Pages

Sunday, November 28, 2010

talqin untuk diri

assalamualaikum...

Bismillahhirrahmannirrahim.
Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala
Wahai _________ Binti ____________, 3x
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah
Ingatlah wahai _________ Binti ____________,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut
Ketahuilah wahai _______ Binti __________
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai _________ Binti _________ tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar
Insaflah wahai _________ Binti _________,
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW
.
****************************


isi tempat kosong dengan nama sendiri
sematkan dalam hati dan fikiran, semoga hati kita akan sentiasa mengingatkan mati
*********************************************************
khamis lepas dikejutkan dengan berita pemergian ami Bahrin (Syed Mahamood), sungguh aku terkejut walaupun memang aku tahu ami mengidap lemah jantung.
sedih, ami Bahrin, seorang yang aku rasakan sangat dekat dengan abah, melihatkan ami, seperti melihatkan abah. wajah, suara, mirip abah. imam masjid dan guru takmir, sama seperti abah.
tak banyak masa aku luangkan bersama ami, tapi syukur aku berpeluang bersembang, mendengar ceritanya, mendengar tentang kesihatannya beberapa bulan lepas. itulah satu-satu masa yang diluangkan lebih dengan ami, terasa dekat.
teringatkan bacaan talqin untuk abah yang dibacakan ami, sedih dia waktu itu, menghantar abangnya pergi sampaikan tersekat-sekat bacaannya. dan sekarang ami pun dah mengikut abah. 
ami Bahrin dikebumikan di perlis pada pagi jumaat, tercengang-cengang aku apabila tiada talqin dibacakan. kemudian baru teringat yang negeri Perlis tidak membaca talqin. sungguh aku tak setuju. pengebumian terasa kosong tanpa talqin.
" tuntutlah ilmu dari dalam buaian sampai ke liang lahat"
sesungguhnya walaupun kita telah dimasukkan ke liang-lahat. ilmu itu masih perlu dituntut
sesungguhnya bacaan talqin itu bukan semata-mata kepada jenazah tetapi ia juga dapat mengetarkan hati-hati yang mendengar. itulah salah-satu kelebihan menyaksikan pengebumian.
bacaan tambahan: sini dan sini
p/s sungguh aku tak pandai tentang bidaah, betulkan aku jika aku salah, semoga kita terhindar dari kemurkaan Allah dan Rasullulah
" mati itu pasti, hidup InsyaAllah"   (Ramlee Awang Murshid)
* ami = pak menakan = bapa saudara

0 comments :