assalamualaikum...
Alhamdulillah, selepas malam pertama solat teraweh di masjid, malam semalam sekali lagi berpeluang berteraweh di masjid uia... masuk-masuk masjid dapat tengok masjid dah jadi macam pusat asuhan kanak-kanak pulak...
malam pertama solat di masjid jumpa seorang kakak dengan baby... sempat lagi main-main dengan baby tu sementara tunggu solat teraweh... dalam hati aku tertanya-tanya macam mana lah gamaknya kakak tu nak solat dengan baby tu... tabahnya lah kakak tu, walaupun kena jaga baby tapi still tak mahu lepaskan peluang berteraweh..
malam semalam pulak.. aku solat sebelah seorang foreigner dan dia ada anak perempuan dan lelaki... anak lelaki umur dalam 2-3 tahun... tengah-tengah solat anak lelaki di tu selalu saja nak peluk-peluk mak dia tu.. aku yang solat kat sebelah pun terganggu.. sekali aku rukuk, kepala aku betul-betul kat sebelah budak tu dan budak tu boleh pulak tengok aku... nak tergelak pun ada... time tengah solat boleh pulak budak-budak tu bersembang kt depan aku... aduhaaai...
memang dugaan lah...
itulah dugaannya... aku bukan lah nak salahkan golongan ibu-ibu itu bawak anak-anak ke masjid... aku pun bercadang nak bawak anak kemasjid jugak.. ya la... meluntur buluh biarlah dari rebungnya kan... even budak-budak tu tak solat pun tapi sekurang-kurangnya diorang dapat lihat kita bersolat dan dengan itu diorang akan nampak pentingnya solat...
tapi tu la tu!... dugaan besar skit lah... bagi aku yang mudah tergangu ni... kadang-kadang nak tergelak saja tengok gelagat diorang...
ada sekali tu... budak lelaki tu ambil meja kecik yang tempat mengaji quran tu.. dan dia letak depan mak dia.. lepas tu dia duduk atas meja tu... lepas tu ada budak lain pulak datang nak duduk sekali.. betul-betul depan mak dia... time tu memang ku nak tergelak sangat tengok diorang... bersusah-payah aku cuba tumpukan perhatian dekat bacaan imam... tertanya jugak macam mana mak dia nak sujud nanti... nasib baik imam baca surah lama... sempatlah budak-budak tu berasa bosan dan pi tempt lain...
bila dah lapan rakaat dan ramai yang balik, Alhamdulillah ada tempat kat depan... jadi legalah sikit dapat beralih ketempat yang lebih aman...
itu belum dengan anak sendiri... dah dugaan hebat... kalau aku bawak anak sendiri nanti macam mana lah pulak dugaannya... dengan nak kusyuk dan nak pedo(kawal) anak lagi...mintak dipermudahkan lah..
sebab itu lah kita kena berusaha lebih untuk buat banyak amalan selagi ada masa, nanti kalau dah bertambah tangungjwab dugaannya pun lebih besar..
p/s kalau solat teraweh kat mahallah selalu ada tazkirah lepas lapan rakaat... tapi masalahnya.. orang yang nak bagi tazkirah semuanya pemalu belaka... maka tak sampilah tazkirah tu ke aku yang selalu duduk belakang... even duduk depan pun susah nak sampai...... tapi tak pa la... even tazkirah tak sampai kat aku, maybe sampai kat orang lain
p/s lepas habis teraweh semalam, aku ke belakang untuk ambil beg, tengah jalan, nampak budak lelaki yang menjadi dugaan aku tu tengah nyenyak tidur.. (^____^)
p/s golongan ibu-ibu itu tidak mahu melepaskan peluang berteraweh berjemaah walaupun dalam masa yang sama kena jaga anak-anak...jadi sepatutnya tak ada alasan untuk golongan anak dara untuk taknak ambil peluang berteraweh berjemaah..
p/s situasi seperti ini terdapat di uia saja kah?... situasi ini berlaku di bahagian wanita saja kah?
p/s situasi ini tak menjadikan aku serik solat teraweh di masjid... insyaAllah
p/s ya Allah.. aku pohon hati sekukuh Siti Khadijah yang sentiasa menjadi penguat semangat suami tercinta... aku mohon hati sekental Fatimah yang kuat menempuh susah dan senang bersama ayahnya tersayang... aku mohon hati setabah Maryam yang kuat menerima fitnah dan tohmahan... aku mohon hati selembut Asiah yang mampu menundukkan si firaun yang zalim...sucikan lah hatiku... ameen..(tujuan menulis supaya yang membaca mengaminkan..tolong aminkan, tq...hee)
misi: buat deeerk sambil senyum....(-___-)
Saturday, August 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
2 comments :
ameen...sha2...dugaan sungguh!
tu la tu!.. memang dugaan.. sabaq ja la ngan budak-budak tu
Post a Comment