sabda Rasulullah saw
" aku telah ditawarkan oleh Allah untuk menukarkan bukit bukau Mekah kepada emas untukku. tetapi aku telah berdoa keoadaNya ' ya Allah aku sangat senang untuk makan pada satu hari dan merasai lapar keesokan harinya. dengan ini aku dapat merayu dan mengingatiMu apabila lapar dan dapat pula bersyukur dan memujiMu tatkala kenyang'
ketika Rasullulah menjauhi dirinya daripada isteri-isterinya, baginda tinggal di sebuah bilik di dalam masjid dan satu ketika Umar pergi menemui baginda di bilik itu dan dilihatnya sekeliling bilik itu, terdapat dalam biliknya hanyalah terdiri daripada tiga keping kulit yang telah disamak dan segenggam barli terletak di satu sudut. lantas Umar pun menangis. Rasullulah bertanya " mengapa kamu menangis?".. Umar menjawab, " wahai Rasulullah saw, mengapakah daku tidak menangis? daku nampak bekas-bekas tikar jelas di badanmu dan daku telah lihat sekadar ini sahaja yang ada dibilikmu. ya Rasullulah saw! berdoalah kepada Allah agar Dia mengurniakan kita rezeki yang mencukupi untuk kita. orang-orang Parsi dan Rome yang tidak beriman kepada Allah dan tidak menyembah Allah tetapi menyembah maharaja mereka pada ketika ini hidup di dalam taman-taman yang mengalir air di tengah-tengahnya. tetapi lihatlah seorang Nabi Allah yang terpilih dan hambaNya yang mulia hidup di dalam kancah kemikinan"
Rasulullah lantas bersabda, " wahai Umar! masihkah kamu di dalam keraguan mengenai perkara ini? keselesaan dan kesenangan di akhirat adalah terlebih baik daripada apa yang ada di dunia ini. orang-orang yang tidak beriman ini sedang mengecapi bahagian mereka yang baik didunia ini sedangkan bagi kita perkara-perkara ini segala-galanya di simpan di akhirat".. Umar tersedar dan menyesal lalu merayu baginda " ya Rasulullah! mintalah ampun untukku. sebenarnya daku bersalah".
seorang telah bertanya 'Aisyah r. anha mengenai tempat tidur Rasulullah saw di dalam rumahnya. beliau memberitahu, " tempat tidur itu terdiri daripada bantal kulit yang disumbat dengan kulit pokok tamar."
soalan yang sama diajukan kepada Hafsah r.anha. beliau mamberitahu
" ia terdiri daripada kain kasar dihamparkan untuknya setelah dilipat dua. suatu hari daku telah melipat sabanyak empat lipatan agar baginda selesa. pada waktu subuh Baginda bertanya " hamparan apa yang kamu bentangkan untukku semalam?" jawabku, " kain yang sama tetapi daku lipat empat, tidak seperti biasa." Baginda menjawab " lipatlah seperti biasa. kelembutan yang bertambah itu menghalangiku untuk bangun Tahajjud".
suatu hari Umar bertanya kepada Hafsah:
" ceritakan kepadaku pakaian Rasulullah saw yang terbaik yang ada dirumahmu?"
hafsah menjawab"
"sepasang pakaian kemerah-merahan yang dipakai oleh Rasulullah saw pada hari jumaat atau tatkala menerima perutusan"
Umar:
" apakah jenis makanan yang terbaik yang pernah dimakan oleh rasulullah saw di rumahmu?"
hafsah:
'kami makan roti barli biasa. pada suatu hari daku telah menyapu sekeping roti daripada bekas minyak sapi dan baginda makan penuh selera dan menyuguhkannya kepda orang lain"
Bilal menceritakan:
" Baginda tidak pernah menyimpan sesuatu untuk kegunaan masa hadapan. sesiapa sahaja orang-orang miskin yang datng sama ada lapar atau tidak mempunyai pakaian, baginda akan menyerahkan kepadaku untuk diuruskan."
Rasulullah memandang berat kepada orang yang menghabiskan wang mereka ke atas bangunan. rumahnya sendiri terdiri daripada rangka pohon kurma dimana tikar menjadi fungsi dinding untuk memperoleh sedikit keselesaan daripada gangguan.
Rasulullah saw memberitahu:
" penggunaan wang yang terburuk ialah dengan membina bangunan-bangunan."
sememangnya sukar untuk kita mengamalkan sedemikian rupa tetapi sentiasalah beringat dan berpada-pada dalam kehidupan
Monday, February 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment