siapa yang tak mau hadiah kan?? tapi malangnya bukan aku yang nak bagi hadiah tapi kita terpaksa bersaing merebut hadiah tu!!
ini lah hadiah yang dimaksudkan... sekadar masuk ke bulan Ramadhan tak tentu lagi kita akan dapat hadiah tu tapi InsyaAllah dengan usaha bersungguh-sungguh kita akan berjaya dapat hadiah tu..
Ramadhan adalah bulan keberkatan dimana di awalnya rahmat di tengah-tengahnya magfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.
Peringatan dari Rasulullah setiap datangnya Ramadhan:
“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”
(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)
jadi mahukah kita terlepas dari semua itu???
buatlah segala apa yang kita mampu untuk mendapatkan hadiah Ramadhan yang terbaik dan berusaha lah untuk istiqomah dengan amalan-amalan baik itu di bulan-bulan yang lain... jangan pulak menunggu Ramadhan kerana semata-mata mahu berbuat baik
............................................................................
" sesiapa yang kenyang sepanjang masa keika hayatnya akan kelaparan sepanjang masa di akhirat kelak"
(dengar dari ceramah di radio)
jadi marilah kita meluangkan sedikit masa untuk merasa lapar dan menahan nafsu... kerana dengan itu InsyaAllah kita akan melihat betapa besarnya nikmat Allah
.......................................................................
(pesanan dari keluarga di Sabah..)
selamat bersiap menuju Ramadan moga dikurniakan keafiatan menyempurnakan ibadah yang penuh keutamaan..amin.. dari ayahanda Awang Samat & bonda Suzlyna
salam utk anak mama, Ramadhan datang lagi, Alhamdulillah semoga kita terus dapat sama-sama beribadat padaNya.. sayang dari mama dan bapa
..........................................................................
p/s semoga kita sama-sama mendapat hadiah Ramadhan

0 comments :
Post a Comment