Dari Nabi Muhammad s.a.w. beliau berkata : “ Musa a.s bertanya mengenai tujuh perkara, yang dikira enam itu murni untuknya. Adapun yang tujuh perkara lainnya, pastilah Musa a.s menyukainya”. Musa a.s bertanya “ wahai Tuhan, siapakah diantara hamba-hambaMu yang paling bertakwa?”. Allah menjawab “ iaitu orang yang mengingati Aku dan tidak melupakanKu”. Musa a.s bertanya “ siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling mendapat petunjuk?”. Allah menjawab “ iaitu orang yang mengikut petunjuk”. Musa a.s bertanya “ siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling memegang hukum?”. Allah menjawab “ iaitu orang yang menghukumi orang lain seperti menghukumi dirinya sendiri”. Musa a.s bertanya “ siapakah antara hamba-hambaMu yang paling alim?”. Allah menjawab “ iaitu orang alim(ilmuan) yang tidak pernah rasa kenyang dengan ilmunya. Dia mengumpul ilmu dari pelbagai pihak dihimpun dalam dirinya”. Musa a.s bertanya “ siapakah antara hamba-hambaMu yang paling mulia?”. Allah menjawab “ iaitu orang yang apabila mempunyai kemampuan maka mudah memberi maaf(pengampunan)”. Musa a.s bertanya “ siapakah antara hamba-hambaMu yang paling kaya?”. Allah menjawab “ iaitu orang yang menerima pemberian apa yang ada”. Musa a.s bertanya “siapakah antara hamba-hambaMu yang paling miskin?”. Allah menjawab “ iaitu orang-orang yang serba kekurangan”. Rasullullah menegaskan : “ yang disebut kaya itu bukanlah dihitung dari jumlah banyaknya harta, yang disebut kaya adalah kaya jiwa(diri). Apabila Allah mengkehendaki kebaikan seseorang, maka Allah menjadikan kekayaannya terletak pada jiwanya dan ketakwaan berada di dalam hatinya. Apabila Allah mengkehendaki seseorang menjadi buruk (teruk), maka kefakirannya dipasang di depan matanya”.
sumber:buku kisah para nabi pengajaran dan iktibar. Karya asal oleh Abul Fidaa’ Ismail bin Kathir al-Quraisy(Ibnu Kathir) dan terjemahan oleh ustaz Johari Yaman.
Tuesday, July 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment