assalamualaikum...
aku baru saja menonton filem my name is khan.. memang agak ketinggalan skit... nak buat gena tak ada rezeki nak tengok awal sedangkan since filem ni kluar aku memang nak tengok sangat-sangat n one more thing aku tak besa tengok wayang.. just sekali sj penah tengok wayang.. tapi aku tak kesah pun wayang-wayang ni..
aku suka cerita tu dan oleh sebab tu la nak cerita kat sini nih!..hehe
1) dalam dunia cuma ada dua golongan, golongan baik dan golongan yang tidak baik(jahat)
dari sebuah hadis(kalau tak silap) :
"yang membezakan antara orang Islam dan orang kafir ialah solat lima waktu"
(hadis ni selalu kaluar kt tv3 time masuk waktu solat)
di sisi Allah semua maklukNya sama saja cuma bezanya ialah iman masing-masing. ada orang Islam yang jahat dan tak mengamalkan Islam dan ada orang kafir yang baik lebih dari orang Islam.. tidak layaklah untuk kita nak menghukum orang lain.. hidayah itu milik Allah jadi biarlah Allah sendiri menentukan yang baik dan buruk.. dan Allah itu maha adil jadi tidak akan skali-kali Allah bersikap zalim terhadap hamba-hambaNya..
diri kita sendiri yang kita perlu nilaikan... sama ada di golongan yang baik atau golongan yang tidak baik.. tak ada tengah-tengah noh.. kalau nak jadi baik buat baik sungguh-sungguh dan kalau nak jadi jahat buatlah jahat sungguh-sungguh.. kalau tak mampu nak jadi jahat jadilah baik... senang saja nak jadi baik.. just tak payah cari pasal dengan orang lain dan orang lain pun takkan cari pasal dengan kita.. tapi kalau jadi jahat musti akan ada orang yang tak senang dengan kita..mau ka macam tu???
2) Iman kita sangat rapuh
Iman seseorang itu ada pasang surutnya.. dan Allah akan menimpakan ujian terhadap kita untuk melihat sekuat mana iman kita.. dalam cerita ni kita dalam lihat orang-orang Islam terpaksa berdepan dengan orang skeliling yang membenci Islam dan mengaggap Islam itu pengganas.. ada yang mengubah imej kerana tidak mampu berdepan dengan orang.
3) kita mudah terpengaruh
apa yang kita dengar tak semestinya betul.. media beritahu itu ini dan kita dengan senangnya pun percaya.. orang sekeliling kita perpendapat itu dan ini kita pun sokong sekali.. orang yang macam itu ialah orang yang tidak ada pendirian dan tidak tahu berfikir sendiri.. sepatutnya kita pandang dengan mata hati fikir dengan akal yang tuhan bagi.. jangan mudah melulu menuduh yang bukan-bukan.
dulu dunia digemparkan dengan tragedi september 11 dan masyarakat dunia pandang Islam satu agama yang menggalakkan kekejaman.. pernah aku tengok cerita reality dimana seorang kristian kena tinggal dengan orang Islam selama 30hari.. pada mulanya dia berpendapat Islam adalah pengganas tapi setelah 30 hari tinggal bersama orang Islam di persekitaran orang Islam pendapat dia pun berubah.
sebelum buat apa-apa pendapat seharusnya kita kaji betul-betul dulu dan bukan sekadar mendengar cakap-cakap orang kita terus menetapkan padangan kita.
dan sekarang orang heboh tentang tragedi kovoi kemanusiaan yang diserang tentera Israel.. dan orang mula membenci orang Israel.. semestinya ini satu perkara yang baik tapi lihatlah sendiri bagaimana kita terpengaruh.. kalau media tidak mewarwarkan pasal kekejaman sebenar pihak Israel tentu saja masyarakat dunia masih tidak sedar semua ni.
yang terpengaruh dengan perkara baik itu Alhamdulillah lah dan yang terpengaruh dengan perkara tidak baik itu harap kita akan mendapat petunjuk.
4) kita perlukan seseorang untuk sedarkan kita dari terus membuat kesilapan
dalam cerita ini kita dapat lihat yang orang ramai tersedar dari kesilapan mereka setelah melihat kesungguhan watak utama... dan watak utama itu sendiri berpegang teguh dengan apa yang dia percaya dan berusaha untuk membuktikan bahawa apa yang dia percaya itu adalah benar.
hidayah itu milik Allah dan patunjuk itu adalah kurniaan Allah..tetapi kita sendiri perlu berusaha untuk hidayah dan petunjuk itu kerana Allah akan memberikan kurniaNya selagi kita mahu berusaha.
aku akan berusaha untuk sedarkan seseorang selagi aku mampu insyaAllah, dan aku pohon seseorang untuk sedarkan aku jika aku melakukan kesalahan
5) kasih ibu
orang cakap kita tidak akan memahami pengorbanan seorang ibu selagi kita sendiri tidak bergelar ibu.. walaupun ibu kita tak berpelajaran tinggi tapi segala ajarannya kita akan sentiasa ingat sampai bila-bila.
layakkah kita untuk berkecil hati dengan ibu setelah dia berkerah keringat untuk membesarkan kita?
p/s cerita ini bukan tentang nama
p/s terasa nak tulis entri pasal mak aku yang hebat itu pulak nanti..kehkeh
p/s nama aku Bahiyah dan orang selalu kaitkan aku dengan sultanah Bahiyah dan ustazah Bahiyah.. seorang facilitator aku time halaqoh kt matric siap doakan aku jadi macam ustazah Bahiyah..owh!..we'll see.. satu lagi nama aku jugak telah diconfiuskan dengan perkataan Bahaya!! oleh lecturer foreigner.. kuang.. kuang!
p/s don't worry korang takkan kena renjatan letrik klu dekat ngan aku apatah lagi kalau dekat dengan blog aku...heh
p/s seorang sahabat cakap dia akan baca blog yang berinfomasi saja.. opsss.. aku akan berusaha untuk memberi infomasi walaupun still ada kemerapuan di sana sini
p/s aku tak suka baca cerita yang panjang-panjang kt blog orang tapi kali ni aku punya entri terpanjang la pulok.. p/s pun terbanyak la pulok.. aiyok!!
Wednesday, July 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment