Qatadah menyatakan bahawa nabi Musa a.s berkata “ wahai Tuhan! Dalam alwah(catatan kitab Taurat) aku berjumpa dengan suatu umat terbaik yang diutuskan untuk manusia. Mereka menganjurkan berbuat kebajikan dan mencegah kemungkaran. Wahai Tuhan! Jadikanlah mereka itu sebagai umatku”. Allah menjawab “ itulah umat Muhammad”. Musa a.s berkata “ wahai Tuhan, di dalam alwah juga aku menjumpai suatu umat yang lahir paling akhir, tetapi merekalah yang pertama akan masuk syurga. Jadikanlah mereka itu sebagai umatku”. Allah menjawab “ itulah umat Muhammad.” Nabi Musa a.s berkata “ wahai Tuhan, aku menjumpai di dalam alwah suatu umat yang mana bacaan mereka meresap di dalam dada mereka. Padahal sebelum generasi mereka, orang-orang membaca kitabnya dengan penglihatan sehingga apabila tulisan itu ditarik kembali, mereka tidak hafaz sedikit pun dan tidak pula mengerti isinya. Sesungguhnya Allah memberi hafalan kepada mereka yang sebelumnya tidak pernah diberi kepada suatu umat pun. Wahai Tuhan, jadikanlah mereka sebagai umatku.” Allah menjawab “ itulah umat Muhammad”. Musa a.s berkata “ wahai Tuhan, aku dapati di dalam alwah suatu umat yang beriman terhadap kitab-kitab terdahulu dan kitab yang akhir diturunkan. Mereka gigih memerangi kesesatan hingga memerangi dajjal. Jadikanlah mereka sebagai umatku”. Allah menjawab “ itulah umat Muhammad”. Musa a.s berkata “ wahai Tuhan, aku dapati di dalam alwah suatu umat dimana sedekah mereka dimakan sendiri tetapi mereka diberi pahala. Sedangkan umat sebelumnya, apabila mereka bersedekah lalu sedekahnya diterima, maka Allah mengirim api yang membakarnya(memakan), tetapi kalau ditolak, sedekah itu dibiarkan sahaja lalu dimakan binatang buas atau burung. Sesungguhnya Allah mengambil sedekah mereka dari golongan orang kaya untuk kaum miskin antara mereka. Musa berkata” wahai Tuhan, jadikanlah mereka sebagai umatku”. Allah menjawab “ itulah umat Muhammad”. Musa a.s berkata “ wahai Tuhan, di dalam alwah aku dapati suatu umat, apabila mereka berniat saja mengerjakan kebajikan, namum tidak jadi dikerjakan, maka niatnya dicatat sepuluh kali kebajikan hingga tujuh ratus kali. Wahai Tuhan, jadikanlah mereka sebagai umatku” Allah menjawab “ itulah umat Muhammad”. Musa a.s berkata “ Wahai Tuhan, di dalam alwah aku dapati suatu umat dimana mereka memperoleh syafaat dan diberi hak untuk mensyafaati, jadikanlah mereka sebagai umatku”. Allah menjawab “itulah umat Muhammad”. Qatadah mengatakan bahawa dia memperoleh keterangan iaitu, Musa a.s membuang alwah dan berkata “ wahai Tuhan, jadikanlah aku termasuk umat Muhammad”.
sumber dari:buku kisah para nabi pengajaran dan iktibar. Karya asal oleh Abul Fidaa’ Ismail bin Kathir al-Quraisy(Ibnu Kathir) dan terjemahan oleh ustaz Johari Yaman.
Tuesday, July 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment