Pages

Sunday, December 25, 2011

masa tak terurus

assalamulaikum

nasihat dr. Meftah
sebagai Muslim semestinya kita tahu akan soal menguruskan masa. solat kita perlu jaga masanya. puasa pada bulan ramadhan. haji dan umrah juga ditetapkan waktunya. jadi seharusnya kita juga peka dengan masa untuk menyiapkan assignment, belajar untuk quiz, siapkan project...

tapi malangnya kita selalu lupa... (aku!!)

secara jujur aku selalu buatkan jadual supaya masa aku nampak terurus... tapi aku juga pandai dalam mengubah suai jadual aku.. dan akhirnya aku jadi tak terurus.

minggu lepas agak sibuk... untuk mengingatkan aku kerja-kerja yang perlu disiapkan, aku tulis notes dekat handphone... dan notes itu tidak muat untuk handphone aku... tepaksa memendakkan perkataan aku....

empat project, empat presentation, empat report, buat aku tak tidur malam... tapi bila satu-persatu kerja selesai rasa lega

akibat masa yang tak terurus

nasib baik groupmates semua bagus-bagus
vsad: nasib baik ada kak saba
management : nasib baik ada bro muzz
styling: nasib baik ada sis nadia
eop: nasib baik ada semuanya... walaupun diorang selalu nak berjumpa n discuss.. itu bagus senaqnya.. eop paling terurus

(kepada nama yang tidak disebut, terima kaseh juga buat anda)........keh!(perasan semua org baca)

somehow rasa aku belum cukup bagi yang terbaik but still rasa diri paling terbaik

owh! presentation styling... aku buat slide n aku hilangkan slide... perkara yang tak patut aku buat... but sir Waleed sangat bagus... seems like we didn't even gave a presentation... tapi sir sudah berjanji... no one will fail... itu buat aku senyum


p/s kat rumah kak ti... siapkan report sampai subuh... now it's already subuh... solat then tidoq! ^__^

sila urus masa kamu bahiyah!!

Tuesday, December 13, 2011

seperti slideshow

assalamulaikum..

bilamana kesusahan mendatang
seperti slideshow
semuanya terlihat didepan mata
segala amal buruk yang dilakukan

dikala hati senang
natijah perbuatan diabaikan
kerana keinginan yang mendalam
memenuhi kepuasan yang sementara

setiap kata-kata dibalikkan semula
walau telinga itu lebih dekat dengan mulut yang berbicara
namun hatinya jauh
mengharapkan hati lain yang menerima
hati sendiri tak diepedulikan


p/s berusahalah kita pastikan slideshow amalam kita cantek-cantek belaka kelak

Friday, December 2, 2011

sendiri buat sendiri tanggung

assalamualaikum...

setiap apa yang kita buat ketika ini, hasilnya akan dirasa pada masa depan
our future relies on what we do right now

malam, sebelum tutup mata, fikir apa yang akan aku buat esok, apa yang akan aku buat bila dah grad.
sangat banyak sampaikan rasa nak hentak-hentak kaki kat tilam sebab rasa tak mampu buat... =(
tapi masih... ada masa berlango-lango...  =(

sedar diri buat salah
jadi aku bersedia terima padah
moga saat itu aku tabah
menahan diri dari rebah

antara dua jalan. yang lurus dan yang berliku. selalu aku pilih jalan berliku.untuk mencabar diri dan membuktikan yang aku mampu.
namun. selalu timbul rasa menyesal... adakah aku ambil tindakan yang bodoh?
selalu juga aku ingatkan. tak ada istilah tindakan yang bodoh. sebodoh mana pun tindakan itu. lagi bodoh kalau terus merungut dan menyerah.

cukuplah dengan berusaha sehabis mampu untuk mendapatkan yang terbaik. akibatnya terima dengan hati terbuka.
kalau kurang usahanya... maka siapa lagi yang mahu disalahkan?

senangnya bila diluahkan dengan kata-kata =(

p/s novel baru Ramlee Awang Murshid dah keluar!!!.. fiksyen 302. boleh dapatkan di fiesta buku karangkraf hari ahad 4 dec dekat pejabat kumpulan media karangkraf, shah alam....(iklan).... aku tunggu keluar kat kedai nnt lah... kna siap2 duit rm20...=)



Sunday, November 27, 2011

logik kah?

assalamulaikum..

suatu hari di pusat matrikulasi, kira-kira lebih lima tahun lepas, di perpustakaan. memang dulu selalu pergi perpustakaan untuk tengok discovery channel. ada satu episod dimana seorang pengkaji meneroka hutan dan terjumpa sejenis bunga. bunga itu unik sebab ada satu lorong kecil dan nectarnya terletak dihujung lorong.
pengkaji tu assume akan ada sejenis rama-rama yang mempunyai mulut (tak pasti apa panggilan yg sesuai) yang panjang untuk menyedut nectar bunga tu.
pengkaji tu tunggu semalaman bersama recorder untuk melihat rama-rama tu.

aku yang melihat:
mana mungkin ada rama-rama macam tu. saat tu sangat yakin tak kan ada rama-rama macam tu. sangat yakin bahawa penantian pengkaji itu sia-sia. tak logik untuk rama-rama menpunyai mulut yang panjang, macam mana dia nak terbang dengan mulut macam tu.

selepas penantian.... rama-rama tu sampai. rama-rama tu mengeluarkan gulungan mulutnya.(macam mana ek nak describe)  . seperti straw yang kita gulung, macam tu lah rama-rama tu simpan mulut dia yang panjang tu. bila dia nak sedut nectar bunga tu dia keluarkan gulungan mulut dia. 

sangat menakjubkan... sejak hari tu... tak lagi aku sangsi dengan apa-apa pun.

mana mungkin yang lembik dapat mengalahkan yang perkasa
mana mungkin yang miskin dapat mendahului yang kaya

kadang-kadang kita tak boleh tafsir sesuatu kejadian berdasarkan logik. itu yang aku belajar. kita mungkin anggap perkara itu tak logik. tapi sebenarnya apa-apa pun boleh terjadi denga kuasa Allah.

jadi dimana kita letak kepercayaan kita? 
kalau kita berpegang pada agama Allah kita percaya akan semua asma' ul-husna Nya
tak kan ada yang mustahil

mungkin nampak gayanya seseorag itu akan gagal. tapi jangan sesekali putus harapan sebab segalanya mungkin.


" a belief is not merely an idea the mind possesses , it is the idea that possesses the mind"
Robert Bolton


mana mungkin kita yang sihat akan mati esok hari.... fikir balik
mungkin juga kita mati hari ini

p/s jumaat malam..mengembara ke pusat Islam.... tengok solehah....live... bergambar dengan Irma Hasmie...hehe^___^

Monday, November 21, 2011

watak kita

watak :hafiz
(lagu:Aidit Alfian, lirik: Ad Samad)


Tangan di kocek
Jalan menyenget
Mata ke bumi
Hati ke langit
Sabar Menanti
Peluang Datang
Begitulah

Selepas hujan
Nantikan nyaman
sesudah ribut
Pastikan tenang
Setelah sukar
Juakan Senang
Lumrahnya

Mundar mandir
Congak resolusi
Kemana haluan hidup ini
Terus tercari-cari

Tak esok atau lusa
Malah jua
Mungkin bila-bila
Hidup berubah
Namun kini
Kala ini
Watak sebegini
Ku perlakonkan

Tangan di dagu
Duduk termangu
Kopi secawan
Tidak karuan
Sehari lagi
Ia berlalu
Begitulah.

