Pages

Monday, October 1, 2018

C H I L L

Sejukkan dirimu
Tapi jangan bekukan dirimu
Hahah!!

Chill
Keep calm
Apa pon yang terjadi
Tarik nafas dan tenangkan hati dan fikiranmu

Ya
Kau tak mahu semua tu berlaku
Tapi jangan selfish
Nak semua ikut kehendak kau
Jangan!!

Thursday, September 20, 2018

Searching. . . . . . .

Assalamualaikum...

Pada waktu ni aku agak struggle dengan diri sendiri.
Struggle mencari potensi diri sendiri.
Semua macam serba tak kena.
Aku tak tau sama ada aku patut terus dalam bidang pendidikan ni.

Baru - baru ni aku ada tengok cerita hichki lakonan rani mukerji.
Sebenaqnya aku rasa cerita pasai guru ni selalunya too good to be true.
Tapi tetap aku suka tengok cerita bekisar dunia pendidikan sebab aku nak belajar.

Aku jugak ada baca nasihat dari fynn jamal. 
Kata dia,  nak jadi guru kena sayang dengan student.
Kalau tak sayang jangan jadi guru.

Dan terbaru aku tengok video kat instagram,  video sir uzair.
Cara dia ajaq menyeronokkan student.
Ramai yang komen nak belajaq balik.
Nak cikgu macam dia.
Ada jugak komen kata depa mesti skor math dulu kalau sir tu yang ajaq.
What the hell gais
Kalau cikgu hampa baca komen hampa tuu mesti dia rasa sedih.
Hampa yang malaih belajaq dulu tiba-tiba nak salahkan cikgu sebab ajar tak menyeronokkan.

Aku bukan seorang yang fun
Aku sirius bila mengajar
Tapi bila student buat lawak dan ramah aku ok ja
Banyak ja gelak-gelak dalam kelas bila student jeneh suka melawak.

Aku jugak akui aku tak kreatif dalam mengajar
Aku tak tau cara nak tarik minat pelajar
Aku dulu belajar dengan cara yang macam tuu
Student sekarang saja yang banyak songeh
Opps

Aku sebenaqnya agak tak suka bila guru yang kena berubah untuk menarik minat pelajar
Sepatutnya bagi aku pelajar tu yang kena adapt dengan cara guru tu mengajar

Tapi kan nak buat macam mana
Memang zaman ni macam tu
Dan kita kena layan anak-anak ikut zaman depa.

Tuu la yang aku tengah struggle
Tak tau macam mana nak jadi kretif bila mengajar

Aku tak penah ambik kursus tentang cara mengajar
Tapi galak nak jadi cikgu
Sebab bidang lain lagi lah hancuss

Aku harap aku iklas dalam bidang ni
Aku harap aku ada potensi dalam bidang ni
Aku harap aku bukanlah sekadar nak gaji saja

Aku nak terus dalam bidang ni
Tapi aku banyak kelemahan dalam bidang ni

Jadi aku pon tak tau nak kata apa dah
Harap Allah tunjukkan jalan

Monday, September 17, 2018

Happy ending

Happy ending drama atau filem ialah bila kesudahannya kita dapat apa yang kita mahu.

Happy ending kehidupan sebenar ialah bila kita redho dengan apa yang kita dapat dan apa yang kita tak dapat.  Hidup bahagia dengan ketentuan yang sudah ditetapkan. 

Happy ending yang sepatutnya diidam semua >>>>> husnul khatimah,  semoga diperkenankan aminnn

P/s selalu kalau tengok movie atau drama,  ending selalu tak ingat macam mana sebab biasanya dah boleh agak hahaha!
(ending drama tak penting yang penting isinya)
(ending hidup amat penting sepenting isinya)

Thursday, September 6, 2018

Merdeka jiwa raga

Assalamualaikum...

Merdeka bermaksud bebas
Dalam bahasa inggeris independent  bermaksud tidak bergantung kepada sesiapa

Jadi..  Adakah bebas bererti kita tidak bergantung kepada sesiapa?

Hmmm...

Bebas maksudnya kita buat apa yang kita nak buat..

Tak bergantung dengan sesiapa maksudnya kita buat sendiri..

Apa-apa pon disini aku nak tulis tentang merdeka jiwa raga
Jiwa raga yang merdeka tak akan bergantung kepada orang lain
Tidak bergantung kepada orang lain untuk menjadi bahagia
Tidak bergantung kepada orang lain untuk menjadi kuat
Tidak bergantung kepada orang lain untuk membuat keputusan
Punya pendapat sendiri
Punya peribadi yang sendiri

Di sini aku nak ber misi
Semoga berjaya misi aku
Untuk merdeka jiwa raga
Untuk bebaskan diri dari insecurities
Bebaskan diri dari negativiti

Insecurities...  Hmm...  Has been struggle with that
I don't know why
Before this tak ada pulak masalah ni rasanya

So lets berusaha untuk tidak menjadi insecure
Berusaha untuk qanaah
Berusaha untuk bersangka baik,  terutama dengan Allah

Kita tak akan hilang apa-apa kerana kita tidak pernah memiliki apa-apa

Benda yang bukan untuk kita akan pergi jua walau sekeras mana pon usaha kita.

Jangan mengidam yang bukan-bukan.

Chaiyokk!!  😉😉

Buang yang keruh ambil yang jernih

Dear blog..

Assalamualaikum..

