Pages

Friday, December 25, 2009

Cinta Rabi’ah al-Adawiyah

Tengah baca buku Kisah Cinta Dalam al-Quran karya Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.. tertarik dengan kisah Rabi’ah al - Adawiyah. Sebelum ni aku pernah baca cerita dia rasanya time tu aku sekolah menengah lagi..yang pasti time tu aku aku xsuka bila baca cerita pasal Rabi’ah.. aku tak taw sapa penulis buku tu tapi buku tu buku lama.. time tu aku rasa cerita Rabi’ah tu keterlaluan.. aku tak puas hati sebab Rabi’ah tinggalkn semua perkara just nak beribadah.. macam hidup dia just diperuntukkan untuk beribadah n dia tak bergaul langsung dengan orang sekeliling.. aku tak setuju perbuatan macam tu.. aku rasa tak patut kita buat macam tu sebab ada banyak sebab kita hidup kat dunia ni..beribadah bukan semestinya kita just duduk atas sejadah…






Tapi tu pendapat aku dulu..time tu aku budak2 lagi.. bila baca balik cerita dia aku rasa lain.. maybe dulu aku salah anggap apa yang penulis tu cerita.. dan aku tak kenal betul-betul dengan Rabi’ah al-Adawiyah..


Sekarang aku sedar yang cinta Rabi’ah al-Adawiyah ni sememangnya sebuah cinta agung.. aku tertarik dengan kata-kata dia:

“Tuhanku, jika ibadatku, hanya untuk menjauhkan diriku daripada api nerakaMu, maka kelak bakarlah aku dengan api nerakaMu. Jika sembahku hanya untuk meraih syurgaMu, maka haramkan syurgaMu atas diriku. Adapun bila ibadahku hanya ingin beroleh kasih-sayangMu berilah aku kurnia agungMu. Anugerahkan kepadaku nikmat bisa melihat WajahMu, wahai yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia.”


Kisah cinta ini menyedarkan aku betapa aku tak layak langsung untuk mendapat cinta ALLAH.. apa yang dah aku buat untuk mendapat cinta ALLAH??.. aku hanya pandai cakap tapi aku sendiri tak taw apa yang aku cakap.. betapa hidup aku selama ni dikurniakan pelbagai nikmat tapi aku tak Nampak semua tu..apa yang aku buat just merungut tentang masalah kecik.. ibadah pun tak pernah sempurna.. betapa aku selalu melupakan ALLAH..


bukankah ALLAH itu adalah pemilik segala sekelian alam..dan memang sepatutnya kita menyembahNya dengan penuh keiklasan tanpa sebarang syarat..

semoga iman akan sentiasa teguh dalam hati kita semua






p/s: 9 nyawa dah khatam.. no surprise..aku dah boleh agak..sebab aku dah boleh baca cara penulisan RAM.. but still.. I LOVE IT

Wednesday, December 23, 2009

kisah aku dan RAM

Ini adalah kisah yang perlu.. wajib.. aku tulis dalam naskah aku ni…(dengan nada Sirius!!)…this is a looooong story…

Kisah ini bermula selepas habis peperiksaan SPM.. time yang membosankan… tunggu untuk berlepas ke PLKN…

Ajak kawan-kawan jalan-jalan… masuk kedai buku..(kedai yang wajib).. cari novel..(biasa la anak remaja)

Nampak satu buku.. kulit buku ni memang menarik.. lain dari yang lain.. suasana hutan..(teka buku apa!!)

Nak sebut tajuk pun kena tengok betul-betul…’TOMBIRUO TERAKHIR’.. tapi bukan aku yang beli.. kawan beli..

Beberapa hari lepas tu pinjam buku tu.. baca..baca..baca.. wah! Menarik.. lain dari yang lain.. selama ni aku asyik baca buku kak aku yang jiwang terlampau tu… sekarang aku jumpa my soul!..(cet!..)

Cari buku RAM yang lain.. jumpa ADAM dan MANDATORI.. rupa-rupa nya aku sudah lama aim ADAM ni.. aku pernah Nampak buku ni kt library tapi xsempat nak pinjam.. seperti biasa aku tertarik ngan buku ni sebab kulitnya yang sangat cantek..

Baca ADAM pulok…baca..baca..baca..baca sambil dengar radio..siap ada lirik lagu enggan(fauziah latif) kat kulit belakang… wah!! Sangat-sangat menarik.. idea yang out of the box..Fresh!..brilliant!( buku ADAM tak taw dok mana dah.. sejak kejadian banjir..huhu)

MANDATORI.. ok.. best..tapi agak ganas..(maybe sebab aku masih berfikiran remaja..aiseh!!)

Masuk matrik..

Jalan-jalan..outing.. p kedai buku( kedai yang wajib!).. jumpa TOMBIRUO, SATU JANJI dan RAHSIA PERINDU.. borong semua skali..

TOMBIRUO…dapat agak skit since dah baca TOMBIRUO TERAKHIR..

SATU JANJI…best..tapi tak trill sgt..

RAHSIA PERINDU.. sangat best..sangat complicated..kena baca dua kali..(buku ni telah di bawak lari oleh kawan adik aku… klu dia baca blog ni.. PULANGKAN!!)

Outing lagi..jalan-jalan lagi..masuk kedai wajib.. jumpa BAGAIKAN PUTERI dan HATIKU DI HARAJUKU..

BAGAIKAN PUTERI.. waaaa!!! Sangat best.. nothing imposibble..dengan kuasa ALLAH..laksamana sunan!!

HATIKU DI HARAJUKU..menarik-menarik..yakuza melayu..ahhhh

Tengah baring2 atas katil.. seorang sahabat datang bilik bersama-sama SEMANGAT HUTAN dan TOMBIRUO TERAKHIR.. pinjam! pinjam!... baca trilogy TOMBIRUO ikut turutan… fuh! Sangat berpuas hati.. ejim n siti nurhaliz..aku suka!!

Masuk uia Gombak..

Masuk library.. jumpa PEIPAN dan RANGAU..

Puas hati dapat baca…seperti biasa… best!.. thumbs up!

Tunggu CINTA SANG RATU.. tunggu dan terus menunggu… akhirnya!!.. best sangat!! Watak ratu yang sangat best..

UNGU KARMILA.. saintifik story huh!!.. awal2 cerita agak menyeramkan..macam baca novel hantu.. nice story..=).. beli dari ALAF21.. dapat autograph!!

HIJAB SANG PENCINTA.. aku jatuh cinta.. how come he can built that the most perfect character.. laksamana sunan..kalau la benar2 wujud..hemmm

MIKHAIL.. semua novel dia pun best.. nak kata apa lagi.. idea yang sangat brilliant!!

9 NYAWA.. huhu.. tak baca lagi.. tapi jangan risau.. musti baca.. hujung minggu ni musti beli!!

Coming up next.. CINTA SUFI.. I am waiting… macam ada bayang2 laksamana sunan saja..hemmm (angkat kening sebelah)

....

tiada kata yang mampu mengambarkan...

tengok la...hoho



huahuahua....

ramlee datang uia..

lepas klas trus p library..dalam kelas punya mengantuk tapi bila dah habis punya semangat!!

dengan harapan nak beli 9nyawa kt situ tapi dah habeh..

tapi xpa..dapat amik gambar ngan ramlee..hikhik

aku tunggu sampai suma orang balik semata-mata nak bercakap ngan dia

bila dah xda org sangt aku pun memulakan langkah..malu gak ar mula-mula..

tapi aku beranikan diri.. p dekat sikit..dia tengah sain autograf... aku duduk kt tepi dia..

aku: emmmm..

(ramlee trus kalih tengok aku)

aku: mana nak cari igauan maut eh??(nasib baek aku mampu bersuara lagi..fuh!)

RAM: oo itu kna cari kt dewan bahasa..

aku: yang anugerah pertama tu?

RAM: yg itu creative pun kt dewan bahasa... xtaw ada lagi x

aku: ooo

then aku bangun.. rasa dalam hati nak menjerit... AKU DAPAT CAKAP DGN RAM..huahuahua!!

tapi aku control..rileks..jgn jadi gila kt sini..

dengan senang hatinya aku balik...=)

Sunday, December 13, 2009

memburu meteor???

alkisahnya semalam, aku bersama sahabat-sahabatku telah berusaha untuk memburu meteor. semalam belakunya kemunculan meteor geminids. menurut sumber meteor ini semakin bertambah dari tahun ke tahun dan pada tahun ini kemunculannya dijangkakan memuncak pada tarikh 13-14 december. dijangkakan sebanyak 140 meteor sejam akan dapat dilihat.

semalam aku dan sahabat-sahabatku punya la semangat nak tengok meteor ni n dengan harapan nak tengok meteor rain. .hikhik..kitorg kluar bilik dalam kul 10mlm n melepak kt maryam... maryam sj pun xdak kenderaan nak kluar..huhu. kluar2 bilik aku tangok atas banyak bintang bertaburan.. susah nak nampak situasi macam ni kat sini since banyak sangat light polution tapi malam tu kira gelap jugak ar..

bila dah jumpa port kitorg pun mula melangut ke langit.. malam tu kitorang nampak ar jugak meteor tapi kitorg sedikit musykil adakah yang kitorg nampak itu adalah meteor or shooting star. tapi xkesah la asalkan kitorg nampak la cahaya tu.. syok gila.. korang tengok???

dalam kul 12 lebih kitorg masuk bilik tidur jap sebab nak bangun balik kul 3 memandangkan ada sumber menyatakan 3 pagi adalah dia punya peak hour... pukul 3 pagi kitorag dgn semangatnya pun bangun dan menuju ke port tadi n start melangut balik.. setengah jam tungu xdak apa2 pun.. kitorg dah putus asa... tetiba wani nampak satu... aku xmo kalah terus meneruskan usaha melangut ke langit.. lenguh gila tengkuk.. usaha aku membuahkan hasil bula aku nampak 2, 3 meteor lagi...haha! puas hati.. kul 4 kitorg masuk tidor.

gumbiranya hati aku dapat melihat meteor..=)

aku rasa malam ni pun ada la sebab kt delhi diorang tengok malam ni...lgipun kt falak online pun cakap boleh nampak 13-14hrbln.. aku nak memburu meteor lagi la malam ni.. hikhik.. tapi tengok kt luar bilik sj la kot.. klu ada rezeki nampak la.

Thursday, December 10, 2009

kisah Bilal

Bilal bin Rabah hidup dlm tiga zaman iaitu zaman jahiliah, zaman pemerintahan Nabi Muhammad saw, zaman pemerintahan Abu Bakar as-Siddiq dan zaman pemerintahan Umar Al-Khattab.

Pada zaman jahiliah Bilal menjadi hamba kepada Umaiyah. Bilal tidak mahu meninggalkan Mekah kerana percaya kata-kata ibunya bahawa akan datang seseorang penyelamat dan membawa keadilan. Apabila Bilal mendapat berita daripada Abu Bakar as-Siddiq tentang kenabian Muhammad saw, Bilal terus ingin berjumpa dgn Nabi Muhammad saw dan memeluk Islam.

Umaiyah menyiksa Bilal setelah mendapat tahu tentang perkara itu.
Bilal diheret dan diarak sekelilig Mekah. Dia juga dipukul dengan cemeti setiap kali terjatuh. Umaiyah menyuruh kanak2 ditepi jalan melemparkan batu kepada Bilal. Tetapi Bilal tetap menyebut nama Allah. Bilal dijemur dgan memakai baju besi dan Umaiyah meletak batu atas dada Bilal dan berdiri atas batu itu. Tetapi iman bilal tetap teguh.

Akhirnya Abu Bakar as-Siddiq memcadangkan kepada Rasullullah untuk membebaskan Bilal. Setelah rasulullah bersetuju Abu Bakar pergi menemui Umaiyah untuk membeli bilal. Umaiyah menjualnya setelah percaya yang Bilal akan mati dan tidak membawa apa2 keuntungan lagi. Dia menjual Bilal dengan harga 9 uqiyah emas. Abu bakar terus bersetuju. Umaiyah berkata jika Abu Bakar mahu membeli Bilal dengan harga 1 uqiyah emas pun dia sanggup kerana bilal tidak berguna lagi. Abu Bakar menjawab jika Umaiyah menjualnya dgan harga 100 uqiyah emas pun dia sanggup membelinya. Setelah itu Abu Bakar memerdekakan Bilal.

Pada zaman Nabi Muhammad saw, Bilal selalu berdampingan dengan Nabi Muhammad dan berjihad bersama. Bilal dilantik menjadi juru azan kerana suaranya yang merdu. Bilal melaungkan azan pertama kalinya di masjid yang dibina ditempat jemuran buah tamar milik dua anak yatim, sahl dan suhail bin abd amar.

Setelah kewafatan Rasullullah saw bilal sangat sedih. Setiap kali dia lalu dihadapan rumah rasullullah dia akan menagis, setiap kali dia melihat mimbar didalam masjid dia akan menangis. Bilal juga tidak dapat melaungkan azan kerana setiap kali hendak menyebut nama Rasullullah dia akan teresak-esak menangis.

Setelah itu Bilal tidak lagi melaungkan azan, tetapi ketika bilal mengikuti perang untuk menakluk Baitulmuqaddis Bilal melaungkan azan ketika solat magrib di syam. Masing-masing menitiskan air mata dan semangat mereka semakin marak. Suara azan itu sampai ke Baitulmuqaddis dan penghuni kota itu terpinga-pinga. Seorag paderi besar memanggil orang ramai berkumpul dan menurutnya dalam kitab lama mereka ada meyatakan bahawa apabila suara azan dapat menembusi Baitulmuqaddis bermakna Islam juga akan tersebar luas disitu. Dengan itu mereka mengaturkan perjanjian damai dengan pihak Islam.

Setelah itu Bilal dan isterinya Hindon bergerak ke Madinah untuk menziarahi makam Rasullullah saw . apabila sampai di makam Rasullullah air matanya bercucuran membasahi pipi. Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Dia terkejut melihat Hasan dan Husin yang mirip wajah Rasullullah. Mereka terus berpelukan. Setelah itu Hasan dan Husin mengajak Bilal kerumah mereka. Ali bin Abi Talib meminta bilal menetap di Madinah dan menjadi juru azan disitu tetapi ditolak oleh Bilal kerana dia ingin ke Mekah menunaikan haji. Dengan itu Ali bin Abi Talib melepaskan Bilal pergi. Sebelum pergi Bilal sempat melaungkan azan untuk solat subuh atas permintaan dari Hasan dan Husin. Penduduk madinah bangun kerana mengenali suara itu dan berduyun-duyun datang ke masjid.

Ketika di Mekah Muaz memujuk Bilal tinggal di Mekah tetapi Bilal menolak dan dia menyatakan dia tidak dapat tinggal di Madinah atau Mekah kerana masih sedih dengan kehilangan Rasullullah saw. Dia memilih untuk tinggal di Syam. Penduduk Syam meminta Bilal menjadi tukang azan tetapi Bilal menolak hingga mereka marah kepada Bilal. Akhirnya Bilal dan isterinya berpindah ke Damsyik dan dia meninggal di situ pada 641M ketika berumur 63tahun.

Saturday, December 5, 2009

cermin


aku ambil cermin..
aku tengok diriku sendiri..
aku melihat masa silamku..
aku mencari masa depanku..

aku..
itu aku..
ini aku...
adakah aku sudah berubah??
atau memang aku tak pernah berubah??
perlukah aku untuk berubah??
apa yang perlu aku ubah??

masa silamku..
satu sejarah..
hebatkah sejarah itu??
atau langsung tiada apa yang boleh aku dapat banggakan..

masa depanku..
kabur..
disebabkan kesilapan masa silamku..
dapatkah lagi untuk aku mengukir sejarah hebat??
dapatkah lagi aku tebus silapku??

DI BALIK CERMIN MIMPI
(M. Nasir)

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

Wednesday, December 2, 2009

9 nyawa

baru dapat berita bahawasanya novel terbaru ramlee awang mursid, 9 nyawa telah berada di pasaran..

tapi sedih sgt2 sebab aku xdak duit..huhu..nak beli tiket balik uia pun xdak ni.. mengharapkan belas ihsan dari ibu n kakakku sj ni..

dah lama tunggu 9 nyawa ni keluar alih2 bila dah keluar xdapat nak beli pulak..adush2!!.

tu la.. boros sangat.. tapi apa saja yang aku beli?? barang2 basic saja pun..