Lambungkan syiling
Pilih antara
Kepala bunga
Betul dan salah
Menang dan kalah
Bukan berakhir
Segala

*************************************************************************
perlu usaha untuk hidup
jangan cuma tunggu dan tunggu
berhenti dari jadi MALAS

dalam hidup..
gagal itu perlu ada 
susah itu perlu ada 
namun bukan selamanya
selagi mahu berusaha

tak aku tahu
siapa aku pada masa depan
tidak aku pasti
dengan apa yang aku ingin
namun aku terus melakonkan AKU
seiring kehendak pengarah
Allah, tuhan segala sekalian alam


 “Jadilah dirimu sendiri. Dirimu didefinisikan oleh apa agamamu. Jadilah kamu mengikut ajaran agamamu. Itulah dirimu.”
(sumber


p/s JANGAN MALAS!!!

Laziness is a disease that if not cured will eat away at your success in this life and the hereafter.
source: Abdulbary



p/s Luqman dapat anugerah sahsiah terbaik di taski




aku nak hidup seorang diri tapi tak boleh... itulah hidup, perlu muamalah

Monday, November 14, 2011

secebis dari naskhah pengembaraan

assalamualaikum..

tajuk macam hebat...

hari sabtu lepas-lepas... sebelum raya haji... p ke pudu dengan harapan, " tiket balik musti ada punya lah... slalu ada jaa"

dari satu kaunter ke satu kaunter yang lain...

"tiket ke jitra ada?"

orang kaunter : *geleng*

control...i'll never freak out...*senyum*

dengar suara melaung-laung "alor setar!, kangar!,"

aku tak berapa suka dengan orang promote terlebih nih tapi p jugak la kaunter tu

"tiket p jitra ada?"
"ada2" then dia bagitaw kawan dia "jitra satu!"

aku tanya: "brapa?"

dia: "55 rgt"

aku: "ALLAH!!!"
then aku berlalu pergi

aku punya la ikat perut makan meggi ngan roti sebab nak simpan rm 43 tuk beli tiket... skali dia bagitaw rm55... memang tak termampu lah....

harapan hilang... aku duduk.. mengharap rezeki

mengadu kat kak pah.... lambat pulak dia reply.... kredit pun tinggal sen2

dengan harapan... jalan lagi... mengharap rezeki.... jumpa satu kaunter... ada tiket ke alor setar... pukul 12mlm... rm 39... amik saja...

kak pah telefon tnya mcam2 ..aku ngeyau tanpa kesahkan org yang tengok..

ada lebih kurang 11 jam lagi sblm bas bertolak... sempat balik uia dulu then lepas isyak balik ke pudu balik
ikutkan tak mau blk uia tp ada brg tinggal pulak.... itulah hikmahnya dapat tiket lambat

akhirnya awal pagi raya aku sampai rumah... Alhamdulillah

itulah tu pengembaraan aku sabtu lepas-lepas

sepanjang hari tu macam-macam jadi... dalam hati aku cakap " apsal semua ni jadi macam ni?... pasai apa semua orang mengecewakan aku"  ( bila dah penat memang akan emotional).... then aku teringat kata-kata ustaz pasal aqidah... semua yang berlaku atas kehendak Allah... bukan salah orang lain.
waktu kelas aku bersungguh-sungguh yakin... memang semua yang berlaku atas kehendak Allah baik atau buruk... aku siap siniskan seorang student yg berdebat dengan ustaz bila ustaz tanya
"kalau ada orang bunuh family kita..siapa yang sebenarnya bunuh family kita"... 
student tu cakap "pembunuh tu lah"...
 then ustaz ckap "see.. kamu tak ada aqidah"
 aku senyum ninis sebab aku memang berpengang teguh bahawa itu semua kerja Allah

ustaz jugak ada cakap...." waktu senang kita mungkin akan mengaku apa yang berlaku itu kehendak Allah tapi bila ujian timpa diri kita sendiri... kita mungkin berfikiran sebaliknya"

itu yang jadi kat aku

ditimpa ujian sikit... akidah sudah goyah... menyalahkan orang lain tanpa menyedari itu semua kehendak Allah

itulah sebab iman kena di up to date kan setiap masa..... dan bila ditimpa kesusahan perlu sentiasa ingat setiap ucapan di waktu senang kita, ingat janji-janji di waktu bahagia kita

itulah sebabnya juga kita tak boleh percaya sangat janji-janji orang diwaktu-waktu senang and diwaktu-waktu bahagia.


******************************************************************
harini... sepanjang hari buat book review... kna hantar sblm pkul 12mlm ni... 
nampaknya adalah mustahil untuk siap sblm 12mlm nih... that's why aku membebel kt sini
nak cerita kat orang pun nanti diorang akan kata...." owh... ooooo....ish....emmmm"
( aku selalu bagi respond yang macam tu kat orang so aku budjet orang pun tak hengin dengaq cerita aku)

harini jugak aku just makan ketupat and serunding daging yang mak buat... puas!

sedang buat book review ni... ada part the development of fetus... nutfah, 'alaqah, mudghah, istiwa.
teringat kat syed mohsin syed hanapi... adik bongsu aku... lahir time aku darjah 4@ 5 kalau tak salah.... lahir tak cukup bulan...tinggi kira-kira sejengkal... jari-jari dah terbentuk... mata, hidung, mulut hampir lengkap... tak dapat bertahan dalam kandungan sebab mak ada tiroid.... balik dari sekolah bersama baju kuning (pengawas perpustakaan: aku slalu bangga dapt pakai baju kuning) aku nampak jenazah berbungkus kain kafan atas meja.... aku dah agak siapa... mak ada kt hospital.... kakak tiri aku datang n dia buka bungkusan kafan tu... dapat jugak aku menatap wajah adik bongsu aku tu... sangat kagum ciptaan Allah... korang tak kan dapat imagine bila tengok depan-depan.... adik aku Mohsin selamat dikebumikan di depan rumah.



p/s beberapa hari lepas rumah kak ti kat kajang dimasuki perompak, kamera dslr rm3800 kepunyaan sekolah dicuri, duit barang kemas pun dicuri.... kerja Allah, semoga ada rezeki lebih untuk kak ti di masa akan datang
(boleh tak luqman risaukan remote astro dia...haila budak tuuu)

Friday, November 4, 2011

bila si kecil mengajar

assalamulaikum..

situasi 1:

aku dan sarah nafisah, si kecil berumur 3 tahun(kalau tak salah... sory mak tam tak ingat umur sarah :( ... aku ajar dia baca buku ABC... ada banyak gambar...
aku tanya 'ni apa?'...
dia malu-malu...
aku cakap 'ni ayam'...
aku tanya lagi 'ni apa?'...
dengan laju dan semangat dia cakap 'kitab!!'....
aku...'betul la tu... buku dalam bahasa arab kitab'

dia selalu tengok ayah dia baca kitab sebab tu dia tafsirkan buku sebagai kitab... memang hakikatnya buku adalah kitab

situasi 2:

dalam kereta.... aku dan kak aku nampak biawak kat tepi jalan.... teruja nak ajar seorang budak bandar...

