dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...
selesai sudah
apa lagi boleh aku katakan
selasai sudah cabaran aku untuk sem ni
selesai sudah
segala apa yang telah aku usahakan
kini aku hanya perlu berdoa dan menunggu hasil daripada usahaku itu
selesai sudah
lepas ni tak perlu lagi aku bersengkang mata
tapi apa aku harapkan ilmu yang aku timba ini tidak akan luput
ya! selesai sudah
tapi semua ini tidak tamat setakat ini sahaja
banyak lagi yang perlu dilakukan
banyak lagi yang perlu dikaji
banyak lagi yang perlu dirisaukan
banyak lagi yang perlu diusahakan!!
fuh!! habeh dah exam.. walaupun exam kali ni x begitu memberangsangkan. tapi apa lagi yang boleh aku buat?? berdoa dan bertawakal saja.. terima saja apa yang Allah akan kurniakan nanti. apa yang akan aku terima nanti adalah hasil usaha aku jugak. klu lebih usaha yang aku buat, maka lebih lah ganjaran yang aku dapat. atau mungkin Allah akan membalas balik segala amalan yang aku lakukan. klu baik amalan aku, maka baik lah ganjaran aku. klu buruk amalan aku maka aku terima segala apa yang Kau akan kurniakan. mungkin juga Allah ingin memberikan ganjaran yang lebih kepadaku diakhirat dengan memberikan ujian di dunia. aku terima apa sahaja kurniaanMu. tapi masih aku mengharap.. semoga diperkenankan doaku ini.
p/s: puisi (boleh diketegorikan sebagai puisi ka??) di atas adalah nukilan hati secara spontan.. masih banyak yang perlu diperbaiki
Tuesday, April 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment