Pages

Tuesday, July 21, 2009

7 soalan Nabi Musa a.s

Dari Nabi Muhammad s.a.w. beliau berkata : “ Musa a.s bertanya mengenai tujuh perkara, yang dikira enam itu murni untuknya. Adapun yang tujuh perkara lainnya, pastilah Musa a.s menyukainya”. Musa a.s bertanya “ wahai Tuhan, siapakah diantara hamba-hambaMu yang paling bertakwa?”. Allah menjawab “ iaitu orang yang mengingati Aku dan tidak melupakanKu”. Musa a.s bertanya “ siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling mendapat petunjuk?”. Allah menjawab “ iaitu orang yang mengikut petunjuk”. Musa a.s bertanya “ siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling memegang hukum?”. Allah menjawab “ iaitu orang yang menghukumi orang lain seperti menghukumi dirinya sendiri”. Musa a.s bertanya “ siapakah antara hamba-hambaMu yang paling alim?”. Allah menjawab “ iaitu orang alim(ilmuan) yang tidak pernah rasa kenyang dengan ilmunya. Dia mengumpul ilmu dari pelbagai pihak dihimpun dalam dirinya”. Musa a.s bertanya “ siapakah antara hamba-hambaMu yang paling mulia?”. Allah menjawab “ iaitu orang yang apabila mempunyai kemampuan maka mudah memberi maaf(pengampunan)”. Musa a.s bertanya “ siapakah antara hamba-hambaMu yang paling kaya?”. Allah menjawab “ iaitu orang yang menerima pemberian apa yang ada”. Musa a.s bertanya “siapakah antara hamba-hambaMu yang paling miskin?”. Allah menjawab “ iaitu orang-orang yang serba kekurangan”. Rasullullah menegaskan : “ yang disebut kaya itu bukanlah dihitung dari jumlah banyaknya harta, yang disebut kaya adalah kaya jiwa(diri). Apabila Allah mengkehendaki kebaikan seseorang, maka Allah menjadikan kekayaannya terletak pada jiwanya dan ketakwaan berada di dalam hatinya. Apabila Allah mengkehendaki seseorang menjadi buruk (teruk), maka kefakirannya dipasang di depan matanya”.

sumber:buku kisah para nabi pengajaran dan iktibar. Karya asal oleh Abul Fidaa’ Ismail bin Kathir al-Quraisy(Ibnu Kathir) dan terjemahan oleh ustaz Johari Yaman.

keistimewaan umat Muhammad saw

Qatadah menyatakan bahawa nabi Musa a.s berkata “ wahai Tuhan! Dalam alwah(catatan kitab Taurat) aku berjumpa dengan suatu umat terbaik yang diutuskan untuk manusia. Mereka menganjurkan berbuat kebajikan dan mencegah kemungkaran. Wahai Tuhan! Jadikanlah mereka itu sebagai umatku”. Allah menjawab “ itulah umat Muhammad”. Musa a.s berkata “ wahai Tuhan, di dalam alwah juga aku menjumpai suatu umat yang lahir paling akhir, tetapi merekalah yang pertama akan masuk syurga. Jadikanlah mereka itu sebagai umatku”. Allah menjawab “ itulah umat Muhammad.” Nabi Musa a.s berkata “ wahai Tuhan, aku menjumpai di dalam alwah suatu umat yang mana bacaan mereka meresap di dalam dada mereka. Padahal sebelum generasi mereka, orang-orang membaca kitabnya dengan penglihatan sehingga apabila tulisan itu ditarik kembali, mereka tidak hafaz sedikit pun dan tidak pula mengerti isinya. Sesungguhnya Allah memberi hafalan kepada mereka yang sebelumnya tidak pernah diberi kepada suatu umat pun. Wahai Tuhan, jadikanlah mereka sebagai umatku.” Allah menjawab “ itulah umat Muhammad”. Musa a.s berkata “ wahai Tuhan, aku dapati di dalam alwah suatu umat yang beriman terhadap kitab-kitab terdahulu dan kitab yang akhir diturunkan. Mereka gigih memerangi kesesatan hingga memerangi dajjal. Jadikanlah mereka sebagai umatku”. Allah menjawab “ itulah umat Muhammad”. Musa a.s berkata “ wahai Tuhan, aku dapati di dalam alwah suatu umat dimana sedekah mereka dimakan sendiri tetapi mereka diberi pahala. Sedangkan umat sebelumnya, apabila mereka bersedekah lalu sedekahnya diterima, maka Allah mengirim api yang membakarnya(memakan), tetapi kalau ditolak, sedekah itu dibiarkan sahaja lalu dimakan binatang buas atau burung. Sesungguhnya Allah mengambil sedekah mereka dari golongan orang kaya untuk kaum miskin antara mereka. Musa berkata” wahai Tuhan, jadikanlah mereka sebagai umatku”. Allah menjawab “ itulah umat Muhammad”. Musa a.s berkata “ wahai Tuhan, di dalam alwah aku dapati suatu umat, apabila mereka berniat saja mengerjakan kebajikan, namum tidak jadi dikerjakan, maka niatnya dicatat sepuluh kali kebajikan hingga tujuh ratus kali. Wahai Tuhan, jadikanlah mereka sebagai umatku” Allah menjawab “ itulah umat Muhammad”. Musa a.s berkata “ Wahai Tuhan, di dalam alwah aku dapati suatu umat dimana mereka memperoleh syafaat dan diberi hak untuk mensyafaati, jadikanlah mereka sebagai umatku”. Allah menjawab “itulah umat Muhammad”. Qatadah mengatakan bahawa dia memperoleh keterangan iaitu, Musa a.s membuang alwah dan berkata “ wahai Tuhan, jadikanlah aku termasuk umat Muhammad”.


