Pages

Saturday, August 27, 2011

terbalik

assalamualaikum...

tengok solat teraweh dari mekah..
lihat lautan manusia..
lebih-lebih di akhir-akhir ramadan..

dengar cerita mereka yang pernah beraya di negara arab
suasana di sana ketika ramadhan meriah
masuk satu syawal
semua kemeriahan hilang

dekat sini..
yang solat di masjid semakin berkurang
pusat-pusat membeli-belah penuh sesak
persiapan raya dibuat dari sebelum ramadhan lagi
puasa sekadar syarat untuk beraya
kata orang "tak puasa tak boleh raya"

mungkin aku tak perlu cakap lagi
semua tahu fenomena ni
tapi sakadar tahu

aku orang melayu
aku orang malaysia
aku berada jauh dari mekah
aku berada jauh dari tempat tinggalan Rasulullah
tapi...
ia tak patut menjadikan aku jauh dari Allah
jauh dari Rasullullah
jauh dari tuntutan agama

macam mana mahu mangubah suasana di sini?

p/s ramai yang dah balik kampung untuk beraya... ramai yang sudah mengucapkan selamat hari raya... tapi ramadhan belum habis lagi

senang cakap tapi susah nak buat


Friday, August 26, 2011

sumber pahala seorang wanita



“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya” -(riwayat Al Bazzar)

" Sesiapa saja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya redha terhadap pemergiannya, maka ia akan masuk syurga." (Riwayat Imam Tirmidzi)



ya! aku sedar
tapi..
ia bukan alasan untuk menidakkan hak seorang isteri
jangan sekali-kali meletakkan  isteri sebagai hamba suami
jangan sesekali meletakkan diri sebagai hamba kepada cinta

dan lelaki
jangan cuba menggunakan ayat "syurga isteri dibawah tapak kaki suami" sewenangnya
seorang suami tetap tidak mempunyai hak meminta isteri menentang hukum Allah
seorang suami tetap tidak mempunyai hak untuk memudaratkan hidup isterinya

aku lihat depan mata aku
wanita sering kali jadi buta
senang meyerahkan segalanya kerana lelaki
agama tergadai
keluarga dipinggir
hanya kerana lelaki

tolong ingatkan aku
aku tak pernah merasainya
aku takut jadi seperti apa yang aku lihat
aku tak mahu jadi buta kerana cinta
 mahu jadi wanita yang tak bergantung hidup dengan lelaki

emosi???
boleh kata aku bencikan lelaki
sebab jauh dalam sudut hati aku benci lelaki
aku benci lelaki yang mengkucar-kacirkan hidup seorang wanita
aku benci dengan sikap wanita yang seperti lelaki adalah sagalanya yang diperlukan didunia
bukan menolak fitrah
tapi menolak sikap keinginan yang terlampau

cuma mahu minta tolong ingatkan aku jika aku jadi seperti apa yang aku benci


Friday, August 19, 2011

jangan hidup dalam kubur

kadang hati rasa kecewa
kadang hati rasa tak adil
kadang hati rasa menyampah
kadang hati rasa nak marah


silapnya aku 
terlalu ikutkan hati
hati yang susah dikawal


 “Kalau Kami turunkan Al-Quran ini keatas bukit, nescaya engkau akan melihatnya tunduk dan pecah kerana takut kepada Allah. Demikian perumpamaan Kami berikan kepada manusia supaya mereka berfikir” (Al-Quran).


kerasnya hati manusia yang tidak tersentuh dengan kalam Allah


                                  Dan tidaklah sama orang buta dengan orang yang melihat.
Dan tidaklah sama gelap-gelita dengan cahaya yang terang-benderang.
Dan tidaklah sama suasana yang teduh dengan yang kencang panasnya. 
Dan (Demikianlah pula) tidaklah sama orang-orang yang hidup dengan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah, (menurut undang-undang peraturanNya), dapat menjadikan sesiapa yang dikehendakinya mendengar (ajaran-ajaran Kitab Allah serta menerimanya), dan (engkau wahai Muhammad) tidak dapat menjadikan orang-orang yang di dalam kubur mendengar (dan menerimanya). 
surah fathir  ayat19-22



Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan sebab pilihannya yang benar), maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah)?
az-zumar ayat 37-38

jangan terlalu ikutkan hati
jangan jadi seperti orang yang didalam kubur
orang yang tidak diberikan petunjuk
berusaha cari petunjuk
insyaAllah dapat petunjuk

