Pages

Saturday, February 27, 2010

lama tak jumpa budak ni...


dari pagi semalam sampai sekarang mata sebelah kanan aku asyik berdenyut2... orang cakap tu tanda nak jumpa orang jauh/ dah lama tak jumpa...trus teringatkan budak ni...



teringat pulak satu scene..
time tu kat rumah kak ti dan tengah siap-siap nak p pudu.. time aku tengah pakai tudung dia ada kt depan.. then dia nampak la kerongsang ni...


luqman: ape ni??

aku: ni gesang (haha.. paham ka ko??.. blajaq bahasa kedah skit noh..)

luqman: ni sape??

aku:?? (apa nak jawab ni?? aku bukan pandai sgt nak layan budak2...)
ni la kak cik..(hantam saja..)

luqman: man nak!

aku: klu bagi kat man, mak tam nak pakai apa??

luqman: man nak!!

aku: tak leh ni pompuan punya..

then luqman trus diam dgn muka kekeliruan..

scene 2

dalam kereta menuju ke pudu.. luqman tgh main dgn bekas yang simpan syiling... aku pun layan dia main.. susun syiling.. then aku nak ambil bekas tu.. tapi dia tak bagi.. aku nak ambil lagi.. dia tak bagi jgk.. then dia cakap..." tak leh, ni laki punyerrrr.."

????

pandai noh nak kenakan mak tam balik!!!

p/s semalam blok f asma' bergegar sebab budak2 ni menjeri-jerit dan berlari-lari dari beruk yang dok lepak kat ampaian level 3... sebelum tu aku sendiri nampak beruk tu.. time tu nak p toilet.. tengah sedap2 jalan tiba2 nampak satu benda atas pintu.. ingatkn kucing.. tengok balik rupanya beruk.. dia tengah merenung tajam kt aku... ingatkan nak lari.. tapi dengan cuak aku pusing n berjalan perlahan-lahan masuk bilik.. kalu lari kang dia ligat pulak.. teringat pulak satu scene... time tu kat rumah... aku bagitaw mak yang result tak elok.. boleh tak kak n adik aku cakap.. " dia dok sibuk ngan beruk sj tu jadi macam tu..hikhikhik.."... aku pun tengok diorang dgn pelik... " hampa ni awat??? nak cari gadoh!!!"... hehe.. aku tak cakap macam tu pun... tapi dalam hati nak ja cakap macam tu... orang tengah sedih diorang dok buat lawak pulak!!

Thursday, February 25, 2010

cinta kepada Rasulullah saw???

Rasulullah saw telah didatangi seseorang. orang itu berkata " Ya Rasulullah saw! aku sangat cintakan tuan."

Rasulullah saw bersabda " fikirlah baik-baik sebelum berkata demikian."

orang itu menjawab " telah kufikirkan. aku tersangat cinta padamu, wahai Rasulullah saw"

Rasulullah saw mengulangi lagi " fikirlah sekali lagi sebelum kamu mengumumkan perkara ini"

"aku masih cintakanmu ya Rasulullah"

Rasulullah saw pun bersabda
" baiklah, jikalau kamu iikhlas dengan kata-katamu, maka bersedialah menghadapi kemiskinan dan kesukaran yang akan menerpa daripada segala arah kerana ia akan mengejar mereka yang cintakan aku sepantas air yang menuruni sungai"


aku mengaku cintakan Rasulullah saw tapi bila dapat sedikit kesusahan aku dah mengeluh.. aku mengaku cintakan Rasulullah saw tapi aku takut manghadapi kesusahan dan kemiskinan...aku takut untuk meninggalkan sesuatu yang aku sayangi... aku mengaku cintakan Rasulullah saw tapi ajarannya tak aku ikuti.. sikapnya tak aku contohi... peribadinya tak aku turuti

Monday, February 22, 2010

kezuhudan Rasulullah saw

sabda Rasulullah saw
" aku telah ditawarkan oleh Allah untuk menukarkan bukit bukau Mekah kepada emas untukku. tetapi aku telah berdoa keoadaNya ' ya Allah aku sangat senang untuk makan pada satu hari dan merasai lapar keesokan harinya. dengan ini aku dapat merayu dan mengingatiMu apabila lapar dan dapat pula bersyukur dan memujiMu tatkala kenyang'

