Pages

Tuesday, April 14, 2009

khazanah

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

hari ni program aku adalah mengemas bilik since barang2 kena letak dalam stor sebab sem depan tukar bilik. bila dah kemas barang2 ni banyak lah khazanah yang aku temui. rupa2 nya selama ni banyak lagi buku2 yang aku x baca n banyak lagi majalah, working paper n risalah pasal astronomy yang aku dapat time nitros dlu aku x baca. waaaaaa!!! banyak lah yang aku kena baca lepas ni, tapi first of all musti habiskn mikhail dlu. aku simpan mikhail 2 xmo baca lagi sebab nak exam, tapi skrang dah habeh exam so tiba masa tuk aku membedah buku 2 ..huahuahuahua.. =) .
lagi khazanah yang aku jumpk adalah luahan hati(hehe..). luahan hati ni aku tulis time klas yang boring2 seperti econs n ungs.. hikhik.. lecturer mengajar kat depan, aku melayan perasaan sorg2.

luahan hati 1: betapa aku xmenyukai econs

econs..econs..econs..
aku x suka econs..
sebab apa??
aku xtau..
tapi yang pasti..
aku tak suka econs
aku tak nampak sebab untuk stadi econs
tapi aku kena terima
sebab ini salah satu ilmu dari Allah
tapi sesungguhnya pada aku..
econs patut dipelajari melalui pengalaman
dan bab kira2 tu kita akn paham sendiri
melalui pengalaman jugak

luahan hati 2: rumah

rumah.. aku merindui rumahku
rumah dimana aku dibesarkan
rumah dimana aku meluangkan masa bersama keluarga
aku nak balik!!!
bila aku boleh balik???
klu bolah aku xmo dok sini
tapi aku kena stadi
aku kena menghabiskan perjuangan aku disini
bersabarlah.. aku perlu bersabar..huhu

luahan hati 3: kawan2

kawan2..
semakin hari kita semakin menjauh
aku xtahu sebab sebenarnya
mungkin kerana kita tidak lagi satu kelas
kita tidak lagi sama haluan
tapi mungkin juga kerana aku
aku yang tak pandai mengekalkn hubungan ini
aku tak pandai mengeratkan hubungan ini
ingin aku kembali kemasa dulu
dimana kita bersama-sama bergelak ketawa
kita sama-sama bertukar-tukar cerita
aku inginkan suasana itu
aku tertanya-tanya..
adakah hanya aku yang berperasaan begini?
adakah aku sahaja yang memikirkan yang bukan2 begini?
aku tak tahu
tapi yang pasti masa untuk kita bersama-sama semakin berkurang...
(p/s: tak sangka aku macam ni.. emotional terlebih.. huahuahuahua)

luahan hati 4: demi masa

tik tok tik tok..
masa berlalu
tanpa aku menyedari
semalam aku disana
sekarang aku disini
dahulu aku bersama keluarga
sekarang aku bersama rakan2
dahulu aku menempuh ujian
sekarang aku menempa kebahagiaan
dahulu aku masih mencari-cari
sekarang sudah aku temui
adakah aku perlu berhenti disini?
setelah aku mencapai kejayaan yang aku idamkan?
tidak!!
sama sekali tidak
masih banyak yang perlu aku baiki
masih banyak yang perlu aku pelajari
masih banyak yang perlu aku tempuhi
masa sentiasa berjalan
jadi aku juga perlu sama berjalan
sampai masa itu berhenti
aku juga perlu berhenti
tapi biarlah aku berhenti dengan penuh amalan dan kepuasan di hati!!

luahan hati 5: keberkatan

nak hidup dengan keberkatan dari Allah??
how??

adakah hidup aku ini berkat??
(kedatangan ke kelas hari ini xdapat berkat sebab kau xgunakan masa ini dengan sepatutnya)
p/s: taw pn!!!

luahan hati 6: ketentuan

setiap yang berlaku ada hikmahnya
jangan sedih klu apa yang berlaku tidak seperti yang kau harapkan
tingkatkan usaha untuk mencapai kejayaan
jangan ada perasaan dengki dengan kejayaan orang lain
yang paling utama jangan ada perasaan riak
riak dengan Allah, diri sendiri, n masyarakat
yang paling bahaya ialah riak dengan diri sendiri!!!
kau bukan sapa-sapa..
ramai lagi yang lebih baik dari kau
jadi jangan sesekali berasa bangga n riak dengan sedikit kebaikan yang kau lakukan!!!

p/s: nak tergelak pun ada time baca balik suma ni..huahuahuahua

0 comments :