Friday, August 12, 2011

minit-minit terakhir

assalamualaikum...

menjadi suatu kebiasaan bagi aku menangguh sesuatu kerja sampai ke minit-minit terakhir. dulu masa sekolah, sampaikan kena bangun 3 atau 4 pagi sebab nak siapkan buku nota yang cikgu nak tengok hari tu, padahal hari-hari sebelum tu tak ambil kesah pun pasal buku nota.

salah satu sebab musabab prestasi sangat teruk sekarang ni. last minutes study. sekarang baru sedar batapa carry marks itu sangat penting. kalau dulu kat sekolah periksa akhir tahun yang sangat penting, ujian dan ujian pertengahan tak begitu penting since keputusan tak masuk dalam buku record jadi hanya berhempas pulas untuk periksa akhir tahun. tapi sekarang quiz, assignment,midterm exam, semua tuh masuk dalam carry marks. jadi sepatutnya berhempas pulas dari awal tapi malangnya aku seorang yang suka buat kerja pada minit-minit terakhir.

ok... aku dah sedar... letak tepi sat

apa yang nak dikatakan sekarang ni, macam mana dengan amal ibadah kita? bekalan untuk ke akhirat?
nak buat last minutes jugak kah??

kalau dalam bab study kita ada duedate.... kalau last minutes pun sekurang-kurangnya kita tahu datelinenya

tapi dalam soal hidup mati ni, tahu duedate??

sepanjang berteraweh dalam 12 ramadhan ni... habis saja rakaat yang ke-8 semua anak muda keluar surau. tinggal lah semua warga tua yang ada sesetengahnya dah tak larat nak bangun, sakit kaki, sakit lutut, tapi masih berusaha lengkapkan 20 rakaat. mungkin fenomena ni berlaku cuma kat kampung aku yang kecik ni. itu aku tak berapa pasti. mungkin semua yang muda ada kerja yang nak diselesaikan. andaikan macam tu saja la.

kenapa ramai yang muda yang tak bersungguh-sungguh buat ibadah?
kalau merujuk kepada diri aku yang sama dengan kebanyakkan orang muda... tak begitu bersungguh-sungguh buat ibadah... jawapan aku

sebab tak rasa macam nak mati

yang muda sihat, cergas... jadi susah nak ingat pasal mati.
kalau dalam drama kita dapat lihat, kalau watak tu ada perubahan sikit, kita akan cakap "ni mesti nak mati ni"
jadi adakah kalau kita nak mati kita akan rasa sesuatu yang pelik?
dan adakah bila kita rasa sesuatu yang pelik kita akan baru ingat pasal mati?
pastikah akan jadi macam tu?

MATI: suatu perkara yang kita tahu ia akan sampai tapi tak sedar ia akan sampai.TAK ALERT!!

teringat dulu waktu luqman demam. tiba-tiba dia bagitaw mak dia: "man nak sembahyang". semua terkejut..budak 4 tahun tiba-tiba nak sembahyang... kakak aku dah mula menangis. tapi sampai sekarang luqman sihat walafiat. =)

jangan ingat kita mampu buat amal ibadah dalam minit-minit terakhir sebab kita sendiri tak tahu bila minit-minit terakhir itu

p/s kumpul 'carry marks' banyak-banyak

Thursday, August 4, 2011

ini cerita aku

assalamualaikum...

sebelum balik jitra, singgah rumah kakak kat kajang sebab kena teman dia since abg ipar pergi kelantan... kena melayan kerenah luqman... adoihaiii!!! tak terlayan lah

hari sabtu aku kena tengokkan luqman sebab kak ti ada kelas tambahan.... jenuh jugak la nak pedo dia.. sat2 nak tengok upin ipin, sat2 nak tgok ultraman, nak makan, panjat kabinet, panjat meja..mentang-mentang lah dia tu kecik, semua celah dia nak masuk... tapi at the end, aku sedar yang dia just nak perhatian

budak-budak dalam lingkungan 4-6 tahun memang active terlampau kot... macam dalam cerita 'nanny 911'... tapi tu la tu, cabaran jadi parents...banyak kena sabar... sebab dipenghujung nanti insyaAllah ada reward

p/s petang sabtu berangkat pulang ke jitra, naik bas kt puduraya ----> fuuyyooo!!! puduraya dah serupa airport

sampai rumah nampak tanah merah sudah membukit kat depan... (aku tahu job aku lepas ni kena angkut tanah)

yup!! straight away, petang ahad terus kena angkut tanah....

p/s really admire mak aku punya spirit, walaupun nampak macam tak larat tapi sangat gigih...sikit-skit lama-lama jadi bukit... aku tak boleh kalah!!