ketika Rasullulah menjauhi dirinya daripada isteri-isterinya, baginda tinggal di sebuah bilik di dalam masjid dan satu ketika Umar pergi menemui baginda di bilik itu dan dilihatnya sekeliling bilik itu, terdapat dalam biliknya hanyalah terdiri daripada tiga keping kulit yang telah disamak dan segenggam barli terletak di satu sudut. lantas Umar pun menangis. Rasullulah bertanya " mengapa kamu menangis?".. Umar menjawab, " wahai Rasulullah saw, mengapakah daku tidak menangis? daku nampak bekas-bekas tikar jelas di badanmu dan daku telah lihat sekadar ini sahaja yang ada dibilikmu. ya Rasullulah saw! berdoalah kepada Allah agar Dia mengurniakan kita rezeki yang mencukupi untuk kita. orang-orang Parsi dan Rome yang tidak beriman kepada Allah dan tidak menyembah Allah tetapi menyembah maharaja mereka pada ketika ini hidup di dalam taman-taman yang mengalir air di tengah-tengahnya. tetapi lihatlah seorang Nabi Allah yang terpilih dan hambaNya yang mulia hidup di dalam kancah kemikinan"

Rasulullah lantas bersabda, " wahai Umar! masihkah kamu di dalam keraguan mengenai perkara ini? keselesaan dan kesenangan di akhirat adalah terlebih baik daripada apa yang ada di dunia ini. orang-orang yang tidak beriman ini sedang mengecapi bahagian mereka yang baik didunia ini sedangkan bagi kita perkara-perkara ini segala-galanya di simpan di akhirat".. Umar tersedar dan menyesal lalu merayu baginda " ya Rasulullah! mintalah ampun untukku. sebenarnya daku bersalah".

seorang telah bertanya 'Aisyah r. anha mengenai tempat tidur Rasulullah saw di dalam rumahnya. beliau memberitahu, " tempat tidur itu terdiri daripada bantal kulit yang disumbat dengan kulit pokok tamar."

soalan yang sama diajukan kepada Hafsah r.anha. beliau mamberitahu
" ia terdiri daripada kain kasar dihamparkan untuknya setelah dilipat dua. suatu hari daku telah melipat sabanyak empat lipatan agar baginda selesa. pada waktu subuh Baginda bertanya " hamparan apa yang kamu bentangkan untukku semalam?" jawabku, " kain yang sama tetapi daku lipat empat, tidak seperti biasa." Baginda menjawab " lipatlah seperti biasa. kelembutan yang bertambah itu menghalangiku untuk bangun Tahajjud".

suatu hari Umar bertanya kepada Hafsah:
" ceritakan kepadaku pakaian Rasulullah saw yang terbaik yang ada dirumahmu?"
hafsah menjawab"
"sepasang pakaian kemerah-merahan yang dipakai oleh Rasulullah saw pada hari jumaat atau tatkala menerima perutusan"
Umar:
" apakah jenis makanan yang terbaik yang pernah dimakan oleh rasulullah saw di rumahmu?"
hafsah:
'kami makan roti barli biasa. pada suatu hari daku telah menyapu sekeping roti daripada bekas minyak sapi dan baginda makan penuh selera dan menyuguhkannya kepda orang lain"

Bilal menceritakan:
" Baginda tidak pernah menyimpan sesuatu untuk kegunaan masa hadapan. sesiapa sahaja orang-orang miskin yang datng sama ada lapar atau tidak mempunyai pakaian, baginda akan menyerahkan kepadaku untuk diuruskan."

Rasulullah memandang berat kepada orang yang menghabiskan wang mereka ke atas bangunan. rumahnya sendiri terdiri daripada rangka pohon kurma dimana tikar menjadi fungsi dinding untuk memperoleh sedikit keselesaan daripada gangguan.

Rasulullah saw memberitahu:
" penggunaan wang yang terburuk ialah dengan membina bangunan-bangunan."

sememangnya sukar untuk kita mengamalkan sedemikian rupa tetapi sentiasalah beringat dan berpada-pada dalam kehidupan

Saturday, February 20, 2010

filem melayu vs filem barat

(betulkan aku jika aku tersilap)

semalam aku tengok satu movie.. movie ni maybe dah lama ditayangkan aku pun tak tau.. movie ni berkisar pasal sekolah gereja(aku tak taw nak bagi nama).. budak2 kt situ diajar dan dididik berlandaskan ajaran kristian.. then aku terfikir... mana ada filem melayu yng nak ketengahkan hal2 yang macam ni... diorang lebih pentingkan market..nak dapat untung.. diorang tak nampak peranan diorang untuk menyebarkan ajaran islam.. tapi xhairan la kan sebab diorang pun tak mengamalkan islam kot..

maybe kita tak perasan dalam filem barat diorang ada usaha nak menyelitkan ajaran diorang.. maybe tak banyak tapi ada... tolong bagi kat aku filem melayu yang menyelitkan unsur2 islam.. ajaran islam yang sebenar.. setakat syurga cinta.. boleh kah diterima... cinta2 tak habeh2.. pastu hantu,rempit, bohsia.. konon2 nak tunjuk kt parents macam mana aktivity anak2 muda sekarang.. tapi logiknya ada ka perents yang nak tengok cerita2 macam tu... tindakan diorang just bagi keinginan kepada ank2 muda tuk buat benda2 tu...

aku tetiba jadi emosional... maybe topik ni dah lama diperkatakan.. tapi lepas tengok movie semalam aku teringat balik...

p/s apa kita kita buat movie berkisar pasal kehidupan di sekolah pondok..

p/s apa cerita pasal sekolah pondok kt kelantan yang terbakar tiga jumaat berturut2.. apa cerita pasal skolah pondok tanjung kapur kt kedah yang juga terbakar dua kali jumaat waktu yang sama ...ya orang cakap xdak unsur kianat tapi it seem musykil sedikit.. honestly aku tak taw sgt pasal cerita ni... maybe tak ada pendedahan pasal benda ni o maybe aku yang tak ambil tahu( aku pun bukan rajin sgt nak baca berita) ... aku tahu pun bila kak aku cerita cuti mid sem lepas, bila orang heboh pasal gereja terbakar n orang yang bertanggungjawab pun dah ditangkap...

p/s tempat tinggal aku sekarang pun suatu masa dulu adalah pondok taw.. hehe.. bangga skit(bukan riak i hope)... my stepfather build it.. but now he passed away .. my brother take in charge now.. but it is not pondok anymore.. too bad.. otherwise maybe i'm not what i'm right now

menjaga pandangan



" pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis"
(sabda Rasulullah saw)



setiap kali kita terlihat sesuatu yang xpatut kita lihat, alihkan pandangan ke tempat lain.. semakin kerap kita melihat semakin berbekas ia dihati kita..

p/s semalam ada orang tegur aku jeling kt dia.. beberapa hari sebelum tu pun ada orang cakap aku menjeling... masa aku sekolah menengah pun beberapa orang cakap aku suka menjeling.. ampun2.. aku tak berniat nak menjeling kt sesiapa pun.. tujuan aku adalah untuk mengalihkn pandangan.. tapi seolah-olah aku jeling.. aku tak berniat langsung nak jeling2

ucapkanlah ALHAMDULILLAH...

bila kau kau kna bangun awal pada hari sabtu ini sebab ada extra klas dari pukul 10pagi sampai 5ptg..
ucapkanlah ALHAMDULILLAH..
sekurang-kurangnya klas tu tak berlanjutan sampai ke malam

bila kau hilang kasut pallas berharga rm25 yang kau beli sblm masuk university dan sangat2 kau sayang...
ucapkanlah ALHAMDULILLAH..
sekurang-kurangnya stokin, baju n tudung kau tak hilang sekali...

bila kau hilang lecture notes yang sangat bersungguh-sungguh kau salin dari awal sem..
ucapkanlah ALHAMDULILLAH..
sekurang-kurangnya buku teks kau tak hilang sekali n kau still bleh rujuk buku..

bila pagi semalam kau kena marah dgn _ _ _ sebab tak paham2 apa dia ajar..
ucapkanlah ALHAMDULILLAH..
sekurang-kurangnya dia tak hempuk-hempuk kepala kau yang b****p sangat, buat xikut arahan..

bila kau patah kaki masa berumur 6tahun dan kau kena beraya dgn kaki yang patah tu..
ucapkanlah ALHAMDULILLAH..
sekurang-kurangnya sebelah sj kaki yang patah.. kalu dua2.. memang habis la kau..

bila kau tengok result, ada 3subject kau kna repeat sedangkan kau rasa kau dah berusaha yang terbaik..
ucapkanlah ALHAMDULILLAH..
sekurang-kurangnya 3subject bukan 4 bukan 5..

bila kau tak dapat jaga abah kau masa dia sakit.. n kau rasa meyesal sgt sebab masa dia sihat pun kau tak pernah nak buat baik dgn dia..
ucapkanlah ALHAMDULILLAH
sekurang-kurangnya kau sempat cium dahi dia sebelum dia dimasukkan ke liang lahat...

p/s ramai yang ucapkan ALHAMDULILLAH bila dia dapat kebaikan tapi sedikit orang yang ucapkan ALHAMDULILLAH bila dia ditimpa kecelakaan... aku termasuk dalam golongan orang yang terlupa

p/s berbuat-baiklah dengan ibu-bapa slagi ada masa... or else you will regret later

p/s aku sudah lambat ke klas.. dah ar kt econs..

