Pages

Sunday, August 23, 2009

harapkan pagar...

harapkan pagar, pagar makan padi..
itu la yang berlaku di pesekitaran aku skrag.. igatkan 'benda' ni dah setel dh tapi semalam seorang sahabat cerita ada lagi 'benda' ni..macam mana ni?? kita dah bagi amanah kat seseorang tu..kita percaya dkat dia, tapi dia pulak yang buat segala kejahatan tu!! nasihat aku kepada kwn2ku.. jaga diri leklok.. nak tidoq tutup tingkap leklok n kunci pintu!!

alamak!

malam 1st ramadhan hari tu.. lepas solat tarawih.. dapat msg dari diah.." mak cakap slamat hari jadi.." hatiku bekata-kata.." hari jadi aku ka hari ni?? hari jadi aku bulan satu.. klu thun islam xsilap aku jamadilakhir.."..beberapa minit kemudian diah call.." weh! ingat x harini hari apa??".. aku jawab"awat dgan hari..?" diah tanya balik.." ingat x harini hari jadi sapa??..aku pun berhempas-pulas memikirkan harini hari jadi sapa..ohhh baru ingat..sori mak.. sebelum ni igat dah tapi sampai hari tu terlupa pulak.. 21/08 bufday mak aku.. aku tak ingat sangat2..pastu kena perli la plak!!! adoi!!apa2pun aku dah janji nak beli hadiah.. so kena tunaikan lah.. hemmm nak beli ap ek???

p/s pagi tadi pi ujian komputer tuk amik lesen..LULUS! tapi xdapt pecah record adik gn kak aku la.. dapt 47/50 ja.. jawab dlam masa 16min29sec..huahuahua!

Thursday, August 20, 2009

kisah sedih

Umar al-Khattab dan Abu Bakar as-Siddiq yang menyarankan kepada Ali agar meminang Fatimah. Pada waktu tu Ali berumur 24 tahun manakala F atimah berumur 18 tahun. Ramai lelaki yang berlumba-lumba mahu meminang Fatimah memandangkan Rasullullah pernah menyatakan bahawa “dikalangan penghuni syurga terdapat empat wanita iaitu Khadijah, Fatimah, Asiah dan Mryam.” Dan “ Fatimah adalah pemimpin kaum wanita ahli syurga kecuali terhadap Mariam”. Ini menunjukkan bahawa Mariam dan Fatimah adalah paling utama antara empat wanita tersebut.

Atas sebab itu, Ali berasa rendah diri memandangkan beliau miskin. Ali takut lamarannya akan ditolak. Apabila Abu Bakar as-Siddiq bertanya” wahai Ali, kamu adalah lelaki yang pertama memeluk Islam. Kamu juga adalah kesayangan Rsullullah. Saya mencadangkan supaya kamu melamar Siti Fatimah. Apakah tidak ada keinginnanmu hendak menjadikan puteri Rasullullah itu isterumu?”

Ali menjawab “ wahai Abu Bakar, saya mengenali Siti Fatimah semenjak dia kecil. Kami sama-sama mendapat didikan langsung daripada Rasullullah. Bohong sekiranya saya katakana tidak tertarik kepada Fatimah. Saya sudah buang keinginan itu. Tetapi kamu mengembalikan semula keinginan yang lama terpendam.”

Setelah dipujuk oleh Abu Bakar as-Siddiq, Ali memberanikan diri meminang Fatimah. Setelah menyampaikan hajatnya kepada Rasullullah, Rasullullah dengan senang hati bertanya” wahai Ali, adakah kamu mempunyai sesuatu bagi dijadikan mas kahwin?”

Ali menjawab “ wahai Rasullullah, tuan tentu lebih tahu keadaan saya yang tidak mempunyai apa-apa kecuali satu baju besi, sebilah pedang dan seekor unta”

“ itu pun sudah mencukupi” jawab Nabi.

Rasullulah hanya meminta baju besi sebagai mas kahwin memandangkan pedang dan unta berguna kepada Ali.

Apabila Fatimah mendapat tahu dirinya akan dikahwinkan dengan Ali maka dia pun menangis.

“kenapa kamu menangis wahai Fatimah?” Tanya Rasullullah.

“saya tidak mahu berpisah dengan ayah” jawab Fatimah.

Fatimah sedih kerana kerap kali kehilangan orang yang tersayang bermula debgab ibunya Khadijah. Kemudian kakaknya Zainab apabila dia berkahwin. Kini dia berjauhan degan ayahnya.