"luqman!!... tengok tu biawak!!"
luqman:
"ha?? mane??"
aku:
"tu ha kat tepi tiang tu..."
luqman:
"tu bukan biawak... tu dhab!!"
kitorang yang lain saling berpandangan....
"Ha???"
 luqman:
" tu dhab la... itu pun tak tahu"

balik rumah...

"mak!!!... biawak dalam bahasa arab  dot ka?"
mak:
"bukan dot!.. dhab"

*****************************************************

dulu belajar arab dari form 1 sampai form 3... hafal esei untuk jawab dalam PMR... end up dapat B.... balajar arab kat matric serius sangat senang dari PMR

bila dengar foreigner cakap arab.... macam best saja
tapi nak belajar macam susah saja....

betuah budak-budak sekarang... kecik-kecik dah belajar arab.... aku tadika pun 2 bulan.. belajar mengeja pun tak

insyaAllah kalau ada rezeki.... insyaAllah

p/s tadi tengok SOLEHAH.... sedih woooooooo..... Renny dapat jumpa suami dia, disaat-saat dia tengah sakit dalam masa sama pregnant.... *sedih*

p/s esok nak balik... belum beli tiket... mintak-mintak ada... kalau tak, beraya kat uia la.... TAK MAU!!!!

Thursday, October 13, 2011

weekend

assalamualaikum...

ada sejarah disebalik perkataan weekend bagi aku... dulu masa darjah enam.. time exam BI (aku bukan lah orang yang pandai BI)... dalam exam tu ada kena isi tempat kosong... ada perkataan weekend...dan aku sangatlah tak paham apa maksud weekend... lama aku tenung paper tu...then aku nampak bahawasanya, perkataan weekend itu adalah cantuman perkataan week dan end... baru paham... bangga jugak la time tu bila dapat find out sendiri maksud perkataan tu tanpa melihat kamus (aku tahu perkataan itu sangat senang untuk di fahamkan...tapi still bangga)

lepas tu mula la leraikan perkataan-perkataan yang lain untuk mendapatkan maksud
contoh:

another  = a not her  ????
together = to get her ???

kaedah ini tidak boleh digunakan untuk semua perkataan nampaknya....

bukan nak cakap pasal exam BI masa darjah enam dlu...tapi aku cerita pasal weekend lepas.
ok... kat uia ada pesta convokesyen... yang sepatutnya aku telibat sekali...sepatutnya..tapi takdirnya tak macam tu.

sirius black aku tak kesah pun dan aku tak sedih pun... yang penting test aku hari isnin..dan test ni dengan prof. Dr TM...iaitu lecturer yang scary dalam bab-bab memberi markah...so, rancangan aku.. dok dalam bilik dan study.

tapi...
hari sabtu pukul 12 dah menuju ke CAC... bergambar dengan kawan kepada kawan... ok fine... aku tak kesah sangat sebab semuanya aku tak kenal... then jumpa dengan geng-geng engine yang nak berfotoshoot (ijan,kak yati,syafikah) bergambar lah lagi..sekali piah dan fie.... sakan berfotoshoot, padahal bukan grad lagi pun... ok tak pa aku tak kesah pun... aku lagi suka bergambar

petang jumpa kak ili yang dah dapat master....sekali jumpa family dari sabah.

hari ahad pukul 12 keluar lagi ke CAC... jumpa saidah... ok hari ahad ni terasa jugak la sedih tu...
dalam perjalanan nak jumpa saidah tu bertembung la dengan budak-budak engine... tu yang masalah tuh
sedaya-upaya buat-buat tak nampak.... ok itu sikap yang buruk!
lepas jumpa saidah dan bergambar... terus balik.

yang bestnya:
masa jumpa mama dan papa dari sabah. papa cakap:
"tahun depan kak pah pulak. papa dah tak larat tunggu dah"

ok

masa jumpa saidah. umi dia berkali-kali kata:
"tak apa... tahun depan sharifah pulak kan"

p/s umi saidah sangat comel... dapat detect gaya dia cakap macam orang cina

ok

dalam dok jalan-jalan sambil tengok orang berconvo. aku kata:
"tak pa.. tahun depan mak ayah aku semua mai sini pulak"

ok... diam... aku tersasul... betulkan ayat:

"tak pa... tahun depan mak aku dan semua adik-beradik aku mai sini pulak"


*******************************************************************
part yang paling best dalam pesta convo:
bila lihat muka-muka gembira dan bangga ibu dan ayah
bila ibu dan ayah dapat cakap:
"itu anak saya yang naik pentas tu"

sudah dua kali aku masuk dewan convo dengan mak... dan aku dapat lihat betapa mak gembira tengok anak dia naik pentas 
tahun depan aku nak mak aku tengok aku naik pentas!!

***********************************************************************
aku tak sangka aku boleh tersasul
sudah 4 tahun lebih
tapi rasanya berapa lama pun masa berlalu
tetap akan ada rasa kosong bila 
tak ada orang yang penting dengan kita pada saat-saat penting buat kita

rasa kosong bila kena isi borang yang kita kena masukkan maklumat ibu bapa
(beberapa bulan lepas abah meninggal aku kena isi borang yang macam tu... dan apa yang aku buat?... aku call kak aku sebab tak taw nak isi apa)

rasa kosong bila orang tanya:
"mak ayah sihat?"
"mak ayah kerja apa?"

p/s tak pernah berhenti rindu dengan abah

*******************************************************************
petang ahad:
anak-anak menakan datang dari kedah
(anak-anak menakan aku ni dah besar panjang)
katanya nak melawat kawan yang grad
sambil tu singgah jumpa aku
had a good time walaupun sekejap

p/s ada jugak sebahagian family yang datang pada hari sepatutnya convo aku...heheh


Sunday, October 2, 2011

unspoken words

unspoken words
I leave them unspoken
I leave them within me

no point to speak it out loud
if I didn't apply it myself
after all..
it is all about my action
not my words


sangat betul kata-kata kak Ili

dalam Harry Potter and The Sorcerers Stone
ada part Harry jumpa Mirror of Erised
it shows us nothing more or less
than the deepest and most desperate desires of our hearts
and the happiest man on earth
would look in the mirror
and see only himself
exactly as he is
(Dumbledore)
but still
we can have dreams
and run for it
just don't lose our self

we may lose everything
we may own nothing
but as long as we are still breathing
we have faith
there will be hope
there will be happiness
always

"Hidup dengan syahadah"

p/s suka bila tengah risau dengan masalah... family tanyakan khabar... macam ada telepati

unspoken words ~~~ itu title tumblr aku.... honestly rasanya semua patut try... yang penting follow orang yang betul

I don't want to be a serious person!! i just want to be a simple person with a simple need!!... why am i becoming serioussssssssssssss.... and saddddddd.......i am not meeeeeee~~~ (that's what i thought)

Friday, September 16, 2011

buat aku senyum




"beat your emotion and settle things up"


aku suka:

"masa tu aku memang bengong gila, otak aku pun pening aku tak tau nak buat apa"

