Pages

Thursday, October 19, 2017

Bergembira itu tidak payah


Kita telah diberi hidup
Bukan sia-sia yang pastinya
Yakin itu
Allah mengkehendakkan kita hidup
Jadi hiduplah
Hiduplah sebagai hambanya yang taat
Kita mahu hidup kita diwarnai kebahagiaan
Namun hidup kita ini bukan atas aturan kita
Yang berkuasa itu Allah
Allah boleh merencanakan apa sahaja
Kita adalah hambanya
Jadi..
Apa yang mahu dikeluhkan?
Jangan mengangggap kita ini tuan
Mahu itu..  Mahu ini
Sedangkan kita hamba
Perlu mengikut rencana yang maha berkuasa
Bina kebahagiaan sendiri
Ada apa dengan dunia ini yang mahu dikeluhkan
Dunia ini bukan apa-apa
Jangan berharap dengan dunia

Bergembira itu tidak payah
Cuba perlu terbitkan kesyukuran