Pages

Wednesday, October 30, 2019

Yang biasa-biasa

Assalamualaikum...

Dari dulu aku memang labelkan diri aku sebagai biasa-biasa
Dekat sekolah aku biasa-biasa
Dekat universiti pon aku biasa-biasa

Sekarang jadi tutor pon aku hanya nak jadi biasa-biasa

Tapi ada masa teringin jadi tutor yang hebat
Macam tutor-tutor yang aku selalu follow dekat fb dan instagram

Teringin tapi aku selalu rasa diri aku ni tak mampu..

Mungkin sudah masanya ku aim untuk jadi luar biasa
Mampu kah??
Huhuhu

Kena berusaha keras ni bahiyah!!!

Dulu pernah ada angan-angan yang besar
Tapi ntah macam mana tiba-tiba angan-angan tu hilang
Aku sendiri downgradekan diri aku.
Dan aku selalu rasa aku tak mampu

Aku nak berubah
Aku akan berusaha untuk berubah
Harap-harap aku tak hangat-hangat taik ayam saja ni

!!!!!!
Semangat!!!

Monday, October 21, 2019

JOKER

Assalamualaikum..

petang tadi aku dengan kawan-kawan pi tengok joker.
boleh tahan cerita dia..

betul kah kehidupan ni begitu menyeksakan??

sebenarnya semua tu bergantung pada cara pandang kita
apa yang kita mahu simpan dalam fikiran kita

kata joker .. orang jahat ialah orang baik yang tersakiti

orang jahat sakitkan orang baik, orang baik tu jadi jahat, lepas tu dia sakitkan orang baik, orang baik jadi jahat, dia sakitkan orang baik, orang baik jadi jahat...

dimana kesudahannya?
hahahah

kesudahannya bila yang baik kekal jadi baik
tidak berputus asa untuk jadi baik
walaupun sentiasa disakiti

tabahlah


disekeliling kita penuh dengan manusia bermasalah
bila depa bermasalah, depa beri masalah kepada orang lain
hahah

so, disinilah pentingnya kita tapis segala input dari persekitaran
terima yang perlu saja
tepis yang manyakitkan
tepis yang tidak penting

tabahlah

JAGUH

Assalamualaikum..

Sejak bulan november tahun 2018, aku mula bekerja di sebuah pusat tuisyen sebagai tutor sepenuh masa.
Alhamdulillah, diberi kepercayaan untuk mengajar subjek fizik, kimia dan add math.
tapi terkilan sebab tak dapat ajar subjek math moden.. well, kita tak boleh dapat semua yang kita nak. jangan tamak! hahah

Habis bulan ni, maka tamatlah kontrak aku di pusat tuisyen tu.
Aku percaya ada rezeki yang lebih baik untuk aku.
Mungkin inilah masanya Allah nak uji aku, nak lihat di mana kebergantungan aku.

Aku mahu ajar diri aku untuk tidak risau tentang hari esok.
Aku cuma perlu prepare
apa yang terjadi serah saja pada Allah

Semoga Allah sentiasa bantu
Walau aku sedar, banyak dosa aku
tetap aku mohon Allah pelihara aku
kepada siapa lagi aku nak mohon kan??

InsyaaAllah hujung tahun ni aku buka pusat tuisyen aku sendiri
belajar-belajar buat sendiri
bekerja dengan orang pon sentiasa saja ada rasa tak puas hati

aku  bukanlah suka sangat berbisnes
tapi mungkin ini yang terbaik
semoga Allah permudahkan.

Dulu semua nak cerita dalam blog
sekarang tak teruja lagi untuk cerita
kenapa ya??
faktor usia ka??

blog ni macam dah hilang seri
hurmmm...

semoga lepas ni ada kisah-kisah menarik yang aku boleh kongsi disini.. hahah