Pages

Saturday, August 27, 2011

terbalik

assalamualaikum...

tengok solat teraweh dari mekah..
lihat lautan manusia..
lebih-lebih di akhir-akhir ramadan..

dengar cerita mereka yang pernah beraya di negara arab
suasana di sana ketika ramadhan meriah
masuk satu syawal
semua kemeriahan hilang

dekat sini..
yang solat di masjid semakin berkurang
pusat-pusat membeli-belah penuh sesak
persiapan raya dibuat dari sebelum ramadhan lagi
puasa sekadar syarat untuk beraya
kata orang "tak puasa tak boleh raya"

mungkin aku tak perlu cakap lagi
semua tahu fenomena ni
tapi sakadar tahu

aku orang melayu
aku orang malaysia
aku berada jauh dari mekah
aku berada jauh dari tempat tinggalan Rasulullah
tapi...
ia tak patut menjadikan aku jauh dari Allah
jauh dari Rasullullah
jauh dari tuntutan agama

macam mana mahu mangubah suasana di sini?

p/s ramai yang dah balik kampung untuk beraya... ramai yang sudah mengucapkan selamat hari raya... tapi ramadhan belum habis lagi

senang cakap tapi susah nak buat


0 comments :