“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya” -(riwayat Al Bazzar)
" Sesiapa saja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya redha terhadap pemergiannya, maka ia akan masuk syurga." (Riwayat Imam Tirmidzi)
ya! aku sedar
tapi..
ia bukan alasan untuk menidakkan hak seorang isteri
jangan sekali-kali meletakkan isteri sebagai hamba suami
jangan sesekali meletakkan diri sebagai hamba kepada cinta
dan lelaki
jangan cuba menggunakan ayat "syurga isteri dibawah tapak kaki suami" sewenangnya
seorang suami tetap tidak mempunyai hak meminta isteri menentang hukum Allah
seorang suami tetap tidak mempunyai hak untuk memudaratkan hidup isterinya
aku lihat depan mata aku
wanita sering kali jadi buta
senang meyerahkan segalanya kerana lelaki
agama tergadai
keluarga dipinggir
hanya kerana lelaki
tolong ingatkan aku
aku tak pernah merasainya
aku takut jadi seperti apa yang aku lihat
aku tak mahu jadi buta kerana cinta
mahu jadi wanita yang tak bergantung hidup dengan lelaki
emosi???
boleh kata aku bencikan lelaki
sebab jauh dalam sudut hati aku benci lelaki
aku benci lelaki yang mengkucar-kacirkan hidup seorang wanita
aku benci dengan sikap wanita yang seperti lelaki adalah sagalanya yang diperlukan didunia
bukan menolak fitrah
tapi menolak sikap keinginan yang terlampau
cuma mahu minta tolong ingatkan aku jika aku jadi seperti apa yang aku benci
0 comments :
Post a Comment