“wahai Fatimah, demi Allah, ayah menikahka kamu dengan lelaki yang paling banyak ilmunya, paling baik budi pekertinya dan paling dahulu memeluk Islam”

Barulah terhibur hati Fatimah dan dia tidak lagi menangis. Kemudian Rasullullah pergi ke dapur melihat kaum wanita yang sedang menyediakan jamuan. Rasullullah kelihatan sedih kerana akan berpisah dengan anak kesayangannya, Fatimah.

(dicedok skit dari novel sejarah islam: Ali bin Abi Talib.. tulisan Abdul Latip Talib)

p/s: sedih…Ishk3…=(

ujian

ALLAH membentangkan ujian buat kita dan menawarkan syurga kepada kesabaran kita
(laksamana sunan: Ramlee Awang Murshid)

Aku sedih..sedih sangat-sangat.. apa nak jadi ni.. kesian mak.. tak tau nak tulis apa tapi yang pasti aku sangat-sangat sedih..ishk3
Macam –macam jadi.. aku nak tulis pun tak mampu..nak cerita pun tak mampu..

Ya ALLAH pemudahkan urusan kami..berikan perlindungan kepada kami dari musuh-musuhMu..berikan ketenangan dalam hidup kami walau apa jua ujian menimpa..amin.

Semua ni sebab jantan keparat tu!! Kurang ajar!! Gila!! P la kau jauh2 dari hidup kitorg!!

p/s: maaf atas ayat yang agak kasar..just ignore this.. This is about my life and you all should not involve in this!

Prison diary volume iii: heaven

Aku baru habis baca buku ni. Sama case dengan tombiruo.. aku trus jump ke volume iii. Yang i gn ii xbaca lagi. Buku ni berkisar tentang pengalaman penulis iaitu Jeffery Archer time dia kna penjara. Sebab n tempoh dia kna penjara ku xberapa pasti since volume i n ii xbaca pun. Klu nak diikutkn aku xda la minat Jeffery Archer ni sbb buku tulisan dia berkisar tentang hal2 politik tapi just try baca satu buku ni.
Buku ni bleh tahan la.. tapi bagi aku xbest sgat la sbb xda la triller sgt. Igtkn klu buku crita pasal dalam penjara ni best jgk.tapi aku agak kagum la dgn system penjara diorg. Diorg ada bahagi jenis2 penjara kpd 4. A-cat, B-cat, C-cat and D-cat. Yang buku yang aku baca ni, penulis dak masuk ke D-cat which is an open prison. Kt situ diorg xda peraturan yang ketat sgt. Banduan pun bleh pengang kunci cell diorg sendiri. Antara perkara2 yang aku kagum pasal system open prison ni antaranya:

1) Since org2 yang kna tahan kt penjara ni pelbagai bangsa n agama diorg statekn kt menu harian makanan tuk muslim. Means that diorg amik berat jgk pasal makanan tuk org muslim ni.

2) Diorg ada buat program untuk banduan yang mengalami fobia tuk menjalani hidup diluar bila diorg kluar nanti. Contohnya.. ada sesetengah banduan yang kna penjara 10 tahun keatas, diorg susah nak adapt balik kehidupan diorg bila diorg kluar sbb ada kes dimana banduan yang kluar penjara tapi mengalami semacam kejutan banduan tu akhirnya bunuh diri. Ada jgk case dimana banduan tu telah menunjukkan sifat2 positive dlam penjara tapi bila dia kluar. Dia jgk mengalami kejutan dan dia xdapt kawal diri sendiri then akhirnya dia jadi gila o buat balik jenayah yang dlu. Jadi pihak penjara buat program untuk org2 yang mcm ni supaya diorg boleh terima persekitaran yang baru bila diorg kluar. Pihak penjara jgk akan pastikan dlu yang seseorg tu layak untuk kluar atau tak.

3) Yang best jgk pasal open prison ni, klu banduan tu pandaim dia dengan senangnya boleh lari kluar dr situ. Tapi polis-polis situ kira hebat jgk la sbb selalunya diorg dapat kesan banduan yang kari tu dengan cepat n tangkap dia balik. Sebab tu banduan situ jarang yang nak lari. Kalau diorang betol2 nak jugak lari, diorg kna pandai la merancang. Nak kluar dari pagar tu senang tapi bila dah kat luar diorg kena pandai cari tempat sembunyi.