-aku pun rasa macam tu-

thanks to him and Him

p/s siapkan report...tak mo jadi macam Matluthfi..hehe

Thursday, September 15, 2011

kecelaruan

saat ini....
jalan aku terbantut
aku tak tahu...
yang aku buat betul atau salah
aku tak tahu..
yang aku buat baik untuk aku atau tak
aku tak tahu
adakah aku benar-benar mahu ini
atau aku sekadar ikutkan sangat dengan hati
aku tak tahu...
apa yang patut aku buat
sama ada aku teruskan..
atau aku berhenti...

aku tahu
apa yang aku buat sangat berisiko
aku tahu 
jalan itu sangat susah
aku tahu
aku mungkin akhirnya akan menyesal sendiri

tapi aku tak pernah berusaha sekeras ini
dalam aku menangis kenangkan halangan yang bertimpa-timpa
aku senyum mengenangkan betapa aku telah berusaha
sampaikan sesuatu yang aku rasa tak mungkin aku lakukan 
aku lakukan dengan tidak berkira-kira

perlukah aku berhenti??

aku akan tetap berusaha 
sampai tiba satu saat dimana semuanya bukan dalam kawalan aku
walaupun aku tahu ia berisiko
tapi aku tak tahu apa yang ditetapkan untuk aku
mungkin Allah mahu aku lebihkan sedikit lagi usaha

tapi jika itu bukan untuk aku...
ikhlas dan redho
setelah dicurahkan sepenuh usaha 

harapan aku menggunung tinggi
dosa aku seluas lautan
aku yang tak ada kuasa
aku yang selalu lupa

p/s jangan tanya aku kenapa.... tak perlu tahu, tak perlu faham... aku cuma mohon doa

kita patut berhenti menangis kerana satu kesukaran sebab kita tahu Allah sentiasa tetapkan yang terbaik untuk kita

Wednesday, September 14, 2011

cerita berdasarkan gambar

saffiyya dan baju rayanya.... beberapa hari balik lepas praktikal, dia baru boleh merangkak... bukan main lagi... tak mo orang pengang dah.. nak merangkak saja dia


pak cik min (adik aku) dan saffiyya 

pak cik min bermain dengan anak menakan dia

amin yang poket penuh... hari raya.. dia datang salam aku dan bagi duit raya...  ^__^.... aku tak dak bagi dia apa-apa pun... sebelum tu dia siap bagi sampul duit raya yang berisi duit raya kat mak suruh mak bagi kat budak-budak yang datang beraya....mungkin dia dah dapat mesej yang dia kena ganti abah...bangga

sekarang tak yah susah-susah... mak suruh dia beli apa-apa tak yah kirim duit... dia ada duit sendiri

dia aku jadikan garis panduan... dia dah besar.. dah boleh berdikari... dah boleh diharap... jadi aku sebagai kakak sepatutnya jadi lebih baik sebagai seorang kakak

ini adalah muka saffiyya bila dia geram dengan sesuatu.... mana dia blajaq aku pun tak taw
masa ni dia tengah geram dengan kasut dia.... dipicit-picit dan  masukkan dalam mulut



berehat sebentar lepas penat merangkak
kat rumah tok su..kenduri kawen
jumpa cikgu salmah merangkap mak long merangkap insan yang membuatkan aku minat math
dari selalu dapat C terus naik dapat A



hari raya ke-2 ikut kak ti jalan-jalan penang... first time naik feri
(ok.. penang tak la jauh mana tapi memang ni first time naik feri)

*poyo kah muka aku dan adik aku?...haha!! abaikan*

kat padang kota lama... abaikan adik aku... focus kepada luqman
lihat betapa luqman berusaha buat peace dan muka cute... ^__^... mana dia belajaq aku tak taw lah... mak-mak menakan dia mana ada buat perangai macam tu pun

raya ke-3.. jalan-jalan ke wang kelian... 
jalan pi sana, mak aiiiii....kona kiri, kona kanan, naik bukit lagi... tobat tak pi dah... mak dengan kak ti siap baca doa tak berenti-renti...luqman pulak marah mama dia baca doa sebab buatkan dia takut...

pi sana semata-mata nak beli teddy bear untuk luqman
+
mak teringin nak pi sana... tengok periuk belanga

hello kitty untuk saffiyya



kawan baru luqman untuk main lawan-lawan
lega... sebab tak payah main lawan-lawan dengan dia dah..haha!!


....lastly...


ni la muka saffiyyah bila dia dok diam tengok 'indahnya iman' kat astro oasis
satu-satu cara nak bagi dia dok diam.. buka 'indahnya iman'

p/s hajat di hati nak beli kamera bila dapat gaji... tak kesampaian...

aku patut beralih arah dan berusaha siapkan report eit yang tak nampak jalan lagi ni....contoh report pulak terlekat kat laptop kak aku kat jitra nun!! adoi!!!

Saturday, August 27, 2011

terbalik

assalamualaikum...

tengok solat teraweh dari mekah..
lihat lautan manusia..
lebih-lebih di akhir-akhir ramadan..

dengar cerita mereka yang pernah beraya di negara arab
suasana di sana ketika ramadhan meriah
masuk satu syawal
semua kemeriahan hilang

dekat sini..
yang solat di masjid semakin berkurang
pusat-pusat membeli-belah penuh sesak
persiapan raya dibuat dari sebelum ramadhan lagi
puasa sekadar syarat untuk beraya
kata orang "tak puasa tak boleh raya"

mungkin aku tak perlu cakap lagi
semua tahu fenomena ni
tapi sakadar tahu

aku orang melayu
aku orang malaysia
aku berada jauh dari mekah
aku berada jauh dari tempat tinggalan Rasulullah
tapi...
ia tak patut menjadikan aku jauh dari Allah
jauh dari Rasullullah
jauh dari tuntutan agama

macam mana mahu mangubah suasana di sini?

p/s ramai yang dah balik kampung untuk beraya... ramai yang sudah mengucapkan selamat hari raya... tapi ramadhan belum habis lagi

senang cakap tapi susah nak buat


Friday, August 26, 2011

sumber pahala seorang wanita



“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya” -(riwayat Al Bazzar)

" Sesiapa saja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya redha terhadap pemergiannya, maka ia akan masuk syurga." (Riwayat Imam Tirmidzi)



ya! aku sedar
tapi..
ia bukan alasan untuk menidakkan hak seorang isteri
jangan sekali-kali meletakkan  isteri sebagai hamba suami
jangan sesekali meletakkan diri sebagai hamba kepada cinta

dan lelaki
jangan cuba menggunakan ayat "syurga isteri dibawah tapak kaki suami" sewenangnya
seorang suami tetap tidak mempunyai hak meminta isteri menentang hukum Allah
seorang suami tetap tidak mempunyai hak untuk memudaratkan hidup isterinya

aku lihat depan mata aku
wanita sering kali jadi buta
senang meyerahkan segalanya kerana lelaki
agama tergadai
keluarga dipinggir
hanya kerana lelaki

tolong ingatkan aku
aku tak pernah merasainya
aku takut jadi seperti apa yang aku lihat
aku tak mahu jadi buta kerana cinta
 mahu jadi wanita yang tak bergantung hidup dengan lelaki

emosi???
boleh kata aku bencikan lelaki
sebab jauh dalam sudut hati aku benci lelaki
aku benci lelaki yang mengkucar-kacirkan hidup seorang wanita
aku benci dengan sikap wanita yang seperti lelaki adalah sagalanya yang diperlukan didunia
bukan menolak fitrah
tapi menolak sikap keinginan yang terlampau

cuma mahu minta tolong ingatkan aku jika aku jadi seperti apa yang aku benci


Friday, August 19, 2011

jangan hidup dalam kubur

kadang hati rasa kecewa
kadang hati rasa tak adil
kadang hati rasa menyampah
kadang hati rasa nak marah


silapnya aku 
terlalu ikutkan hati
hati yang susah dikawal


 “Kalau Kami turunkan Al-Quran ini keatas bukit, nescaya engkau akan melihatnya tunduk dan pecah kerana takut kepada Allah. Demikian perumpamaan Kami berikan kepada manusia supaya mereka berfikir” (Al-Quran).


