a friend of mine
ah ooh
How I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave,
I try, oh oh I try.....




 “…sama saja bagi kita mengeluh ataukah bersabar.Sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri.”
                                                                    Ibrahim [14]: 21

“Dan orang-orang yang sabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa” 
 Al-Baqarah [2]: 177

 “Dan Dia memberi balasan kepada mereka atas kesabaran mereka dengan surga dan (pakaian) sutera”.
Al-Insan [72]: 12 

 “…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah 
baiknya tempat kesudahan itu.”
Ar-Ra’d [13]:23-24

 “Ali Laam Miim. Apakah manusia mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan; kami telah beriman, padahal mereka belum diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.” 
al-Ankabut [29]: 1-3