sumber dari:buku kisah para nabi pengajaran dan iktibar. Karya asal oleh Abul Fidaa’ Ismail bin Kathir al-Quraisy(Ibnu Kathir) dan terjemahan oleh ustaz Johari Yaman.

Friday, July 17, 2009

akhirnya..

yay!! akhirnya aku dapat add subject yang aku nak n aku berpuas hati dgn jadual aku sekarang. lepas ni bolehlah aku tidor dengan nyenyaknya..haha!Alhamdulillah. harap2 lepas ni xda la masalah laen yang timbul. harap2 stadi aku sem ni berjalan dgn lancarnya.. amin.

dengan ini tamat lah sudah pengembaraan aku untuk register subject. seterusnya adalah pengembaraan aku menuntut ilmu pulak..hehe.
pengembaraan ini harus diteruskan dengan jayanya. walau apa pun halangan dan cabaran yang bakal tiba.

bengang wei!!!!

aku tengah nak add online skrg ni. tapi apa tah masalah dgn website uia ni. susah benor nak sign in. pas 2 susah plak nak add. adoiiiii!!! bengang den!!! dah la hari ni hari last nak add subject.wuaaaaaa!!!
tolonglah permudahkan urusan aku kat sini ya Allah...

apa nak jadi???

Apa nak jadi sampai skrg xkawin lagi.. haha!!
Bukan itu yang nak cakap. Aku pikir2 aku xtaw la apa nak jadi dgn diri aku ni. Hidup segan mati xmahu..heehee. xlah sampai mcm 2. Tapi xpaham la apsal aku xmcm ni. Apsal????
Tolonglah semangat skit stadi. Tolong la jgn suka bersikap slumber tapi slumber melampau n xkena tempat. Tolong la buat kewajipan yang dah diberikan dgn bersungguh-sungguh.
TOLONGLAH!!!!

masalah-masalah

Haiiii…. Apalah naseb… semua yang dirancang xmenjadi.
Ingatkan nak add lab, tapi tetiba kena halau plak dek lecturer. Terpaksala trima jgk. Lagipun memang susah lah nk amik lab sedangkan xamik ice(internal combustion engine) lagi.
Xpa la . aku trima semua ni. Tapi yang penting aku kna add jgk satu lagi subject. Xkira apa pn.
Nak diikutkn kesian jgk kt partner aku yang sorg 2. Dia dh tertinggal 2 subject dah dr aku. Klu dia xdapt add satu lagi subject, dah jadi 3 la.
Tapi nak buat mcm mana. Aku ada perancangan aku jgk.
Pikir2 blk, elok jgk la aku xdpt lab. Boleh jgk amik lesen n slesaikn lesen cpt2. Apa yang penting..bukan kerjasama..hah.. tapi Aku kna yakin yang apa yang Allah tetapkan untuk ni akan membawa kebaikan kepada aku.
Sem ni aku kna buat elok2!! Janji dgn diri sendiri. Klu xbuat elok2. Mamposlah aku!!.