Sunday, February 14, 2010

tips belajar..

hehe... asyik nak menulis sj sjak akhir ni.. since leh online dari bilik..hoho

tengah stadi..


tetiba terdetik sedikit kemusykilan..(aiseh ayat...)
betoi ka apa aku buat ni???
aku rasa macam cara stadi ni xberkesan...
baca buku sambil dengar lagu + nyanyi sambil buat notes
then googles cari tips...

  • Be good to yourself.
    • Keep physically fit and rested.(ooohhh... terlebih rest kot)
  • Attitude is all-important.
    • Use positive affirmations: "I can pass internal combustion engine".(hoho... slalu cakap " budak yang pandai tu pun xdapat 'A' ni kan pulak aku..")
  • Be a chronic enthusiast!
  • Used textbooks may provide insights on a course.
  • Sit in the front row;
    • if you must sit toward the back of the room, lean forward.
    • Attentiveness and concentration increase markedly. ("budak cool mana leh dok depan...")
  • Don't miss the first and last minutes of class.
    • They are crucial — important announcements, questions on test, etc. ("masuk klas lambat skit xpa, lec xmarah..exp tok moh".." ok klas dah habeh, cpat2 kemas")
  • Use a variety of study techniques.
    • a. Tape chapters (find out if your textbook has companion pod cast chapters). Listen on way to school, work. ( "oh... should i??")
    • b. Use index cards for quick review.("what is the index card???")
    • Keep them simple. Throw your highlighter away!(" hoho...never have it!!...score 1)
    • Remember: frequent review takes facts from short-term memory to long-term memory — learning as opposed to cramming.
  • Study in short bursts.
    • (First and last facts are remembered best; therefore, it will accelerate learning.)
  • Review notes immediately after class.
    • Even for five minutes.
    • Something magical happens!. (" lepas klas balik rehat ar..xkan study lagi kot???...magical???")
  • Review your notes out loud.
    • Read your chapters out loud.(" habeh tu, xleh nyanyi la...")
  • Appearance raises grades.
    • Neatness counts.
    • Word processors are a plus.
    • If a handwritte assignment is acceptable, use erasable pen. (" not acctually suits my course i think")
  • Don't waste time rereading.
    • Rely on "pen in hand" and SQ3R. (" SQ3R????")
  • Test professors before they test you.
    • Ask questions about what kind of test to expect,
    • what material will be covered.(" no idea")
  • Become an expert test taker.
  • Go with initial hunches. (oh..need to pulas my otak then")
  • Stay with initial hunches. ("stay???... i don't finish pulas my otak yet")
  • Study according to your biological clock.
    • Are you "normal," a night owl, or an early bird? (" i'm a night owl... but not for study kot")
  • Eliminate stress in your life. (" what stresss???... i'm happy all the time.. pretending")
  • EXERCISE is the best antidote..(" i always do the exercise halfway... stuck..don't know how to solve")
  • Make extra credit mandatory.(" ala... ciput ja percentage..")
  • Never miss a class.
    • This is considered mandatory by "A" students. ("i'm already talk about this in my previous post...right???")
  • Be prepared to bail out.
    • Don't be afraid to drop a course that is not working for you., (" pointer or money + more time extend")
  • Volunteer to edit a friend's paper.(" ketas sendirik pun xcheck")
  • Study smart—not hard!
  • Time management skills and discipline pay off.
  • Stay mentally, physically and spiritually fit.
p/s it is very hard to change our habit... need time + high effort + high determination + courage

p/s there are a lot other tips... more important is we know what are we doing and believe in what we are doing

p/s ptg td jalan2 kt putrajaya.. kul 11.30 td baru sampy uia... just want to spend time with my friends... sgt jeles tengok pak cik n dia punya kamera SLR... rm2400... one day...(ala2 adegan dlm prison break..hehe)

p/s one more mid term... wed... no break for this CNY... but as a student we have to study... slagi xtutup mata... study..study..study)

Thursday, February 11, 2010

lecturer merajuk..

kebelakangan ni memang banyak dengar pasal lecturer merajuk sebab xramai student yang pergi kelas.. tadi pun baru berlaku dlam klas McD(machine design) sebab just 5 orang yang pergi klas.. case ni memang slalu jadi time2 midterm macam skrg ni..

sebagai student cuba lah elakkan dari ponteng klas sbb nak study.. klu kita ponteng klas sebab nak study tuk exam, ini menunjukkan kita xplan jadual dgn baik.. fail to plan is plan to fail... tapi aku mengaku memang susah sebab masa yang suntuk n masing2 ada bayak kerja lain n exam plak dekat2.. aku sendiri pun ponteng gak 2 klas sbb nak study... tapi bersama-sama lah kita berusaha untuk tidak ponteng klas.. sbb klu dah lecturer merajuk takut nanti dia xredho plak dgn kita..susah tuu..