30  julai... berangkat ke megat dewa... rumah tok
khatam quran ramai-ramai dengan mak lang, mak jang, mak teh, mak ndak dan sepupu-sepapat...
best kumpul ramai-ramai... best makan ramai-ramai... pendek kata best lah!!
lepas tu melawat kubur tok, tok wan dan pak cik
merempit... satu moto 3 orang(2 dewasa 1 kanak-kanak)... tapi time balik merempit satu moto 4 orang (2 dewasa 2 kanak2)....haha!!...kerja gila...nasib baik jarak tak jauh mana... dan nasib baik tak jatuh bendang

hari ni dah nak masuk hari keempat puasa.... kat rumah... setelah sekian lama
puas hati sebab dapat makan sama-sama family... kalau nak diikutkan, sangat susah nak makan dengan abang dan adik aku sebab masing-masing buat hal masing-masing... tapi sekarang dapat sahur dan iftar sekali
best jugak sebab dapat sediakan juadah untuk family... sebelum ni mak dan kakak-kakak yang selalu buat

taraweh dekat surau kampung... banyak cerita kat surau tu.... dulu-dulu ramai yang teraweh kat situ tapi sekarang dah kurang..
dulu-dulu selalu solat jemaah kat situ... bila habis solat salam dengan semua jemaah...gulung balik karpet
pernah kain sembahyang terlondeh dan dengan blur aku tengok kain tu dan tengok kak kat sebelah, dengan harapan nak dapatkan kepastian sama ada solat aku sah atau tak... last2 masing-masing tergelak... batal sembahyang.
beli keropok kat kedai mak jerah dan makan ramai-ramai dengan kawan sementara tunggu waktu isyak
tolong angkat juadah bila ada kenduri, sambil jeling-jeling kat bahagian lelaki...haha!!... cerita dolu-dolu
dekat surau tu jugak aku mengaji al-quran dengan mak walau pada hakikatnya aku selalu ponteng... buat otai sebab ustazah yang mengajar mak sendiri....biasa la tu

harap-harap ramadhan kali ni jadi sangat BEST!! dan diBERKATi

p/s dua hari lepas ada seekor kucing tu rampas ikan yang tengah aku siang... tak puas hati!... berani-beraninya dia buat mcm tu dengan aku!!.... time tu tengah besiang ikan cencaru... jari luka sebab nak buang kulit ikan cencaru ni sangat susah... masa nak basuh luka, kucing tu rampas ikan kt depan aku...betul-betul depan aku... sangat tak puas hati!! dia tak penah buat perangai macam tu dengan aku sebelum ni (kucing adik la tu!!!)
mak kata.. " tu la lain kali tak payah beli ikan cencaru... kalau beli pun suruh diorang besiang"... bila tengok jari aku luka..haha!!...it's not a big deal la mak... jari luka itu perkara biasa... (aiseh!! padahal tak tahan sakit tiap kali nak buat ayaq asam)

that's  it!!! cerita aku... nak baca, baca, tak nak baca, sudah..... : )

****************************************************************************
untuk semua yang aku pinjam untuk punya

(aku punya kamu: Faizal Tahir)

Saat kau tersenyum
Saat itu kau memberi
Saat ku rasa bahagia

Selama ku tersenyum
Selama itu ku memberi
Selama yang kamu di sini

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Sesaat aku tiada
Saat itu yang ku rasa
Saat hidupku terlena

Selama yang kau ada
Selama itu ku rasa
Selama hidupku bahagia

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Selama yang pernah
Ku merasa belum ada rasa yang ku rasa ini
Fahamilah cinta ku lebih dari cinta
Tiada mungkin aku kan teruja
Andai bukan kamu yang di hadapan ku
Bisa ku buktikan pada kamu

Yang kamu hanyalah satu
Dan tak pernah lelah ku menunggumu
Hingga aku punya kamu
Selamanya
Aku milikmu
Takkan pernah lelah ku menunggu
Hingga punya kamu