Pages

Friday, May 21, 2010

kak pah dah jadi milik orang... sob! sob!

assalamualaikum...

alhamdulillah.. kak pah dah selamat jadi isteri en. subri ptg tadi.. sob! sob! kt tajuk tu bukan sbb sedih ek..tapi sbb suami dia nama subri.. jadi la sob! sob!... heheh


dari dulu lagi kak pah adalah penanda aras untuk aku.. masa sekolah rendah dia jadi pengawas sekolah.. aku pon nak jadi pegawas tapi last2 jadi pengawas pusat sumber sj la..hehe.. masa upsr dia dapat straight A tapi aku ada satu B..huhu.. dia dpt p asrama penuh tapi aku tak... PMR pon aku kalah.. dia dpt straight lagi n aku kalah dgn 1 B lagi.. time spm memang aku nekad nak kalahkan dia.. n time tu pulakk dia main2.. so aku menang la...menang bergaya plak tu...hahaha!

then dia masuk uia.. seblm dia masuk uia.. memang uia xda dalam list aku.. tapi then aku timbang2 balik n aku pon mintak uia gak.. tapi bukan 100% sbb nak ikut dia ok!

hari tu kemas2 buku, terjumpa dia punya resume n partial transcript.. hebat gak ar result dia.. susah gak aku nak lawan.. tapi tak kesah la.. aku pon dah tak ada semangat nak lawan2 dia.. dia ada kelebihan n kelemahan dia.. sama jugak ngan aku.. yang penting usaha..

sekarang dia dah kawen.. aku???


hehehe.. tak kan la bab kawen pon nak lawan kan... lagipon apa la yang nak dilawankan...

dulu memang aku selalu rasa yang kak pah buat semuanya betol.. tapi sekarang tak lah.. ada gak pendapat ngan perbuatan dia yang aku rasa tak ngam ngan pemikiran aku ni.. apa yang baik aku amik..

agak pelik bila memikirkan kak pah dah kawen.. apa2 pon semoga bahagia n berkekalan..

lupa nak kenalkan.. budak laki kt sebelah aku tu adik laki aku,amin.. aku ada tunjuk gambar dia sebelum ni kn??

petang tu amin berjaya menyempurnakan tugas sebagai wali dengan jayanya.. tahniah2!


sangat lancar dia petang tu.. musti sehari semalam dok hafal ayat yang patut dia cakap tu.. orang dok ingat yang pakai baju warna emas tu wali.. tapi rupanya yang si kurus kering tu..

yang baju emas tu abang sulung.. anak sulung abah dengan isteri pertama...




p/s hari ni just akad nikah.. kendurinya 12 jun nanti... jemput2... sesapa yang rasa nak mai kedah time tu mai la... nanti pandai2 la contact aku.. heheh

Monday, May 17, 2010

adikku konvo.. aku belum!!

assalamualaikum...

petang semalam konvokesyen amin kt dewan wawasan...

teringat dulu masa dia habis spm, dia ada tanya sama ada patut amik stpm atau amik sijil automotive kt kolej komuniti.. aku yang sarankan dia amik sijil kt kolej komunity since itu bidang yang dia minat.. daripada dia amik stpm yang dengar kata susah tu and aku yakin dia memang tak minat langsung subjek-subjek stpm tu baik dia belajar bidang yang dia minat.

dan sekarang dia dah habis belajar dan boleh dikatakan keadaan dia sekarang ok.. ada bengkel kecik sendiri.. pandai cari duit sendiri.. lepas ni nak sambung diploma pulak insyaAllah..

senaqnya aku kagum jugak dgn adik aku ni.. sungguh-sungguh dia buat keja yang dia minat.. sekarang ni sibuk ngan projek terbaru.. nak masuk race katanya.. sibuk dok kira diameter exhaust dan cari methanol.. entah apa la nak dibuatnya


emmmmmhhh.... saaaaayang anak mak

ktorang 5 beradik saja... dulu2 kalau orang tanya berapa adik beradik aku akan cakap 9... bila dah besar skit.. aku dah paham maksud adik beradik kandung n adik beradik tiri, tak adil pulak kalau tak masukkan anak2 abah yang lain.. jadi kesimpulannya aku ada
5 beradik yang satu mak n satu abah
9 beradik yang satu mak (4 lain ayah- suami pertama mak meninggal time mak mengandung... betapa tabahnya mak time tu... sgt2 kagum ngan mak)
15 beradik yang satu abah(10 lain mak)
jadi keseluruhannya aku ada 19 saudara kandung... hohoho

sibuk dia nak cakap telepon time orang nak bergambar ngan dia.. so aku pun menyibukkan diri dgn telepon jgak!

p/s konvoku lambat lagi... huhu
p/s tak ada sorang pun teringin nak beli camera.. adoiiii!!!
p/s jumaat ni akad nikah kak pah, dan amin yang jadi wali n dia yang kna menyerahkkan tugas kt tok kadi nnt.. what???... adik aku yang selalu gelakkan aku ni yang jadi wali??? aku tanya mak musti amin jgk ka? tak leh ka amik abg2 yang lain?... mak aku cakap.." aih! tak belajaq ka dlu? dia dah cukup syarat dah"

semoga kejayaan menyebelahi amin.. amin

Tuesday, May 11, 2010

perkara-perkara yang menjenguk fikiranku kebelakangan ini

assalamualaikum...

panjang pulok tajuk kali ni...

wanita
wanita yang cantik... semua makhluk ciptaan ALLAH itu cantik...
jadi semua wanita adalah cantik... tapi kenapa perlu menpamerkan kecantikan itu kepada semua orang??... adakah kerana inginkan pujian..atau kerana bangga?