Rasulullah s.a.w bersabda:
" bertawaduklah dengan orang yang mana kamu memperoleh ilmu daripadanya"

Mujahid r. alaihi berkata:
" seorang pelajar yang takbur dan malu tidak akan memperolehi banyak hasilnya"

dari Ali r.a:
" daku menjadi hamba kepada seorang yang mengajar walaupun satu perkataan kepadaku. dia boleh jual atau bebaskan daku"

dari Yahya bin Kathir r. alaihi:
"ilmu dan hidup selesa tidak dapat berganding sama"

Imam Syafie rahmatullah alaihi berkata:
" seorang pelajar yang belajar separuh hati dan bersikap berpuas hati dan sambil lewa(istighna) tidak akan berjaya. seorang pelajar yang tawaduk dan hidup sukar kerap mencapai matlamat."

Mughirah R. alaihi berkata:
" kami takut kepada guru kamu Ibrahim R. alaihi lebih daripada raja-raja yang ada pada masa kami"

Imam Abu Yusuf r. alaihi berkata:
" daku telah mendengar daripada orang-orang terkemuka bahawa seorang pelajar yang tidak menghormati gurunya tidak akan berjaya"

(sumber dari buku kisah kehidupan dan perjuangan para sahabat... sheikh muhammad zakaria)

Wednesday, February 10, 2010

jahatkah aku???

( curi masa sat.. malam ni ada exam McD.. kna study cpat!!)

jahatkah aku??
aku klu dah xpuas hati dgn sesorang nak tengok muka pun aku tak boleh ni kan plak nak bercakap..
tapi selalu sj aku terserempak gn sorg ni n aku sgat la xbleh nak bercakap dgn dia..klu ckap pun musti dgn nada yang marah..
jahatkah aku??
mcm mana nak menghilangkan rasa xpuas hati ni??
tapi aku try gak ar nak berbaik2.. aku rasa bukan salah dia sgt pun..aku sj yang terasa sgt..
jahatkah aku??

p/s dah bleh surf tnet dari bilik... huahuahua

Friday, February 5, 2010

nikah

"nikah itu ibadah, bukan untuk menyakitkan orang lain"
(petikan dari cerita ketika cinta bertasbih 2)

relatekn dgn kejadian yg sedang berlaku..
sebagai peringatan..
jangan sampai pisang berbuah dua kali..

p/s semalam tidor kul 3.30 semata-mata tengok ketika cinta bertasbih 2.. project ds pun xbuat..sekarang baru kelam-kabut..apa nak jadi ni!!

p/s apsal la plak nak tulis psl nikah ni??.. sudah2..full stop.

Thursday, February 4, 2010

alasan!!

adakah aku seorang yang suka bagi alasan??
kadang2 kita tak sedar yang kita bagi alasan..
kadang2 jugak kita memang sedar kita bagi alasan tapi kita still teruskan jugak..

sedarlah.. org tak suka nak dengar alasan2 ni...cakap terus terang senang..
ni tak.. suruh buat tu.. macam2 plak la yang timbul.. (aku ada quiz tuto..ttbe kena pangil!!..)
aku pun tak taw la ni memang betul2 kejadian o memang tu alasan dia.. dah la lambat bls msg jd aku pk msti dia tengh nak create story then bila dapt kerja dia tu, xseberapa pun.. tapi xtaw la kn.. kena berbaik sangka la...ampun2

aku pk bnyk kali gk nak post benda ni takot2 dia ada bc blog aku ni..tapi xmungkin la kot.. niat aku bukan nak buruk2kn dia tapi just nak cakap yang aku dah tak mo dgr alasan2 ni.. klu pun itu bukan alasan, sekurang2nya tunjuk la skit yang dia pun ada usaha buat apa yang aku mintak dia buat.. bukan aku paksa pun..klu xmo buat cakap, aku sendiri bleh buat.. tapi disebabkan itu pun kerja dia jgk kena la menyumbang jgk kn...

xmo cerita banyak2... just nak cakap sebelum kita nak bagi alasan.. pastikan yang kita memang dah berusaha sungguh2

p/s1: kpd sesiapa yg rasa2 knl org tu..diam ja la ek