satu hari aku masuk kelas tingkatan 4 abu bakar untuk jaga mereka waktu exam. waktu tu exam subjek tauhid. seorang budak tanyakan maksud satu perkataan arab, aku jawab 'cikgu tak tau la, cikgu tak belajaq arab dulu'. kemuadian seorang lagi budak tanya, 'cikgu ambik course apa dulu?'. aku jawab 'kejuruteraan', budak di depan aku kata 'amik kejuruteraan tapi jadi keguruan. hehehe'
satu hari seorang rakan yang juga se warden asrama kata, 'kenapa dulu tak ambik maktab. sebab keputusan spm bagus jugak tu?', aku jawab 'dulu tak mau jadi cikgu'.
dulu2 masa darjah2 memang cita-cita cikgu tapi masuk sek menengah dah tak mau jadi cikgu, masuk uni berangan-angan nak dapat 'ir'--'ir bahiyah'. tapi study main-main sudahnya grad dengan cgpa yang tak memberangsangkan. masa praktikal aku sudah mula tak menyukai bidang engineering. akhirnya bidang keguruan juga yang rasanya paling sesuai walaupun dikomen suara aku pelahan. sakit tekak menjerit-jerit di dalam kelas.
sungguh aku tak tahu bidang apa yang terbaik untuk aku, tapi setakat ini aku rasakan perancangan Allah itu adalah yang terbaik.
marking kertas exam pelajar-pelajar, aku sedar, mereka bukanlah dari golongan yang cerdik-cerdik tapi aku rasa sayang sekali dengan mereka.mereka golongan terpinggir, mereka perlukan guru untuk membimbing mereka, mereka berhak untuk mendapatkan ilmu.
aku bukanlah bagus mana, nak menyampaikan ilmu pun tak tahu caranya, tidak pernah mengikuti kursus keguruan, cuma mahu menyampaikan secebis ilmu yang aku ada.
##################################################