Pages

Saturday, November 20, 2010

bekorban apa saja

assalamualaikum....

bak kata mak cik dalam berita bila di temuramah oleh wartawan

wartawan: sedih tak beraya dalam suasana baru lepas banjir?
mak cik: sedih ngannnn...

ada la jugak rasa tak semangat nak sambut raya dalam keadaan rumah tak habis kemas lagi, dengan berlongok barang kat depan rumah dan di dalam rumah

sehari sebelum raya, tak sedar langsung yang esok dah nak raya, tak ada langsung suasana nak sambut raya

tapi bila dah sampai pagi raya, kelam kabut jugak cari baju, iron baju, siapkan makanan
sapa tak mau raya kan...

ditambah dengan kunjungan ally iskandar ke kampung..


tidak lah aku beraya semata-mata kerana ally iskandar harap maklum

siaran kunjungan ally iskandar ke kampung aku boleh  ditonton di rancangan wanita hari ini bertarikh 17/11/2010

pakat berkumpul depan tv tepat pukul 12pm... dan setiap kali keluar muka-muka yang dikenali, pakat menjerit masing-masing...seronok..hehe

geng-geng yang tak sealiran dengan media prima pulak berkumpul kat rumah aku time kunjungan ally iskandar

tapi yang sedihnya sedikit kekeliruan oleh pihak tv3 telah berlaku... kg aku bukan bertempat di kelubi... harap maklum

kesimpulannya, walaupun raya haji tahun ini dengan serba kekurangan, tetapi tetap meriah apabila dapat berkumpul bersama-sama ahli keluarga.

hari raya kedua, rumah aku buat kenduri akikah akbar luqman hakim.. sembelih kambing

masa nak sembelih kambing aku dah berbelah bahagi nak tengok ka dak.. mak dah hilang time tu, katanya nak maklumkan kat orang kampung pasai kenduri, tapi jauh disudut hati senaqnya tak berani nak tengok.

aku gagahkan diri jugak tengok, kalau tak tengok nanti menyesal pulak



abang aku yang sembelih kambing tu, memang sayu dengar kambing tu mintak tolong
untuk sedapkan hati, sentiasa ingat yang kambing itu dah buat perkara yang baik, perkara yang dituntut, jadi tak payah sedih-sedih

Rasulullah SAW pernah memerintahkan Fatimah supaya melihat binatang korbannya ketika disembelih. Sabda Baginda yang bermaksud: “Pergilah engkau melihat binatang korbanmu, sesungguhnya titis darahnya yang pertama itu Allah akan ampunkan dosa-dosamu yang terdahulu. Lalu Fatimah bertanya: Ini untuk kita Ahlul Bait saja atau juga untuk semua orang Islam? Rasulullah SAW menjawab: Bahkan untuk kita dan semua orang Islam.” - (Hadis riwayat al-Hakim) 



waktu tengok kambing tu disembelih, bayangkan jugak macam mana pulak agaknya waktu ajal akan ditarik nanti


bayangkan keadaan waktu nabi Allah Ibrahim a.s nak meyembelih anaknya nabi Allah Ismail a.s


bayangkan pejuang-pejuang Islam yang menerima bermacam-macam seksaan waktu memperjuangkan Islam


bayangkan kalau aku yang bakal disembelih


ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami


p/s sangat tak suka bila ada pihak yang mengambil kesempatan atas keadaan banjir yang berlaku untuk bermain politik, memburuk-buruk kan orang lain.


p/s  idea tak dak untuk tajuk... hantam saja lah


pengunguman: baru dapat cucu menakan hari raya haji haru tu... cucu pompuan... nampaknya tarikh lahir sama dengan akbar luqman hakim, hari raya haji. 

0 comments :