Pages

Thursday, August 20, 2009

kisah sedih

Umar al-Khattab dan Abu Bakar as-Siddiq yang menyarankan kepada Ali agar meminang Fatimah. Pada waktu tu Ali berumur 24 tahun manakala F atimah berumur 18 tahun. Ramai lelaki yang berlumba-lumba mahu meminang Fatimah memandangkan Rasullullah pernah menyatakan bahawa “dikalangan penghuni syurga terdapat empat wanita iaitu Khadijah, Fatimah, Asiah dan Mryam.” Dan “ Fatimah adalah pemimpin kaum wanita ahli syurga kecuali terhadap Mariam”. Ini menunjukkan bahawa Mariam dan Fatimah adalah paling utama antara empat wanita tersebut.

Atas sebab itu, Ali berasa rendah diri memandangkan beliau miskin. Ali takut lamarannya akan ditolak. Apabila Abu Bakar as-Siddiq bertanya” wahai Ali, kamu adalah lelaki yang pertama memeluk Islam. Kamu juga adalah kesayangan Rsullullah. Saya mencadangkan supaya kamu melamar Siti Fatimah. Apakah tidak ada keinginnanmu hendak menjadikan puteri Rasullullah itu isterumu?”

Ali menjawab “ wahai Abu Bakar, saya mengenali Siti Fatimah semenjak dia kecil. Kami sama-sama mendapat didikan langsung daripada Rasullullah. Bohong sekiranya saya katakana tidak tertarik kepada Fatimah. Saya sudah buang keinginan itu. Tetapi kamu mengembalikan semula keinginan yang lama terpendam.”

Setelah dipujuk oleh Abu Bakar as-Siddiq, Ali memberanikan diri meminang Fatimah. Setelah menyampaikan hajatnya kepada Rasullullah, Rasullullah dengan senang hati bertanya” wahai Ali, adakah kamu mempunyai sesuatu bagi dijadikan mas kahwin?”

Ali menjawab “ wahai Rasullullah, tuan tentu lebih tahu keadaan saya yang tidak mempunyai apa-apa kecuali satu baju besi, sebilah pedang dan seekor unta”

“ itu pun sudah mencukupi” jawab Nabi.

Rasullulah hanya meminta baju besi sebagai mas kahwin memandangkan pedang dan unta berguna kepada Ali.

Apabila Fatimah mendapat tahu dirinya akan dikahwinkan dengan Ali maka dia pun menangis.

“kenapa kamu menangis wahai Fatimah?” Tanya Rasullullah.

“saya tidak mahu berpisah dengan ayah” jawab Fatimah.

Fatimah sedih kerana kerap kali kehilangan orang yang tersayang bermula debgab ibunya Khadijah. Kemudian kakaknya Zainab apabila dia berkahwin. Kini dia berjauhan degan ayahnya.

“wahai Fatimah, demi Allah, ayah menikahka kamu dengan lelaki yang paling banyak ilmunya, paling baik budi pekertinya dan paling dahulu memeluk Islam”

Barulah terhibur hati Fatimah dan dia tidak lagi menangis. Kemudian Rasullullah pergi ke dapur melihat kaum wanita yang sedang menyediakan jamuan. Rasullullah kelihatan sedih kerana akan berpisah dengan anak kesayangannya, Fatimah.

(dicedok skit dari novel sejarah islam: Ali bin Abi Talib.. tulisan Abdul Latip Talib)

p/s: sedih…Ishk3…=(

0 comments :