Angin… juga dikenali dengan panggilan bayu atau udara. Secara sains udara terdiri daripada oxygen n carbon dioxide dimana oxygen digunakan oleh manusia untuk bernafas, manakala carbon dioxide digunakan oleh tumbuhan juga untuk pernafasan. ( betol ka apa aku tulis ni??dah lama tinggal sains ni..)
Well.. udah2 pasal sains ni.. seperti yang kita sendiri tahu, ada angin yang lembut ada juga angin yang kencang(kencang???). kalau angin yang lembut kita akan rasa damai n tenang. Angin ini juga boleh membantu mengeringkan peluh disaat-saat selepas berjalan laju sebab sudah lambat utk ke kelas.(mcm kes aku isnin lepas..time tu nak p klas heat transfer dimana aku kna berjalan laju sampai kaki macam dah nak tertanggal, klu lambat alamatnya xleh masuk klas laa.. tq sir akm mohiudin). angin yang kencang pulak.. sat, aku rasa tak kena la kencang tu. Kita pakai kuat bleh??. Ok. Angin yang kuat pulak bleh menerbang baju yang kita sidai n kadang-kadang tuan baju tu sendiri pun bleh terbang.(banyak kali dah baju aku diterbangkan angin.. itulah akibat klu malas sangat nk kepit baju tu.last2 kna basuh lagi skali. Padan muka! Tapi aku sendiri xpernah lagi la diterbangkan angin..aku mempunyai berat yang terlebih ideal untuk mengelak diterbangkan angin..haha!)
Ada juga angin yang terdapat dalam badan kita. Angin dalam badan ni bleh diketegorikan kepada dua bahagian. Pertama, angin yang menyebabkan kita sakit n memerlukan seseorang untuk mengurut n mengeluarkan angin tu.( aku tak pernah xperient lagi. Tapi kak aku slalu kena n aku tengok keadaan dia agak menyiksakan jugak laa..). mak aku pun slalu ada angin dalam badan tapi tak teruk mcm kak aku. Bercakap pasal bab ni teringat aku time dlu2 dimana abah ada lagi. Oleh sebab abah mengamalkan poligami, jadi dia blk rumah pun selang dua hari. Abg lim pernah tegur mak, dia cakp, tiap kali abah blk mesti mak mengadu ada angin dlm badan. Time abah xblk xpulak mak aku nak mengadu. Haha! Aku pun ada perasan jugak..hheee. xpa la, nak tarik perhatian skit kot alang2 abah dah blk.haha!! (apa punya ank menghebohkan kisah ibu-bapa.. sori mak=)
Berbalik kpada kisah angin.. kita bleh kesan angin dalam badan kita keluar dgn bunyi sendawa.angin dlm badan ini mungkin terjadi disebabkan tak makan atau mungkin jugak sebab orang tu makan angin sj..(aku pun xsure la..)
Ketegori kedua angin dalam badan pulak adalah angin yang menyebabkan orang2 yang disekeliling atau yang berhampiran dgn orang yang ada angin dalam badan ni yang menjadi mangsa. Keadaan ini terjadi disebabkan orang yang mengalami angin dalam badan ketegori kedua ni selalu marah2 bila ada apa2 yang tak kena atau ada apa2 yang tak sesuai dgn pemikiran dia.boleh dikatakan orang yang seperti ini juga dikenali sebagai peregus. Well… aku ada kenal dgn orang yang macm ni .tapi xmo crita psal tu la. Walaupun kadang2 ada terasa hati dgan dia..hemmm. biarlah dia..memang sikap dia mcm tu. Aku sendiri pun pernah mengalami angin dalam badan ketegori kedua ni. Rasany semua orang pun pernah jugak kot. Tapi yang bezany Cuma banyak dgn skit sj. Ada org yang skit sj angin dlm badan ketegori kedua ni n ada jgk yang banyak..klu skit tu kira slamat jgk la orang kt sekeliling tu tapi klu banyak, aku cadangkan baek kita lari sj dari dia..haha!
Kesimpulannya… Alhamdulillah sbb kita dikurniakan angin yang sangat berguna ni. Jadi gunakanlah angin utk tujuan kebaikan.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment