Pages

Thursday, December 10, 2009

kisah Bilal

Bilal bin Rabah hidup dlm tiga zaman iaitu zaman jahiliah, zaman pemerintahan Nabi Muhammad saw, zaman pemerintahan Abu Bakar as-Siddiq dan zaman pemerintahan Umar Al-Khattab.

Pada zaman jahiliah Bilal menjadi hamba kepada Umaiyah. Bilal tidak mahu meninggalkan Mekah kerana percaya kata-kata ibunya bahawa akan datang seseorang penyelamat dan membawa keadilan. Apabila Bilal mendapat berita daripada Abu Bakar as-Siddiq tentang kenabian Muhammad saw, Bilal terus ingin berjumpa dgn Nabi Muhammad saw dan memeluk Islam.

Umaiyah menyiksa Bilal setelah mendapat tahu tentang perkara itu.
Bilal diheret dan diarak sekelilig Mekah. Dia juga dipukul dengan cemeti setiap kali terjatuh. Umaiyah menyuruh kanak2 ditepi jalan melemparkan batu kepada Bilal. Tetapi Bilal tetap menyebut nama Allah. Bilal dijemur dgan memakai baju besi dan Umaiyah meletak batu atas dada Bilal dan berdiri atas batu itu. Tetapi iman bilal tetap teguh.

Akhirnya Abu Bakar as-Siddiq memcadangkan kepada Rasullullah untuk membebaskan Bilal. Setelah rasulullah bersetuju Abu Bakar pergi menemui Umaiyah untuk membeli bilal. Umaiyah menjualnya setelah percaya yang Bilal akan mati dan tidak membawa apa2 keuntungan lagi. Dia menjual Bilal dengan harga 9 uqiyah emas. Abu bakar terus bersetuju. Umaiyah berkata jika Abu Bakar mahu membeli Bilal dengan harga 1 uqiyah emas pun dia sanggup kerana bilal tidak berguna lagi. Abu Bakar menjawab jika Umaiyah menjualnya dgan harga 100 uqiyah emas pun dia sanggup membelinya. Setelah itu Abu Bakar memerdekakan Bilal.

Pada zaman Nabi Muhammad saw, Bilal selalu berdampingan dengan Nabi Muhammad dan berjihad bersama. Bilal dilantik menjadi juru azan kerana suaranya yang merdu. Bilal melaungkan azan pertama kalinya di masjid yang dibina ditempat jemuran buah tamar milik dua anak yatim, sahl dan suhail bin abd amar.

Setelah kewafatan Rasullullah saw bilal sangat sedih. Setiap kali dia lalu dihadapan rumah rasullullah dia akan menagis, setiap kali dia melihat mimbar didalam masjid dia akan menangis. Bilal juga tidak dapat melaungkan azan kerana setiap kali hendak menyebut nama Rasullullah dia akan teresak-esak menangis.

Setelah itu Bilal tidak lagi melaungkan azan, tetapi ketika bilal mengikuti perang untuk menakluk Baitulmuqaddis Bilal melaungkan azan ketika solat magrib di syam. Masing-masing menitiskan air mata dan semangat mereka semakin marak. Suara azan itu sampai ke Baitulmuqaddis dan penghuni kota itu terpinga-pinga. Seorag paderi besar memanggil orang ramai berkumpul dan menurutnya dalam kitab lama mereka ada meyatakan bahawa apabila suara azan dapat menembusi Baitulmuqaddis bermakna Islam juga akan tersebar luas disitu. Dengan itu mereka mengaturkan perjanjian damai dengan pihak Islam.

Setelah itu Bilal dan isterinya Hindon bergerak ke Madinah untuk menziarahi makam Rasullullah saw . apabila sampai di makam Rasullullah air matanya bercucuran membasahi pipi. Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Dia terkejut melihat Hasan dan Husin yang mirip wajah Rasullullah. Mereka terus berpelukan. Setelah itu Hasan dan Husin mengajak Bilal kerumah mereka. Ali bin Abi Talib meminta bilal menetap di Madinah dan menjadi juru azan disitu tetapi ditolak oleh Bilal kerana dia ingin ke Mekah menunaikan haji. Dengan itu Ali bin Abi Talib melepaskan Bilal pergi. Sebelum pergi Bilal sempat melaungkan azan untuk solat subuh atas permintaan dari Hasan dan Husin. Penduduk madinah bangun kerana mengenali suara itu dan berduyun-duyun datang ke masjid.

Ketika di Mekah Muaz memujuk Bilal tinggal di Mekah tetapi Bilal menolak dan dia menyatakan dia tidak dapat tinggal di Madinah atau Mekah kerana masih sedih dengan kehilangan Rasullullah saw. Dia memilih untuk tinggal di Syam. Penduduk Syam meminta Bilal menjadi tukang azan tetapi Bilal menolak hingga mereka marah kepada Bilal. Akhirnya Bilal dan isterinya berpindah ke Damsyik dan dia meninggal di situ pada 641M ketika berumur 63tahun.

0 comments :