Pages

Thursday, February 11, 2010

lecturer merajuk..

kebelakangan ni memang banyak dengar pasal lecturer merajuk sebab xramai student yang pergi kelas.. tadi pun baru berlaku dlam klas McD(machine design) sebab just 5 orang yang pergi klas.. case ni memang slalu jadi time2 midterm macam skrg ni..

sebagai student cuba lah elakkan dari ponteng klas sbb nak study.. klu kita ponteng klas sebab nak study tuk exam, ini menunjukkan kita xplan jadual dgn baik.. fail to plan is plan to fail... tapi aku mengaku memang susah sebab masa yang suntuk n masing2 ada bayak kerja lain n exam plak dekat2.. aku sendiri pun ponteng gak 2 klas sbb nak study... tapi bersama-sama lah kita berusaha untuk tidak ponteng klas.. sbb klu dah lecturer merajuk takut nanti dia xredho plak dgn kita..susah tuu..

Rasulullah s.a.w bersabda:
" bertawaduklah dengan orang yang mana kamu memperoleh ilmu daripadanya"

Mujahid r. alaihi berkata:
" seorang pelajar yang takbur dan malu tidak akan memperolehi banyak hasilnya"

dari Ali r.a:
" daku menjadi hamba kepada seorang yang mengajar walaupun satu perkataan kepadaku. dia boleh jual atau bebaskan daku"

dari Yahya bin Kathir r. alaihi:
"ilmu dan hidup selesa tidak dapat berganding sama"

Imam Syafie rahmatullah alaihi berkata:
" seorang pelajar yang belajar separuh hati dan bersikap berpuas hati dan sambil lewa(istighna) tidak akan berjaya. seorang pelajar yang tawaduk dan hidup sukar kerap mencapai matlamat."

Mughirah R. alaihi berkata:
" kami takut kepada guru kamu Ibrahim R. alaihi lebih daripada raja-raja yang ada pada masa kami"

Imam Abu Yusuf r. alaihi berkata:
" daku telah mendengar daripada orang-orang terkemuka bahawa seorang pelajar yang tidak menghormati gurunya tidak akan berjaya"

(sumber dari buku kisah kehidupan dan perjuangan para sahabat... sheikh muhammad zakaria)

0 comments :