Pages

Wednesday, December 8, 2010

hati yang rapuh

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentukan arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...

lagu: hati yang rapuh
nyayian: Rahimah Rahim

********************************************************************************
baru lepas tengok drama kat tv3, lagu di atas di keudaraan dalam drama tu. faveret aku kot lagu ni. manaikkan semangat apatah lagi disaat-saat baru dapat result

result Alhamdulillah, setelah bersem-sem mendapat cond. pass, kali ni dapat pass walaupun cgpa still low

kalau kita yakin kita dah berusaha bersungguh-sungguh tapi masih tak dapat seperti yang diharapkan, redho lah, sesungguhnya Allah tahu yang terbaik untuk kita

kalau kita rasa kita tak cukup berusaha dan oleh sebab itu kita tidak dapat seperti yang dihajatkan, sedarlah, sesungguhnya Allah akan membantu orang yang mahu berusaha. tingkatkan usaha jangan pernah mengalah dengan janji Allah kerana Allah sentiasa adil

kalau kita rasa kita tidak cukup berusaha namun Allah berikan apa yang kita inginkan, ingatlah, nikmat itu juga adalah ujian Allah, jangan pernah alpa dengan kesenangan kerana ia racun jika tidak didasari dengan iman dan takwa

p/s senaqnya sangat tak sangka lulus semua subject walaupun tak menberangsangkan sangat, tapi sedaq diri jugak, tak berusaha tara mana pun jadi tak leh mintak lebey-lebey. sangat terkejut sekali dengan project, ingatkan paling hebat pun boleh dapat C tapi sekali B daaaa... B tu dah cukup baik dah, mengenangkan kata-kata dr A dan dr TM macam tak layak pass pun ada

*********************************************************************************

mengulas drama tv3 tadi.. tentang seorang ibu

seorang ibu akan sentiasa menjadi ibu sampai ajal menjemput. walaupun anak-anak sudah ada keluarga tetapi seorang ibu tetap akan sentiasa menunaikan perana seorang ibu

sepanjang minggu aku tolong mak menguruskan kak pah yang dalam pantang, walaupun mak tak larat tapi sentiasa mahu menyediakan yang terbaik untuk anaknya.pernah jugak aku mengeluh tak larat, tapi tengok mak tetap buat kerja-kerja aku buang semua ketidak laratan

mak pernah cakap, bersalin bukan senang, macam-macam kena jaga, kena pantang.bayangkan seorang ibu menanggung beban mengandungkan bayinya 9 bulan (tentu saja bagi seorang ibu ia bukan beban) kemudian menanggug sakit ketika bersalin dimana ia ialah kesakitan yang paling teruk selepas mati. kemudian seorang ibu itu kena menjalani proses pantang 2-3 bulan.

tak kesahlah kita seorang engineer, doktor, usahawan, ulamak. pakar perubatan islam, tapi kalau dah menderhaka kepada ibu kita tak akan dapat cium bau syurga

tak kesahlah ibu kita itu petani, tukang cuci, tukang kebun, nyayuk, miskin meski dia seorang yang jahil agamanya, akhirat kita sentiasa akan ditentukan dengan redho ibu

p/s mak terus masuk tidur lepas habis drama, mungkin menangis. mengenagkan anak. mak aku memang hebat

0 comments :