4) Mcm yang diatas banduan senang kluar dari pagar.. jadi diorg bleh la kluar sesuka hati tanpa polis sedar. Tapi pastikan diorg balik sebelum rocall. Sbb klu polis perasan yang diorg xda time rocall diorg akan dicari sekitar Bandar. Klu polis dapat tangkap diorg balik, diorag akn dihantar balik ke penjara asal which is not an open prison. Tu la disadvantagenya.
Banyak la crita2 menarik.. crita pasal penagih, pembunuh, crita2 lucu pun ada.. xtahn satu crita ni pasal sorg banduan yang pernah buat salah kt seorg ni. Senang aku bagi watak A n B. A buat salah kt B tapi A ni dok kt open prison yang B kat penjara laen. Nak dijadikan crita.. yang B ni dapt masuk open prison. Si A ni prasan benda ni jadi dia buat kesalahan so that dia akan dihantar blk ke penjara yang lama. Tapi last2 si B ni ada masalah xdapt dihantar ke open prison so dia stay kat penjara lama tu. So hajat si A nak lari dari si B xkesampaian jgk la..lucu sbb si A besungguh-sungguh n terketar-ketar nak lari dari si B last2 kuang3…klu nak taw lebih lanjut baca la sendiri…=)

p/s: aku banyangkan klu la micheal scofield yang kna tahan musti dgn senangny dia dpt lari..huahuahua

Friday, August 7, 2009

marah

wahai jiwa yg kerdil, terimalah hakikat kerana membentak-bentak itu merupakan hasutan musuh ALLAH
(laksamana sunan: Ramlee Awang Murshid)

aku perasan sejak akhir2 ni aku asyik marah-marah. apsal jadi camni aku pun tak taw. klu nak diikutkan aku ni bkn la jenis yang pemarah sgt. pernah dlu time kak pah form 1, dia ad kna buat karangan pasal family. dlm karangan tu dia tulis aku ni seorang yang pemarah bukan peramah. haha! dlu aku memang keras kepala skit.(skrang pun kot..). tapi aku bukan pemarah aku cuma keras kepala. klu ada apa2 yang aku rasa xsuka o xpuas hati aku akan cuba protest(dgn cara xlayan org yang aku marahkan tu..haha!) tapi xlah sampai marah-marah. lagi satu aku cakap memang kasar skit tapi aku xberniat pun nk marah.sori la kpd sesapa yang trasa hati bila aku ckp kasar skit.

angin

Angin… juga dikenali dengan panggilan bayu atau udara. Secara sains udara terdiri daripada oxygen n carbon dioxide dimana oxygen digunakan oleh manusia untuk bernafas, manakala carbon dioxide digunakan oleh tumbuhan juga untuk pernafasan. ( betol ka apa aku tulis ni??dah lama tinggal sains ni..)
Well.. udah2 pasal sains ni.. seperti yang kita sendiri tahu, ada angin yang lembut ada juga angin yang kencang(kencang???). kalau angin yang lembut kita akan rasa damai n tenang. Angin ini juga boleh membantu mengeringkan peluh disaat-saat selepas berjalan laju sebab sudah lambat utk ke kelas.(mcm kes aku isnin lepas..time tu nak p klas heat transfer dimana aku kna berjalan laju sampai kaki macam dah nak tertanggal, klu lambat alamatnya xleh masuk klas laa.. tq sir akm mohiudin). angin yang kencang pulak.. sat, aku rasa tak kena la kencang tu. Kita pakai kuat bleh??. Ok. Angin yang kuat pulak bleh menerbang baju yang kita sidai n kadang-kadang tuan baju tu sendiri pun bleh terbang.(banyak kali dah baju aku diterbangkan angin.. itulah akibat klu malas sangat nk kepit baju tu.last2 kna basuh lagi skali. Padan muka! Tapi aku sendiri xpernah lagi la diterbangkan angin..aku mempunyai berat yang terlebih ideal untuk mengelak diterbangkan angin..haha!)
Ada juga angin yang terdapat dalam badan kita. Angin dalam badan ni bleh diketegorikan kepada dua bahagian. Pertama, angin yang menyebabkan kita sakit n memerlukan seseorang untuk mengurut n mengeluarkan angin tu.( aku tak pernah xperient lagi. Tapi kak aku slalu kena n aku tengok keadaan dia agak menyiksakan jugak laa..). mak aku pun slalu ada angin dalam badan tapi tak teruk mcm kak aku. Bercakap pasal bab ni teringat aku time dlu2 dimana abah ada lagi. Oleh sebab abah mengamalkan poligami, jadi dia blk rumah pun selang dua hari. Abg lim pernah tegur mak, dia cakp, tiap kali abah blk mesti mak mengadu ada angin dlm badan. Time abah xblk xpulak mak aku nak mengadu. Haha! Aku pun ada perasan jugak..hheee. xpa la, nak tarik perhatian skit kot alang2 abah dah blk.haha!! (apa punya ank menghebohkan kisah ibu-bapa.. sori mak=)
Berbalik kpada kisah angin.. kita bleh kesan angin dalam badan kita keluar dgn bunyi sendawa.angin dlm badan ini mungkin terjadi disebabkan tak makan atau mungkin jugak sebab orang tu makan angin sj..(aku pun xsure la..)
Ketegori kedua angin dalam badan pulak adalah angin yang menyebabkan orang2 yang disekeliling atau yang berhampiran dgn orang yang ada angin dalam badan ni yang menjadi mangsa. Keadaan ini terjadi disebabkan orang yang mengalami angin dalam badan ketegori kedua ni selalu marah2 bila ada apa2 yang tak kena atau ada apa2 yang tak sesuai dgn pemikiran dia.boleh dikatakan orang yang seperti ini juga dikenali sebagai peregus. Well… aku ada kenal dgn orang yang macm ni .tapi xmo crita psal tu la. Walaupun kadang2 ada terasa hati dgan dia..hemmm. biarlah dia..memang sikap dia mcm tu. Aku sendiri pun pernah mengalami angin dalam badan ketegori kedua ni. Rasany semua orang pun pernah jugak kot. Tapi yang bezany Cuma banyak dgn skit sj. Ada org yang skit sj angin dlm badan ketegori kedua ni n ada jgk yang banyak..klu skit tu kira slamat jgk la orang kt sekeliling tu tapi klu banyak, aku cadangkan baek kita lari sj dari dia..haha!
Kesimpulannya… Alhamdulillah sbb kita dikurniakan angin yang sangat berguna ni. Jadi gunakanlah angin utk tujuan kebaikan.

