Pages

Tuesday, August 3, 2010

owh!... that was a mistake

assalamualaikum....

lately aku tengok series 'how I met your mother'.. baru masuk season two..boleh tahan lawak cerita tu.. dalam season one episod 21, aku tertarik dengan kata-kata ni:

there are certain things in life where you know it's a mistake but you don't really know it's a mistake because the only way to really know it's a mistake is to make the mistake and look back and say " yep, that was a mistake" , so really, the bigger mistake would be to not make the mistake, because then you go your whole life not really knowing if something is a mistake or not.

fuhhh!!

yup.. kadang-kadang kita tahu itu adalah 'mistake' tapi nak jugak buat, sebab apa?..

(aku perlu tulis ni... aku tengah dengar bola....kedah lawan selangor.. badrul baru masukkan GOL!.. 2-0..wakakaka!)

sebab kita tak yakin 100% bahawa itu adalah kesalahan...dan kita yakin yang kita dapat mengubah kesalahan tu menjadi tak salah.. dan kita mahu membuktikan bahawa perkara itu tidak salah..walaupun semua orang cakap yang perkara itu adalah salah.. contoh: lari dari rumah.. walaupun kita tahu perkara itu salah tapi dengan penuh harapan dan mengikut perasaan  ditambah dengan fikiran yang tidak matang kita lari jugak.. dengan yakinnya kita rasa itu langkah terbaik... tapi last.. ternyata itu adalah langkah yang salah sebab keluarga adalah segala-galanya.

belajar dari kesilapan... semua orang melakukan kesilapan... tapi yang pentingnya kita belajar dari kesilapan itu... jangan takut untuk ambil risiko kerana itulah yang akan memajukan kita nanti...kalau kita takut untuk ambil risiko hidup kita tak akan kemana...

ada parents yang jaga anak-anak begitu ketat sekali kerana takut anak-anak mereka akan melakukan kesalahan.. tapi sebenarnya apa yang mereka lakukan itulah satu kesalahan... kerana kita perlu untuk melakukan kesalahan untuk menyedarkan diri kita bahawa itu adalah satu kesalahan... dan ibu bapa harus yakin dengan anak-anak, selagi mereka yakin bahawa mereka telah memberi pendidikan yang baik kepada anak-anak mereka selagi itulah mereka tidak perlu risau...

tapi... sekiranya kita yakin bahawa itu adalah satu kesalahan.. perlukah kita untuk merasa kesalahan itu.... itu namanya tidak cerdik... tak semestinya kita perlu merasa sendiri kesalahan itu... kita boleh jugak melihat kesalahan yang dilakukan orang lain untuk sedar bahawa itu adalah satu kesalahan... contoh: kita sendiri lihat si X merana sebab lari dari rumah... perlukah kita untuk ikut lari dari rumah sedangkan kita tahu kita akan merana... lainlah kalau kita nak meyakinkan orang lain bahawa itu bukan satu kesalahan seperti yang aku tulis di atas..

(aku perlu tulis ni... kedah menang!! wakaka.. tapi selangor still tempat teratas... well, malam ni selangor tak menurunkan tonggak utama diorang.. apa-apa pun... kedah tetap dihati..hehe.. aku penyokong setia  kedah ketika menang dan ketika kalah...yeah!)

sudah hilang idea ku setelah excited dengan kemenangan kedah...owh

yang penting disini ialah...kedah menang!!... tak2... yang penting disini ialah kita belajar dari kesilapan, berani untuk ambil risiko, fikir guna akal bukan otak..dan jangan ulang kesalahan yang sama.. walau berjuta kali kita menyesal, ia tak berguna selagi kita ulang kesalahan yang sama.

p/s dalam bola sepak aku just sokong kedah.. adakah itu satu perkara yang bersifat kenegerian?.. aku rasa tak.. itu cuma semangat kenegerian.. tapi tak bermaksud aku tak suka negeri-negeri yang lain.. contoh: dalam ESC(engineeing sport carnival).. of coz aku sokong mecsa tapi still aku berkawan baik dengan budak-budak course lain.. =)

p/s Asyraf menang imam muda... aku rasa Asyraf dan Hizbur sama-sama hebat .. Asyraf agak lantang dan Hizbur lembut.. dua-dua pun layak menang...tapi Asyraf lagi hensem... dont blame me.. mak aku cakap ciri-ciri imam adalah 1) ilmu agama yang luas merangkumi semua ilmu agama, 2) sempurna tubuh badan dan berakal of coz, 3) cantik perwatakan dan peribadi, 4) hensem juga perlu... dan kak aku cakap malam tu anak menakan  aku yang umur 6tahun (klu tak salah), sangat minat cerita tu..harap2 dia akan jadi imam muda jugak satu hari nanti.. pewaris tok wan.. ameen ya Rabb!

p/s teringat masa melawat ami Bahrin cuti lepas... melihatkan ami..dan dengar cerita dia.. teringat kat abah.. huhuhu... suka bila melihatkan seseorang yang boleh mengingatkan aku tentang abah.

p/s kadang-kadang cerita yang merapu pun boleh bagi pengajaran kat kita selagi kita melihat dengan guna akal... contoh: gossip girl.. seriously ada part2 yang buat aku sebak dalam cerita tu.. seriously!.. part dimana blair dan serena berbaik lepas diorang bergaduh dan meluahkan apa sebenanya yang diorang rasa.. part ayah chuck meninggal... dan sikap diorang yang selalu backup kawan diorang..

p/s walaupun kadang-kadang aku kasar tapi dalam hati ada taman (stresskan kadang-kadang..)....hehe

p/s mencari idea untuk project Cad/Cam....idea sila datang....pleaseeeee

0 comments :