anak menakanku

Ahad lepas kak pah nak bawak ktorg(aku,adik,mak) jalan2. Dia Tanya kitorg nak p mana tapi kitorg xda idea so dia ajak p rumah kak caq kat sungai petani. Sebelum ktorg kluar jalan2, anak2 bang pit (muhaimin, qawi n sarah) dtg umah so ktorg ajak jugak budak2 tu ikut ktorg.
Anak2 bang pit ni diam skit, xbnyk cakap n susah nak dekat dgn org laen. Harap2 nanti diorg besar xlah mcm 2 lagi. Budak2 tu tengok aku pelik ja sbb aku jarang balik n diorg pn xslalu jumpa aku. Aku pn xtaw nak bermesra lebih2 dgn diorg ni lgpn aku bukan pandai sgt pn layn budak2.
Lepas zohor ktorg bertolak ke sungai petani n muhaimin ikut skali. Sepanjang dalm perjalanan dia diam saja. Bila sampai rumah kak caq pn dia diam. Abang irfan dia pn xlayan.
Nak diikutkan aku dah lama xjumpa anak2 kak caq ni. Ikram, farah n irfan. Last skali aku jumpa dirg time nak anta mak p Mekah n time mak balik dari Mekah pn aku xjumpa diorg sbb diorg balik lambat n aku palk kna blik uia dah. Farah skrg tinggi sgt lebih tinggi dr aku( tapi aku memang rendah pn..haha)
Time sampai umah kak caq bdk2 tu tengah tegok video klip micheal Jackson. Kak pah Tanya irfan minat ka micheal Jackson 2. Irfan jawab mesti la minat, klu x minat xtegok la.
Ikram tahun ni form 3. Nk amik PMR, harap2 dia bleh buat la. Aku risau skit bdk2 ni atas sbb2 tertentu. Harap2 diorg ni jd org yang baek2 n dilindungi Allah slalu..amin.
Mcm2 la perangai anak2 menakan aku ni. Ada yang diam sagt ada plak yg pandai sagt cakap. Irfan dgn luqman la yg plg pandai ckp. Luqman 2 lagi la, baru 2tahun setengah tapi cakap bukan main lagi. Bdk2 memang mcm I ka??
Luqman ank kak ti aku 2 macam2 dia buat kat umah. Memandangkan dia anak tunggal so banyak tiru apa yang mak n ayah dia slalu buat, contohny memasak. Bukan main lagi bdak 2 nak masak nasik. Time kak aku leka skit dia bukak almari n masukkan beras dlm periuk pastu merengek suruh kak aku letak kerusi kt dapur so dia bleh masak. Taw palk dia mcm mana nk masak nasik 2. Beras yang dlm periuk 2 dia masukkan air plak pastu letak atas dapur. Nasib baek api xpandai bukak.
Pernah jugak dia nak masak mee segera. Dia masukkan mee an air pastu letak atas dapur. Lepas 2 belh plak suruh kak aku rasa masakan di yang xmasak 2..haha! kesian la plak tengok kak ti aku 2, dah la penat mengajar kat sekolah, balik uamh kena layan kerenah ank yg macam 2.. alahai…
Itu lah anak2 menakan aku. Anak kak caq: mohd ikram, farah atikah, mohd irfan. Anak bang pit: wan abdul muhaimin, wan abdul qawi, wan sarah nafisah, anak kak ti: akbar luqman hakim.
Klu nak diikutkn ramai lagi ank menakan aku ni. Cucu pn aku dah ada dh. Memandangkan anak2 abah aku dengan isteri pertama dia dah besar2 suma so diorg ni la yang menyumbangkn anak2 menakan n cucu2 menakan .(satu ayah laen mak)
Baru2 ni aku jumpa cucu2 menakan aku yang terbaru. cucu2 kak wan. Anak bang ngah(aku xtaw nama sebenar dia) n shuhada. Xingt dah nama anak2 dirg sbb nama moden sgt..heee. yang aku ingt wan man n nik man..nama penuh xingt..haha!

Friday, July 10, 2009

bangun-bangun!!

sekarang pukul 9.25pg. hari ni aku bangun awal n coz xda keja aku kasi update skit la. dah dekat 2minggu cuti n hari ahad ni kena balik uia blik dah.

sepanjang cuti ni aku slalu ja bangun lambat tapi hari ni kena bangun awal skit sebab kena tolong mak mesin nyoq(kelapeee) sbb mak ada project dgn kawan2 dia buat dodol..yummy!

disebabkan banyak sangat buah nyoq jadi mak n the friends buat la mcm2 projek lagipun diorg suma dh pencen jadi xda keja nak buat..hee. hari 2 buat kerisik, aku jgk yg mesin nyoq..

ha! sejak 2minggu kat rumah ni, tiap kali aku masak musti masakan aku masin!! apsal la jadi macam ni?? tiap kali aku masak, tiap kali 2 jugak la mak complain masin!!
hari ni kena kurang skit letak garam!!