kerasnya hati manusia yang tidak tersentuh dengan kalam Allah


                                  Dan tidaklah sama orang buta dengan orang yang melihat.
Dan tidaklah sama gelap-gelita dengan cahaya yang terang-benderang.
Dan tidaklah sama suasana yang teduh dengan yang kencang panasnya. 
Dan (Demikianlah pula) tidaklah sama orang-orang yang hidup dengan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah, (menurut undang-undang peraturanNya), dapat menjadikan sesiapa yang dikehendakinya mendengar (ajaran-ajaran Kitab Allah serta menerimanya), dan (engkau wahai Muhammad) tidak dapat menjadikan orang-orang yang di dalam kubur mendengar (dan menerimanya). 
surah fathir  ayat19-22



Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan sebab pilihannya yang benar), maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah)?
az-zumar ayat 37-38

jangan terlalu ikutkan hati
jangan jadi seperti orang yang didalam kubur
orang yang tidak diberikan petunjuk
berusaha cari petunjuk
insyaAllah dapat petunjuk

Friday, August 12, 2011

minit-minit terakhir

assalamualaikum...

menjadi suatu kebiasaan bagi aku menangguh sesuatu kerja sampai ke minit-minit terakhir. dulu masa sekolah, sampaikan kena bangun 3 atau 4 pagi sebab nak siapkan buku nota yang cikgu nak tengok hari tu, padahal hari-hari sebelum tu tak ambil kesah pun pasal buku nota.

salah satu sebab musabab prestasi sangat teruk sekarang ni. last minutes study. sekarang baru sedar batapa carry marks itu sangat penting. kalau dulu kat sekolah periksa akhir tahun yang sangat penting, ujian dan ujian pertengahan tak begitu penting since keputusan tak masuk dalam buku record jadi hanya berhempas pulas untuk periksa akhir tahun. tapi sekarang quiz, assignment,midterm exam, semua tuh masuk dalam carry marks. jadi sepatutnya berhempas pulas dari awal tapi malangnya aku seorang yang suka buat kerja pada minit-minit terakhir.

ok... aku dah sedar... letak tepi sat

apa yang nak dikatakan sekarang ni, macam mana dengan amal ibadah kita? bekalan untuk ke akhirat?
nak buat last minutes jugak kah??

kalau dalam bab study kita ada duedate.... kalau last minutes pun sekurang-kurangnya kita tahu datelinenya

tapi dalam soal hidup mati ni, tahu duedate??

sepanjang berteraweh dalam 12 ramadhan ni... habis saja rakaat yang ke-8 semua anak muda keluar surau. tinggal lah semua warga tua yang ada sesetengahnya dah tak larat nak bangun, sakit kaki, sakit lutut, tapi masih berusaha lengkapkan 20 rakaat. mungkin fenomena ni berlaku cuma kat kampung aku yang kecik ni. itu aku tak berapa pasti. mungkin semua yang muda ada kerja yang nak diselesaikan. andaikan macam tu saja la.

kenapa ramai yang muda yang tak bersungguh-sungguh buat ibadah?
kalau merujuk kepada diri aku yang sama dengan kebanyakkan orang muda... tak begitu bersungguh-sungguh buat ibadah... jawapan aku

sebab tak rasa macam nak mati

yang muda sihat, cergas... jadi susah nak ingat pasal mati.
kalau dalam drama kita dapat lihat, kalau watak tu ada perubahan sikit, kita akan cakap "ni mesti nak mati ni"
jadi adakah kalau kita nak mati kita akan rasa sesuatu yang pelik?
dan adakah bila kita rasa sesuatu yang pelik kita akan baru ingat pasal mati?
pastikah akan jadi macam tu?

MATI: suatu perkara yang kita tahu ia akan sampai tapi tak sedar ia akan sampai.TAK ALERT!!

teringat dulu waktu luqman demam. tiba-tiba dia bagitaw mak dia: "man nak sembahyang". semua terkejut..budak 4 tahun tiba-tiba nak sembahyang... kakak aku dah mula menangis. tapi sampai sekarang luqman sihat walafiat. =)

jangan ingat kita mampu buat amal ibadah dalam minit-minit terakhir sebab kita sendiri tak tahu bila minit-minit terakhir itu

p/s kumpul 'carry marks' banyak-banyak

Thursday, August 4, 2011

ini cerita aku

assalamualaikum...

sebelum balik jitra, singgah rumah kakak kat kajang sebab kena teman dia since abg ipar pergi kelantan... kena melayan kerenah luqman... adoihaiii!!! tak terlayan lah

hari sabtu aku kena tengokkan luqman sebab kak ti ada kelas tambahan.... jenuh jugak la nak pedo dia.. sat2 nak tengok upin ipin, sat2 nak tgok ultraman, nak makan, panjat kabinet, panjat meja..mentang-mentang lah dia tu kecik, semua celah dia nak masuk... tapi at the end, aku sedar yang dia just nak perhatian

budak-budak dalam lingkungan 4-6 tahun memang active terlampau kot... macam dalam cerita 'nanny 911'... tapi tu la tu, cabaran jadi parents...banyak kena sabar... sebab dipenghujung nanti insyaAllah ada reward

p/s petang sabtu berangkat pulang ke jitra, naik bas kt puduraya ----> fuuyyooo!!! puduraya dah serupa airport

sampai rumah nampak tanah merah sudah membukit kat depan... (aku tahu job aku lepas ni kena angkut tanah)

yup!! straight away, petang ahad terus kena angkut tanah....

p/s really admire mak aku punya spirit, walaupun nampak macam tak larat tapi sangat gigih...sikit-skit lama-lama jadi bukit... aku tak boleh kalah!!

