satu fakta yang aku baru tau...*pity me*
bahawasanya Rasulullah tak penah menguap... sebab menguap itu adalah gangguan syaitan
(sirius
cara-cara untuk hilangkan mengantuk..(selain tidur)
~SENAMAN~
mengantuk adalah hasil daripada tak cukup oksigen... so nak mencukupkan oksigen sampai ke otak kita perlulah bersenam
kalau mengantuk dalam kelas :
gerak-gerak kan kaki
gerak-gerak kan jari
lebih elok keluar kelas dan buat senaman ringan
Kekurangan oksigen menyebabkan anda menjadi mudah mengantuk, otak menjadi lembab, pelupa dan mengalami kelemahan dalam berfikir. (sumber)
Senaman dalam jangka masa panjang memberi kebaikan kepada otak dengan melancarkan perjalanan darah ke otak. Peningkatan tekanan darah akan menyampaikan darah kepada bahagian otak yang kurang mendapat darah, justeru meningkatkan keperluan oksigen kepada otak. Semestinya kita akan menjadi lebih segar dan tidak mengantuk .
Semasa membuat senaman, hormon endorphine dikeluarkan dalam sistem badan. Hormon ini bertindak mengurangkan kesakitan, menimbulkanperasaan girang (gembira) dan istirehat kepada tubuh. Penyelidikan menunjukkan individu yang mengamalkan aktiviti gerak badan, contohnya berjalan kaki selama satu jam yang diamalkan sebanyak tiga kali seminggu boleh meningkatkan daya ingatan, imaginasi, pemikiran dan pendengaran.
(sumber)
cara-cara bersenam:
baca sini *cute*
#######################################################
pengalaman time plkn
satu petang ada sesi pembelajaran cara-cara nak baca bearing time masuk hutan..
biasa la kalau dah petang tu...lepas makan pulak tu... mestila mengantuk
semua pelatih pun pakat mengantuk...
then jurulatih ni cakap "saya tak marahkan kamu kalau kamu mengantuk... sebab itu bukan salah kamu...dan ubat untuk mengantuk adalah tidur... jadi kalau kamu nak tidur saya tak marah"
wahh!! ni sudah berita baik.. lepas dari tu semua pakat puji jurulatih tu
dan kelas pada petang esoknya... para pelatih pun apalagi TIDUR BERJEMAAH lah
then jurulatih ni ubah dia punya statement
"saya tak marahkan kamu kalau kamu nak tidur... tapi ingat, ini kelas... saya nak ajar kamu... nanti kamu masuk hutan sesat pulak..jadi mintak tolong tahan sikit mengantuk kamu tu" (lebih kurang la.... kurang daya ingatan sebab tak bersenam)
^___^ aku senyum saja laaa... memang dah agak dah natijah daripada membenarkan pelatih tidur...
tapi salute lah jurulatih tuh
tiap kali rasa mengantuk memang terkenangkan peistiwa itu
3 comments :
statement yg psal nabi tak pernah menguap tu btol ke? ni pon first time dengar.. mohon penjelasan,
merujuk buku keunggulan Rasulullah saw karya Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki
dari Ibnu Abi Syaibah dlm al Munasaf, al- Bukhari dlm kitab Tarikh dan Ibnu Sa'ad drpd Zaid ibn al-'Asam berkata:
"nabi saw tidak pernah menguap"
drpd Maslamah ibn Abdul Malik ibn Marwan berkata:
"nabi saw tidak pernah menguap"
diriwayatkan drpd imam al bukhari dan Muslim drpd Abi Hurairah:
"menguap adalah daripada syaitan"
rujukan:
Jalal al Din al Sayuti, al Khasais al Nabawiyyah al Kubra, jld 1,H: 158-159
Dr. Syyid Muhammad ibn 'Alawi al Maliki, Mafahim Yajibu an Tusahhah, H: 214
Al Zarqani, Syarah al Mawahib al Luduniyyah, Jld 7, H: 200
terima kasih atas soalan... saya menjawab setakat apa yang saya mampu..
Allah jua yang lebih mengetahui...
oh,, syukran:)
Post a Comment