Pages

Wednesday, July 28, 2010

apa yang aku dapat dari ' my name is khan'

assalamualaikum...

aku baru saja menonton filem my name is khan.. memang agak ketinggalan skit... nak buat gena tak ada rezeki nak tengok awal sedangkan since filem ni kluar aku memang nak tengok sangat-sangat n one more thing aku tak besa tengok wayang.. just sekali sj penah tengok wayang.. tapi aku tak kesah pun wayang-wayang ni..

aku suka cerita tu dan oleh sebab tu la nak cerita kat sini nih!..hehe

1) dalam dunia cuma ada dua golongan, golongan baik dan golongan yang tidak baik(jahat)

dari sebuah hadis(kalau tak silap) :
"yang membezakan antara orang Islam dan orang kafir ialah solat lima waktu"
(hadis ni selalu kaluar kt tv3 time masuk waktu solat)

di sisi Allah semua maklukNya sama saja cuma bezanya ialah iman masing-masing. ada orang Islam yang jahat dan tak mengamalkan Islam dan ada orang kafir yang baik lebih dari orang Islam.. tidak layaklah untuk kita nak menghukum orang lain.. hidayah itu milik Allah jadi biarlah Allah sendiri menentukan yang baik dan buruk.. dan Allah itu maha adil jadi tidak akan skali-kali Allah bersikap zalim terhadap hamba-hambaNya..

diri kita sendiri yang kita perlu nilaikan... sama ada di golongan yang baik atau golongan yang  tidak baik.. tak ada tengah-tengah noh.. kalau nak jadi baik buat baik sungguh-sungguh dan kalau nak jadi jahat buatlah jahat sungguh-sungguh.. kalau tak mampu nak jadi jahat jadilah baik... senang saja nak jadi baik.. just tak payah cari pasal dengan orang lain dan orang lain pun takkan cari pasal dengan kita.. tapi kalau jadi jahat musti akan ada orang yang tak senang dengan kita..mau ka macam tu???

2) Iman kita sangat rapuh 

Iman seseorang itu ada pasang surutnya.. dan Allah akan menimpakan ujian terhadap kita untuk melihat sekuat mana iman kita.. dalam cerita ni kita dalam lihat orang-orang Islam terpaksa berdepan dengan orang skeliling yang membenci Islam dan mengaggap Islam itu pengganas.. ada yang mengubah imej kerana tidak mampu berdepan dengan orang.

3) kita mudah terpengaruh

apa yang kita dengar tak semestinya betul.. media beritahu itu ini dan kita dengan senangnya pun percaya.. orang sekeliling kita perpendapat itu dan ini kita pun sokong sekali.. orang yang macam itu ialah orang yang tidak ada pendirian dan tidak tahu berfikir sendiri.. sepatutnya kita pandang dengan mata hati fikir dengan akal yang tuhan bagi.. jangan mudah melulu menuduh yang bukan-bukan.

dulu dunia digemparkan dengan tragedi september 11 dan masyarakat dunia pandang Islam satu agama yang menggalakkan kekejaman.. pernah aku tengok cerita reality dimana seorang kristian kena tinggal dengan orang Islam selama 30hari.. pada mulanya dia berpendapat Islam adalah pengganas tapi setelah 30 hari tinggal bersama orang Islam di persekitaran orang Islam pendapat dia pun berubah.

sebelum buat apa-apa pendapat seharusnya kita kaji betul-betul dulu dan bukan sekadar mendengar cakap-cakap orang kita terus menetapkan padangan kita.

dan sekarang orang heboh tentang tragedi kovoi kemanusiaan yang diserang tentera Israel.. dan orang mula membenci orang Israel..  semestinya ini satu perkara yang baik tapi lihatlah sendiri bagaimana kita terpengaruh.. kalau media tidak mewarwarkan pasal kekejaman sebenar pihak Israel tentu saja masyarakat dunia masih tidak sedar semua ni.

yang terpengaruh dengan perkara baik itu Alhamdulillah lah dan yang terpengaruh dengan perkara tidak baik itu harap kita akan mendapat petunjuk.

4) kita perlukan seseorang untuk sedarkan kita dari terus membuat kesilapan

dalam cerita ini kita dapat lihat yang orang ramai tersedar dari kesilapan mereka setelah melihat kesungguhan watak utama... dan watak utama itu sendiri berpegang teguh dengan apa yang dia percaya dan berusaha untuk membuktikan bahawa apa yang dia percaya itu adalah benar.

hidayah itu milik Allah dan patunjuk itu adalah kurniaan Allah..tetapi kita sendiri perlu berusaha untuk hidayah dan petunjuk itu kerana Allah akan memberikan kurniaNya selagi kita mahu berusaha.

aku akan berusaha untuk sedarkan seseorang selagi aku mampu  insyaAllah,  dan aku pohon seseorang untuk sedarkan aku jika aku melakukan kesalahan

5) kasih ibu

orang cakap kita tidak akan memahami pengorbanan seorang ibu selagi kita sendiri tidak bergelar ibu.. walaupun ibu kita tak berpelajaran tinggi tapi  segala ajarannya kita akan sentiasa ingat sampai bila-bila.
layakkah kita untuk berkecil hati dengan ibu setelah dia berkerah keringat untuk membesarkan kita?

p/s cerita ini bukan tentang nama
p/s terasa nak tulis entri pasal mak aku yang hebat itu pulak nanti..kehkeh
p/s nama aku Bahiyah dan orang selalu kaitkan aku dengan sultanah Bahiyah dan ustazah Bahiyah.. seorang facilitator aku time halaqoh kt matric siap doakan aku jadi macam ustazah Bahiyah..owh!..we'll see.. satu lagi nama aku jugak telah diconfiuskan dengan perkataan Bahaya!! oleh lecturer foreigner.. kuang.. kuang!
p/s don't worry korang takkan kena renjatan letrik klu dekat ngan aku apatah lagi kalau dekat dengan blog aku...heh
p/s seorang sahabat cakap dia akan baca blog yang berinfomasi saja.. opsss.. aku akan berusaha untuk memberi infomasi walaupun still ada kemerapuan di sana sini
p/s aku tak suka baca cerita yang panjang-panjang kt blog orang tapi kali ni aku punya entri terpanjang la pulok.. p/s pun terbanyak la pulok.. aiyok!!

Monday, July 26, 2010

Allah first

assalamualaikum...


memetik kata-kata Ramlee Awang Murshid dalam akbar/majalah IluvIslam edisi 4 jun-10 jun:

" Seandainya dia adalah jodoh terbaik kamu apa juga yang berlaku ia akan tetap menjadi milik kamu. tetapi jangan sekali-kali letakkan niat di dalam hati bahawa kamu akan menjadikan dia hak mutlak kamu kerana walaupun kamu tidak berkongsi kasih sayang seseorang itu sesama manusia, tetapi perlu sedar bahawa kasih sayang tetap dikongsi dengan Yang Maha Pencipta"

satu topik yang semakin diperkatakan dikalangan rakan-rakan... ya la umur pun dah 23.. walaupun mulut selalu kata 'tak kesah lah', 'awal lagi lah' dan selalu menolak dari memperkatakan soal ini tetapi fikiran tetap sentiasa memikirkan soal ini.. tak mungkin ada sesiapa yang akan menolak perasaan untuk mencintai seseorang dan mengharapkan dia sentiasa akan menemani kita susah dan senang, jatuh dan bangun, panas dan hujan.

of coz aku pun tak terkecuali... tapi sekarang ini aku sedar betapa sia-sianya hidup sekadar ingin mengejar cinta manusia yang belum pasti.. sedangkan cinta itu adalah anugerah dari Allah, jadi kenapa perlu bersusah payah mengejarnya.. kerana pasti Allah akan menganugerahkannya sekiranya kita mencintai yang Maha Pencipta itu sendiri.

usahlah kita risau akan jodoh.. kerana jodoh adalah suatu perkara yang tidak terjangkau oleh kita... adalah sia-sia apabila kita terlalu memharapkan sesuatu yang tidak pasti.. even pasangan kekasih kita sendiri  tidak terjamin akan menjadi pasangan sehidup semati kita, dunia dan akhirat.. jadi adakah ianya berbaloi menumpahkan kasih kepada orang yang tidak akan bersama kita dunia dan akhirat.. adakah ia hanya untuk keseronokan dunia hingga kita lupa akan Allah?

merujuk kembali kepada sebab-sebab kita hidup di dunia ini.. bukan untuk suka-suka.. Allah menciptakan kita bukan sekadar untuk memeriahkan alam semesta ciptaanNya tetapi adalah untuk beribadah kepadaNya, untuk  mengabdikan diri kepadaNya, untuk saling menyampaikan ajaranNya. jadi  kita sebagai hambaNya yang hina tidak sepatutnya menumpahkan segala keringat hanya untuk keseronokan dunia.