tolong.....

Aku try nak tidoq tp aku tak habeh-habeh menyumpah psl program yg satu ni. Tension memikirkn program ni. Apsal la aku leh terlibat dgn program ni hah??
Arghhhhh!! Rasa nk menjerit sj, tp skrg dh tengah mlm n suma org dh tidoq.. wuaaaaaaa!!
Hempeh punya ini program. Walaupun bukan program aku tp still aku telibat jgk skit n effect jgk life aku ni.
ARGHHHHHH!!!
Nak marah tp nak marah sapa???
Adoiii…
Nak tidoq pun xsenang..
Wuawuawuawuaaaaaaaaaa…
Nak nagis tapi xmo kluar la pulak air mata aku ni..
Mcm2 aku rasa skrg..
Marah..
Sedih..
Serabut..
Tension..
Bengang..
Sampai tulis pun merapu-rapu dah.

Ditambah pulak dgn bunyi brothers tengah wat latihan mlm2 ni kt female sport complex tu..
Bertambah lah bengang aku dgn ini program!!
Apsal lambat sgt diorg mention bout this thing??
Apsal lambat sgt diorg inform??
Apsal lambat sgt diorg buat jadual??
Apsal diorg lambat n lembab sgt!!!

Atau memang sebenarny aku yg salah.
Aku yg kurng bg commitment
Apsal org lain boleh buat aku susah sgt nak buat
Well.. aku memang xarif dalm hal ni
But I’d done everything to make it!!!
Is that all I’d done is not enough???

Wuaaaaaaa!!!
Nak nagis!!!!

Sunday, 02/08, 1.37am

p/s aku pernah ckp kt kwn aku yang sama case dgn aku yg bengang dgn progrm ni, aku cakap: xpa la diorg tu still tgh blaja nk uruskan program.. haha! bila igt2 blk aku ni memang pandai bg nasihat tapi nak apply kt dr sendiri susah benor.. adoiii

Saturday, August 1, 2009

trip to penang

semalam aku ikut trip ke penang yang dikendalikan oleh xfair. awalnya diorang rancang nak p usm n company AMD. tapi last minute diorg kna batalkn lawatan ke usm since h1n1 dah merebak ke usm. jadi akhirny ktorg just melawat company AMD. well.. trip 2 ok, best jgk tapi yang xbestnya time riadah o free activities. diorg just bawak p queensbay which is not my place. klu tempat2 membeli-belah ni bukanlah tempat aku. aku xgila shoping. lagipun klu nk diikutkn apalah bezany queensbay tu dgn midvalley. sepatutnya p la jln2 kt penang yang malambangkan penang.. tapi aku xsalahkan the commities sbb trip tu ada masalah skit. bleh plak dalm perjalanan side mirror bus rosak. mlm ktorg bertolak side mirror tu dah bergoyang-goyang, pastu time kitorg dah habis melawat AMD, side mirror tu trus tercabut, jatuh n pecah berderai. so terpaksalah kitorg di dropkn di tempat yang paling dkt sementara pakcik driver bwk bus tu p bengkel..

