banjir oo banjir oo banjir
rumah kita aku naik air yee yoo
aa air yee yooo
(lagu Harun Salim Bachik)
sudah tiga kali rumah ku dilanda banjir... dan ketiga-tiga kali tu lah aku tak penah merasai banjir
p/s van tu memang dah jahanam jadi tak kesah lah dia tenggelam pun
p/s gambar ihsan dari bang dan yang tinggal kat depan rumah.. since penghuni rumah aku semua dah berangkat awal lagi
aku yang bercadang nak balik ikut kak ti pada 3 november terpaksa menanggguhkan perjalanan sebab lebuhraya tutup, even lapangan terbang pun tutup
4 november, lepas mendapat berita air dah surut kitorang mengambil risiko untuk bergerak ke kedah walaupun lebuhraya ke jitra still tutup
lepas ambil adik kat uitm dan faroqi kat tol alor setar selatan kitorang bergerak ke alor setar, tak guna lebuh raya
sampai satu tempat, kitorang terpaksa meredah banjir
sangat tabah kereta wira ini mengangkut kitorang meredah air
kak ti dah siap baca doa takut kereta mati tengah jalan
luqman pun terkedu bila baru faham erti sebenar banjir
dia yang bising-bising sebelum tu terus diam dan siap suruh semua orang diam, tak leh cakap sikit pun
dia juga ikut baca doa seperti mama dia, tapi tiba-tiba boleh terselit ultraman dalam doa
katanya ultraman boleh tembak air bah tu
perjalanan yang sepatutnya sampai petang tu terlajak sampai ke malam
empat kali kereta wira tu kena redah banjir, nasib baik abang ipar aku pandai kawal
dah la siap jam dalam banjir lagi tuh
waktu tu kitorang seperti merentasi sungai yang luas dengan kereta
sekali tu kitorang dapat bau hangit-hangit... takut gila.. ditambah dengan melihat ada kereta kat belakang yang dah berasap-asap
sampai jitra terus ke rumah kakak tiri aku, kak doh... sebab rumah masih tidak dapat diduduki
ramai kot yang berkumpul kat rumah kak doh
dari yang tua sampai ke dewasa, sampai ke remaja sampai ke kanak-kanak sampai ke yang masih dalam perut!
seronok bila berkumpul ramai-ramai, bercerita, bergelak ketawa
tak ingat langsung pasal rumah yang kena kemas esok
makan nasik dengan ikan pekasam saja pun boleh tambah berkali-kali
ramai kot yang berkumpul kat rumah kak doh
dari yang tua sampai ke dewasa, sampai ke remaja sampai ke kanak-kanak sampai ke yang masih dalam perut!
seronok bila berkumpul ramai-ramai, bercerita, bergelak ketawa
tak ingat langsung pasal rumah yang kena kemas esok
makan nasik dengan ikan pekasam saja pun boleh tambah berkali-kali
sawah pun sudah bertukar menjadi laut
ikan dari peti bukan dari laut
esoknya 5 november kitorang bergerak kerumah dengan misi mengemas
banjir sebelum ni perabot-perabot yang masih boleh digunakan sikit-sikit tu kitorang masih pertahankan tapi kali li dah teruk sangat dah.. jadi banyak yang dibuang
lepas ni tak dak perabot la kat rumah aku
nak beli perabot jati baru pun tak dak duit
anak ular yang aku jumpa semasa kemas rumah.. perkara biasa selepas banjir,
masa tu aku tengan nak ambil pakaian yang terkena lumpur kat lantai... sekali ada benda bergerak, terus tarik balik tangan
lepas daripada tu dah tak berani nak ambil barang-barang guna tangan, cari kayu dan duduk di kedudukan setengah meter dari tempat yang merbahaya
lani kat uia dah, ikutkan hati tak mau balik mai sini tapi nak buat macam mana kena ambil exam
rumah belum siap kemas
nanti aku sambung tolong kemas 14 haribulan insyaAllah
p/s seronok bila bersama-sama keluarga yang faham aku... bila aku marah, bila aku tak marah, bila aku gembira, bila aku sedih


0 comments :
Post a Comment