Sudah lama tak bersua.. Hahah
Harini aku buka balik dan baca isi blog aku..  Menyedihkan dan pathetic  hahahha

Insecure sangat kan?

Sebenaqnya ada yang baca ka blog ni?  Kalau ada yang baca..  Hampa kenai ka aku ni?

Hahahah

Memalukan kalau ada yang kenai dan baca blog ni
Sebab sejak dua menjak ni sangat lah tak. Memberangsangkan...

Hahahah

Sekarang ni dok layan instagram fynn jamal...
Alhamdulillah,  positive la sikit aku ni

Hemmm
Aku nak stop tulis bila mood aku down
Sebab bila tulis kita dok melayan mood tuu

Hmmm
Hmmmmmm
Hmmmmmmmm

Bye
There  is nothing else to say
Till then
InsyaaAllah

I love you my blog 💖💖💖

Sunday, June 3, 2018

Simpan dalam

Ada kesedihan yang tak mampu diluahkan
Ada kekecewaan yang tak boleh diterjemahkan

Simpan saja lah...

Thursday, May 17, 2018

Menyesakkan

Sangat menyesakkan minda bila kita kena tahan dari meluahkan apa yang kita rasa sebab tak mau sebarkan negativiti.

Sangat menyesakkan perasaan bila kita kena sentiasa positif sedangkan dalam diri kita cas negatifnya tak mampu tertarik kepada cas positif di sekeliling kita seperti ada jurang besar yang melemahkan tarikan antara negatif dan positif

Monday, April 16, 2018

Fikir yang baik sahaja

Assalamualaikum...

Sekarang dah bulan april,  aku masih lagi menganggur.  Tapi Alhamdulillah aku mengajar tusyen hari jumaat dan sabtu dan pendapatan aku CUKUP.

Mungkin banyak benda yang kurang dalam hidup aku kalau dibandingkan dengan orang lain.  Tapi,  kalau kita fokus pada yang kurang,  sampai bila pon perasaan SYUKUR tak terbit dalam hati kita.

Kita kena sentiasa ingat,  Allah bagi apa yang selayaknya kita dapat.  Jadi bergembiralah dengan apa yang kita dapat.

Mungkin jugak kita jarang bagi sedekah atau share apa yang kita ada sebab tuu Allah tak bg lebih dekat kita.

Kadang-kadang terbit dalam hati,  'macam mana aku nak share duit aku,  nanti tak dak duit lah aku'
Well actually aku kadang kata macam tuu.
Sejak menganggur aku tak bagi duit dekat mak.  Kadang aku beli barang tapi kadang-kadang laa.  Yang banyak keluarkan duit tu mak.  Mak kata mak kaya sebab kak-kak aku dok bagi duit.  Tapi tak sepatutnya aku ambil kesempatan.  Maybe sebab tu aku tak dapat kerja lagi.  Apa-apa pon ingatlah..  Kita bagi lebih,  insyaaAllah kita akan dapat lebih.

#prayforbahiyah

P/s orang kita bila kita tengah down,  stress,  itu adalah masa terbaik untuk menulis.  Jadi marilah menulis setiap kali rasa down.  Tulis kata-kata semangat untuk diri sendiri😊

Tuesday, January 23, 2018

Penganggur

14/12/2017 (rasanya,  xigt la pulak tarikh,  tapi lebih kurang tarikh ni laa)

Dapat mesej dari skolah. Diberitahu yang permohonan aku untuk jadi guru di sekolah tidak lulus.

Jadi sekarang dh sebulan lebih aku menganggur.

Sejak2 menganggur ni,  aku tak lagi nyanyi dalam qeta.  Aku banyak termenung jaa.

Aku sungguh terasa dengan apa yang skolah buat dekat aku.
Buang aku begitu saja.
Tak bagitahu sebab apa.

Depa marah kat kawan aku yang komplen psai gaji kt fb.  Dia kena buang sebab tu katanya. 

Masalahnya kenapa aku kena buang jugak.  Sedangkan aku tak pernah komplen apa2 pasal sekolah kat media social.

Aku berusaha untuk tak komplen di belakang.  Apa2 yang aku tak puas hati,  aku usahakan untuk bangkitkan kt meeting atau bagitau dekat pengetua.
Tak sangka bila aku bersuara macam tu,  depa buang aku.

Katanya aku dibuang sebab aku ada mintak kerja kt skolah lain.
Tapi kenapa ada utz yg sorg lagi tak kena buang jugak walhal dia pon mintak kerja kt skolah lain.

Sesungguhnya aku tak puas hati.
Aku tahu ini kerja Allah.
Aku terima ini kerja Allah.
Sebab tu aku harap..
Jika Allah tetapkan aku jadi yg dizalimi dan mereka yang menzalimi aku
Berikan aku peluang yang lebih baik

Aku bersyukur jugak bila jd penganggur ni
Selama ni..  Masa untuk aku baca quran xdak.
Aku jadi malas baca quran sebab penat.
Alasan!

Dengan masa yang aku dapat bila dh jadi penganggur ni..  Aku harap boleh luangkan masa untuk baca quran.
Aku harap aku jadi manusia yang lebih baik hikmah dari musibah ini.

Semoga aku dapat kerja baru tak lama lagi
Dan semoga aku tak lalai lagi di masa hadapan

Kalau dengan musibah dapat memberi pengajaran dan peringatan.
Maka,  aku redho dengan segala musibah yang menimpa aku.

Semoga Allah redho dengan aku.