assalamualaikum...
memetik kata-kata Ramlee Awang Murshid dalam akbar/majalah IluvIslam edisi 4 jun-10 jun:
" Seandainya dia adalah jodoh terbaik kamu apa juga yang berlaku ia akan tetap menjadi milik kamu. tetapi jangan sekali-kali letakkan niat di dalam hati bahawa kamu akan menjadikan dia hak mutlak kamu kerana walaupun kamu tidak berkongsi kasih sayang seseorang itu sesama manusia, tetapi perlu sedar bahawa kasih sayang tetap dikongsi dengan Yang Maha Pencipta"
satu topik yang semakin diperkatakan dikalangan rakan-rakan... ya la umur pun dah 23.. walaupun mulut selalu kata 'tak kesah lah', 'awal lagi lah' dan selalu menolak dari memperkatakan soal ini tetapi fikiran tetap sentiasa memikirkan soal ini.. tak mungkin ada sesiapa yang akan menolak perasaan untuk mencintai seseorang dan mengharapkan dia sentiasa akan menemani kita susah dan senang, jatuh dan bangun, panas dan hujan.
of coz aku pun tak terkecuali... tapi sekarang ini aku sedar betapa sia-sianya hidup sekadar ingin mengejar cinta manusia yang belum pasti.. sedangkan cinta itu adalah anugerah dari Allah, jadi kenapa perlu bersusah payah mengejarnya.. kerana pasti Allah akan menganugerahkannya sekiranya kita mencintai yang Maha Pencipta itu sendiri.
usahlah kita risau akan jodoh.. kerana jodoh adalah suatu perkara yang tidak terjangkau oleh kita... adalah sia-sia apabila kita terlalu memharapkan sesuatu yang tidak pasti.. even pasangan kekasih kita sendiri tidak terjamin akan menjadi pasangan sehidup semati kita, dunia dan akhirat.. jadi adakah ianya berbaloi menumpahkan kasih kepada orang yang tidak akan bersama kita dunia dan akhirat.. adakah ia hanya untuk keseronokan dunia hingga kita lupa akan Allah?
merujuk kembali kepada sebab-sebab kita hidup di dunia ini.. bukan untuk suka-suka.. Allah menciptakan kita bukan sekadar untuk memeriahkan alam semesta ciptaanNya tetapi adalah untuk beribadah kepadaNya, untuk mengabdikan diri kepadaNya, untuk saling menyampaikan ajaranNya. jadi kita sebagai hambaNya yang hina tidak sepatutnya menumpahkan segala keringat hanya untuk keseronokan dunia.
dalam kehidupan yang serba sibuk.. sedarkah kita bahawa hari-hari kita diisi tanpa menginyatiNya?.. mungkin ada yang mengatakan.."aku solat cukup 5 waktu".."aku baca Al-Quran setiap malam"..tetapi persoalannya adakah segala amalan itu sekadar ingin memenuhi jadual harian kita atau atas dasar ingin mendekatkan diri kepada Allah?
semua yang kita lakukan didunia ini kerana apa?..belajar hanya untuk memastikan tempat didunia.. berkawan hanya untuk menjadi teman.. berkasih hanya untuk memenuhi fitrah.. bekerja hanya untuk mencari kesenangan.. makan hanya untuk mendapat kekuatan.. tidur hanya untuk merehatkan fikiran...
sepatutnya.. belajar untuk mendalami ilmu Allah.. berkawan untuk meyebarkan ajaran Allah.. berkasih untuk mengeratkan ukhwah sesama makhluk Allah sekaligus memperkembangkan agama Allah.. bekerja untuk memajukan diri sekaligus mendekatkan diri dengan Allah... makan agar mampu mengamalkan suruhan Allah.. tidur agar lebih kuat melaksanakan perintah Allah..
jadi sepatutnya kita meletakkan Allah ditempat pertama dalam setiap perbuatan... dan jangan pernah berasa cukup dengan amal kerana orang yang benar-benar beriman tidak akan pernah berasa cukup dalam memenuhi tuntutan Allah
aku manusia yang sentiasa lupa, sentiasa lalai.. hidup kononnya dengan nama Allah tapi sentiasa mengabaikanNya.
adalah sepatutunya aku lebih fokus tentang apa yang patut untuk aku daripada fokus tentang sesuatu yang tidak terjangkau oleh aku.
peringatan untuk diri sendiri
penat saja fikir pasal orang yg tak kasihkan aku kerana ramai lagi yang layak untuk kasih aku..(i'm talking about JC Chasez..errrkk!!--- the things is recently i always watch nsync videoclip..heh)
between JC ngan family of coz la pilih family...sorry JC...hehe.. (sedikit merapu..so sorry)
Monday, July 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)

0 comments :
Post a Comment