assalamulaikum..
suatu hari di pusat matrikulasi, kira-kira lebih lima tahun lepas, di perpustakaan. memang dulu selalu pergi perpustakaan untuk tengok discovery channel. ada satu episod dimana seorang pengkaji meneroka hutan dan terjumpa sejenis bunga. bunga itu unik sebab ada satu lorong kecil dan nectarnya terletak dihujung lorong.
pengkaji tu assume akan ada sejenis rama-rama yang mempunyai mulut (tak pasti apa panggilan yg sesuai) yang panjang untuk menyedut nectar bunga tu.
pengkaji tu tunggu semalaman bersama recorder untuk melihat rama-rama tu.
aku yang melihat:
mana mungkin ada rama-rama macam tu. saat tu sangat yakin tak kan ada rama-rama macam tu. sangat yakin bahawa penantian pengkaji itu sia-sia. tak logik untuk rama-rama menpunyai mulut yang panjang, macam mana dia nak terbang dengan mulut macam tu.
selepas penantian.... rama-rama tu sampai. rama-rama tu mengeluarkan gulungan mulutnya.(macam mana ek nak describe) . seperti straw yang kita gulung, macam tu lah rama-rama tu simpan mulut dia yang panjang tu. bila dia nak sedut nectar bunga tu dia keluarkan gulungan mulut dia.
sangat menakjubkan... sejak hari tu... tak lagi aku sangsi dengan apa-apa pun.
mana mungkin yang lembik dapat mengalahkan yang perkasa
mana mungkin yang miskin dapat mendahului yang kaya
kadang-kadang kita tak boleh tafsir sesuatu kejadian berdasarkan logik. itu yang aku belajar. kita mungkin anggap perkara itu tak logik. tapi sebenarnya apa-apa pun boleh terjadi denga kuasa Allah.
jadi dimana kita letak kepercayaan kita?
kalau kita berpegang pada agama Allah kita percaya akan semua asma' ul-husna Nya
tak kan ada yang mustahil
mungkin nampak gayanya seseorag itu akan gagal. tapi jangan sesekali putus harapan sebab segalanya mungkin.
" a belief is not merely an idea the mind possesses , it is the idea that possesses the mind"
Robert Bolton
mana mungkin kita yang sihat akan mati esok hari.... fikir balik
mungkin juga kita mati hari ini
p/s jumaat malam..mengembara ke pusat Islam.... tengok solehah....live... bergambar dengan Irma Hasmie...hehe^___^
0 comments :
Post a Comment