dalam kehidupan yang serba sibuk.. sedarkah kita bahawa hari-hari kita diisi tanpa menginyatiNya?.. mungkin ada yang mengatakan.."aku solat cukup 5 waktu".."aku baca Al-Quran setiap malam"..tetapi persoalannya adakah segala amalan itu sekadar ingin memenuhi jadual harian kita atau atas dasar ingin mendekatkan diri kepada Allah?

semua yang kita lakukan didunia ini kerana apa?..belajar hanya untuk memastikan tempat didunia.. berkawan hanya untuk menjadi teman.. berkasih hanya untuk memenuhi fitrah.. bekerja hanya untuk mencari kesenangan.. makan hanya untuk mendapat kekuatan.. tidur hanya untuk merehatkan fikiran...

sepatutnya.. belajar untuk mendalami ilmu Allah.. berkawan untuk meyebarkan ajaran Allah.. berkasih untuk mengeratkan ukhwah sesama makhluk Allah sekaligus memperkembangkan agama Allah.. bekerja untuk memajukan diri sekaligus mendekatkan diri dengan Allah... makan agar mampu mengamalkan suruhan Allah.. tidur agar lebih kuat  melaksanakan perintah Allah..

jadi sepatutnya kita meletakkan Allah ditempat pertama dalam setiap perbuatan... dan jangan pernah berasa cukup dengan amal kerana orang yang benar-benar beriman tidak akan pernah berasa cukup dalam memenuhi tuntutan Allah

aku manusia yang sentiasa lupa, sentiasa lalai.. hidup kononnya dengan nama Allah tapi sentiasa mengabaikanNya.

adalah sepatutunya aku lebih fokus tentang apa yang patut untuk aku daripada fokus tentang sesuatu yang tidak terjangkau oleh aku.

peringatan untuk diri sendiri

penat saja fikir pasal orang yg tak kasihkan aku kerana ramai lagi yang layak untuk kasih aku..(i'm talking about JC Chasez..errrkk!!--- the things is recently i always watch nsync videoclip..heh)


between JC ngan family of coz la pilih family...sorry JC...hehe.. (sedikit merapu..so sorry)

Wednesday, July 21, 2010

I am an automotive engineering student!!!

assalamulaikum...

(adakah tajuk kelihatan sedikit riak??)

warning: this is just luahan perasaan...( luahan perasaan dalam BI apa ek?) 

sejak dua menjak ni aku terpikir.. sama ada pilihan tuk amik automotive ni is really the right choice??.. lebih2 lagi bila dapat result sem lepas...

since matrik lagi aku memang aim auto tapi bila masuk cni semuanya tak macam yang aku expect.. kna blajar fluid? thermo? static? dynamic? heat transfer?.. tapi sememangnya subject2 tu semua memang sgt penting actually.. aku memang taw tapi sedikit kuciwa sbb aku harapkan yang lain..

sem lepas aku amik ICE.. memang best sbb itu la yg aku nak senaqnya.. tapi last2 result teruk!!(tak pernah pass subject dr TM).. since then aku terpikir.. memang aku minat tapi apasai aku tak leh bawak sedangkan orang lain boleh.. adakah aku sekadar minat untuk tahu tapi tak bersungguh-sungguh untuk mendalami..  atau adakah aku senaqnya tak minat langsung tapi buat2 minat...erkkk!!!

petang tadi masuk klass pwr train.. Dr Waleed bagi intro... sgt suka! dan aku sedar balik bahawa sememangnya aku minat auto.. tidak diragui lagi... since balik dari klas pwr train.. aku sedar bahawasanya memang ni la yang aku nak!

aku dah suka pwr train even baru intro.. dan Dr waleed pun best even aku baru masuk 2 klas dgn dia.. dia bagi info not just ikut silibus.. ni la klass pertama yang aku bagi full attention.. aku suka lecturer yang selalu bagi info n pendapat diorang.. macam sir Pahsha yang ajar math kt matrik dulu... even dia tak ajar sgt math tapi dia banyak bagi info n pendapat dia.. means that lecturer itu banyak berfikir dan bukan sekadar nak makan gaji.. huahua.. its just my humble opinion...

apa-apa pun... banyk lagi subject2 yag best akan datang (banyak lagi subject untuk dicompletekan)... aisey... baru semangat nak jadi engineer automotive...haha!

p/s sekadar luahan perasaan...heh...sorry
p/s 23/12/11 n 20/12/12....booked... hopefully it really happen noh!..amin
p/s I am automotive engineering student...hehe...semangat terlebih la pulok...sorry

............................................
tadi seseorang telah menuntut keadilan dgn membuat aduan pasal harga photostat yg sgt mahal...heh.. sgt bagus ada orang yang macam tu... dapat membela orang yg naive macam aku...hehe... klu aku, musti akan biarkan sj hal tu.. aku sgt terkesan sbb rasa lega bila ada org2 yg sgt berani menuntut hak diorg (aku sgt tak berani tapi bukan pengecut)

off to finish my heat transfer assignment...haiyakk!!!