30  julai... berangkat ke megat dewa... rumah tok
khatam quran ramai-ramai dengan mak lang, mak jang, mak teh, mak ndak dan sepupu-sepapat...
best kumpul ramai-ramai... best makan ramai-ramai... pendek kata best lah!!
lepas tu melawat kubur tok, tok wan dan pak cik
merempit... satu moto 3 orang(2 dewasa 1 kanak-kanak)... tapi time balik merempit satu moto 4 orang (2 dewasa 2 kanak2)....haha!!...kerja gila...nasib baik jarak tak jauh mana... dan nasib baik tak jatuh bendang

hari ni dah nak masuk hari keempat puasa.... kat rumah... setelah sekian lama
puas hati sebab dapat makan sama-sama family... kalau nak diikutkan, sangat susah nak makan dengan abang dan adik aku sebab masing-masing buat hal masing-masing... tapi sekarang dapat sahur dan iftar sekali
best jugak sebab dapat sediakan juadah untuk family... sebelum ni mak dan kakak-kakak yang selalu buat

taraweh dekat surau kampung... banyak cerita kat surau tu.... dulu-dulu ramai yang teraweh kat situ tapi sekarang dah kurang..
dulu-dulu selalu solat jemaah kat situ... bila habis solat salam dengan semua jemaah...gulung balik karpet
pernah kain sembahyang terlondeh dan dengan blur aku tengok kain tu dan tengok kak kat sebelah, dengan harapan nak dapatkan kepastian sama ada solat aku sah atau tak... last2 masing-masing tergelak... batal sembahyang.
beli keropok kat kedai mak jerah dan makan ramai-ramai dengan kawan sementara tunggu waktu isyak
tolong angkat juadah bila ada kenduri, sambil jeling-jeling kat bahagian lelaki...haha!!... cerita dolu-dolu
dekat surau tu jugak aku mengaji al-quran dengan mak walau pada hakikatnya aku selalu ponteng... buat otai sebab ustazah yang mengajar mak sendiri....biasa la tu

harap-harap ramadhan kali ni jadi sangat BEST!! dan diBERKATi

p/s dua hari lepas ada seekor kucing tu rampas ikan yang tengah aku siang... tak puas hati!... berani-beraninya dia buat mcm tu dengan aku!!.... time tu tengah besiang ikan cencaru... jari luka sebab nak buang kulit ikan cencaru ni sangat susah... masa nak basuh luka, kucing tu rampas ikan kt depan aku...betul-betul depan aku... sangat tak puas hati!! dia tak penah buat perangai macam tu dengan aku sebelum ni (kucing adik la tu!!!)
mak kata.. " tu la lain kali tak payah beli ikan cencaru... kalau beli pun suruh diorang besiang"... bila tengok jari aku luka..haha!!...it's not a big deal la mak... jari luka itu perkara biasa... (aiseh!! padahal tak tahan sakit tiap kali nak buat ayaq asam)

that's  it!!! cerita aku... nak baca, baca, tak nak baca, sudah..... : )

****************************************************************************
untuk semua yang aku pinjam untuk punya

(aku punya kamu: Faizal Tahir)

Saat kau tersenyum
Saat itu kau memberi
Saat ku rasa bahagia

Selama ku tersenyum
Selama itu ku memberi
Selama yang kamu di sini

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Sesaat aku tiada
Saat itu yang ku rasa
Saat hidupku terlena

Selama yang kau ada
Selama itu ku rasa
Selama hidupku bahagia

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Selama yang pernah
Ku merasa belum ada rasa yang ku rasa ini
Fahamilah cinta ku lebih dari cinta
Tiada mungkin aku kan teruja
Andai bukan kamu yang di hadapan ku
Bisa ku buktikan pada kamu

Yang kamu hanyalah satu
Dan tak pernah lelah ku menunggumu
Hingga aku punya kamu
Selamanya
Aku milikmu
Takkan pernah lelah ku menunggu
Hingga punya kamu

Friday, July 22, 2011

cuma manusia

Pergilah sedih
Pergilah resah
Jauhkanlah aku dari
salah prasangka
Pergilah gundah
Jauhkan resah
Lihat segalanya lebih dekat
Dan ‘kubisa menilai lebih bijaksana
Mengapa bintang bersinar
Mengapa air mengalir
Mengapa dunia berputar
Lihat segalanya lebih dekat
Dan ‘kuakan mengerti
(lihatlah lebih dekat : sherina)
aku manusia
aku tak mampu hentikan masa
aku manusia
aku tak mampu kembalikan masa
aku manusia
aku tak mampu cepatkan masa

melangkah seiring dengan waktu
sambil tersenyum
tanpa penyesalan

aku manusia
aku bernafas dengan kehendakNya
aku berjalan dengan izinNya

bersyukur dengan apa yang ada

untuk semua yang aku lalui
untuk semua yang aku pelajari
untuk semua yang aku nikmati
Alhamdulillah

untuk semua kesilapan aku
untuk semua kealpaan aku
untuk semua kecuaian aku
Astagfirullah

mana mungkin aku dapat lalui hidup tanpa bantuan Allah
jadi tak perlu buang masa sedih sebab dunia

p/s sesungguhnya aku bukanlah sedang bersedih 

nota: dah selesai tengok harry potter!!! tengok online saja tak payah p wayang pun... 7 novel 8 filem. (Ramlee Awang Murshid just need to finish two more novel of laksamana sunan to compete with JK Rowling....hehh)

sebagai manusia aku sayang pada kamu

Monday, July 18, 2011

nothing..... really!!

assalamualaikum...

pertama-tama sekali... aku rasa keupayaan aku untuk buat ayat dah berkurang... lama tak menulis
(walaupun memang sebelum ni aku bantai saja tulis)

ok

aku dah completekan mission aku dalam alam berpraktikal (at last!!)..... walaupun report belum siap

hari last praktikal memang kelam kabut.. ditambah dengan kejadian yang memalukan....

aku jatuh kerusi!!!

senaqnya bukan jatuh tapi lebih kepada meranapkan kerusi
tapi keseluruhannya bukan salah aku
beberapa hari sebelum, zaidi zainal(zz) dah bagitaw yang dia dah patahkan kerusi tu... tapi aku dah terlupa dan kerusi tu masih cantik dikedudukannya walaupun ada satu trust yang dah patah
lepas tu aku duduk... gerak-gerak sikit.. kerusi tu macam dah goyah... then aku teringat apa yang zz dah bagitaw... tapi aku degil.. aku cakap 'xpa..boleh tahan lagi ni..'
lepas tu aku bersembang dengan fiza dan sampai satu saat aku nak cari kertas.. PANG!!! ... at that time aku jatuh... habeh kerusi tu... fiza gelak n angkat aku... kak Kuna datang tanya aku cedera tak... malu wehhh!!!
akibat malu.. aku lari kebelakang bersama fail-fail untuk siapkan kerja aku.... tak mau dah duduk situ... nasib baik hari last

disebabkan aku sangat kalut hari tu nak selesaikan kerja-kerja tertunggak aku... aku tak sempat jumpa semua orang pun..
letchumi... rik.. kak ida... kak salama...fiza...abg farid....kak kanmani..kak nages...kak menaga..kak megala...kak vani...kak kuna...kak alex....
*ralat*

semalam jumpa laila n rik.... lepas magrib baru dapat jumpa.... plan nak jumpa siang tapi  atas sebab tertentu  malam baru boleh jumpa.... laila dah risau nak biar aku balik sorg2... so dia hantar aku balik... kitorg merempit.....sampai bilik pkul 11 lebih... aku pulak risau laila merempit sorg2 malam2... nasib baik tak jadi apa-apa
(aku tak akan lupa)

p/s ok... ini tak penting buat kamu

mood: nak cerita tapi tak mau cerita

ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Alhamdulillah... terima kaseh untuk semuanya
aku jumpa macam-macam jenis orang
aku belajar kawal diri
aku belajar survive
(walaupun aku belum master lagi tapi aku belajar sikit2)



