Assalamualaikum..
Semalam Aku dah bersiap nak balik kedah, ticket bas pukul 0815pm dan kami bertolak pukul 0730pm
kami sampai sana sebelum pukul lapan dan tunggu kat parking sebab hujan...
Dari parking tu kami boleh nampak terminal lapan, tempat bas yang Aku akan naik Berhenti nanti
Dalam nak dekat pukul lapan suku, banyak bas yang mask Dan Berhenti depan terminal lapan, Jadi pandangan kami terhalang untuk lihat bahagian dalam terminal,
Tapi aku tak kesah sebab aku ingat semua bas akan lalu depan kami Berhenti kat depan terminal, bukan dekat dalam...
Pukul 0820 pm kami masih tak nampak kelibat bas, waktu tu banyak bas yang dah jalan, kami dapat tengok bahagian dalam terminal, kami nampak bas yang sama dengan bas yang aku patut naik...
Bila pi Tanya dia kata bas tu bertolak pukul 10pm
Bas yang bertolak pukul 8pm dah sampai tapi tak tau kat mana..
Dia kata bas tu nanti akan lalu kat bahagian depan..
Jadi kami balik tunggu kat kereta
Kami assume bas tu lambat sebab hujan
Tunggu punya tunggu, bas tu tak sampai..
Aku naik Tanya orang kat kaunter..
Waktu tu dia sebok cakap telefon, dia tengok ticket aku Dan dia suruh tunggu kat terminal
Kami tunggu lagi.... Ada beberapa orang lagi yang tunggu kat terminal
Aku assume depa naik bas sama dengan aku
Tunggu punya tunggu, dah sejam..
Aku naik lagi Tanya orang kat kaunter...
Dia cakap...
"amoi! Ini bas pukul 8... Sudah lama oo... "
Macam-macam lagi lah dia cakap tapi kesimpulannya
Bas tu dah jalan...
Macam-macam soalan aku Tanya diri sendiri...
Apsal kami tak nampak langsung bas tu?
Apasal bas tu nak masuk dalam sedangkan selalunya bas memang Berhenti kat luar
Jalan tu one way, macam mana kami boleh tak nampak? Kalau dia jalan depan kami, memang kami patut nampak...
Tapi aku sedar, Tanyalah banyak mana pon, perkara tu dah Jadi...
Yang boleh aku belajar...
Kalau dah nak jadi, tak logik macam mana pon, tetap akan jadi
Tak boleh salahkan Sapa-sapa... Aku sendiri yang terlalu banyak assume
Thursday, October 11, 2012
budak 6 tahun
assalamualaikum....
sekarang aku kat rumah kakak aku dan hari ni aku ditinggalkan dengan anak menakan aku luqman..
selalunya dia akan balik lambat tapi hari ni abah dia ambil awal, jadi sejak tengah hari tadi aku dengan dia...
abah dia pergi sek0lah k0t dan mak dia tak balik2 lagi.
tadi aku turun nak masak nasik untuk dia... tengah basuh beras, luqman kalut nak makan ais p0p...
kemudian dia suruh aku bukakkan..
aku cakap... 'man kena bukak sendiri..mak tam tak mau t0l0ng... man kena belajar bukak sendiri... gigit hujung ais p0p tu lepas tu pusing ais tu sampai terputus'
luqman pun buat macam yang aku suruh...
tak lama lepas tu dia mengadu sakit gigi..
aku cakap, sakit tu sikit saja.. sat lagi dah baik...
dia tetap mengadu sakit.. lepas tu dia pegang gigi tu dan dia teng0k ada darah...
lepas saja dia tengk darah.. dia terus menagis...dia cakap gigi dia patah...
aku cakap.... 'semua budak2 akan patah gigi... lepas tu nanti akan akan tumbuh gigi baru... lepas tu baru man jadi 0rang besar'
lepas aku cakap macam tu...
dia menagis lagi kuat dan mengadu yang dia tak mahu gigi dia patah, dan dia tak mahu masuk h0spital..
dia jugak kalut suruh aku talef0n mama dia...
adakah aku salah explain? tapi aku cuma bagitahu pasal realiti...dia memang patut tahu pasal realiti!!
Mungkin aku garang sangat k0t...
rasanya aku memang tak pandai jaga budak2..
Aku terlebih garang kot
Terpikir jugak aku dulu2 macam luqman tak..
Jatuh skit menangis, berdarah skit menangis..
Mungkin tak kot..hehe
p/s Aku kenal seorang yang terlalulah garang dengan budak2 tapi dengan anak sendiri, dia terlalulah manjakan... Tak mau lah jadi tu
5/10/12

Sunday, August 26, 2012
Irfan
assalamualaikum...
p/s aku
(+ mak) buat s00 h00n g0reng dengan cabai dan daging untuk buat makan sama
dengan nasik himpit.. sangat pedas tapi dia kata sebab pedas tuh la yang sedap
=)
Masih macam dulu
Suka tersenyum dan malu-malu
Malu, tapi masih b0leh beramah mesra
Bukan seperti sesetengah yang malu tak bertempat
Raya kali ni dia datang rumah dengan kakak farah dia dan mak
dia
Setelah sekian lama.
Dulu aku takut dia terabai
Dan akan jadi kurus kering
Tapi bila dia datang.. Nampak dia agak tembam
Hilang kerisauan aku
Harap dia akan kekal jadi budak yang baik
Dan sentiasa menjadi Irfan yang aku sayang
Dia Irfan, anak menakan aku yang aku sayang
Bukan hanya tuntutan zahir
assalamualaikum...
Memakai t0pi keledar semata-mata kerana undang-undang
Dengan itu dia membeli t0pi yang tiada kualiti
Dengan itu dia memakainya dengan tidak sempurna
Dia memakainya hanya apabila ada p0lis dihadapan
Kerana ia tuntutan zahir
dengan itu apabila kemalangn
kepalanya akan bersepai
Serupa seperti amalannya
Bers0lat hanya untuk tuntutan zahir
Dengan itu surah terpendek yang dipilihnya
Diulang-ulang dalam setiap s0latnya
Dibaca secepat yang b0leh
Dan tidak tahu apa yang diungkapkan
Pergerakannya tiada khusyuk
Sampaikan semua perkara yang terlupa dapat diingat semula
Kerana baginya itu hanya tuntutan zahir
Maka layakkah dia mendapat ganjaran atas amalan yang hanya
kelihatan sempurna hanya pada zahirnya
p/s bermasalah lah sese0rang yang tidak meng0takan apa yang ditulisnya sendiri
Kerana Dia lebih layak untuknya
assalamualaikum...
Kerana Dia lebih layak untuknya
Maka itu kita perlu berusaha untuk bahagiakanNya
Ikut segala kemahuanNya
Dan elak dari mendapat kemurkaanNya
Kerana Dia lebih layak untuknya
Maka itu kita harus terima ketetapanNya
Berserah sepenuhnya kepada Dia
Kerana Dia lebih layak untuknya
Maka kita patut mengutamakanNya
Dalam setiap tingkah laku kita
Kerana Dia lebih layak untuknya
Kita patut buang segala apa yang menghalang kita dari
bersamaNya
Membuang segala apa yang membuatkan kita lupa kepadaNya
Kerana Dia lebih layak untuknya
Hanya Dia yang lebih layak untuknya
Maka itu aku buang
Aku lepaskan
Dengan d0a dan ucap maaf
dengan redh0 dan berserah
layarkan kami kearah cintaMu
tuntuni kami menggapai redh0Mu
berikan secebis keinsafan
m0ga lautan hilang gel0ra
untuk aku berlayar
(layar keinsafan: Mestica)
Bila ku khabarkan padamu erti cinta
Mampukah kau untuk menahan kehangatan
Bahang dunia dan nafsu yang membakar
Walau hanya untuk sementara
Mahukah kau mahk0takan semula
Pada yang layak untuk memilikinya
Dan bertahta selama-lamanya
(khabar cinta: Mirwana)
p/s bermasalah lah sese0rang yang tidak meng0takan apa yang ditulisnya sendiri
Tuesday, August 7, 2012
maaf
assalamualaikum...
maaf..