Monday, July 19, 2010

we are different!

assalamualaikum...

ada orang yang sangat confident dgn diri sendiri dan pandai menyakinkan orang lain..
ada orang yang selalu tak yakin dengan apa yang dia buat dan menyebabkan orang lain pun tak yakin dengan dia

ada orang yang selalu dapat apa yang dia inginkan dengan tidak perlu bersusah payah
ada orang yang tidak mampu dapat apa yang dia inginkan walau dia bersusah-payah untuk itu

ada orang yang suka dirinya dikenali ramai dan menjadi perhatian
ada orang yang lebih suka menyendiri dan tidak ingin hidupnya dijadikan tontonan

 ......................................

aku tak sure apasai aku tulis semua ni.. ???

seminggu di uia aku lebih banyak memerhati... dah 4 tahun kat cni rasa macam baru lagi... melihatkan adik-adik junior yang baru masuk mengingatkan diri sendiri sewaktu baru masuk... of coz situasi diorang tak sama dengan aku.. perasaan diorang tak sama dengan aku..

as time goes on kita pun semakin membesar dan pemikiran tak macam dulu lagi.. lihat balik waktu dulu-dulu banyak perkara yang boleh buat kita gelak... dan tanya diri sendiri 'apsal aku buat ini..'... 'apsal aku buat itu..'.. tapi apa yang kita buat itulah yang membawa kepada situasi sekarang ini...

(adakah aku telah lari dari tajuk???)

curious... tengok orang lain boleh buat sesuatu yang aku tak mampu buat...' macam mana diorang boleh buat???'... jawapannya simple saja.. 'sebab aku tak mahu buat!!'... kita boleh buat apa saja yang kita nak buat selagi kita mahu buat dengan bersungguh-sungguh... yang penting jangan sampai kita tak jadi diri sendiri dan tak melanggar prinsip kita sendiri..

rezeki... siapa tahu pasal rezeki??.. siapa yang tahu apa yang kita akan dapat esok.. siapa tahu rezeki depan mata kita bukan untuk kita.. boleh saja duit dalam tangan jatuh ke tangan orang lain... kita tak tahu pasal rezeki.. tapi kita boleh berusaha untuk mendapatkannya.. dan kalau rezeki itu bukan untuk kita, perlukah kita meraung sekiranya kita percaya akan takdir dan kita percaya bahawa kita telah berusaha untuk itu... masing-masing ada rezeki masing-masing...

 .............................................

sudah seminggu start semester baru... macam sem2 dlu mustilah ada azam sem ni.. tapi tiap2 sem azamnya sama saja.... huhu... reeeeaaaally hope sem kali ni lain dari yang lain..

.............................................

No Boundaries- Kriss Allen

Seconds, hours, so many days
You know what you want but how long can you wait?
Every moment lasts forever
When you feel you lost your way

And what if my chances were already gone?
Started believing that
I could be wrong
But You give me one good reason
To fight and never walk away

So hear I am still holding on!

With every step you climb another mountain
Every breath it's harder to believe
You make it through the pain, weather the hurricanes
To get to that one thing
Just when you think the road is going nowhere
Just when you almost gave up on your dreams
They take you by the hand and show you that you can
There are no boundaries! There are no boundaries!

I fought to the limit to stand on the edge
What if today is as good it gets?
Don't know where the future's headed
But nothing's gonna bring me down
I've jumped every bridge and I've run every line
I've risked being saved but I always knew why
I always knew why!