satu lagi crita menarik..
4.30pm ktorg bertolak balik uia.. seblum sampai singgah kt bukit merah. aku n saidah p kedai tuk makan. dlm ktorg tgh makn ada sorg pakcik berbaju melayu serba putih meletakkn duit rm10 ats meja kitorg n dia trus berlalu pergi. saidah dah cuak takut duit tu duit pukau. aku plak mengharapkan pakcik tu sebenarny tersilap letak n dia nak amik blk. tapi dia xamik balik pun. dia trus menuju ke tong sampah n membelek tong sampah tu. time tu ktorg dah suspect yg pakcik tu xbetol.lepas pakcik tu belek tong sampah, dia amik tempat abu rokok n dia letak lagi kt tempat ktorg. apalagi aku trus ajak saidah p tempat lain. dah jumpa satu tempat wahida plak join ktorg. pastu bleh plak pakcik tu dtg duduk sebelah ktorg.. argg!! kitorg beralih tempat lagi.. jalan2 cri tempat, tgk belakang pakcik tu ikut ktorg, kelilig foodcourt tu ktorg tawaf. disebabkan takut sgt ktorg join brothers. tapi pakcik tu still nak duduk dkt dgn ktorg. nasib baik ada nadri n bai nak blk ke bus, jd ktorg trus ikut diorg n jdikn diorg sebagai pelindung..haha! tapi pak cik tu still ikut jgk. ktorg trus melangkah laju naik bus. nadri n bai kna tahan dgn pakcik tu kt bawah n diorg cakap pakcik tu mintak duit dari diorg.. adoiii!! cuak n lawak jgk pengalaman ni. kesimpulanny.. pakcik tu mintak duit dari org lelaki n bagi duit tu kat org perempuan(nak ngorat kot..haha!) maybe dlu dia punya girlfriend tinggalkan dia sbb dia xda duit.. ALLAH sj tahu.

p/s sblum bertolak blk ktorg pekena laksa beras kg petani. sedap.. first time jumpa laksa letak cucur udang. lain kali p penang kna p kg petani.

sahabat

Dalam keadaan sekarang, dimana kita sedang menuntut ilmu di tempat orang dan jauh dari keluarga, sahabat adalah insan yang paling dekat dgn kita. Segala masalah kita beritahu sahabat. Apa2 pertolongan yang kita perlukan, kita akan cari sahabat. Hinggakan yang kejutkan kita bangun pagi pun kadang2 adalah sahabat. Yang akan ingatkan kita juga sahabat.
Ada sahabat yang perihatin dan ada juga yang kurang perihatin. Ada yang sekepala degan kita dan ada juga yang tak boleh masuk langsung degan kita. Tapi yang penting, kita memang perlukan sahabat. Ya! Semua orang pun tahu pasal ni. Tapi macam mana kalau berhadapan dengan sahabat yang membawa masalah kepada kita??
Hemm.. well , honestly kadang2 aku memang bengang skit dgn kawanku yang seorang ni.. bukan nak salahkan dia, maybe dia ada alasan dia sendiri untuk bersikap macam tu. Tapi macam mana ni?? Aku pun tak mau cakap bnyk2 pasal dia ni takot nanti aku bawak cerita yang bukan2 pulak. Tapi aku just nak luahkan rasa bengang aku ni. Arghhhh!! Petang tadi dia dh buat aku marah tapi aku dapat control lagi sebab dia memang slalu buat peragai tu. Tapi… apsal dia tak dapat nak uruskan hidup dia dgn betol2. Aku tak tahu la mcm mana dia uruskan hidup dia sebab aku pun bukannya rapat sgt dgn dia. Tapi.. boleh dikatakan perkara yang penting pun dia boleh lupa n dia tak boleh nak tentukan penyelesaian tuk masalah dia. Xleh jugak nak judge dia dgn benda yang baru berlaku ni.maybe dia memang sgt2 lupa n dah berusaha bersungguh-sungguh.. Arghhhh!!! Aku bengang!!
Senang cerita lupakan lah pasal ni.
30/07/09, Wednesday , 12.10am