What am I to do with my life
(You will find it out don't worry)
How Am I supposed to know what's right?
(You just got to do it your way)

Monday, July 11, 2011

pendapat aku

assalamualaikum

ditujukan dengan soalan...
" kalau kita tak iklas pakai tudung, baik kita tak payah pakai kan?"

kalau tengok perempuan yang kejap pakai kejap bukak musti nanti ada suara-suara yang cakap "baik bukak terus"

ada pulak yang mempertikaikan fesyen tudung sekarang, katanya kebanyakan wanita zaman sekarang pakai tudung just sebab berfesyen...

pendapat aku:
daripada tak pakai langsung, baik pakai
daripada dok kutuk-kutuk orang... baik kita doakan

************************************
 ada yang cakap perhimpunan itu menyusahkan orang lain
orang yang join perhimpunan itu tak pikir panjang
perhimpunan itu menunjukan bahawa Malaysia ini tidak lagi aman

pendapat aku:
perhimpunan itu buka mata aku
perhimpunan itu menunjukkan betapa kuatnya rakyat Malaysia dalam menegakkan hak
mahukah kita hidup aman tapi ditindas 





p/s pendapat aku yang tak seberapa..... mungkin ada salahnya.. jadi betulkan aku

pendapat aku, hak aku

Monday, July 4, 2011

sebab sebuah kebetulan

assalamualaikum....

tidak dijadikan sesuatu itu untuk suka-suka

tidak dijadikan sesuatu perkara itu tanpa tujuannya

kebetulan...mungkin ada yang tak setuju diwujudkan perkataan ini sebab tak ada perkara yang berlaku atas sebab kebetulan

tapi aku tak nafikan adanya kebetulan

semua yang berlaku ada sebabnya.. tapi tak semua yang berlaku perlu dicari sebabnya

contoh: kebetulan hari ni aku pakai baju sama warna dengan jiran sebelah
-----> perlukah nak cari sebab  untuk kebetulan yang macam tu???

kadang-kadang kita tak perlu memberatkan fikiran dengan sebuah kebetulan... kadang-kadang kita tak perlu berusaha keras mencari sebab sebuah kebetulan... kadang-kadang kita patut biarkan kebetulan itu cuma kebetulan dan tidak membawa makna dalam hidup kita.. kebetulan itu mungkin berlaku atas sebab ingin menguji keutamaan kita...


p/s  beberapa hari ni aku rasa lucu bila banyak benda yang di'plan' tak jadi seperti yang di'plan'....perancangan Allah itu sangat cantik sekali... trust in Allah's perfect timing

p/s aku tak taw la hampa paham ka dak... tapi yang penting aku paham

ooouuuup!!!!



dengar lagu ni dalam cerita ketika cinta bertasbih edisi ramadhan... cari-cari tak jumpa sapa yang nyanyi... pastu lupa
hari ni tengok "kitab cinta".. ada jugak lagu ni...berusaha cari lagi sampai jumpa  (ho yeah!!)



i takes that as the coincidence that does not need to think about
(need to sort out my priorities)
bila la nak buleh lupa benda ni!!!

Sunday, June 19, 2011

terima kenyataan bukan menyerah kalah





"We Cry"

Together we cry
Together we cry

Jenny was a poor girl, living in a rich world
Named her baby hope when she was just 14
She was hoping for a better world for this little girl
But the apple doesn't fall too far from the tree
When she gets that call, Hope's too far gone
Her baby's on the way, with nothing left inside
Together We Cry

What about the John Play, could have gone the whole way
Lighting up the stage tryna get a deal
Now he's lighting up the wrong way, something for the pain
Man you wanna see this kid he was so fuckin' unreal
When he gets that call, he's too far gone
Can't get it together to sing one song
And they won't hear tonight the words of a lullaby

Together We Cry [X4]

Mary's ambition, she wants to be a politician
She's been dreaming about it since she was a girl
She thought, that she'd be the one who could change the world
Always tryna pave the way for women in a man's world
But life happened, house, kids, two cars, husband hits the jar,
Checks that don't go very far now
Now she ain't making changes, she keeps her mind on her wages
The only rattling cages are her own

Together We Cry [X4]

There's so much sad gonna flood the ocean
We're all in tears for a world that's broken

Together We Cry

There comes a time when every bird has to fly
At some point every rose has to die
It's hard to let your children go, leave home, where they go, who knows?
Gettin' drunk, gettin' stoned all alone
Teach a man to fish, feed a man for life
Show your kids the truth, and hope they never lie
Instead of reading in a letter that they've gone to something better
Bet you're sorry now, I won't be coming home tonight

I'm sick of looking for those heroes in the sky
To teach us how to fly
Together we cry, we cry, we cry

Together We Cry
Together We Cry

there's so much sad gonna flood the ocean
With all the tears from a world that's broken

Together We Cry [4x] 

we cry: the script

*******************************************************

tak semua yang kita inginkan jadi kenyataan
tak semua yang kita usahakan membuahkan hasil yang diharapkan
kadang-kadang semuanya hancur musnah
dan apa yang kita boleh lakukan...
terima kenyataan...

jangan ingat kita sudah faham erti hidup jika kita belum merasai kesusahan orang lain
keluar dari zon kita...kelompok kita
rasai penderitaan orang lain
fahami keadaan orang-orang yang tak senasib dengan kita

setiap orang punya perjuangan 


p/s motif sebenar: nak meng'express'kan kecintaan dengan the script....hahaha!!! (maybe sebab lagu-lagu depa banyak tentang heartbroken..hehehe)


oooouppppp!!!!   




sudah katam ranah 3 warna setelah sekian lama tertangguh.... banyak muka surat yang di lipat...sebab banyak kata-kata nasihat.... betapa jeles dengan penulis.... betapa kuat dia berusaha untuk mencapai apa yang dia citakan.


aku??? ----> let's not talk about it


surat dari kiai Rais 

anak-anakku...

akan tiba masanya ketika kamu dihadang badai dalam hidup. badai itu boleh jadi di luar diri kamu, boleh jadi badai di dalam diri kamu. hadapilah dengan tabah dan sabar, jangan lari. badai pasti kan berlalu.

anak-anakku...

badai paling dahsyat dalam sejarah manusia adalah badai jiwa, badai rohani, badai hati. inilah badai dalam perjalanan menemui dirimu yang sejati. inilah badai yang mampu membongkar dan menghempaskan iman,logik, kepercayaan diri dan tujuan hidup. akibat badai ini boleh jadi lebih hebat daripada badai fizikal. menangilah badai rohani dengan iman dan sabar, kamu akan menjinakkan dunia akhirat.

anak-anakku...

apabila badai datang. hadapilah dengan iman dan sabar. laut yang tenang adalah untuk dinikmati dan disyukuri. sebaliknya laut yang ribut adalah untuk ditakluki, bukan ditangisi. bukankah karakter pelaut handalan ditatah oleh badai yang silih berganti ketika melintas lautan tidak bertepi?

man jadda wajada = siapa yang berusaha akan beroleh kejayaan
man shabara zhafira = siapa yang bersabar akan beruntung

Tuesday, May 31, 2011

penyeri

".... merantaulah, kau akan mendapat pengganti kerabat dan kawan."
(Imam Syafie)

assalamualaikum....