dah la xyah merungut dalam blog ni...(xdak tempat nak merungut dah..huhu).

takkan larinya buku tu..(tapi kalau suma orag beli??).

macam la xdak cetakan kedua.. dua tiga minggu lagi ko beli la.. xkan dah habeh kot time tuu...(uih!! ramai kot org baca buku ramlee awang murshid tuu).

sabarlah skit!!.. buku berlambak lagi ko tak baca..(ok2...dah ar nak p pakai inai..huh!!)

nak tulis lagi...

just nak crita..
raya kali ni macam tak best..
anak menakan suma tak balik..huhu
muhaimin..qowi n nafisah balik pahang..
luqman hakim balik melaka..
ikram, farah n irfan.... no coment.. xtaw la bila dapat jumpak diorang ni lagi... wuaaaaaaa!!!!
hari tu mak tgk kat tv ada adam af tengah buat apa tah.. n mak cakap " aih! muka macam irfan la.. ".... huhu... memang pun irfan tu minat adam sampai muka pun dah sama gn adam dah.
lagi satu kejadian.. aku n kakak2 ku ke tesco.. time tu aku tengah jalan sorang2.. tiba2 ada seorg budak pompuan jalan tepi aku sambil berkata.." tu ha mak tam.." aku terus kalih n tegok budak pompuan tu.. ingatkan farah.. rupa2nya bukan.. wuaaaaaa!!!

kak pah pulak pi johor malam hari raya pertama tuu.. ada kenduri kawin kawan dia.. bila kak pah nak kawin?? tak taw la nak kata apa.. masalah2.. kak pah dah dok beleter kat aku sbb tak dapat result yg memberangsangkan.. huhu.. aku kna ceramah saja sehari hari tu.. nak buat macam mana.. dah ALLAH tak mau bagi..aku jawab..macam mana ALLAH nak bagi kalau dah aku tak usaha sungguh2..hati aku jawab.. macam mana nak dapat kalau aku tak jaga hubungan dengan ALLAH..hati aku jawab.....laen kali nak buat lagi ka..hati aku tanya..xmau!!!...aku jawab.

Tuesday, December 1, 2009

Ego

lama benor den tak jenguk den punyo blog ni kan..(awat cakap nogori pulak ni???). nak kata busy tak la sangat.. cuma malas ja...hoho. xdak apa nak tulis pun. tapi hari ni ada satu benda nak tulis skit (skit ja la..). EGO.. itu lah topiknya.. masing-masing ada ego tersendiri kn..
..
.
.
.
.
berehat sebentar.. tgh video call gn kak ti.
.
.
.
.
ok.. sambung balik.. kat mana kita tadi?? (tengok la kat atas.. tak reti2.. huh!)

amboi marah ka??.. (awat la aku malam ni.. gila skit kot.. abaikan2!!)

berbalik kpd topik kita tadi.. masing2 ada ego. bezanya level ego kita tu.. orang ego ni memang susah nak mengaku salah or tunjukkan kelemahan. kalau dah memang kita ni salah, mengaku saja la n kalau kita ni dah memang lemah sedar la. mana ada orang yang perfect. kn? kn? kn?

lagi satu, kalau dak kita salah jgn la plak nak tegakkan benang yang basah (aiseh..). masalah yang paling besar ialah kalau diri sendiri tak mengaku yang dia tu ego n siap cakap org laen yang ego.. oww masalah tuuu. boleh dikatakan jugak orang yang ego terlampau ni ialah orang yang meninggikn diri sendiri..(naseb baek aku ni rendah..selamat..selamat ka?? entah2 aku pun tergolong dalam golongan ini..na'uzubillah)

ada jugak orang yang ego tak mau mintak maaf sedangkan dia tahu yang dia telah buat salah..seelok-eloknya kita hendaklah mintak maaf dengan suma orang sebelum tidoq. mungkin ada yang kita buat salah tanpa disedari.. mana taw esok kita dak tak dak kn? kn? kn?

jadi tegok2 la balik diri kita sendiri kot2 tergolong dalam golongan ego terlampau ni.. ego skit2 xpa la kot.. nak tunjukkan yang kita ni susah digugat..hoho(betulkah pendapatku ini??)