![]() |
(Al-Baqarah : 256)
rasanya ramai yang tahu akan ayat ini. dan ramai jugak yang menjadikan ayat ini lesen untuk meringan-ringankan tuntutan Allah.
disuruh solat, disuruh tutup aurat katanya: tiada paksaan dalam Islam, kalau aku buat pun tapi tak iklas kan sia-sia namanya
tinggal solat dan tak tutup aurat, dosa besar yang tidak ada akta hukumannya dalam negara kita ini.dan perkara-perkara inilah yang selau dipandang remah oleh masyarakat. sebabnya kita tahu yang kita tak akan dipenjarakan walaupun tak solat dan tak tutup aurat.
dan ramai orang menggunakan ayat 'tiada paksaan dalam Islam' untuk terus-menerus melakukan dosa-dosa ini.
betul tiada paksaan dalam Islam, tetapi kita perlulah menetapkan tekad dan usaha untuk meninggalkan perkara-perkara mungkar itu, kerana sememangnya kita sedar bahawa itu adalah dosa besar. bukan susah pun nak buat semua tu, sekurang-kurangnya kita buat sedikit demi sedikit, tetapi pastikan yang sedikit itu semakin bertambah dan bukan semakin berkurang. yang penting adalah usaha untuk menunaikan perintah Allah.
dan kadang-kadang kita perlu untuk memaksa diri sendiri untuk menunaikan perintah Allah agar nanti kita akan terbiasa.
bersungguh-sungguh kita memaksa diri sendiri berkerja siang malam untuk mencapai hasrat kita walaupun kita tidak iklas, walaupun kita mengutuk bos sendiri di belakang. tapi tetap buat kerja bersungguh-sungguh.
sampai bila mahu berterus-terusan melakukan dosa?
tak perlulah nak tunggu tanda-tanda kiamat, mencari-cari Dajjal, Imam Mahdi.... sesungguhnya adanya MATI iaitu kiamat kecil. walaupun kiamat lambat lagi, yakinkah kita yang kita akan hidup sampai kiamat?
tidakkah pelik apabila kita ungkapkan Alhamdulillah apabila kita telah berjaya hasil penipuan, hasil membuka aurat, hasil mengingkari amanah?
Iklaskah ungkapan Alhamdulillah apabila kita terus-terusan melakukan dosa?
biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah kami berikan kepada mereka; bersenang-senanglah kamu. kelak kamu akan mengetahui (akibatnya)
(An-Nahl : 55)
Islam tidak memaksa, tapi diri kita sendiri kadang perlu dipaksa untuk menerbitkan iklas