banyak perkara yang tidak aku banggakan telah aku lakukan. banyak perkara yang menguriskan telah aku lakukan. kadang aku gunakan hak untuk berkata atas jalan yang menyakitkan 0rang lain. kata-kata aku banyak yang tidak ditapis. kata-kata dan perbuatan aku yang mengundang perasaan tidak senang pada hati-hati yang melihat dan mendengar.
maaf..
pernah dulu aku katakan aku tidak akan memaafkan se0rang wanita yang aku tidak kenali atas kebiadaban dia. tapi kini aku sedar, mulia sangatkah kita sehingga kita tidak mahu memaafkan dan mahu melihat dia dihukum, sedangkan semua yang berlaku itu atas kehendak Allah dan ia sebenarnya satu ujian untuk kita. entahkan nanti kita sendiri yang akan dihukum atas sebab gagal dalam ujian yang diberikan itu.
dengan itu aku akan berusaha untuk memaafkan dan dengan itu juga aku ingin meminta maaf
lagaknya seperti sibuk dengan hidup dan kerjayanya, hinggakan tidak menghiraukan bl0g yang menjadi tempat diluahkan segalanya. tetapi dia masih mengganggur, atas alasan mahu men0l0ng kakaknya, menjaga anak menakan bernama sumayyah yang baru masuk 5 bulan.
banyak cerita yang ditapis sampai akhirnya tiada apa cerita yang tinggal. sudah tawar hati untuk bercerita atas sebab kurangnya m0tivasi diri. sebanyak mana dia menyatakan yang dia serba kurang, tiada apa untuk disumbangkan, sebanyak itu juga dia mengingatkan diri bahawa tiada apa yang sia-sia, Allah mencipta semua makhluknya untuk berfungsi. dia sedar tiada siapa yang mampu mem0tivasikan dirinya selain dirinya sendiri.

*********************************************************************************
lagaknya seperti sibuk dengan hidup dan kerjayanya, hinggakan tidak menghiraukan bl0g yang menjadi tempat diluahkan segalanya. tetapi dia masih mengganggur, atas alasan mahu men0l0ng kakaknya, menjaga anak menakan bernama sumayyah yang baru masuk 5 bulan.
banyak cerita yang ditapis sampai akhirnya tiada apa cerita yang tinggal. sudah tawar hati untuk bercerita atas sebab kurangnya m0tivasi diri. sebanyak mana dia menyatakan yang dia serba kurang, tiada apa untuk disumbangkan, sebanyak itu juga dia mengingatkan diri bahawa tiada apa yang sia-sia, Allah mencipta semua makhluknya untuk berfungsi. dia sedar tiada siapa yang mampu mem0tivasikan dirinya selain dirinya sendiri.
Monday, August 6, 2012
teguran yang indah
assalamualaikum
aku memang tak akan lupakan teguran itu. teguran yang mudah dan indah.
satu hari aku terima satu panggilan dari n0mbr yang tak dikenali dari se0rang remaja perempuan. tanpa salam atau hell0 dan berlatar belakangkan suasana bising, dia terus tanya aku samaada aku sudah sampai atau belum. aku katakan yang dia sudah silap number dan dia terus letak.
dalam hati aku merungut " bukan nak kata s0rry ka hapa ka... terus letak!"
beberapa lama kemudian, aku cek handph0ne dan rupanya ada sms dari number tadi, simple saja sms dia. "s0rry"
aku sedar, aku telah buruk sangka, dan aku telah buat silap. disaat aku sangka aku sudah cukup bersangka baik, masih ada ruang-ruang yang tidak diisi dengan baik.
tegur aku atas kesalahan dan kecuaian aku dan ajarkan aku apa yang aku tidak tahu
p/s lapt0p yang banyak berbakti mengalami sidr0m "0000"... tak dapat taip huruf 0 dan kadang hanya huruf 0 yang ditaip aut0matically.... jadi semua 0 yang anda lihat adalah bukan 0 tetapi k0s0ng

Monday, January 30, 2012
cari hati
assalamualaikum...
bagai solat yang tak khusyuk
semuanya sia-sia belaka
aku benci buat benda yang aku benci
saat itu, hati aku telah hilang
namun atas dasar tanggungjawab dan amanah
aku harus cari hati aku semula
dan apa yang boleh dikatakan...
