Pages

Sunday, August 26, 2012

Irfan

assalamualaikum...


Masih macam dulu
Suka tersenyum dan malu-malu
Malu, tapi masih b0leh beramah mesra
Bukan seperti sesetengah yang malu tak bertempat
Raya kali ni dia datang rumah dengan kakak farah dia dan mak dia
Setelah sekian lama.
Dulu aku takut dia terabai
Dan akan jadi kurus kering
Tapi bila dia datang.. Nampak dia agak tembam
Hilang kerisauan aku
Harap dia akan kekal jadi budak yang baik
Dan sentiasa menjadi Irfan yang aku sayang
Dia Irfan, anak menakan aku yang aku sayang

p/s  aku (+ mak) buat s00 h00n g0reng dengan cabai dan daging untuk buat makan sama dengan nasik himpit.. sangat pedas tapi dia kata sebab pedas tuh la yang sedap =)

Bukan hanya tuntutan zahir

assalamualaikum...


Memakai t0pi keledar semata-mata kerana undang-undang
Dengan itu dia membeli t0pi yang tiada kualiti
Dengan itu dia memakainya dengan tidak sempurna
Dia memakainya hanya apabila ada p0lis dihadapan
Kerana ia tuntutan zahir
dengan itu apabila kemalangn 
kepalanya akan bersepai

Serupa seperti amalannya
Bers0lat hanya untuk tuntutan zahir
Dengan itu surah terpendek yang dipilihnya
Diulang-ulang dalam setiap s0latnya
Dibaca secepat yang b0leh
Dan tidak tahu apa yang diungkapkan
Pergerakannya tiada khusyuk
Sampaikan semua perkara yang terlupa dapat diingat semula
Kerana baginya itu hanya tuntutan zahir
Maka layakkah dia mendapat ganjaran atas amalan yang hanya kelihatan sempurna hanya pada zahirnya

p/s bermasalah lah sese0rang yang tidak meng0takan apa yang ditulisnya sendiri


Kerana Dia lebih layak untuknya

assalamualaikum...


Kerana Dia lebih layak untuknya
Maka itu kita perlu berusaha untuk bahagiakanNya
Ikut segala kemahuanNya
Dan elak dari mendapat kemurkaanNya
Kerana Dia lebih layak untuknya
Maka itu kita harus terima ketetapanNya
Berserah sepenuhnya kepada Dia
Kerana Dia lebih layak untuknya
Maka kita patut mengutamakanNya
Dalam setiap tingkah laku kita
Kerana Dia lebih layak untuknya
Kita patut buang segala apa yang menghalang kita dari bersamaNya
Membuang segala apa yang membuatkan kita lupa kepadaNya
Kerana Dia lebih layak untuknya
Hanya Dia yang lebih layak untuknya
Maka itu aku buang
Aku lepaskan
Dengan d0a dan ucap maaf
dengan redh0 dan berserah



layarkan kami kearah cintaMu
tuntuni kami menggapai redh0Mu
berikan secebis keinsafan
m0ga lautan hilang gel0ra
untuk aku berlayar
(layar keinsafan: Mestica)

Bila ku khabarkan padamu erti cinta
Mampukah kau untuk menahan kehangatan
Bahang dunia dan nafsu yang membakar
Walau hanya untuk sementara
Mahukah kau mahk0takan semula
Pada yang layak untuk memilikinya
Dan bertahta selama-lamanya
(khabar cinta: Mirwana)

p/s bermasalah lah sese0rang yang tidak meng0takan apa yang ditulisnya sendiri

Tuesday, August 7, 2012

maaf

assalamualaikum...


maaf..
banyak perkara yang tidak aku banggakan telah aku lakukan. banyak perkara yang menguriskan telah aku lakukan. kadang aku gunakan hak untuk berkata atas jalan yang menyakitkan 0rang lain. kata-kata aku banyak yang tidak ditapis. kata-kata dan perbuatan aku yang mengundang perasaan tidak senang pada hati-hati yang melihat dan mendengar.
maaf..

pernah dulu aku katakan aku tidak akan memaafkan se0rang wanita yang aku tidak kenali atas kebiadaban dia. tapi kini aku sedar, mulia sangatkah kita sehingga kita tidak mahu memaafkan dan mahu melihat dia dihukum, sedangkan semua yang berlaku itu atas kehendak Allah dan ia sebenarnya satu ujian untuk kita. entahkan nanti kita sendiri yang akan dihukum atas sebab gagal dalam ujian yang diberikan itu.

dengan itu aku akan berusaha untuk memaafkan dan dengan itu juga aku ingin meminta maaf


*********************************************************************************

lagaknya seperti sibuk dengan hidup dan kerjayanya, hinggakan tidak menghiraukan bl0g yang menjadi tempat diluahkan segalanya. tetapi dia masih mengganggur, atas alasan mahu men0l0ng kakaknya, menjaga anak menakan bernama sumayyah yang baru masuk 5 bulan.

banyak cerita yang ditapis sampai akhirnya tiada apa cerita yang tinggal. sudah tawar hati untuk bercerita atas sebab kurangnya m0tivasi diri. sebanyak mana dia menyatakan yang dia serba kurang, tiada apa untuk disumbangkan, sebanyak itu juga dia mengingatkan diri bahawa tiada apa yang sia-sia, Allah mencipta semua makhluknya untuk berfungsi. dia sedar tiada siapa yang mampu mem0tivasikan dirinya selain dirinya sendiri.


Monday, August 6, 2012

teguran yang indah

assalamualaikum

aku memang tak akan lupakan teguran itu. teguran yang mudah dan indah.

satu hari aku terima satu panggilan dari n0mbr yang tak dikenali dari se0rang remaja perempuan. tanpa salam atau hell0 dan berlatar belakangkan suasana bising, dia terus tanya aku samaada aku sudah sampai atau belum. aku katakan yang dia sudah silap number dan dia terus letak.
dalam hati aku merungut " bukan nak kata s0rry ka hapa ka... terus letak!"
beberapa lama kemudian, aku cek handph0ne dan rupanya ada sms dari number tadi, simple saja sms dia. "s0rry"

aku sedar, aku telah buruk sangka, dan aku telah buat silap. disaat aku sangka aku sudah cukup bersangka baik, masih ada ruang-ruang yang tidak diisi dengan baik.

tegur aku atas kesalahan dan kecuaian aku dan ajarkan aku apa yang aku tidak tahu

p/s lapt0p yang banyak berbakti mengalami sidr0m "0000"... tak dapat taip huruf  0 dan kadang hanya huruf 0 yang ditaip aut0matically.... jadi semua 0 yang anda lihat adalah bukan 0 tetapi k0s0ng