"berhati-hatilah dgn pujian kerana pujian adalah senjata syaitan yg boleh menjadikan kita riak'
(hijab sang pencinta)

ingatlah, setiap kali wanita keluar dari rumah, semua mata-mata syaitan akan mendongak. dan ingatlah, wanita itu adalah fitnah akhir zaman.

wallahu'alam

lelaki
salahkah kalau aku katakan semua lelaki itu adalah sama.. tapi memang lelaki itu sama.. mungkin lebih tepat kalau aku katakan kebanyakan lelaki adalah sama..

apa tanggungjawab kamu lelaki??

cinta
kamu mengaku cinta kamu suci?

kamu mengaku cinta kamu benar?

kalau cinta kamu suci.. dan kalau cinta kamu benar

kenapa kamu abaikan tanggungjawab dan amanah kerana anggau bercinta?

kenapa kamu lupa diri kamu ketika sedang bercinta?

perkahwinan
atas dasar apakah perkahwinan yang membelakangkan keluarga?

atas dasar apakah perkahwinan yang memecah-belahkan keluarga?

cakap tak serupa bikin
bila mana mulut mengatakan benci

bila mana mulut mula mengkeji

tapi hati berbisik suka

hati merasakan ingin

ingatkah dulu kau membenci.. tapi sekarang kau yang menyukai

berhati-hatilah bila mengungkapkan benci..

kerana lebih baik kita berdoa didalam hati daripada mengkeji..

kolot
"mungkin orang akan mengatakan saya ini kolot, kampungan, nggak jamani, bahkan primitif sekalipun saya tidak peduli, saya bahagia dengan apa yang saya yakini kebenarannya"-KCB

gua
rasanya mahu saja aku hidup di dalam gua

p/s apa yang aku tulis ini aku dapat melalui pemerhatian... dan sememangnya bukan semua orang yang macam tu

syair imam syafie

elaika(rintihan)

ku sembahkan(rintihan) kepadaMu
Tuhan sekalian makhluk
akan harapanku
sekalipun aku seorang yang berdosa
wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

bila mana keras hatiku
dan terasa sempit perjalananku
ku jadikan rayuan(rintihan) daripadaku
sebagai jalan untuk mengharap kemapunanMu

bila mana Engkau yang memiliki keampunan
menghapus dosa yang berterusan ini
kurniaMU dan keampunanMu
adalah merupakan rahmat dan kemuliaan
bukankah Engkau yang memberi aku makan
seta hidayah kepadaku
dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan
anugerah dan nikmat itu kepadaku
(walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

semoga orang yang memiliki ihsan
mengampunkan kesalahanku
dan menutup dosa-dosaku
serta setiap perkara yang telah lalu
sekiranya Engkau ampunkan aku
ampunkan dari kerderhakaan
kezaliman dan penganiayaan
yang tak akan terhapus
di hari berhimpun kesedihan

namun jika Engkau membalas siksa terhadapku
aku tidak akan berputus asa
sekalipun dosa-dosaku itu
akan memasukkan diriku kedalam neraka
dia adalah seorang yang fasih
ketika menyebut / menigingati Rabbnya
dan bila mana dia bersama selain Tuhannya
di dunia ini dia membisu

dia(Rasulullah saw) berkata:
kekasihku
Engkaulah tempatku meminta dan berharap
cukuplah Engkau bagi yang berharap
sebagai tempat bergantung dan memohon
ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu
dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

di saat ku jaga, aku rindu
dan di saat ku lelap, aku berharap
mengiringi langkahku
dengan penuh semangat dan berulang
sesungguhnya dosaku adalah besar
sejak dulu dan kini
Namun( ku tahu) keampunanMu yang
mendatangi hamba
adalah lebih besar(agung)
dan lebih mulia


p/s bila aku baca syair ni satu petang tu.. memang kna betollah dgn aku time tu..

p/s dah seminggu berhenti keja.. skarg dok rumah menguruskn rumah tak bertangga... tak kesah la apa org kata...rugi, tak rancang btol2, tak tahan cabaran(org yang cakap o aku sndiri yg cakap??).. .actually it's not about cabaran but it's all about strategi hidup.. hehe... ini la keputusan yang terbaik aku pernah buat, klu tak sebelum ni musti buat keputusan ikot sedap hati sj.