Pages

Friday, December 25, 2009

Cinta Rabi’ah al-Adawiyah

Tengah baca buku Kisah Cinta Dalam al-Quran karya Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.. tertarik dengan kisah Rabi’ah al - Adawiyah. Sebelum ni aku pernah baca cerita dia rasanya time tu aku sekolah menengah lagi..yang pasti time tu aku aku xsuka bila baca cerita pasal Rabi’ah.. aku tak taw sapa penulis buku tu tapi buku tu buku lama.. time tu aku rasa cerita Rabi’ah tu keterlaluan.. aku tak puas hati sebab Rabi’ah tinggalkn semua perkara just nak beribadah.. macam hidup dia just diperuntukkan untuk beribadah n dia tak bergaul langsung dengan orang sekeliling.. aku tak setuju perbuatan macam tu.. aku rasa tak patut kita buat macam tu sebab ada banyak sebab kita hidup kat dunia ni..beribadah bukan semestinya kita just duduk atas sejadah…






Tapi tu pendapat aku dulu..time tu aku budak2 lagi.. bila baca balik cerita dia aku rasa lain.. maybe dulu aku salah anggap apa yang penulis tu cerita.. dan aku tak kenal betul-betul dengan Rabi’ah al-Adawiyah..


Sekarang aku sedar yang cinta Rabi’ah al-Adawiyah ni sememangnya sebuah cinta agung.. aku tertarik dengan kata-kata dia:

“Tuhanku, jika ibadatku, hanya untuk menjauhkan diriku daripada api nerakaMu, maka kelak bakarlah aku dengan api nerakaMu. Jika sembahku hanya untuk meraih syurgaMu, maka haramkan syurgaMu atas diriku. Adapun bila ibadahku hanya ingin beroleh kasih-sayangMu berilah aku kurnia agungMu. Anugerahkan kepadaku nikmat bisa melihat WajahMu, wahai yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia.”


Kisah cinta ini menyedarkan aku betapa aku tak layak langsung untuk mendapat cinta ALLAH.. apa yang dah aku buat untuk mendapat cinta ALLAH??.. aku hanya pandai cakap tapi aku sendiri tak taw apa yang aku cakap.. betapa hidup aku selama ni dikurniakan pelbagai nikmat tapi aku tak Nampak semua tu..apa yang aku buat just merungut tentang masalah kecik.. ibadah pun tak pernah sempurna.. betapa aku selalu melupakan ALLAH..


bukankah ALLAH itu adalah pemilik segala sekelian alam..dan memang sepatutnya kita menyembahNya dengan penuh keiklasan tanpa sebarang syarat..

semoga iman akan sentiasa teguh dalam hati kita semua






p/s: 9 nyawa dah khatam.. no surprise..aku dah boleh agak..sebab aku dah boleh baca cara penulisan RAM.. but still.. I LOVE IT

0 comments :