bukan senang nak mencari hati yang sudah hilang
*******************************************
perlukah aku ceritakan pasal presentation fyp tadi??
aku tak mengaharapkan apa-apa selain nak melaluinya dengan tenang
dan semuanya berlalu tenang sekali
mulanya lega bila yang dicatatkan menjadi examiner adalah Dr Y dan Dr K
aku cuma mengharapkan bukan Dr AR
tapi yang aku inginkan tak jadi
Dr AR masuk dan menjadi examiner aku... betapa canteknya hidup
boleh dikatakan semuanya berjalan tak lah cantek sangat
tapi aku senang sebab aku masih bertenang
p/s presentation selesai... lepas ni exhibition... dan resultnya nanti, belakang cerita... kalau diberi peluang untuk buat lebih baik... terima dengan tenang
*tenteramkan hati yang kadang bergolak
boleh lah senang hati tonton criminal minds...(memang selama ni pun senang hati juga)
sedang download season 7... season 1,2,3,4,5,6 dah complete... download kat youtube saja..nak download?... p channel mrsupremegenius ^___^
Wednesday, January 18, 2012
hujah kosong
Khutbah Rasulullah saw
“bukan dajjal yang saya bimbangkan terhadap kalian. Sekiranya dia muncul dan saya berada ditengah-tengah kalian, tentu saya akan membela kalian dengan hujah-hujah saya. Tapi jika dia muncul, sedangkan saya tidak lagi berada dalam kalangan kalian, setiap orang akan membela dirinya dengan hujahnya sendiri, sedang Allah merupakan penggantiku bagi membalas setiap orang Muslim.”
(direkodkan Muslim, At-Tarmizi dan Abu Daud)
Khubah Rasulullah, wasiat agung buat umat tercinta: Rohaidzir rais
macam mana nak berhujah kalau tak ada ilmu?
macam mana nak cari ilmu kalau tak tahu sumber yang tepat?
takut dengan situasi sekarang
takut untuk mempercayai
takut salah pilihan
makin dicari makin banyak yang kosong
namun tak harus berhenti dari mencari
kerana nanti jadi hujah yang kosong
hati-hati mengeluarkan hujah
kerana ia mempengaruhi
jangan hanya lantang di mulut
tapi hujahnya kosong
sedap mulut berbicara
belum tentu isinya berguna
maaf untuk semua hujah kosong aku
p/s 16 januari 2012, genap 25 tahun... waktu yang panjang. harap tak sia-sia.
(kalau ikut kalender Islam, bulan 4 dah 26 tahun.... semakin tua)
*hujah untuk report fyp masih tergantung*
Sunday, January 15, 2012
Definisi senang
assalamualaikum....
tahu lagu ni??
tahu lagu ni??
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
(berdua bersatu- forteen)
walaupun lagu nih matluthfi tak suka tapi aku rasa apa yang lagu ni sampikan ada betulnya
kita selalu nak yang senang-senang saja. tapi kalau semuanya senang, dimana cantiknya hidup kita
merungut atas perkara kecil sedangkn orang lain ditimpa kesusahan yang lebih lagi
ganjaran yang besar semestinya sama nilainya dengan usaha
antara batu dan permata yang mana lebih bernilai?
yang mana susah didapati?
bila doa kita tak dimakbulkan
apa perasaan?
bila melihat orang lain yang kurang usahanya dapat lebih ganjaran
apa perasaan?
tanya diri
apa matlamat hidup?
mahukan kasih Allah?
mahukan Rahmat Allah?
mahukan Redho Allah?
terimalah segalanya dengan tenang
terima walaupun sukar sekali untuk diterima
doa itu adalah satu petanda kita perlukan Allah
berdoa untuk tunjukkan kita perlukan Allah
bukan tempat untuk hanya meminta
dan bila tak ditunaikan, marah!
senang itu tenang menerima dan memberi
p/s 16 december 2011... Wan Aisyah Rauhah lahir.. anak menakan yang terbaru... tunggu seorang lagi anak menakan bakal lahir... tunggu mak tam balik hujung bulan 2 ok?
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)