You can go higher, you can go deeper
There are no boundaries above and beneath you
Break every rule 'cause there's nothing between you and your dreams
With every step you climb another mountain
Every breath it's harder to believe

p/s lirik yang sangat AKU... obviously aku tak pandai buat ayat yang sedap-sedap sebab tu letak lirik ni sebab lirik ni sangat AKU.. kehkeh

Wednesday, July 7, 2010

caution!

assalamualaikum...
  
entri ini ditulis bertujuan untuk mengingatkan agar kita sentiasa berhati-hati bila tidur.. siapa tahu tengah sedap-sedap tidur tiba-tiba ada makluk halus masuk dalam telinga kita.. senaqnya(sebenarnya) aku berpengalaman menyaksikan seseorang yang perit menahan sakit bila ada seekor makluk halus telah masuk ke telinga beliau.. 

kalau makluk halus itu masuk dalam hidung ok lagi sebab kita boleh hembus dengan sekuat hati agar ia keluar.. tapi kalau masuk telinga, nak buat gena(bagaimana)??


malam itu kami bertungkus-lumus memikirkan cara untuk mengeluarkan makluk itu.. salah satu caranya ialah dengan memberikan sumber cahaya kepada makluk itu agar ia dapat mencari jalan keluar..


bagaimana dengan pesakit???... oh! sangat kasihan.. makluk itu mengigit-gigit dinding telinga mangsa menyebabkan mangsa menangis-nangis keesakkan..


akhirnya makluk halus itu keluar setelah berasa bosan tinggal di lorong yang sempit itu apatah lagi rimas dengan keadaan bising disekelilingnya..


setelah membuat penyelidikan... antara cara untuk mengeluarkan makluk halus itu ialah:


Usahakan jangan panik, jika telinga sebelumnya tidak pernah berair berulang, masukkan air bersih atau sejenis cairan antiseptik (seperti rivanol) ke dalam lubang telinga, jangan cairan yang dapat menyebabkan iritasi (seperti alkohol).
Maksud pemberian cairan tersebut dengan harapan binatang / serangga tersebut dapat mati, sehingga tidak melukai lebih jauh lubang telinga.
Setelah sakit mereda segera bawa ke dokter, untuk mengeluarkan serangga, karena jika dibiarkan akan menyebabkan infeksi telinga bertambah berat.
( sumber)

p/s makluk halus merujuk kepada serangga
p/s identiti mangsa tidak dapat diberitahu... yang pasti bukan aku.
p/s beberapa hari lepas terjumpa blog2 anak2 menakan aku.. boleh tahan diorang ni... aku jumpa kat FB.. tertanya jugak adakah mereka menjumpai blog aku..adakah???

Thursday, July 1, 2010

mari berbudi kepada tanah

assalamualaikum...

beberapa hari lepas dapat ubi kayu dari kak wan yang dia dapat dari kebun dia..



ini la hasilnya kalau kita berbudi kepada tanah last2 nnt hasilnya dapat dekat kita jugak... kalau tinggal kat kampung tak sah kalau tak menanam... sekeliling rumah aku macam-macam pokok ada... kadang-kadang aku tengok dalam peti tak ada sayur pun nak masak tapi dengan adanya pokok-pokok kat sekeliling rumah ni dapat la masak sayur... ada pucuk mengkudu... ada rebung.. ada cili.. ada bendi.. haha!..ulam-ulam apatah lagi.. senang sangat nak dapat.. klu tak da kt rumah sendiri boleh ambil kt rumah jiran... tapi pokok bendi dak rosak..tak dapat hasil dah..

dulu masa kenduri mak balik dari mekah kitorang buat kenduri dan masak sayur keladi... tak payah cari jauh-jauh.. ambil depan rumah saja... masa kenduri untuk orang marhaban masa kenduri kahwin kak pah haritu kitorang masak daging itik dengan batang pisang... itik, abang ipar tiri bagi dan pisang ambil kt depan rumah... senang kan...

ni la yang bestnya tinggal kt kampung... nak menanam  tak dak masalah... orang-orang sekeling pun saling bantu-membantu...

kat bandar susah nak cari suasana macam ni kot... aku pun tak taw la sbb aku tak penah duduk bandar tapi rasanya susah la nak cari suasana macam ni kat kawasan bandar..


p/s gambar ubi kayu hasil dari google.. nak ambil gambar ubi kayu yang kak wan bagi tu tak dapat sebab dah masuk dalam perut..hehe

hati suka...^______^

assalamualaikum...

cuba sekali lepas tu nak lagi.... ni la hasilnya..

   ni mak dia


ni ayah dia
ni abang dia
ni kakak dia

ni adik lelaki dia
ni adik perempuan dia

siapa dia????
ni la dia

p/s saja suka-suka.... tiada niat lain melainkan suka-suka...hehe
p/s tak ada kerja cari kerja