Pages

Saturday, October 9, 2010

owh!... saya tahu itu

assalamualaikum...

kamu tahu tinggal solat itu salah
kamu tahu mengumpat itu salah
kamu  tahu membuka aurat itu salah
kamu tahu bermegah-megah itu salah
kamu tahu menipu itu salah
kamu tahu ingkar cakap ibu-bapa itu salah selagi tak bertentang dengan ajaran agama
kamu tahu bersentuhan dengan bukan muhrim itu salah

('kamu' merujuk semua yang membaca termasuk aku)

dan kamu tahu benda yang salah itu sememangnya adalah salah
siapa kata mencuri itu betul?
siapa kata berjudi itu betul?

orang yang mencuri itu sendiri tahu perbuatan itu salah dan begitu juga orang yang berjudi
tapi kenapa mereka masih melakukan

sebab syaitan yang menghasut?
sebab diri sendiri yang sangat mudah termakan hasutan syaitan?

kenapa kita mudah termakan hasutan syaitan?
sedangkan kita tahu syaitan itu adalah musuh agama

sebab melakukan dosa itu enak?
kerana mengingkari suruhan Allah itu hebat?

adakah tujuan hidup kita semata-mata demi keseronokan kita sahaja?

sekadar tahu tidak cukup...kamu perlu berusaha untuk mengamalkan

bagaimana nak berubah?

sememangnya sukar untuk meninggalkan sesuatu yang biasa kita lakukan
buat perubahan secara bertingkat-tingkat
mulakan dengan pengakuan
kemuadian solat
kerana solat yang mantap itu boleh mencegah dari perbuatan mungkar
sempurnakan solat insyaAllah yang lain  akan mengiringi

tetapi pengakuan didahului dengan kesedaran... hidayah dari Allah

semoga kita semua akan beroleh hidayah
ditunjukkan jalan yang betul
semoga kita beroleh keampunan dan keberkatan hidup
ameen

**************************************************
pengakuan aku: aku meniru dalam midterm exam cad/cam... ramai lagi yang meniru.. tapi aku harap aku tak tergolong dalam golongan itu.... jika dah tak study tu layaklah untuk aku fail
(dengan penuh kesalan)

0 comments :