Laila
pertama kali dia approach aku dia tanya.... "ketat tak seluar Laila? jawab jujur!"..... jadi dengan jujurnya aku jawablah... katanya dia niat nak pergi Mekah... niat nak jadi baik... dulu-dulu dia sangat jahat...
banyak yang dia ngadu kat aku... aku kadang-kadang tak taw nak bagi nasihat, setakat dengar saja... katanya sangat susah nak jadi baik... dia selalu terlepas cakap... jadi dia harap dapat jadi pendiam
mungkin dia tengok perwatakan aku lain skit dari kawan-kawan dia sebab tu dia banyak ngadu kat aku... aku sangat bangga dengan dia.... walaupun dia sekolah tak habis.. pernah buat jahat... tapi  dia iklas nak berubah...
bila tengok dia, rasanya aku ni tak ada apa-apa... mungkin dia nampak aku baik, tapi aku sendiri pun tak nampak aku seorang yang baik
Laila akan tetap dalam doa aku... aku sentiasa harap aku tak akan lupa dia
mula-mula aku panggil dia kakak... rupanya dia sebaya... betapa Laila kaut lebih banyak pengalaman

Letchumi
aku janji dengan dia aku akan tulis nama dia dalam diari aku since aku lupa nama kawan india aku yang dulu, dia risau aku akan lupa nama dia jugak..haha!
tua satu tahun... pernah tanya aku "apa pasal ha saya tengok diorang pakai tudung kecil2 tapi u pakai tudung besar?"...... soalan maut...aku tak dapat jawab...nasib baik kak Kanmani tegur dia.. aku tak paham lah apa dia tegur sebab diorang cakap india, tapi maybe dia tegur sebab letchumi tanya soalan pelik-pelik.
tiap kali dia tengok aku tak ada buat apa-apa musti dia akan mintak aku tolong dia... walaupun dah ditegur supervisor supaya tak buat kerja-kerja operator tapi... lantak ahhh... daripada tak buat apa-apa baik tolong diorang kan? kan? kan?
Letchumi.... mesra... tapi kadang-kadang aku tak paham apa dia cakap... sampaikan dia selalu tanya "U paham ka apa saya cakap" bila dia tengok muka aku blur

Amirul
budak lepas spm..haha... budak lagi budak ni... sangat budak... tengok pun taw dia anak bongsu... berkawan dengan Yusri... tapi perwatakan sangat berbeza... Amirul bercakap tak berhenti, Yusri diam... tapi kata Amirul... "Yusri bila kawan dengan Amirul dia pun ikut gempak macam Amirul"...haha!!... gempak.. tu la yang dia selalu puji diri dia.... 
seronok bila dengan Amirul ni... tak berhenti gelak aku... tapi kadang-kadang tah hapa-hapa dia cakap
bila ada india bercakap dia selalu akan translate... aku yang risau takut india tu akan marah dia... tapi slumber saja budak tu... orang marah pun dia boleh gelak-gelak... sampaikan orang yang marah pun tak jadi marah
pernah satu pagi dia datang lewat... time tu orang dah tengah meeting ramai-ramai sekali operator... sampai-sampai saja dia pegang kepala aku!!.. aduhai budak ni... terkejut jugak aku.... lepas dari tu kena tegur dengan umi... kata umi tak elok buat macam tu dengan kakak... dia balas "ala..Amirul dah terbiasa la.. selalu buat macam tu dengan kakak Amirul"...... dalam hati aku---->"taw la akak ni pendek!!!"
Amirul dan Yusri aku anggap macam anak menakan aku dah...harap diorang akan jadi orang yang berguna

Umi aka kak Ina
kadang-kadang aku panggil Umi kadang-kadang panggil akak... 
banyak cerita Umi.... dari cerita Umi aku teringat kan mak
dari cerita Umi.. aku boleh nampak sudut pandangan seorang ibu... susah payah seorang ibu... 
banyak nasihat dari Umi....
tapi kebelakangan ni Umi selalu tak sihat... tambah lagi Umi mengandung... dah 40 lebih pun... tapi tu la rezeki
nasihat Umi----> walaupun kita ni perempuan, tapi bila dah kawin tu jangan lah lupa langsung dengan mak ayah...... walaupun kita sendiri tak ada duit, tanya-tanya lah mak ayah, ada duit tak...setakat tanya pun dah cukup...kurang-kurang nampak yang kita ambil berat.----> tiap kali aku balik musti mak tanya ada duit ka tak... kak aku pun tanya.... jadi, reminder untuk aku----> selalu-selalu lah tanya diorang pulak nanti

******************************************
hari ni kena tegur dengan Laila sebab aku dah buat baju aku kotor...katanya..."orang bagi keja suruh tulis-tulis saja..macam mana boleh kotor baju ni??? macam budak-budak laa"
haha!!.. aku memang kadang-kadang cemerkap skit (aku tak berapa paham sangat penggunaan perkataan 'cemerkap'...bantai saja)

p/s jika seorang dewasa selalu fikir yang dia seperti kanak-kanak, itu adalah normal dan ok sebab seorang kanak-kanak selalu berfikir yang mereka sudah dewasa

mode: frust sebab Ahmad Fedtri Yahya dah kawen..huhu.... tak lah, seronok tengok dia dah kawen ^__^ (yup! aku suka dia)

Thursday, May 26, 2011

aku dan arnab


assalamualaikum....

kenapa aku suka arnab???

sebab aku nampak arnab seperti aku...

cute
diam
suka menyendiri

pernah nampak ada seorang kanak-kanak bawa arnab kat female sport complex dan arnab tu duduk diam kat tengah-tengah...tak lari kemana-mana

arnab pun mana ada banyak bunyi.... macam mana bunyi arnab???

itu aku la tu...
menurut analisis daripada dr Fadhilah Kamsah...untuk orang yang lahir bulan januari

bercita-cita tinggi dan orangnya serius

suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
sensitif, berfikiran mendalam
pandai mengambil hati orang lain

pendiam kecuali setelah dirangsang
agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badan sehat (heeee) tetapi mudah diserang selesema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
cukup sayang kepada kanak-kanak (sapa tak sayang????)
suka duduk di rumah
setia pada segalanya
perlu belajar kemahiran sosial
sikap cemburu yang sangat tinggi

yang bold tu rasanya sangat betul... tapi yang lain-lain tu.... tak tau lah nak cakap

tapi jadi diam pun timbul masalah....hemmmmmmmmmmmm
tapi tu la tuh... perlu belajar kemahiran sosial!!!

serius tapi kadang-kadang tak ambil serius... 
peka dengan perkara yang menampakkan keuntungan SAHAJA...
tak ambil endah perkara yang tak menampakkan keuntungan....ufffftt!!!

p/s masalah dengan diri sendiri

I'll make an effort to like someone who like me
I'll make no effort to be liked by someone who doesn't like me
but I hate nobody
(kecuali seorang perempuan yang meninggikan suara dengan abah aku suatu ketika dahulu...aku tak kenal dia...aku tak penah jumpa dia lagi...tapi sangat susah untuk maafkan dia... my bad)

p/s  ok. aku membebel lagi

mode: nak balik jaga budak niiiii!!!

jeles baca cerita adik